Friday

UMRAH

UMRAH
1 Cara Ibadah
2 Kursus Umrah (~2mgu seblm berlepas)
3 Pakej Umrah
4 Mohon Pakej Umrah
5 Pembiayaan Bank
6 Ralat Umrah


1 Cara Ibadah
UMRAHOleh : Ustaz Haji Abdul Halim bin Haji AbdullahB.A. (Al-Azhar), G.D. (Cairo), B.E. (Queensland),Ahli Muzakarah Kebangsaan Pengkursus Haji & Umrah Tabung Haji Malaysia 1999, 2000M. Seseorang yang melakukan Umrah mesti melakukan 4 perkara rukun iaitu Niat Umrah, Tawaf Umrah, Saie Umrah dan Gunting Umrah. Ketika melakukan 4 rukun di atas, dia mesti melakukan 2 perkara wajib iaitu Berniat di Miqat dan Berpantang Larang. 1) NIAT UMRAH 1.1) PERSEDIAAN BERNIAT
Mengerat kuku.
Menanggal bulu.
Mandi.
Memakai minyak rambut dan bau-bauan.
Memakai pakaian putih.
Solat sunat ihram
1.2) MIQAT UMRAH a) Miqat Zamani (Masa) Pada bila-bila masa. b) Miqat Makani (Tempat).· Bagi Penduduk Mekah adalah di Tanah Halal.· Bagi Penduduk Jauh ( Afaq / أفاق ) ialah Qarnul Manazil – jika datang dari arah Timur seperti Malaysia, Teluk Parsi dll.· Bi’r Ali (Zulhulaifah) – jika datang dari arah Madinah dan utaranya. 1.3) NIAT UMRAHنَوَيْتُ الْعُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِهَا ِللهِ تَعَالَىْ“Sengaja aku mengerjakan Umrah dan aku berihram kerananya kerana Allah Taala”. 1.4) TALBIYAHSunat bertalbiyah selepas berniat Umrah sehinggalah seseorang itu hendak memulakan Tawaf Umrah. Lafaz Talbiyah berbunyi :لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ , لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ , إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ , لاَ شَرِيْكَ لَكَ . 1.5) PANTANG LARANG IHRAM
Menutup kepala (lelaki).
Pakaian bersarung (lelaki).
Menutup muka (wanita).
Memakai sarung tangan.
Memakai bau-bauan.
Memakai minyak rambut.
Menanggalkan bulu.
Mengerat kuku.
Memotong pokok Tanah Haram.
Membunuh binatang buruan yang halal dimakan di Tanah Haram atau Tanah Halal.
Bersetubuh.
Pendahuluan persetubuhan.
Akad nikah.
Pantang larang di atas berkuatkuasa sebaik setelah berniat Umrah dan tamat sebaik setelah berTahallul. 2) TAWAF UMRAH 2.1) Syarat-syarat Tawaf
Suci dari hadas besar dan hadas kecil.
Suci badan, pakaian dan tempat.
Menutup aurat seperti dalam solat.
Mula tawaf di sudut Hajar Aswad.
Kaabah sentiasa di sebelah kiri.
Bertujuan Tawaf.
Cukup 7 keliling dengan yakin.
Tawaf di dalam Masjid dan di luar Kaabah..
2.3) Sunat-sunat Tawaf
Berjalan kaki (kecuali jika uzur).
Berittibak (buka bahu kanan bagi lelaki).
Ramal / berlari-lari anak Pusng 1,2,3).
Istilam Hajar Aswad & Rukun Yamani.
Membaca zikir dan doa. (Lihat doa-doa di buku-buku Panduan Umrah).
Berturut-turut 7 pusingan.
Tawadhuk dan khusyuk.
Solat Sunat Tawaf di Maqam Ibrahim.
Berdoa di Multazam.
Minum air Zam-zam sambil berdoa.
3) SAIE UMRAH 3.1) Syarat-syarat Saie
Dilakukan selepas Tawaf Umrah.
Mula di Bukit Safa.
Cukup 7 perjalanan dengan yakin.
Saie hingga sampai ke hujung.
Saie di Batnul Wadi (landasan).
Bertujuan Saie.
3.2) Sunat-sunat Saie
Ke tempat Saie melalui Pintu Safa.
Naik Bukit hingga sampai ke batu.
Di bukit, menghadap Kiblat, angkat kedua-dua tangan dan bertakbir.
Berlari-lari anak (bagi lelaki sahaja) di antara 2 tiang hijau sambil berdoa di bawah ini :
رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ , وَاعْفُ وَتَكَرَّمْ , وَتَجَاوَزْ عَمَّا تَعْلَمُ , إِنَّكَ تَعْلَمُ مَا لَمْ نَعْلَمُ , إِنَّكَ أَنْتَ اللهُ اْلأَعَزُّ اْلأَكْرَمُ
Berturut-turut 7 perjalanan.
Berwuduk.
Berjalan kaki (kecuali jika uzur).
Berdoa. (Lihat doa-doa di buku-buku Panduan Umrah).
4) GUNTING UMRAH 4.1) Syarat-syarat Gunting Umrah
Dilakukan setelah selesai Saie Umrah.
Menggugurkan rambut kepala sekurang-kurangnya 3 helai.
4.2) Sunat-sunat Gunting
Bercukur bagi lelaki.
Berdoa ketika bergunting. (Lihat doa-doa di buku-buku Panduan Umrah).
Melalukan mata pisau di atas kepala jika seseorang tidak mempunyai rambut.
TAHALLUL & TAMAT UMRAHSetelah bergunting atau bercukur, sempurnalah Umrah yang dilakukan dan sekaligus tamatlah ihram atau pantang larangnya (Tahallul). DOA-DOADoa-doa ketika bertawaf, bersaie dan bergunting terdapat di dalam buku-buku panduan Haji dan Umrah dalam pasaran.





