Monday

Zikir Cahaya Kehidupan

Kelebihan Ilmu -Merujuk kepada Al-Quran

Ilmu > Kelebihan ilmu


Hasil Pencarian

1 hingga 20 penemuan dari jumlah keseluruhan 22 penemuan.
Penemuan Di Dalam Al-Quran 22

Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 247

Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab: Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya dan dia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan? Nabi mereka berkata: Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya.

Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 269
Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya) dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.

Al-Quran > Surah A-li 'Imraan> Ayat 7
Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata: Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.

Al-Quran > Surah An-Nisaa'> Ayat 162
Tetapi orang-orang yang teguh serta mendalam ilmu pengetahuannya di antara mereka dan orang-orang yang beriman, sekaliannya beriman dengan apa yang telah diturunkan kepadamu (Al-Quran) dan kepada apa yang telah diturunkan dahulu daripadamu, - khasnya orang-orang yang mendirikan sembahyang dan orang-orang yang menunaikan zakat, serta yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; mereka itulah yang Kami akan berikan kepadanya pahala (balasan) yang amat besar.
Al-Quran > Surah Yusuf> Ayat 68
Dan ketika mereka masuk menurut arah yang diperintahkan oleh bapa mereka, tidaklah perintahnya itu dapat menyelamatkan mereka dari apa yang telah ditakdirkan oleh Allah sedikitpun, tetapi yang demikian itu hanyalah melahirkan hajat yang terpendam dalam hati Nabi Yaakub. Dan sesungguhnya ia orang yang berilmu, kerana kami telah mengajarnya (dengan perantaraan wahyu); tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (akan rahsia takdir Tuhan).

Al-Quran > Surah Al-Israa'> Ayat 107
Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang-orang yang ingkar itu): Samada kamu beriman kepada Al-Quran atau kamu tiada beriman, (tidaklah menjadi hal); kerana sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka segera tunduk sujud (dalam keadaan hiba dan khusyuk);

Al-Quran > Surah Al-Hajj> Ayat 54
Dan juga supaya orang-orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu, lalu mereka beriman kepadanya, sehingga tunduk taatlah hati mereka mematuhinya dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus.

Al-Quran > Surah An-Naml> Ayat 15
Dan sesungguhnya kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman dan mereka berdua bersyukur dengan berkata: Segala puji tertentu bagi Allah yang dengan limpah kurniaNya memberi kami kelebihan mengatasi kebanyakan hamba-hambaNya yang beriman.

Al-Quran > Surah An-Naml> Ayat 40
Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata! Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah.

Al-Quran > Surah An-Naml> Ayat 52
Kesudahannya rumah-rumah mereka itu telah runtuh ranap, dengan sebab mereka berlaku zalim; sesungguhnya kejadian yang demikian mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mahu mengetahui (akan sebab dan musababnya).

Al-Quran > Surah Al-Qasas> Ayat 14
Dan ketika Musa sampai ke peringkat umurnya yang cukup kekuatannya dan sempurna, Kami beri kepadanya kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan dan demikian Kami membalas orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
Al-Quran > Surah Al-Qasas> Ayat 80
Dan berkata pula orang-orang yang diberi ilmu (di antara mereka): Janganlah kamu berkata demikian, pahala dari Allah lebih baik bagi orang yang beriman dan beramal soleh dan tidak akan dapat menerima (pahala yang demikian) itu melainkan orang-orang yang sabar.

Al-Quran > Surah Al-'Ankabuut> Ayat 41
Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal sesungguhnya sarang-sarang yang paling reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan.

Al-Quran > Surah Al-'Ankabuut> Ayat 43
Dan misal-misal perbandingan yang demikian itu Kami kemukakan kepada umat manusia, dan hanya orang-orang yang berilmu yang dapat memahaminya.
Al-Quran > Surah Al-'Ankabuut> Ayat 49
(Al-Quran tetap datangnya dari Allah dengan tidak syak lagi) bahkan ia ayat-ayat keterangan yang jelas nyata, yang terpelihara di dalam dada orang-orang yang berilmu dan tiadalah yang mengingkari ayat-ayat keterangan Kami melainkan orang-orang yang zalim.

Al-Quran > Surah Al-'Ankabuut> Ayat 64
Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat).
Al-Quran > Surah Ar-Ruum> Ayat 56
Dan (bagi menjawabnya) berkatalah orang-orang yang berilmu serta beriman: Demi sesungguhnya, kamu telah tinggal menurut yang terkandung dalam Kitab Allah sampai ke hari kebangkitan (hari kiamat); maka inilah dia hari kebangkitan (yang dijanjikan) itu, akan tetapi kamu dari dahulu lagi tidak mahu mengetahui (kebenarannya).

Al-Quran > Surah Saba'> Ayat 6
Dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan, mengetahui (dengan yakin, bahawa keterangan-keterangan) yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu (mengenai hari kiamat dan lain-lainnya) itulah yang benar serta yang memimpin ke jalan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji.

Al-Quran > Surah Az-Zumar> Ayat 9
(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.

Al-Quran > Surah Ar-Rahmaan> Ayat 4
Dialah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.

Al-Quran > Surah Al-Mujaadalah> Ayat 11
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.

Al-Quran > Surah Al-'Alaq> Ayat 4
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan;

Saturday

Bakkom

Tuesday

Saturday

Friday

UMRAH

UMRAH
1 Cara Ibadah
2 Kursus Umrah (~2mgu seblm berlepas)
3 Pakej Umrah
4 Mohon Pakej Umrah
5 Pembiayaan Bank
6 Ralat Umrah


1 Cara Ibadah
UMRAHOleh : Ustaz Haji Abdul Halim bin Haji AbdullahB.A. (Al-Azhar), G.D. (Cairo), B.E. (Queensland),Ahli Muzakarah Kebangsaan Pengkursus Haji & Umrah Tabung Haji Malaysia 1999, 2000M. Seseorang yang melakukan Umrah mesti melakukan 4 perkara rukun iaitu Niat Umrah, Tawaf Umrah, Saie Umrah dan Gunting Umrah. Ketika melakukan 4 rukun di atas, dia mesti melakukan 2 perkara wajib iaitu Berniat di Miqat dan Berpantang Larang. 1) NIAT UMRAH 1.1) PERSEDIAAN BERNIAT
Mengerat kuku.
Menanggal bulu.
Mandi.
Memakai minyak rambut dan bau-bauan.
Memakai pakaian putih.
Solat sunat ihram
1.2) MIQAT UMRAH a) Miqat Zamani (Masa) Pada bila-bila masa. b) Miqat Makani (Tempat).· Bagi Penduduk Mekah adalah di Tanah Halal.· Bagi Penduduk Jauh ( Afaq / أفاق ) ialah Qarnul Manazil – jika datang dari arah Timur seperti Malaysia, Teluk Parsi dll.· Bi’r Ali (Zulhulaifah) – jika datang dari arah Madinah dan utaranya. 1.3) NIAT UMRAHنَوَيْتُ الْعُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِهَا ِللهِ تَعَالَىْ“Sengaja aku mengerjakan Umrah dan aku berihram kerananya kerana Allah Taala”. 1.4) TALBIYAHSunat bertalbiyah selepas berniat Umrah sehinggalah seseorang itu hendak memulakan Tawaf Umrah. Lafaz Talbiyah berbunyi :لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ , لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ , إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ , لاَ شَرِيْكَ لَكَ . 1.5) PANTANG LARANG IHRAM
Menutup kepala (lelaki).
Pakaian bersarung (lelaki).
Menutup muka (wanita).
Memakai sarung tangan.
Memakai bau-bauan.
Memakai minyak rambut.
Menanggalkan bulu.
Mengerat kuku.
Memotong pokok Tanah Haram.
Membunuh binatang buruan yang halal dimakan di Tanah Haram atau Tanah Halal.
Bersetubuh.
Pendahuluan persetubuhan.
Akad nikah.
Pantang larang di atas berkuatkuasa sebaik setelah berniat Umrah dan tamat sebaik setelah berTahallul. 2) TAWAF UMRAH 2.1) Syarat-syarat Tawaf
Suci dari hadas besar dan hadas kecil.
Suci badan, pakaian dan tempat.
Menutup aurat seperti dalam solat.
Mula tawaf di sudut Hajar Aswad.
Kaabah sentiasa di sebelah kiri.
Bertujuan Tawaf.
Cukup 7 keliling dengan yakin.
Tawaf di dalam Masjid dan di luar Kaabah..
2.3) Sunat-sunat Tawaf
Berjalan kaki (kecuali jika uzur).
Berittibak (buka bahu kanan bagi lelaki).
Ramal / berlari-lari anak Pusng 1,2,3).
Istilam Hajar Aswad & Rukun Yamani.
Membaca zikir dan doa. (Lihat doa-doa di buku-buku Panduan Umrah).
Berturut-turut 7 pusingan.
Tawadhuk dan khusyuk.
Solat Sunat Tawaf di Maqam Ibrahim.
Berdoa di Multazam.
Minum air Zam-zam sambil berdoa.
3) SAIE UMRAH 3.1) Syarat-syarat Saie
Dilakukan selepas Tawaf Umrah.
Mula di Bukit Safa.
Cukup 7 perjalanan dengan yakin.
Saie hingga sampai ke hujung.
Saie di Batnul Wadi (landasan).
Bertujuan Saie.
3.2) Sunat-sunat Saie
Ke tempat Saie melalui Pintu Safa.
Naik Bukit hingga sampai ke batu.
Di bukit, menghadap Kiblat, angkat kedua-dua tangan dan bertakbir.
Berlari-lari anak (bagi lelaki sahaja) di antara 2 tiang hijau sambil berdoa di bawah ini :
رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ , وَاعْفُ وَتَكَرَّمْ , وَتَجَاوَزْ عَمَّا تَعْلَمُ , إِنَّكَ تَعْلَمُ مَا لَمْ نَعْلَمُ , إِنَّكَ أَنْتَ اللهُ اْلأَعَزُّ اْلأَكْرَمُ
Berturut-turut 7 perjalanan.
Berwuduk.
Berjalan kaki (kecuali jika uzur).
Berdoa. (Lihat doa-doa di buku-buku Panduan Umrah).
4) GUNTING UMRAH 4.1) Syarat-syarat Gunting Umrah
Dilakukan setelah selesai Saie Umrah.
Menggugurkan rambut kepala sekurang-kurangnya 3 helai.
4.2) Sunat-sunat Gunting
Bercukur bagi lelaki.
Berdoa ketika bergunting. (Lihat doa-doa di buku-buku Panduan Umrah).
Melalukan mata pisau di atas kepala jika seseorang tidak mempunyai rambut.
TAHALLUL & TAMAT UMRAHSetelah bergunting atau bercukur, sempurnalah Umrah yang dilakukan dan sekaligus tamatlah ihram atau pantang larangnya (Tahallul). DOA-DOADoa-doa ketika bertawaf, bersaie dan bergunting terdapat di dalam buku-buku panduan Haji dan Umrah dalam pasaran.





UMRAH
Umrah bererti mengunjungi Baitullah Al-Haram (Kaabah) dengan mengerjakan Tawaf, Saie dan Bergunting. Umrah boleh dikerjakan pada bila-bila masa di sepanjang tahun, berbeza dengan Haji yang hanya sah dikerjakan dalam Bulan-bulan Haji sahaja.
Rasulullah saw mengerjakan Umrah sebanyak 4 kali dalam hidup Baginda iaitu Umrah Hudaibiah (tetapi tidak dapat disempurnakan kerana Quraisy menghalang Baginda saw dan para Sahabat yang seramai 1500 orang dari memasuki Mekah), Umrah Qada’ (umrah yang menggantikan Umrah Hudaibiyah), Umrah Jakranah (selepas menang Perang Hunain) dan Umrah ketika Baginda saw mengerjakan Haji.
Umrah wajib dikerjakan oleh setiap lelaki dan wanita Islam yang baligh, berakal dan mampu, bermakna hukumnya sama seperti Haji megikut Mazhab Syafie. Ini berdalilkan firman Allah swt, “Dan sempurnakanlah Haji dan Umrah kerana Allah”. Mazhab Hanafi mengatakan bahawa hukum Umrah adalah sunnat muakkad.
Oleh kerana Umrah boleh dikerjakan sepanjang tahun dan belum tertakluk kepada kuota oleh Kerajaan Arab Saudi, maka bagi mereka yang terpaksa menunggu terlalu lama gilirannya untuk mengerjakan Haji, maka bolehlah dia pergi dahulu ke Mekah untuk mengerjakan Umrah sahaja dengan syarat dia cukup perbelanjaan dan kos Umrah tadi tidak akan mengganggu kos dan menangguh Hajinya bila tiba gilirannya nanti. Sekirany a simpanannya adalah cukup-cukup untuk dia dapat mengerjakan Haji sahaja, maka dia mesti menunggu tiba giliran Hajinya, dan mengerjakan Umrah Wajibnya ketika dia di Mekah dalam musim Hajinya.
Visa Umrah kebiasaannya mula dikeluarkan pada pertengahan bulan Mac setiap tahun dan berhenti dikeluarkan pada hujung bulan Syaaban. Selain dari bulan-bulan di atas, Kerajaan Arab Saudi memberi tumpuan kepada urusan Haji dan kerana itu Visa Umrah dibekukan buat sementara.


UMRAH Mid-JUN/JULAI 2010 SuperSaver (10hari) RM4450 (now everyone can fly !)
UMRAH JUN /JULAI (Super Saver) RM4450.00 (10 hari). Now everyone can fly … to UMRAH !!! (pendaftaran dibuka)
Bayaran tambahan RM90.00 sehari bagi setiap hari selepas hari yang Kesepuluh. (Tarikh berlepas dan tiba di Malaysia yang muktamad ditentukan oleh pihak pesawat sendiri).


Pihak kami membuka pendaftaran kepada Pakej Umrah (~14 hari) dalam tempoh dari 15 Jun – 31 Julai (off-peak selepas Cuti Sekolah Mei/Jun 2009) dengan harga murah yang menakjubkan iaitu RM4450.00 sahaja. Tarikh-tarikh berlepas akan disiar kelak. Mereka yang berminat boleh mendaftarkan nama dan no telefon terlebih dahulu. Selepas itu pihak kami akan membuat susulan sewajarnya. Terima kasih.

2 Kursus Umrah (~2mgu seblm berlepas)
Kursus Umrah tidak dianjurkan oleh Tabung Haji Malaysia seperti kursus-kursus Haji. Kursus Umrah dianjurkan oleh syarikat agensi pelancungan atau orang-orang persendirian di masjid, surau atau tempat-tempat tertentu.
Kursus Umrah bagi jemaah Pakej Umrah saya diadakan sekitar 2 minggu sebelum berlepas ke Tanah Suci. Sila dapatkan tarikh-tarikhnya di Pejabat Urusan. Kursus diadakan hanya satu kali dan memakan masa selama 3 jam. Semasa Kursus Umrah, buku-buku panduan dan doa, beg-beg hadiah untuk jemaah akan diberikan.
Kursus-kursus Umrah diadakan di banyak tempat bergantung bilangan jemaah Umrah yang berdaftar di tempat tersebut. Kursus Umrah Khas juga sering diadakan di rumah atas permintaan dan bilangan jemaah yang akan terlibat.

3 Pakej Umrah

Pakej Umrah adalah termasuk kesemua perbelanjaan “dari KLIA ke KLIA” seperti kos tiket penerbangan, kos Visa Umrah, hotel dan makan minum di Mekah dan Madinah, pengangkutan bas ke destinasi-destinasi utama Madinah, Mekah dan Jeddah, buku panduan Umrah dan Doa, beg sangkut (sling bag), beg jinjing (travel bag). Lama masa pakej adalah 2 minggu (11 – 15 hari). Cuti sekolah Mei/Jun adalah selama 2 minggu dan Cuti Sekolah Ogos adalah selama 1 minggu sering menjadi pilihan ramai jemaah untuk mengerjakan Umrah. Umrah paling awal dalam setahun ialah pada hujung bulan Mac apabila urusan Visa Umrah mula dibuka.
Terdapat 2 jenis pakej Umrah yang kami tawarkan iaitu :
(A) Pakej Bimbingan Ustaz Halim adalah sebanyak 4 kali dalam setahun iaitu Umrah hujung Mei/awal April, Umrah Cuti Sekolah Mei/Jun, Umrah Cuti Sekolah Ogos dan Umrah Ramadan. (Ustaz Halim sendiri mengendali dan membimbing Jemaah Umrah di Tanah Suci).
(B) Pakej Umrah Biasa – pihak Syarikat menguruskan segala urusan di Tanahair, manakala jemaah Haji akan disambut dan diurus di Tanah Suci oleh wakil-wakil Syarikat seperti Ustaz Fakhri Zaini (kawan Ustaz Halim, dimana dia dan keluarga adalah orang Malaysia yang menetap di Mekah). Pakej Umrah seperti ini boleh diuruskan pada bila-bila masa. Kebanyakan agensi-agensi pelancungan membuat urusan atau menghantar Jemaah Umrah dengan cara begini.
Tarikh atau masa Pakej-pakej yang ditawarkan adalah seperti berikut (mengikut yang terawal hingga yang terakhir) :
(1) Umrah Cuti Sek Mac
(2) Umrah Cuti Sek Mei/Jun
(3) Umrah Cuti Sek Ogos
(4) Umrah Awal Ramadan
(5) Umrah Sebulan Ramadan
(6) Umrah Akhir Ramadan

4 Mohon Pakej Umrah
Sila hubungi Pejabat kami di talian 06 – 764 4494 (Haji Azhar 016 – 696 7770) atau 06 – 764 0010 (Puan Akhma 019 – 669 9620) dengan menyatakan nama-nama dan nombor telefon yang akan pergi bersama-sama anda. Anda boleh juga mendaftar dengan menghantar nama-nama melalui SMS dan anda akan dihubungi seterusnya. Sila maklumkan jika ada peserta yang berumur kurang dari 12 tahun (child) dan kurang dari 2 tahun (infant).
Dokumen-dokumen yang diperlukan dari bakal jemaah Umrah yang sedang memohon adalah
Paspot Antarabangsa (sahlaku 6 bulan dan ada 2 mukasurat kosong dan bersebelahan),
4 keping foto berukuran 4 cm x 6 cm,
salinan Surat Beranak jika kurang dari 12 tahun.

5 Pembiayaan Bank
Dalam Muzakarah Kebangsaan Tahunan Pengkursus Haji & Umrah anjuran Tabung Haji Malaysia, salah satu resolusi yang diumumkan ialah mengharuskan mana-mana orang Islam untuk mendapat pembiayaan kewangan dari bank-bank cara Islam bagi mengerjakan ibadat Haji atau Umrah. Kemudahan seumpama ini telah pun diamalkan oleh umat Islam di Indonesia sejak lebih 10 tahun lalu hingga ke hari ini.
Pihak kami boleh menguruskan pembiayaan dari bank atau institusi-institusi kewangan lain serendah pembayaran balik secara ansuran sebanyak RM150 sebulan. Hingga ke hari ini Syarikat kami menjadi panel bagi pembiayaan institusi-institusi kewangan berikut :
Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Sila hubungi terus Puan Hajjah Norzakina 016-217 0681. Beliau adalah pegawai di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan pernah mengikut pakej Haji dan pakej-pakej Umrah dibawah kelolaan Ustaz Halim HAJIUMRAH.COM
Bank Rakyat Berhad.
Koperasi Guru-guru Malaysia Barat.