UMRAH
Umrah bererti mengunjungi Baitullah Al-Haram (Kaabah) dengan mengerjakan Tawaf, Saie dan Bergunting. Umrah boleh dikerjakan pada bila-bila masa di sepanjang tahun, berbeza dengan Haji yang hanya sah dikerjakan dalam Bulan-bulan Haji sahaja.
Rasulullah saw mengerjakan Umrah sebanyak 4 kali dalam hidup Baginda iaitu Umrah Hudaibiah (tetapi tidak dapat disempurnakan kerana Quraisy menghalang Baginda saw dan para Sahabat yang seramai 1500 orang dari memasuki Mekah), Umrah Qada’ (umrah yang menggantikan Umrah Hudaibiyah), Umrah Jakranah (selepas menang Perang Hunain) dan Umrah ketika Baginda saw mengerjakan Haji.
Umrah wajib dikerjakan oleh setiap lelaki dan wanita Islam yang baligh, berakal dan mampu, bermakna hukumnya sama seperti Haji megikut Mazhab Syafie. Ini berdalilkan firman Allah swt, “Dan sempurnakanlah Haji dan Umrah kerana Allah”. Mazhab Hanafi mengatakan bahawa hukum Umrah adalah sunnat muakkad.
Oleh kerana Umrah boleh dikerjakan sepanjang tahun dan belum tertakluk kepada kuota oleh Kerajaan Arab Saudi, maka bagi mereka yang terpaksa menunggu terlalu lama gilirannya untuk mengerjakan Haji, maka bolehlah dia pergi dahulu ke Mekah untuk mengerjakan Umrah sahaja dengan syarat dia cukup perbelanjaan dan kos Umrah tadi tidak akan mengganggu kos dan menangguh Hajinya bila tiba gilirannya nanti. Sekirany a simpanannya adalah cukup-cukup untuk dia dapat mengerjakan Haji sahaja, maka dia mesti menunggu tiba giliran Hajinya, dan mengerjakan Umrah Wajibnya ketika dia di Mekah dalam musim Hajinya.
Visa Umrah kebiasaannya mula dikeluarkan pada pertengahan bulan Mac setiap tahun dan berhenti dikeluarkan pada hujung bulan Syaaban. Selain dari bulan-bulan di atas, Kerajaan Arab Saudi memberi tumpuan kepada urusan Haji dan kerana itu Visa Umrah dibekukan buat sementara.