6 Ralat Umrah
RALAT UMRAH
Ralat Umrah adalah kisah-kisah kesilapan atau kelemahan yang berlaku yang menjadi pengalaman yang berguna kepada jemaah Umrah dan mereka yang bercadang untuk mengerjakan Umrah. Dengan pengamatan dari apa-apa yang telah berlaku, yang kami paparkan di sini, ia disebabkan oleh kedua-dua belah pihak Jemaah Umrah dan Penganjur (Syarikat) tanpa kecuali. Dipihak Penganjur biasanya ialah kerana mereka tidak competence (layak) dalam menganjurkan atau membimbing ibadat Haji atau Umrah yang sememangnya berkait rapat dengan Feqah Ibadat dalam Islam dan pengurusan dengan orang Arab. Di pihak Jemaah pula, mereka tidak mengambil berat dalam memilih Pakej atau Syarikat mana yang akan mengurus dan membimbing mereka sebaliknya memilih berdasarkan iklan yang termuat dalam akhbar atau harga yang dirasa murah. Sebaiknya kenalpasti Ulamak dan Syarikat yang akan membimbing anda mendapat Haji dan Umrah yang mabrur.
DI MANA MAQAM NABI SAW? Kebiasaannya sebaik rombongan tiba di Madinah, mereka akan berehat di hotel seketika, makan minum di tempat yang disediakan, berwudhuk dan terus di bawa oleh ketua rombongan atau pembimbing untuk menziarahi Maqam Rasulullah saw dan Masjid Nabawi. Ketika saya berjalan di perkarangan Masjid Nabi, saya terlihat seorang bapa dan keluarganya sekitar 4 atau 5 orang seperti sedang mencari sesuatu. Lalu saya menyapa dan dia bertanya di mana Maqam Rasulullah saw. dan memberitahu tiada pembimbing yang datang bersama mereka sedang merek kali pertama datang ke Tanah Suci. Nasihat Maqam Nabi saw adalah diantara tempat yang paling hendak di ziarahi oleh jemaah Haji atau Umrah ketika berada di Madinah. Adalah menyedih jika jemaah kali pertama ke Tanah Suci terpaksa mencari sendiri Maqam Nabi saw yang hendak diziarahi, apatah lagi ziarah Maqam dan Masjid Nabi itu sendiri mempunyai adab-adabnya yang perlu dipelajari dan dilaksanakan seperti tertib Doa di Pintu, Solat Tahiyyat, Doa, beri salam kepada Rasulullah saw, rendah suara dan sebagainya. Bagaimana pula nanti untuk melaksanakan ibadah Umrah yang lebih banyak selok beloknya. Sebaiknya pergilah ke Tanah Suci dengan pembimbing yang bertauliah. DAM KAMBING SR4000.00 SEORANG
Dalam satu rombongan Umrah lebih kurang 60 orang, para jemaah telah melakukan umrah dengan banyak sekali. Ada yang melakukan umrah sebanyak 16 kali ! Mereka dimaklumkan oleh ketua rombongan bahawa dibolehkan berniat Umrah di hotel tempat mereka menginap.(seperti yang biasa dilakukan oleh jemaah Haji secara tamattuk).
Hukum
Niat Umrah di Miqat Umrah adalah wajib. Miqat Umrah di Mekah ialah di Tanah Halal, manakala hotel masih terletak di Tanah Haram. Berniat di luar Miqat dikenakan denda Dam Tertib dan Taqdir. Walaupun Umrah tersebut tetap sah (jika berniat di luar Miqat) tetapi berdosa jika sengaja dan tidak berdosa sekiranya tidak sengaja. Jika beliau telah mengerjakan 16 kali Umrah dengan niat di luar Miqat, maka beliau didenda 16 ekor kambing x SR250 harga seekor = SR 4000.00 !! Apabila pembimbing tersebut disiasat rupanya dia kurang memahami selok belok ibadah Umrah dan membaca buku dengan tersilap tajuk. Dia baca dibawah tajuk Haji, bukan Umrah.
Nasihat
Mesti fahami bahawa perjalanan kita ke Mekah bukan bentuk pelancungan biasa tetapi ia adalah perjalanan ibadah. Malangnya bukan sahaja jemaah (kerana tidak teliti memilih) tetapi juga sesetengah penganjur hanya memberi tumpuan kepada aspek pelancungan dan pengurusan perjalanan seperti hotel, makan minum dan pengangkutan tetapi agak cuai atau mengabaikan aspek bimbingan dan penerangan seperti yang sepatutnya. Cuba juga bayangkan (harap tak berlaku) jika semua 60 orang melakukan 16 kali Umrah, maka dam kambing adalah berjumlah 16 kali Umrah x SR250 seekor kambing x 60 orang = SR 240,000.00 iaitu hampir suku juta Riyal Saudi !!
DAM BERTINDAN-TINDAN
Seorang wanita dari hotel lain datang bertemu saya dan berkata tadi dia ke Jakranah (tempat Miqat) dan berniat Umrah bersama kawan-kawan sebilik. Selepas berniat di kembali ke Mekah untuk meneruskan Tawaf, Saie dan Gunting tetapi mendapati dia didatangi haid sebelum memulakan Tawaf. Pembimbingnya mengatakan kalau begitu dia tidak perlu mengerjakan Umrah kerana dia berniat Umrah ketika dalam Haid. Selepas itu dia menjalani kehidupan seperti biasa seperti memotong kuku, menyikat rambut mandi dengan menggosokkan kepala dan sebagainya.
Hukum :
Saya memberitahunya bahawa dia masih dalam keadaan mengerjakan Umrah kerana telah berniat, Cuma kena menunggu sehinga haidnya tamat, mandi wajib, berwudhuk dan menyempurnakan Tawaf Umrah, Saie Umrah dan Gunting Umrahnya. Niat Umrah ketika dalam haid dikira sah niat dan mesti berpantang larang selepas berniat tersebut. Perbuatan memotong kuku, mencabut rambut/bulu dan lain-lain kesalahan mesti dikenakan Dam Takhyir dan Taqdir.
Nasihat :
Mesti bertanya kepada alim yang tahu selok belok ibadah Umrah. Jika tidak kita akan melakukan kesalahan demi kesalahan sedang kita tidak menyedari. Mungkin kesalahan yang kita lakukan menjadi banyak dan dendaan dam menjadi terkumpul dan banyak. Pastikan penyertaan anda di dalam rombongan Umrah atau Haji selepas ini disertai oleh pembimbing yang arif tentang ibadah Haji dan Umrah.

Panduan Pintar Haji & Umrah



HAJI
Haji ialah mengunjungi Baitullah di Mekah dalam Bulan-bulan Haji dengan mengerjakan Rukun-rukunnya seperti Wukuf, Tawaf, Saie dan lain-lain. Ia difardhukan Allah pada Tahun 5 Hijrah keatas setiap orang Islam, lelaki dan wanita yang berakal, baligh dan berkemampuan. Haji adalah salah satu 5 Rukun Islam. Firman Allah swt bermaksud, “Dan sempurnakanlah Haji dan Umrah kerana Allah” (Al-Baqarah:196). “Dan untuk Allah, wajib ke atas manusia mengerjakan Haji di Baitullah (Kaabah) bagi sesiapa yang mampu sampai ke sana. Barangsiapa yang engkar, maka Allah Maha Kaya (tidak memerlukan) dari semesta alam” (Ali Imran:97). Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Haji yang Mabrur, tiada balasan baginya selain Syurga”.
Seseorang yang berhasrat untuk menunaikan ibadat Haji mestilah membuat persiapan-persiapan penting ke arahnya. Ini termasuk menabung wang sehingga mencukupi, menjaga kesihatan badan, membaca dan menghadiri kursus-kursus berkenaan ibadat Haji dan memilih pembimbing dan rombongan yang sebaiknya yang dapat memimpin bersama-samanya menjalani ibadah yang besar dan panjang ini ke arah mendapat Haji yang Mabrur.







CINTA BALQIS : Ep 43

Tuesday

Wahai Lelaki Beriman, Tundukkanlah Pandanganmu, Wahai Wanita Beriman, Tutuplah Auratmu Dengan Sempurna

Wahai Lelaki Beriman, Tundukkanlah Pandanganmu, Wahai Wanita Beriman, Tutuplah Auratmu Dengan Sempurna
Posted by Asyraf Dinie Bahari Saturday, January 2, 2010 comments (0)
Wahai Lelaki Beriman, Tundukkanlah Pandanganmu, Wahai Wanita Beriman, Tutuplah Auratmu Dengan Sempurna

Terlalu Banyak Kisah Rogol, Deraan Seksual, Pembunuhan Wanita dan Sebagianya, Maka ingin saya berkongsi pesan Allah swt dlm hal ini agar kita sama-sama saling mengingat dan sama-sama muhasabah diri utk berusaha mengikut segala perintah Allah swt dan nescaya Allah pasti akan menjaga kita. InsyaAllah..

Wahai Lelaki Beriman, Tundukkanlah Pandanganmu dan Peliharalah Kemaluanmu Kerana Ia Lebih Suci Buat Kamu Dan Ingatlah Bahawa Allah Sentiasa Melihat Apa Yang Kamu Lakukan

Allah berfirman,"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." (An-Nuur 24:30)

Wahai Wanita Beriman, Tutuplah Auratmu Dgn Sempurna Dengan Menutupi Dada dan Juga Menutup Seluruh Badan Dengan Pakaian Yang Longgar Serta Tidak Berwangi-Wangian. Nescaya Allah Pasti Menyelamatkah Kamu Dari Gangguan Manusia

Allah berfirman,"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya"(An-Nuur 24:31)

Allah berfirman,"Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"(Al-Ahzzab 33:59)

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:“Sesiapapun wanita yang memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, dia adalah penzina.” [Diriwayatkan oleh al-Nasai dan dinilai hasan oleh al-Albani di dalam Shahih Sunan al-Nasai – hadis no: 5141]

Amalan kan doa yang sahih ini, Smg dengan usaha doa, Allah swt akan sentiasa berada bersama muslimah2 solehah, menjaga mereka dan sentiasa memberi perlindungan kepada mereka. InsyaAllah..

doa yang mudah dari hadis sohih:-

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال

بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Blog:www.asyrafdinie.blogspot.com
Labels: Pesanan Buat Muslimin dan Muslimat
Jgnlah Brpaling Dari Agama Allah swt,Krn Mrk Yg Brpaling Pasti Allah Akan Sempitkan Kehidupan Dunianya,Sehingga Tiada Kelapangan DidadaNya
Posted by Asyraf Dinie Bahari Tuesday, December 29, 2009 comments (0)
Jgnlah Brpaling Dari Agama Allah swt Iaitu Dgn Menentang,Tdk Mengendahkan atau Melupakan PerintahNya Dan Sunnah RasulNya,Krn Mrk Yg Brpaling Pasti Allah Akan Sempitkan Kehidupan Dunianya,Sehingga Tiada Kelapangan Dan Ketenangan DidadaNya


Allah berfirman:"Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku,maka ssgghnya baginya penghidupan yg sempit,dan Kami akan menghimpunkannya pd hari kiamat dlm keadaan buta”(Thaha 20:124)
Labels: Akibat Berpaling Dari Agama Allah (20:124)
Bersangka Baiklah Dan Jangan Mudah Mencurigai Saudaramu Kerana Ia Adalah Perkataan Yang Paling Dusta dan Kebanyakkan Prasangka Buruk Itu Adalah Dosa
Posted by Asyraf Dinie Bahari Monday, December 28, 2009 comments (0)
Bersangka Baiklah Dan Jangan Mudah Mencurigai Saudaramu Kerana Ia Adalah Perkataan Yang Paling Dusta dan Kebanyakkan Prasangka Buruk Itu Adalah Dosa


Allah berfirman:"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka (kecurigaan), karena sebagian dari prasangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang" (Al-Hujuraat 49:12)

Larangan Berprasangka Buruk

Allah berfirman supaya melarang para hambaNya yang beriman untuk banyak berprasangka buruk iaitu dengan mencurigai keluarga, kerabat serta orang lain dengan tuduhan yang buruk yang bukan pada tempatnya. Kerana sesungguhnya sebahagian dari perbuatan tersebut merupakan hal yang menyebabkan dosa. Oleh kerana itu, hendaklah hal tersebut dijauhi secara keseluruhan sebagai tindakan pencegahan.