UMRAH Mid-JUN/JULAI 2010 SuperSaver (10hari) RM4450 (now everyone can fly !)
UMRAH JUN /JULAI (Super Saver) RM4450.00 (10 hari). Now everyone can fly … to UMRAH !!! (pendaftaran dibuka)
Bayaran tambahan RM90.00 sehari bagi setiap hari selepas hari yang Kesepuluh. (Tarikh berlepas dan tiba di Malaysia yang muktamad ditentukan oleh pihak pesawat sendiri).


Pihak kami membuka pendaftaran kepada Pakej Umrah (~14 hari) dalam tempoh dari 15 Jun – 31 Julai (off-peak selepas Cuti Sekolah Mei/Jun 2009) dengan harga murah yang menakjubkan iaitu RM4450.00 sahaja. Tarikh-tarikh berlepas akan disiar kelak. Mereka yang berminat boleh mendaftarkan nama dan no telefon terlebih dahulu. Selepas itu pihak kami akan membuat susulan sewajarnya. Terima kasih.

2 Kursus Umrah (~2mgu seblm berlepas)
Kursus Umrah tidak dianjurkan oleh Tabung Haji Malaysia seperti kursus-kursus Haji. Kursus Umrah dianjurkan oleh syarikat agensi pelancungan atau orang-orang persendirian di masjid, surau atau tempat-tempat tertentu.
Kursus Umrah bagi jemaah Pakej Umrah saya diadakan sekitar 2 minggu sebelum berlepas ke Tanah Suci. Sila dapatkan tarikh-tarikhnya di Pejabat Urusan. Kursus diadakan hanya satu kali dan memakan masa selama 3 jam. Semasa Kursus Umrah, buku-buku panduan dan doa, beg-beg hadiah untuk jemaah akan diberikan.
Kursus-kursus Umrah diadakan di banyak tempat bergantung bilangan jemaah Umrah yang berdaftar di tempat tersebut. Kursus Umrah Khas juga sering diadakan di rumah atas permintaan dan bilangan jemaah yang akan terlibat.

3 Pakej Umrah

Pakej Umrah adalah termasuk kesemua perbelanjaan “dari KLIA ke KLIA” seperti kos tiket penerbangan, kos Visa Umrah, hotel dan makan minum di Mekah dan Madinah, pengangkutan bas ke destinasi-destinasi utama Madinah, Mekah dan Jeddah, buku panduan Umrah dan Doa, beg sangkut (sling bag), beg jinjing (travel bag). Lama masa pakej adalah 2 minggu (11 – 15 hari). Cuti sekolah Mei/Jun adalah selama 2 minggu dan Cuti Sekolah Ogos adalah selama 1 minggu sering menjadi pilihan ramai jemaah untuk mengerjakan Umrah. Umrah paling awal dalam setahun ialah pada hujung bulan Mac apabila urusan Visa Umrah mula dibuka.
Terdapat 2 jenis pakej Umrah yang kami tawarkan iaitu :
(A) Pakej Bimbingan Ustaz Halim adalah sebanyak 4 kali dalam setahun iaitu Umrah hujung Mei/awal April, Umrah Cuti Sekolah Mei/Jun, Umrah Cuti Sekolah Ogos dan Umrah Ramadan. (Ustaz Halim sendiri mengendali dan membimbing Jemaah Umrah di Tanah Suci).
(B) Pakej Umrah Biasa – pihak Syarikat menguruskan segala urusan di Tanahair, manakala jemaah Haji akan disambut dan diurus di Tanah Suci oleh wakil-wakil Syarikat seperti Ustaz Fakhri Zaini (kawan Ustaz Halim, dimana dia dan keluarga adalah orang Malaysia yang menetap di Mekah). Pakej Umrah seperti ini boleh diuruskan pada bila-bila masa. Kebanyakan agensi-agensi pelancungan membuat urusan atau menghantar Jemaah Umrah dengan cara begini.
Tarikh atau masa Pakej-pakej yang ditawarkan adalah seperti berikut (mengikut yang terawal hingga yang terakhir) :
(1) Umrah Cuti Sek Mac
(2) Umrah Cuti Sek Mei/Jun
(3) Umrah Cuti Sek Ogos
(4) Umrah Awal Ramadan
(5) Umrah Sebulan Ramadan
(6) Umrah Akhir Ramadan