Diriwayatkan oleh Amirul Mukminin, 'Umar bin al-Khattab ra, ia berkata,"Janganlah kamu sekali-kali berprasangka terhadap suatu ucapan yang muncul dari saudaramu yang beriman melainkan dengan prasangka yang baik, kerana engkau memiliki cara lain untuk memahami(perkataan)nya dengan pemahaman yang baik. [Dan ucapan tersebut masih dimungkinkan mengandungi kebaikan].(Atsar riwayat Ahmad dalam kitab az-Zuhd, juga ad-Durrul Mantsuur (VI/99))

Imam Malik meriwayatkan dari Abu Hurairah ra, ia mengatakan bahawa Rasulullah saw bersabda:

قال أبو هريرة يأثر عن النبي ( صلى الله عليه وسلم " قال : " إياكم والظن فإن الظن أكذب الحديث ولا تحسسوا ولا تجسسوا ولا تباغضوا وكونوا عباد الله إخوانا

"Jauhilah prasangka, kerana sesungguhnya prasangka adalah perkataan yang paling dusta. Janganlah kalian saling mengintip kesilapan orang lain dan janganlah kalian saling mencari kesalahan orang lain, dan jangan saling membenci.Tetapi jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara" (Al-Muwaththa' (II/907))

Hadis ini juga diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Dawud.

عن أنس رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لا تقاطعوا ولا تدابروا ولا تباغضواولا تحاسدوا وكونوا عباد الله إخوانا ولا يحل لمسلم أن يهجر أخاه فوق ثلاث ايام

Diriwayatkan oleh Anas ra, ia mengatakan bahawa Rasulullah saw bersabda,"Janganlah kalian saling memboikot, janganlah saling membelakangi, janganlah saling membenci, janganlah saling iri hati, tapi jadilah hamba-hamba Allah swt yang bersaudara. Dan tidak lah halal bagi seorang yang beragama islam (muslim) untuk bersikap diam (tidak saling bertanya) tentang saudaranya lebih dari tiga hari" (Diriwayatkan oleh Muslim dan Tirmidzi, serta disahihkan oleh at-Tirmidzi)

Firman Allah swt "وَلَا تَجَسَّسُوا" "Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain", yakni sebahagian dari kalian terhadap sebahagian yang lain. Kata tajassus pada umumnya dipakai untuk hal-hal yang tidak baik. Oleh sebab itu lah maka "mencari kesalahan orang lain" dalam bahasa arab disebut dengan al-jassus. Sedangkan kata tahassus pada umumnya ditujukan kepada kebaikan seperti pengertian yang terdapat dalam firman Allah swt yang menceritakan perihal Nabi Ya'qub ketika mengatakan kepada para Putranya:

Allah berfirman:"Hai anak-anakku, pergilah kamu, maka carilah berita tentang Yusuf dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir."(Yusuf 12:87)

Namun adakalanya juga kata tersebut diguna pakai untuk perkataan negatif seperti pengertian yang terdapat dalam hadis sahih,dimana Rasulullah bersabda:

لا تحسسوا ولا تجسسوا ولا تباغضوا وكونوا عباد الله إخوانا

"Janganlah kalian saling mengintip kesilapan orang lain dan janganlah kalian saling mencari kesalahan orang lain, dan jangan saling membenci.Tetapi jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara" (Hadis Riwayat Bukhari, Fat-hul Baari (X/496))

Al-Auza'i berkata, "Tajassus adalah mencari-cari sesuatu, sedangkan tahassus adalah mencuri dengar pembicaraan sekelompok orang sedangkan mereka tidak suka jika perbicaraan itu didengar oleh orang lain, atau mencuri dengar dari bilik rumah mereka. Tadabbur adalah sikap saling mendiamkan, tidak mengajak bicara"

Firman Allah swt "وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا","dan janganlah menggunjingkan satu sama lain",Dalam ayat ini terdapat larangan larangan untuk menggunjing atau mengumpat. Hal tersebut ditafsirkan oleh Nabi saw melalui sabda nya yang mengatakan tentang ghibah iaitu:

ذكرك أخاك بما يكره ، قيل : أفرأيت إن كان في أخي ما أقول ؟ قال : إن كان فيه ما تقول فقد اغتبته ، و إن لم يكن فيه فقد بهته " . أخرجه مسلم

"Pembicaraanmu tentang saudaramu yang tidak dia sukai",Ada yang bertanya,"Bagaimana jika yang dibicarakan itu benar adanya?" Rasulullah saw menjawab,"Jika yang kamu bicarakan itu ada padanya, beerti kamu telah mengumpatnya, dan jika apa yang kamu bicarakan itu tidak ada padanya, maka kamu telah berdusta padanya" (Hadis senada juga diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan ia berkata, "Hasan shahih")

Terdapat peringatan keras dalam masalah ghibah, kerana itulah Allah swt menyamakan perlakunya dengan orang yang memakan bangkai saudaranya sendiri, sebagaimana yang disebutkan dalam firmanNya,"أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ", ertinya, sebagaimana kalian tidak suka memakai bangkai saudara sendiri,maka janganlah mengumpat, kerana hukumannya lebih berat dari itu.

Ayat tersebut memberikan peringatan kepada kita menjauhi ghibah, sebagaimana sabda rasulullah saw tentang orang yang meminta lagi pemberiannya,dimana beliau bersabda:

كالكلب يعود في قيئه

"Seperti anjing yang muntah, lalu menelan kembali muntahnya"

Sebelumnya rasulullah saw bersabda:

ليس لنا مثل السوء

"Kami tidak memiliki perumpamaan yang buruk" (Hadis Riwayat Bukhari, Fat-hul Baari (V/278))

Disebutkan dalam berbagai kitab sahih, hasan dan berbagai musnad, yang bersumber dari berbagai jalur bahawa rasulullah saw pernah bersabda dalam khutbah haji wada';

إن دماءكم وأموالكم عليكم حرام كحرمة يومكم هذا في شهركم هذا في بلدكم هذا

"Sesungguhnya darah, harta dan kehormatan kalian adalah haram atas kalian semua, sebagaimana kesucian hari, bulan dan negeri kalian ini" (HR Bukhari dan Muslim)

Abu Dawud meirwayatkan dari Abu Hurairah ra,ia mengatakan bahawa Rasulullah saw bersabda:

كل المسلم على المسلم حرام ماله و عرضه و دمه حسب امرئ من الشر أن يحقر أخاه المسلم

"Diharamkan atas setiap orang muslim harta, kehormatan dan darahnya terhadap muslim lainya.Cukuplah keburukan seseorang,bila ia menghina saudaranya sesama muslim" (Hadis ini diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan ia berkata,'Hasan gharib'.

Al-Hafiz Abu Ya'la meriwayatkan oleh dari saudara sepupu Abu Hurairah ra,seseungguhnya Ma'iz pernah mendatangi rasulullah saw saw sambil berkata,"Wahai Rasulullah!Aku telah berbuat zina",Rasulullah saw pun berpaling darinya sampai Ma'iz mengulang-ulang perkataannya sebanyak empat kali. Ketika Ma'iz mengulang untuk kali kelima kalinya,Rasulullah saw bertanya,"Engkau berbuat zina?"Ma'iz menjawab,"Ya".Rasulullah bertanya,"Tahukah engkau apa itu zina?" Ma'iz menjawab,"Ya,aku melalukan perbuatan terlarang dengannya sebagaimana seorang suami yang mendatangi isterinya secara halal."Rasulullah saw bertanya,"Apa yang engkau maksudkan dengan pengakuanmu ini?"Ma'iz menjawab,"Aku bermaksud agar engkau mensucikanku."Rasulullah bertanya,"Apakah itu(kemaluan)mu masuk kedalam itu (kemaluan)nya,sebagaimana batang celak dimasukkan ke dalam wadahnya atau sebagaimana timba dimasukkan ke dalam sumur?"Ma'iz menjawab,"Ya,wahai rasulullah."Kemudian Rasulullah saw memerintahkan agar ia (Ma'iz) dirajam. Ma'iz pun dirajam. Kemudian rasulullah saw mendengar ada 2 orang yang bercakap-cakap.salah satunya berkata,"Tidakkah engkau saksikan orang yang telah ditutupi (dosanya) oleh Allah swt tetapi jiwanya tidak meninggalkannya,melainkan harus dirajam seperti anjing"Rasulullah saw tetap sahaja berjalan hingga melalui bangkai,lalu bersabda:

أين فلان وفلان ؟ " فقالا : نحن ذان يا رسول الله فقال : " انزلا فكلا من جيفة هذا الحمار " فقالا : يا نبي الله من يأكل من هذا ؟ قال : " فما نلتما من عرض أخيكما آنفا أشد من أكل منه والذي نفسي بيده إنه الآن لفي أنهار الجنة ينغمس فيها

"Dimanakah si Fulan dan si Fulan?Suruhlah keduanya turun dan memakan bangkai keledai."Keduanya menjawab,"Semoga Allah mengampunimu,wahai rasulullah! Apakah bangkai ini layak untuk dimakan?"Rasulullah saw menjawab,"Apakah yang telah kalian berdua katakan tentang saudaramu tadi jauh lebih menjijikkan daripada bangkai keledai ini rasanya.Demi Dzat yang jiwanya ada ditangan-Nya,sesungguhnya dia sekarang benar-benar berada disungai-sungai Syurga menyelam didalam nya" (Ibnu Kathir rh berkata, "Sanad Hadis ini shahih")

Imam Ahmad meriwayatkan dari Jabir bin 'Abdillah ra,ia berkata,"Kami pernah bersama-sama dengan Nabi saw,tiba-tiba bau bangkai menyengat berhembus.Kemudian Rasulullah saw bertanya,"Tahukah kalian bau apa ini?Ini adalah bau orang-orang yang suka mengumpat(menceritakan keburukan) sesama manusia" (HR Ahmad, Komentar Syaikh Al-Albani, hadis ini "Hasan Lighairihi",lihat Shahihut Targhiib wat Tarthiib no 2840)

Cara Bertaubat Bagi Mereka Yang Mengumpat dan Menyebarkan Fitnah

Firman Allah swt,"وَاتَّقُوا اللَّهَ", Yakni dalam perintah dan larangan-Nya,perhatikan dan takutlah. "إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ" Yakni Maha Penerima taubat bagi orang yang bertaubat dan Maha Penyayang bagi orang yang kembali dan bergantung kepada-Nya.

Jumhur ulama' mengatakan "cara taubat pengumpat adalah melepaskan diri dari perbuatan tersebut serta berkeinginan kuat untuk tidak mengulanginya lagi.Apakah disyaratkan adanya penyesalan atas perbuatan yang telah dilakukan, serta meminta maaf dari orang yang pernah diumpatkannya?Terdapat perbezaan pendapat dalam masalah ini.

Ada yang berpandangan, tidak disyaratkan untuk meminta maaf, sebab jika org yg pernah diumpatkannya itu mengetahuinya, boleh sahaja akan lebih merasakan sakit,dibandingkan dengan ketika ia belum mengetahui. Untuk itu caranya adalah dengan memujinya diberbagai tempat dimana ia pernah diumpatkan dan mengubah ghibah semampunya sehingga boleh menutupi dosa ghibah yang pernah dilakukan. Hal itu dalam rangka menebus kesalahan terhadap nya.

Rujukan:

Kitab Tafsir Ibnu Kathir, m/s.477-483, Cetakan Pertama, Pustaka Ibnu Kathir, oleh Syaikh Shafiyyurrahman al-Mubarakfuri
Labels: Prasangka Buruk (49:12)
Bercerita Tentang Cinta, Cinta Hakiki, Cinta Yang Diredhai, Cinta Dibawah Naungan Ilahi..
Posted by Asyraf Dinie Bahari Wednesday, December 23, 2009 comments (7)
Bercerita Tentang Cinta, Cinta Hakiki, Cinta Yang Diredhai, Cinta Dibawah Naungan Ilahi..

Memulakan nukilan mengenai cinta, ingin ku saji kalian dengan sajak indah cinta yg menukil kan fitrah manusia terhadap hakikat cinta..

Cinta adalah akad dan pernikahan
Cinta adalah airnya kehidupan bahkan ia adalah rahsia kehidupan
Cinta adalah kelazatan ruh, bahkan ia adalah roh kehidupan

Dengan Cinta…
menjadi terang semua kegelapan
akan cerah kehidupan
akan menari hati
dan akan bersih qalbu

Dengan cinta semua kesalahan akan dimaafkan..
Dengan cinta semua kelalaian akan diampunkan..
Dengan cinta akan dibesarkan makna kebaikan..

Kalaulah bukan kerana cinta..
Maka tidak akan saling meliuk satu dahan dengan dahan lainnya,

Kalaulah bukan kerana cinta..
Tidak akan merunduk rusa betina kepada jantannya,
Tidak akan menangis tanah yang kering terhadap awan yg hitam,
Dan bumi tidak akan tertawa terhadap bunga pada musim semi

Ketika cinta hampa dalam kehidupan..
Maka jiwa akan sempit dan terjadilah pertikaian dan perselisihan

Ketika cinta telah hilang..
Maka akan layu bunga..
Akan padamlah cahaya..
Akan pendeklah usia..
Akan kering danau dihutan belantara..
Dan akan silih berganti dating penyakit dan sengsara..

Kalau cinta telah sirna..
Tatkala itu lah lebah meninggalkan bunga..
Tatkala itu burung pipit meninggalkan sarangnya..
Tatkala itu lah kutilang tidak hinggap lagi pada pucuk cemara..

Sekiranya lautan mempunyai pantai
Dan sekiranya sungai mempunyai muara..
Maka lautan cinta tidak berpantai..
Dan sungai cinta tidak bermuara..

Makna dan Hakikat Cinta

Cinta dalam bahasa arab disebutkan Mahabbah. Sinonim kata cinta dalam bahasa arab menghasilkan lebih dari 60 kosakata/mufradat.

Hal ini menunjukkan cinta merupakan hal yang agung bagi mereka, selalu didendangkan oleh penyair dan dilantunkan oleh para pujangga dan disebut-sebut dalam pertemuan. Sama hal nya dengan pemujaan mereka terhadap kedermawanan dan keberanian sehingga lafaz singa dan pedang bagi orang arab mempunyai ratusan sinonim.

Cinta dalam bahasa arab sebagaimana yang disebutkan oleh Ibnu Qayyim rh mempunyai berbagai macam makna:

• Cinta bermakna kesucian, kebeningan dan kejernihan

• Cinta bermakna percikan dan riak, seperti percikan dan riak air yang nampak ketika hujah lebat turun.

• Cinta bermakna teguh dan tidak berpindah, sebagaimana teguhnya unta ketika ia duduk diperintah oleh majikannya, sekalipun banyak batu yg melukainya, begitu pula dengan cinta, ketika ia telah terbuhul/terikat kuat, maka ia tidak akan mahu berpindah kepada yang lain.

• Cinta bermakna inti, isi dan biji yag dijadikan benih.

• Cinta bermakna bejana besar dan berisi penuh yang tidak mungkin lagi dimuatkan dengan sesuatu yg lain, begitu pula dengan cinta ia tidak dapat diisi dengan sesuatu yang lain.

• Cinta juga bermakna tungku sebagai tempat pembakaran yang diatasnya diletakkan sesuatu, begitu juga dengan cinta, ia menerima beban yang dipikul atas nama cinta.

(Sila lah lihat Raudhatul Muhibbin karangan Ibnul Qayyim al-Jauziyah)

Ibnu Hazm rh berkata,"Cinta mula nya gurauan dan akhirnya serius. Sulit membuat definisi yang benar tentang cinta dan memahami hakikatnya, kecuali setelah bersusah payah dalam mengetahuinya. Dan cinta bukanlah dari perkara yang terlarang dari agama, kerana hati ditangan Allah swt dan banyak yang telah jatuh cinta dari kalangan khalifah dan imam. (Thuqul Hamamah, Ibnu Hazm, Darul Kutub ilmiyah hal. 6-7)

Hakikat Cinta, Kasih Sayang dan Pernikahan

Banyak orang menyangka bahawa cinta diperoleh ketika sebelum bernikah, menurut mereka saling berkenalan antara satu sama lain, mereka bergurau senda, bermesra, berkasih sayang, dan melakukan apa yang diharamkan oleh Allah swt sebelum dari akad dan pernikahan. Maka sesungguh nya apa yang difikirkan oleh kebanyakkan daripada manusia itu adalah sesuatu yg dilarang oleh Allah swt dan diharamkan kerana ia perbuatan yang menghampiri zina. Dan apabila kita mengikut perjalanan hidup manusia tanpa ilmu yang benar, kita akan lebih mudah terjurus kelembah kesesatan dan kemaksiatan.


"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk" (Surah Al-Isra', 17:32)


“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah al-An’am, 6:116)

Kerana pada masa mereka yang disebut sebagai berpacaran/couple, adalah masa yang sangat sulit untuk mengenal pasti kejujuran dan memahami keperibadian, pada masa itu lah pasangan masing-masing sedang menjadi pelakon terbaik, melakukan penyamaran yang amat tersembunyi terhadap pasangannya.

Maka, oleh sebab itu kita tidak melihat banyaknya terjadi kegagalan dalam membangun rumah tangga seperti pasangan yang mendirikan rumah tangga nya dengan berpacaran, bahkan banyak pula diantara mereka gagal sebelum sampai kehari pernikahan, atas desakan nafsu yang meronta-ronta dan kemudian ia mengorbankan segalanya termasuk kehormatan dirinya.

Mengapa ini terjadi?, mengapa perkahwinan yang didirikan atas dasar berpacaran tidak akan bertahan lama?, Kerana apa yang selama ini ditutupi telah tersingkap, kerana perkahwinan yang seharusnya menjadi luar biasa menjadi biasa, maka nyata emas dari loyang telah jelas benang dan suteranya. Tidak mungkin mawaddah dan rahmah yg begitu mulia dan indah bisa tumbuh dengan sempurna kecuali dalam pernikahan yang sah dan cinta yang dibangun selepas pernikahan.

Seharusnya, setelah menikah baru muncul mawaddah dan mahabbah. Setelah menikah baru timbul rasa kasih sayang. Ini selari dengan Kalamullah yang mengatakan hanya dengan selepas pernikahan, maka Allah swt akan menjadikan rasa cinta, kasih dan sayang kepada suami dan isteri.