4 Mohon Pakej Umrah
Sila hubungi Pejabat kami di talian 06 – 764 4494 (Haji Azhar 016 – 696 7770) atau 06 – 764 0010 (Puan Akhma 019 – 669 9620) dengan menyatakan nama-nama dan nombor telefon yang akan pergi bersama-sama anda. Anda boleh juga mendaftar dengan menghantar nama-nama melalui SMS dan anda akan dihubungi seterusnya. Sila maklumkan jika ada peserta yang berumur kurang dari 12 tahun (child) dan kurang dari 2 tahun (infant).
Dokumen-dokumen yang diperlukan dari bakal jemaah Umrah yang sedang memohon adalah
Paspot Antarabangsa (sahlaku 6 bulan dan ada 2 mukasurat kosong dan bersebelahan),
4 keping foto berukuran 4 cm x 6 cm,
salinan Surat Beranak jika kurang dari 12 tahun.

5 Pembiayaan Bank
Dalam Muzakarah Kebangsaan Tahunan Pengkursus Haji & Umrah anjuran Tabung Haji Malaysia, salah satu resolusi yang diumumkan ialah mengharuskan mana-mana orang Islam untuk mendapat pembiayaan kewangan dari bank-bank cara Islam bagi mengerjakan ibadat Haji atau Umrah. Kemudahan seumpama ini telah pun diamalkan oleh umat Islam di Indonesia sejak lebih 10 tahun lalu hingga ke hari ini.
Pihak kami boleh menguruskan pembiayaan dari bank atau institusi-institusi kewangan lain serendah pembayaran balik secara ansuran sebanyak RM150 sebulan. Hingga ke hari ini Syarikat kami menjadi panel bagi pembiayaan institusi-institusi kewangan berikut :
Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Sila hubungi terus Puan Hajjah Norzakina 016-217 0681. Beliau adalah pegawai di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan pernah mengikut pakej Haji dan pakej-pakej Umrah dibawah kelolaan Ustaz Halim HAJIUMRAH.COM
Bank Rakyat Berhad.
Koperasi Guru-guru Malaysia Barat.