"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir" (Surah Ar-Ruum, 30:21)

Ibnu Kathir r.a berkata berkenaan ayat ini, "Dia menjadikan antara mereka berdua mawaddah iaitu mahabbah atau cinta dan rahmah iaitu kasih sayang, seorang laki-laki memperisterikan dan bertahan dengan isterinya dan kerana cinta kepadanya atau rasa kasih sayang sebab lahirnya anak dari rahim isterinya, atau sang isteri menuntut nafkah darinya, atau kerana kesamaan sifat antara mereka berdua atau kerana sebab lainnya. (Tafsir al-Qur'anul 'Azim, Tahqiq:sami Muhammad Salamh, Juz 6/309 Dar Thaybah, cet. II Riyadh)

Ibnu Qayyim rh berkata, "Seseorang tidak dicela dalam kasih sayang dan mabuk cinta terhadap isterinya, kecuali kasih sayang tersebut menyibukkan dirinya dari mencintai yang lebih bermanfaat iaitu cinta kepada Allah swt dan rasulNya atau mempersempitkan kecintaannya kepada Rasulullah saw. Kerana semua kecintaan yang menyempitkan kecintaan terhadap Allah swt dan RasulNya, sekiranya dapat melemahkan atau mengurangi kecintaan tersebut, maka ia tercela. Jika akan memperkukuh kecintaan kepada Allah swt dan RasulNya dan menjadi sebab kekuatannya, maka ia terpuji"

Cinta yang bermanfaat terbahagi kepada tiga:Cinta kepada Allah, Cinta kerana Alla dan Cinta terhadap sesuatu yang dapat membantu kepada ketaatan kepada Allah swt dan menjauhi maksiat kepadaNya.

Dan Cinta yang mudharat terbahagi kepada tiga juga:Cinta bersama Allah, Cinta terhadap apa yang dimurkai Allah, dan Cinta terhadap semua yang dapat memutuskan kecintaan Allah atau menguranginya. Ini lah enam pembahagian cinta yang menjadi asas dan dasar cinta semua manusia. Kecintaan kepada Allah swt yang berasal dari cinta yang bermanfaat tadi adalah dasar segala cinta yang terpuji dan ia menjadi dasar iman, tauhid dan dua bahagian lainnya hanya sebagai pelengkap sahaja.

Cinta Menurut Kebanyakkan Manusia

Sebahagian orang ada yang mengatakan, 'Cinta itu buta', 'Cinta itu azab', 'Cinta itu dari pandangan pertama'..

Cinta menurut mereka adalah hubungan nista sebelum pernikahan dan khalwat yang diharamkan..

Cinta bagi mereka adalah bermanis muka, berkata nista dan bertopengkan kejujuran untuk menjerat wanita..

Cinta bagi mereka adalah berpacaran, berpasangan dan berkasih sayang tanpa akad dan pernikahan, cinta bagi mereka adalah hubungan diluar pernikahan..cinta bagi mereka adalah penzinaan dan bersekedudukan..

Cubalah lihat apa yang terjadi diakhir zaman ini, apa yang telah diperbuat olehj kebanyakkan media massa. Lihat lah apa yang berlaku kepada dunia musik, semua mendendangkan suara syaitan dengan jerat-jerat cintanya. Lihat lah dunia perfileman dari Hollywood dan Bollywood nya, semua nya bercerita tentang hubungan yang haram atau cinta yang nista dan menipu. Perhatikan lah pergaulan bebas dijalan-jalan. Seakan mereka ingin menyatakan bahawa cinta adalah milik mereka, bahawa seperti mengatakan kebahagiaan adalah kebahagiaan mereka.

Bagi mereka, perkahwinan adalah kuburan bagi cinta, tidak ada cinta dalam pernikahan yang halal, yang tinggal hanya lah kewajipan dan tanggungjawab, yang ada hanya lah berletih dan berlelah dalam mencari nafkah.

Pemahaman ini, mereka buktikan pula pada banyakkan kegagalan mereka dalam mengharungi bahtera rumah tangga pada awal pelayaran mereka. Sehingga mereka trauma dan berputus asa mencari cinta yang halal, tidak mahu berkeluarga dan memilih untuk membujang selamanya.

Ditambah lagi, kurang nya perhatian dari orang-orang yang saleh terhadap urusan cinta atau mawaddah dan mahabbah, seakan-akan mereka dapat hidup tanpa cinta dan kasih sayang. Terutamanya dari sebahagian sahabat dari ikhwan pengajian dan kuliah, ketika itu mereka telah fokus pada pahala dan ganjaran.

Tidak tahukah mereka bahawa jalan kesyurga banyak bukit dan jurang, dipenuhi dengan onak dan duri?, Bagaimana bias sampai kesana jika tidak dengan cinta?, Bagaimana menimbulkan motivasi dalam meraihnya jika tidak ada pendorong dan sesuatu yang dapat melupakan letih dan susahnya.

Dua orang yang berjalan sambil membawa beban, akan terasa ringan perjalanan mereka tersebut, sekiranya mereka habiskan dengan bercerita.

Begitu lah pula seharusnya menggapai syurga, harus ada sesuatu yang dapat menggembirakan hatinya setelah seharian berpenat lelah berjalan, harus ada pula penghibur jiwanya setelah letih beribadah?, Yang menghiburkan dan membahagiakan nya itu lah Cinta.

Sungguh, membangun cinta dalam bahtera rumah tangga diatas rendah dan tingginya ombak, manis dan pahitnya kehidupan, jauh lebih baik dari apa yang mereka sebut dengan cinta. Lebih indah jika membangun dan melayari bahtera rumah tangga dengan disirami cinta.

Islam Bercerita Tentang Cinta

Cinta itu berat, banyak yang dapat memenangkan pertarungan melawan singa atau ia kuat melawan sepuluh atau seratus orang, tapi sering kali ia tidak kuat melawan gerak gejolak cinta. Allah swt berfirman:


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.(Surah Al-Baqarah, 2:286)

Yang tidak sanggup dipikul oleh manusia adalah cinta, sebagaimana yang dikatakan oleh Ibrahim. Dan Muhammad bin Abdul Wahab berkata itu adalah 'isyq (mabuk cinta). (Tafsir al-Baghawi (1/358))

Manusia diciptakan lemah, terutamanya dalam perihal cinta. Allah swt berfirman:


"Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, dan manusia dijadikan bersifat lemah" (Surah An-Nisa' 4:28)

Manusia diciptikan dalam keadaan lemah dalam perkara wanita sebagaimana yang ditafsirkan oleh Thawus rh. Dan berkata Waqi' rh, "Hilang nya akal seorang lelaki ketika bersama mereka (wanita)"

Dan Rasulullah saw bersabda:

وعن أبي سعيد الخدري قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ما رأيت من ناقصات عقل ودين أذهب للب الرجل الحازم من إحداك . رواه البخاري ومسلم

Dari Abu Said al-Khudri ra : Telah bersabda Rasulullah saw, 'aku tidak melihat manusia yang kurang akal dan agamanya yang dapat menghilangkan akal lelaki yang tegas seperti salah seorang dari kalian (wanita)" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Suatu hari Rasulullah saw ditanya oleh 'Amr bin 'Ash ra, "Wahai Rasulullah, siapa orang yang paling engkau cintai?", Beliau berkata, "Apa yang engkau inginkan?" 'Amr berkata, "Hanya sekadar ingin tahu, ya Rasulullah!" Beliau menjawab, "Aisyah", Aku berkata,"Yang kumaksudkan dari laki-laki" Beliau menjawab, "Ayahnya" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

'Aisyah ra berkata,"Suatu hari isteri-isteri Nabi saw mengirim Fatimah putrid Nabi saw, lalu ia masuk, sedangkan beliau berbaring dengan ku diatas selimut milikku. Lalu ia berkata, 'Wahai Rasulullah, isteri-isterimu meminta perlakuan adil terhadap puteri Qohafah (yaitu 'Aisyah), sedangkan aku memilih diam'. Rasulullah saw berkata, "Bukankah engkau mencintai apa yang aku cintai?' Ia berkata, 'Benar', Lalu beliau berkata,'Jika begitu, cintailah ia (yaitu 'Aisyah)" (Hadis Riwayat Muslim)

'Abdullah bin 'Abbas ra berkata, bahawa salah seorang berkata kepada Nabi saw, "Wahai Rasulullah, aku mempunyai anak yatim telah dipinang oleh lelaki kaya dan lelaki miskin. Kami menginginkan yang kaya sedangkan ia menyukai yang miskin". Rasulullah saw bersabda:

لم نر للمتحابين مثل النكاح

"Kami tidak melihat dua orang yang saling mencintai kecuali dengan pernikahan" (Hadis Riwayat Ibnu Majah, disahihkan oleh Syaikh Nasiruddin Al-Albani diSilsilah no 624)

Penutup

Alangkah indahnya hidup berumah tangga dalam rangka penghambaan diri kepada Allah swt. Di dunia mendapatkan kebahagiaan dan diakhirat memperoleh redha dan pengampunan.

Akhirnya kita akhiri dengan doa 'Ibadurrahman (hamba-hamba yang soleh).


Dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa" (Surah Al-Furqon 25:74)

Rujukan:

1. Al-Quranul Karim
2. Tafsir Ibnu Kathir
3. Maktabah Syamilah
4. Buhul Cinta oleh Ustaz Armen Halim Naro (Artikel ini dicetuskan dari buku ini)

Artikel ini dicetuskan dari buku "Buhul Cinta" yang ditulis oleh Ustaz Armen Halim Naro. Kuliah yang disampaikan sangat menyentuh hati dan membuat kita benar-benar mengetahui cinta yang hakiki dan ingin untuk menggapai nya.Rakaman Kuliah Membedah buku Buhul Cinta Oleh Ustaz Armen Halim Naro beloh didownload di link dibawah ini:

http://www.4shared.com/file/180096511/50d75177/Armen_Halim_Naro_-_01_Buhul_Ci.html
http://www.4shared.com/file/180097805/fec55019/Armen_Halim_Naro_-_02_Buhul_Ci.html
http://www.4shared.com/file/180099478/26f03434/Armen_Halim_Naro_-_03_Buhul_Ci.html

Wallahua'lam..
Labels: Cinta
Janganlah Meremehkan Dan Merendahkan Orang Lain, Kerana Boleh Jadi Yang Direndahkan Itu Lebih Baik Dan Lebih Tinggi Kedudukannya Disisi Allah swt
Posted by Asyraf Dinie Bahari Friday, December 4, 2009 comments (3)
Janganlah Meremehkan Dan Merendahkan Orang Lain, Kerana Boleh Jadi Yang Direndahkan Itu Lebih Baik Dan Lebih Tinggi Kedudukannya Disisi Allah swt


Allah berfirman:"Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim" (Hujuraat 49:11)

Allah swt melarang kita untuk menghina orang lain yakni dengan meremehkan dan mengolok-olokkan. Sebagaimana yang disebutkan dalam hadis yg sahih dari Rasulullah saw, beliau bersabda:

"Tidak masuk syurga orang yang ada dalam hatinya seberat biji sawi dari kesombongan. Maka seorang lelaki bertanya: Sesungguhnya seseorang menyukai pakaiannya yang bagus dan seliparnya yang elok. Nabi menjawab: Sesungguhnya Allah Maha Indah dan menyukai keindahan, sombong itu menolak kebenaran dan meremehkan manusia." (HR Muslim)

Makna yang dimaksudkan adalah menghina dan meremehkan orang lain. Perbuatan tersebut diharamkan, sebab barangkali orang yg dihina tersebut memiliki kedudukan yang lebih tinggi dihadapan Allah swt dan lebih dicintai Allah swt daripada orang yg menghina. Kerana itu lah Allah swt berfirman:

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik" Secara nas nya, larangan tersebut ditujukan kepada kaum lelaki dan dilanjutkan untuk kaum perempuan.

Selanjutnya Allah swt berfirman:"Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri", yakni jangan lah kalian mencela orang lain. Pengumpat atau orang yg mencela adalah orang yg tercela dan terlaknat sebagaimana yang disebutkan Allah swt dlm firman Allah swt yg berikut:

Yang bermaksud:"Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela" (Al-Humazah 104:1).

Al-Hamz adalah celaan dengan perbuatan dan al-lamz adalah celaan dengan lisan. Sebagimana firman Allah swt berikut:

Yang bermaksud:"yang banyak mencela, yang kian ke mari menghambur fitnah" (Al-Qalam 68:11)

Yakni meremehkan dan mencela orang lain secara melampaui batas, berjalan kesana kemari sambil menghamburkan fitnah dan mengadu domba dengan lisan. Kerana itu lah dalam surah ini, Allah berfirman: "Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri", semakna dengan firman Allah swt: "Dan janganlah kamu membunuh dirimu" (An-Nisa' 4:29)

Ibnu 'Abbas r.a, Mujahid, Sa'id bin Jubir, Qatadah dan Muqatil bin Hayyan berkata, "Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri", ertinya adalah jangan lah kalian saling memfitnah antara satu sama lain.

Firman Allah swt,"dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan" Yakni jangan lah kalian saling memanggil dengan julukan yang tidak baik utk didengar.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Jubairah bin adh-Dhahhak, ia berkata,"Firman Allah swt:'dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan', turun utk kami Bani Salamah", Abu Jubairah melanjutkan,

"Ketika Rasulullah saw tiba diMadinah, kala itu setiap orang memiliki 2 atau 3 nama. Bila ada yang memanggil, nama2 itu lah yg diguna pakai. Mereka berkata,'Wahai Rasulullah, sesungguhnya dia akan marah dengan nama itu''. Kemudian turun lah ayat,"dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan" (HR Ahmad (IV/240), sahih, lihat al-Musnad (no 19288)(XXX/221))

Firman Allah swt,"Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman", yakni seburuk-buruk sifat dan nama panggilan adalah pemberian gelar dengan gelar yg buruk, sebagaimana yang dulu, dilakukan pada zaman jahiliyah. Maka (alangkah buruknya hal itu bila kalian lakukan sekarang) setelah masuk islam, sedangkan kalian memahami keburukannya.

Berkenaan firman Allah swt ini,"dan barangsiapa yang tidak bertobat", makna nya, dari kebiasaan nya, "maka mereka itulah orang-orang yang zalim".
Labels: Meremehkan Orang Lain (49:11)
Bertaubatlah Dari Maksiat dan Syirik Yang Dilakukan,Dan Jgn Sekali2 Berputus Asa Dari Rahmat Allah swt Kerana Allah Mengampuni Dosa HambaNya
Posted by Asyraf Dinie Bahari Sunday, November 15, 2009 comments (0)
Bertaubatlah Dari Maksiat dan Syirik Yang Dilakukan,Dan Jgn Sekali-Kali Berputus Asa Dari Rahmat Allah swt Kerana Allah Mengampuni Dosa HambaNya


Allah Berfirman:Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (Az-Zumar 39:53)
Labels: Rahmat Allah (39:53)
Peliharalah Dirimu Dan Ahli Keluargamu Dari Api Neraka dengan Mengajar Mereka Taat KepadaNya dan Menyuruh Mereka Meninggalkan Maksiat
Posted by Asyraf Dinie Bahari Friday, November 13, 2009 comments (0)
Peliharalah Dirimu Dan Ahli Keluargamu Dari Api Neraka dengan Mengajar Mereka Taat KepadaNya Serta Bertaqwa dan Menyuruh Mereka Meninggalkan Maksiat


Allah berfirman:"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan" (Tahrim 66:6)

'Ali bin Abi Thalhah menuturkan dari Ibnu 'Abbas r.a, ia berkata, "Firman-Nya 'Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka', yakni ajarilah mereka utk taat kepadaNya dan tidak bermaksiat kepadaNya. Dan perintahkanlah kepada keluarga kalian utk berzikir agar Allah swt menjauhkan mereka dari api neraka" (Ath-Thabari (XXIII/491))

Mujahid berkata, "Firman-Nya, 'Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka',yakni bertaqwalah kepada Allah swt dan berwasiatlah kepada keluarga kalian agar bertaqwa kepadaNya" (Ath-thabari (XXIII/492))

Sementara itu Qatadah berkata,"Hendaklah engkau memerintahkan mereka utk taat kepada Allah swt, dan melarang mereka bermaksiat kepadaNya. Hendaklah engkau menjalankan hukum Allah swt kepada mereka, serta memerintahkan dan membantu mereka utk melaksanakannya. Apabila engkau melihat mereka bermaksiat kepada Allah swt, maka peringatlah dan laranglah mereka" (Ath-Thabari (XXIII/492)

Demikian pula yg dikatakan adh-Dhahhak dan Muqatil, "Merupakan kewajipan seorang muslim utk mengajari isterinya, kerabatnya, buak perempuan dan laki2 nya, apa2 yg diwajibkan dan dilarang Allah kepada mereka" (Al-Qurthubi (XVIII/196))

Ayat ini semakna dengan hadis yg diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud dan at-Tirmidzi, dari ar-Rabi' bin Sbarah, dari bapaknya, ia mengatakan bahawa Rasulullah saw telah bersabda: "Perintahkanlah anak kecil untuk solat jika telah berumur tujuh tahun. Apabila dia telah berumur sepuluh tahun, perintahkanlah mereka dengan pukulan" (Diriwayatkan oleh Ahmad (III/404) , Abu Dawud (I/332), at-Tirmidzi (II/445) dalam Tuhfatul Ahwadzi,Hadis sahih, Lihat Shahihul Jaami' no 5867)
Labels: Pelihara Keluarga Dari Api Neraka (66:6)

Video Ceramah Bab Kewangan

Tatacara Solat Gerhana Cara Nabi

SOLAT GERHANA (KUSUF & KHUSUF)
Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus
(Dinukil dari buku saya bertajuk Panduan Solat Sunat Cara Nabi S.A.W.)

Gerhana bulan adalah apabila bumi melindungi bulan dari cahaya matahari sehingga menyebabkan bulan kelihatan gelap. Gerhana matahari pula adalah apabila bulan melindungi bumi dari matahari sehingga bumi menjadi gelap seketika kerana tidak menerima cahaya dari matahari. Terdapat juga sesetengah pihak tatkala apabila mengalami peristiwa gerhana bulan mahupun matahari, namun mereka hanya melihat kejadian ini sebagai satu perkara yang luar biasa. Tidak kurang pula yang mengaitkannya dengan perkara-perkara mistik. Namun kejadian gerhana ini hanyalah merupakan di antara tanda-tanda kebesaran Allah Subhanahu wa Ta’ala yang mentadbir seluruh alam. Apabila terjadi gerhana bulan mahupun matahari maka disunnahkan bagi kita untuk mengerjakan solat Solat Sunat Gerhana Bulan (Kusuf) dan Gerhana Matahari (Khusuf)

HUKUM SOLAT GERHANA


Para ulamak telah sepakat bahawa disyariatkan mengerjakan solat sebanyak dua rakaat sekiranya terjadi gerhana.

Menurut Ibn ‘Umar radhiallahu’ anh, Nabi s.a.w bersabda:


إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لاَ يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ وَلَكِنَّهُمَا آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهَا فَصَلُّوا


Maksudnya:
Sesungguhnya matahari dan bulan tidak mengalami gerhana kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kehidupannya (kelahirannya). Tetapi, kedua-duanya adalah dua tanda antara tanda-tanda (kebesaran) Allah. Apabila kamu semua melihat kedua-duanya (mengalami gerhana) maka dirikanlah solat. – Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1042.

Namun, para ulamak berbeza pendapat tentang hukum perlaksanaan solat Gerhana tersebut. Syeikh Muhammad bin ‘Umar bin Salim Bazmul pula menguatkan pendapat bahawa solat Gerhana ini hukumnya sunat mu’akkadah bersandarkan hadis berikut:



خَسَفَتْ الشَّمْسُ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالنَّاسِ... ثُمَّ انْصَرَفَ وَقَدْ انْجَلَتْ الشَّمْسُ فَخَطَبَ النَّاسَ فَحَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ ثُمَّ قَالَ إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لاَ يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَادْعُوا اللَّهَ وَكَبِّرُوا وَصَلُّوا وَتَصَدَّقُوا ثُمَّ قَالَ يَا أُمَّةَ مُحَمَّدٍ وَاللَّهِ مَا مِنْ أَحَدٍ أَغْيَرُ مِنْ اللَّهِ أَنْ يَزْنِيَ عَبْدُهُ أَوْ تَزْنِيَ أَمَتُهُ يَا أُمَّةَ مُحَمَّدٍ وَاللَّهِ لَوْ تَعْلَمُونَ مَا أَعْلَمُ لَضَحِكْتُمْ قَلِيلًا وَلبَكَيْتُمْ كَثِيرًا

Maksudnya:
Terjadi gerhana matahari pada masa Rasulullah s.a.w lalu Rasulullah s.a.w mengimami solat orang ramai… Setelah baginda selesai solat, matahari telah kelihatan. Seterusnya baginda berkhutbah di hadapan manusia dengan memuji Allah serta menyanjung-Nya, kemudian bersabda:
Sesungguhnya matahari dan bulan tidak mengalami gerhana kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kehidupannya (kelahirannya). Tetapi, kedua-duanya adalah dua tanda antara tanda-tanda (kebesaran) Allah. Apabila kamu semua melihat hal itu itu maka berdoalah kepada Allah, bertakbir, bersolat dan bersedekah.
Kemudian baginda bersabda: Wahai umat Muhammad! Demi Allah, tidak ada seorangpun yang lebih cemburu daripada Allah apabila hamba-Nya sama ada lelaki atau wanita melakukan perzinaan. Wahai umat Muhammad! Sekiranya kamu semua mengetahui apa yang aku ketahui pasti kamu semua akan tertawa sedikit dan lebih banyak menangis. - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1044.