6 Ralat Umrah
RALAT UMRAH
Ralat Umrah adalah kisah-kisah kesilapan atau kelemahan yang berlaku yang menjadi pengalaman yang berguna kepada jemaah Umrah dan mereka yang bercadang untuk mengerjakan Umrah. Dengan pengamatan dari apa-apa yang telah berlaku, yang kami paparkan di sini, ia disebabkan oleh kedua-dua belah pihak Jemaah Umrah dan Penganjur (Syarikat) tanpa kecuali. Dipihak Penganjur biasanya ialah kerana mereka tidak competence (layak) dalam menganjurkan atau membimbing ibadat Haji atau Umrah yang sememangnya berkait rapat dengan Feqah Ibadat dalam Islam dan pengurusan dengan orang Arab. Di pihak Jemaah pula, mereka tidak mengambil berat dalam memilih Pakej atau Syarikat mana yang akan mengurus dan membimbing mereka sebaliknya memilih berdasarkan iklan yang termuat dalam akhbar atau harga yang dirasa murah. Sebaiknya kenalpasti Ulamak dan Syarikat yang akan membimbing anda mendapat Haji dan Umrah yang mabrur.
DI MANA MAQAM NABI SAW? Kebiasaannya sebaik rombongan tiba di Madinah, mereka akan berehat di hotel seketika, makan minum di tempat yang disediakan, berwudhuk dan terus di bawa oleh ketua rombongan atau pembimbing untuk menziarahi Maqam Rasulullah saw dan Masjid Nabawi. Ketika saya berjalan di perkarangan Masjid Nabi, saya terlihat seorang bapa dan keluarganya sekitar 4 atau 5 orang seperti sedang mencari sesuatu. Lalu saya menyapa dan dia bertanya di mana Maqam Rasulullah saw. dan memberitahu tiada pembimbing yang datang bersama mereka sedang merek kali pertama datang ke Tanah Suci. Nasihat Maqam Nabi saw adalah diantara tempat yang paling hendak di ziarahi oleh jemaah Haji atau Umrah ketika berada di Madinah. Adalah menyedih jika jemaah kali pertama ke Tanah Suci terpaksa mencari sendiri Maqam Nabi saw yang hendak diziarahi, apatah lagi ziarah Maqam dan Masjid Nabi itu sendiri mempunyai adab-adabnya yang perlu dipelajari dan dilaksanakan seperti tertib Doa di Pintu, Solat Tahiyyat, Doa, beri salam kepada Rasulullah saw, rendah suara dan sebagainya. Bagaimana pula nanti untuk melaksanakan ibadah Umrah yang lebih banyak selok beloknya. Sebaiknya pergilah ke Tanah Suci dengan pembimbing yang bertauliah. DAM KAMBING SR4000.00 SEORANG
Dalam satu rombongan Umrah lebih kurang 60 orang, para jemaah telah melakukan umrah dengan banyak sekali. Ada yang melakukan umrah sebanyak 16 kali ! Mereka dimaklumkan oleh ketua rombongan bahawa dibolehkan berniat Umrah di hotel tempat mereka menginap.(seperti yang biasa dilakukan oleh jemaah Haji secara tamattuk).
Hukum
Niat Umrah di Miqat Umrah adalah wajib. Miqat Umrah di Mekah ialah di Tanah Halal, manakala hotel masih terletak di Tanah Haram. Berniat di luar Miqat dikenakan denda Dam Tertib dan Taqdir. Walaupun Umrah tersebut tetap sah (jika berniat di luar Miqat) tetapi berdosa jika sengaja dan tidak berdosa sekiranya tidak sengaja. Jika beliau telah mengerjakan 16 kali Umrah dengan niat di luar Miqat, maka beliau didenda 16 ekor kambing x SR250 harga seekor = SR 4000.00 !! Apabila pembimbing tersebut disiasat rupanya dia kurang memahami selok belok ibadah Umrah dan membaca buku dengan tersilap tajuk. Dia baca dibawah tajuk Haji, bukan Umrah.
Nasihat
Mesti fahami bahawa perjalanan kita ke Mekah bukan bentuk pelancungan biasa tetapi ia adalah perjalanan ibadah. Malangnya bukan sahaja jemaah (kerana tidak teliti memilih) tetapi juga sesetengah penganjur hanya memberi tumpuan kepada aspek pelancungan dan pengurusan perjalanan seperti hotel, makan minum dan pengangkutan tetapi agak cuai atau mengabaikan aspek bimbingan dan penerangan seperti yang sepatutnya. Cuba juga bayangkan (harap tak berlaku) jika semua 60 orang melakukan 16 kali Umrah, maka dam kambing adalah berjumlah 16 kali Umrah x SR250 seekor kambing x 60 orang = SR 240,000.00 iaitu hampir suku juta Riyal Saudi !!
DAM BERTINDAN-TINDAN
Seorang wanita dari hotel lain datang bertemu saya dan berkata tadi dia ke Jakranah (tempat Miqat) dan berniat Umrah bersama kawan-kawan sebilik. Selepas berniat di kembali ke Mekah untuk meneruskan Tawaf, Saie dan Gunting tetapi mendapati dia didatangi haid sebelum memulakan Tawaf. Pembimbingnya mengatakan kalau begitu dia tidak perlu mengerjakan Umrah kerana dia berniat Umrah ketika dalam Haid. Selepas itu dia menjalani kehidupan seperti biasa seperti memotong kuku, menyikat rambut mandi dengan menggosokkan kepala dan sebagainya.
Hukum :
Saya memberitahunya bahawa dia masih dalam keadaan mengerjakan Umrah kerana telah berniat, Cuma kena menunggu sehinga haidnya tamat, mandi wajib, berwudhuk dan menyempurnakan Tawaf Umrah, Saie Umrah dan Gunting Umrahnya. Niat Umrah ketika dalam haid dikira sah niat dan mesti berpantang larang selepas berniat tersebut. Perbuatan memotong kuku, mencabut rambut/bulu dan lain-lain kesalahan mesti dikenakan Dam Takhyir dan Taqdir.
Nasihat :
Mesti bertanya kepada alim yang tahu selok belok ibadah Umrah. Jika tidak kita akan melakukan kesalahan demi kesalahan sedang kita tidak menyedari. Mungkin kesalahan yang kita lakukan menjadi banyak dan dendaan dam menjadi terkumpul dan banyak. Pastikan penyertaan anda di dalam rombongan Umrah atau Haji selepas ini disertai oleh pembimbing yang arif tentang ibadah Haji dan Umrah.

No comments:

Post a Comment