Dapat dikatakan di sini bahawa dalil yang terkandung di dalam hadis merupakan perintah agar mengerjakan solat itu berserta perintah agar bertakbir, berdoa dan bersedekah. Namun, tidak ada seorangpun yang mewajibkan bersedekah, bertakbir dan berdoa ketika terjadi gerhana. Oleh itu, menurut kesepakatan ijmak bahawa perintah tersebut bersifat sunat. – Rujuk Bughyat al-Mutatowwi Fi Solah al-Tatowwu' karya Syeikh Muhammad bin ‘Umar Salim Bazmul, edisi terjemahan bertajuk Meneladani Solat-Solat Sunnah Rasulullah s.a.w, Pustaka Imam al-Syafie, Bogor (2005), ms. 140-141.

Tetapi, tanggapan ulamak berijmak (sepakat) bahawa solat Gerhana ini hanyalah sunat mu’akkadah kurang tepat kerana terdapat juga ulamak yang mewajibkannya. Menurut al-Hafidz Ibn Hajar al-‘Asqalani rahimahullah:

Majoriti ulamak mengatakan hukumnya adalah sunnah mu’akkadah (sunnah yang amat dituntut). Tetapi, Abu 'Awanah di dalam shahihnya menyatakan bahawa hukumnya adalah wajib. Aku tidak pernah menemui ulamak yang berpendapat sedemikian selain beliau kecuali apa yang dinukil daripada Malik yang menyamakannya dengan hukum solat Jumaat. Ibn al-Manayyar menukilkan daripada Abu Hanifah bahawa menurutnya hukum solat Gerhana adalah wajib. Demikian juga dinukilkan oleh sebahagian penulis kitab mazhab Hanafi. – Rujuk Kitab Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari karya Ibn Hajar al-‘Asqalani tahqiq Syeikh Abdul Aziz Abdullah bin Baz, edisi terjemahan dengan tajuk Fath al-Bari Penjelasan Kitab Sahih al-Bukhari, Pustaka Azzam, Jakarta (2005), jil. 6, ms. 4.

Syeikh al-Albani rahimahullah pula menyokong pendapat bahawa solat Gerhana ini hukumnya wajib. Menurut beliau:

Inilah pendapat paling unggul (iaitu wajib solat Gerhana) dan untuk membuktikan penjelasan berikut ini, menurut pendapatku sesiapa yang mensunatkannya bererti dia telah mengabaikan perintah-perintah yang datang daripada Nabi s.a.w mengenai solat Gerhana tanpa ada dalil yang boleh menolak hukum asalnya, iaitu wajib. Al-Syaukani lebih cenderung kepada hukum wajib sebagaimana dinyatakan di dalam al-Sail al-Jarrar, jilid 1, muka surat 323 dan dipersetujui oleh Shadiq Khan di dalam al-Raudoh al-Nadiyyah. Inilah pendapat paling sahih. – Rujuk Kitab Tamam al-Minnah fi Ta’liq ‘Ala Fiqh al-Sunnah karya Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, edisi terjemahan dengan tajuk Tamamul Minnah Komentar Dan Koreksi Ilmiah Terhadap Kitab Fiqhus Sunnah Karya Sayyid Sabiq, Maktabah Salafy Press,Jakarta (2002), jil. 1, ms. 329.

Syeikh al-‘Utsaimin rahimahullah pula menegaskan bahawa majoriti ulamak menyatakan solat Gerhana adalah sunat mu’akkadah. Namun, sebahagian ulamak menyatakan ia wajib sama ada termasuk kategori fardu ‘ain atau fardu kifayah kerana terdapat perintah daripada Rasulullah s.a.w agar mengerjakan solat itu. Malah, perintah itu menunjukkan wajib.

Setelah itu, beliau menguatkan pandangan bahawa hukum solat Gerhana adalah wajib katanya:

Tidak diragukan lagi bahawa dalil ini cukup kuat baik dari sumber riwayat mahupun melalui pengkajian cerdik pandai agama. Paling tidak ia termasuk kategori fardu kifayah. Inilah menurut pendapat kami. Manakala pendapat jumhur, mereka tidak memiliki dalil yang menunjukkan perkara itu tidak wajib kecuali sabda Nabi s.a.w kepada seorang lelaki yang bertanya kepadanya:


Apakah ada lagi selain itu (selain kewajipan solat lima waktu)? Baginda menjawab: Tidak! Kecuali solat sunat. – Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Imaan, no: 46.
Hal ini tidak bererti menolak kewajipan solat-solat selain solat lima waktu apabila wujud sebab yang mewajibkannya. Apa yang dimaksudkan dengan kalimah nafi 'tidak!' sebagaimana sabda baginda s.a.w, iaitu berkaitan solat-solat rawatib yang selalu berulang setiap hari. Mengenai solat-solat yang berkait dengan sebab-sebab tertentu, maka hadis ini tidak boleh dijadikan hujah untuk menolak kewajipannya.


Kesimpulannya, kami memandang bahawa solat Gerhana adalah wajib sama ada fardu atas setiap individu (fardu ‘ain) atau fardu kifayah (memadai dikerjakan oleh sebahagian kaum muslimin sahaja). – Rujuk Kitab Majmu’ Fatawa Arkanil Islam karya Syeikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin, edisi terjemahan dengan tajuk Majmu’ Fatawa Solusi Problematika Umat Islam Seputar Akidah dan Ibadah, Pustaka Arafah, Solo (2002), jil. 1, ms. 429-430.

Dengan ini, dapat kita fahami bahawa perlaksanaan solat Gerhana ini adalah satu perkara yang dipandang besar di kalangan para ulamak sehingga ada yang mewajibkannya. Pengajian hukum sunat atau wajib berkaitan sesuatu amalan itu hanyalah berbentuk kajian ilmiah dan bertujuan mengetahui sama ada sesuatu amalan itu dibenarkan untuk ditinggalkan atau tidak.

Namun, bagi mereka yang mencintai sunnah Nabi s.a.w sekiranya sesuatu sunnah itu sabit daripada hadis yang sahih maka mereka akan berusaha mengerjakannya tanpa memikirkan sama ada ia wajib atau sunat.

Menurut Syeikh Abdullah al-Bassam:

Seorang muslim sewajarnya mematuhi syariat tanpa memandang apakah ia fardu atau sunat. Apa yang penting dia melakukan kerana mematuhi syariat Allah semata-mata mengikuti sunnah Nabi-Nya dan mengharapkan ganjaran pahala. Pembahasan mengenai hukum hanya diperlukan ketika berlaku suatu waktu ingin meninggalkannya. Ketika itu apakah sunnah yang akan ditinggalkannya itu sesuatu yang wajib atau sunat (agar tidak bergelumang dengan dosa meninggalkan sunnah). Oleh itu, menjadi kewajipan seorang hamba agar serius beribadah. Manakala dalam kajian ilmiah dan mengetahui hukum-hukumnya bertujuan mengetahui antara yang fardu dan yang sunat. - Rujuk Taudhih al-Ahkam Min Bulughul Maram karya Syeikh Abdullah Abdul Rahman al-Bassam, edisi terjemahan dengan tajuk Syarah Bulughul Maram, Pustaka Azzam, Jakarta (2006), jil. 1, ms. 217.

TATACARA MENGERJAKAN SOLAT GERHANA


Waktu Dikerjakan Solat Gerhana.

Aisyah radhiallahu’ anha berkata:


خَسَفَتْ الشَّمْسُ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالنَّاسِ... ثُمَّ انْصَرَفَ وَقَدْ انْجَلَتْ الشَّمْسُ

Maksudnya:
Terjadi gerhana matahari pada masa Rasulullah s.a.w lalu Rasulullah s.a.w mengimami solat orang ramai… Setelah baginda selesai solat matahari telah kelihatan. - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1044.

Hadis di atas merupakan dalil tentang waktu harus dikerjakan solat Gerhana, iaitu bermula terjadinya gerhana sehingga berakhirnya gerhana. Sungguhpun begitu, sekiranya kita telah menyelesaikan perlaksanaan solat Gerhana namun gerhana tersebut belum berakhir, kita hendaklah memperbanyakan berdoa dan berzikir.

Menurut al-Hafidz Ibn Hajar rahimahullah:

Lafaz ini (hingga matahari kelihatan) merupakan dalil tentang lamanya solat Gerhana, iaitu hingga matahari nampak kembali. Al-Tohawi berpendapat bahawa di dalam hadis dinyatakan hendaklah kamu semua solat dan berdoa. Dalam erti kata lain, jika kita selesai melaksanakan solat Gerhana, namun matahari masih belum juga kelihatan, kita hendaklah memperbanyakan berdoa sehingga gerhana berakhir.


Ibn Daqiq al-'Id menguatkan lagi pendapat ini bahawa had waktu tersebut (antara mula gerhana hingga matahari muncul kembali) adalah had waktu untuk solat dan berdoa. Malah bermungkinan doa tersebut boleh dilakukan setelah selesai solat hinggalah matahari muncul kembali. Oleh itu, solat Gerhana tidak harus dilakukan terlalu lama atau mengulanginya beberapa kali jika matahari belum kelihatan sehingga matahari muncul (gerhana berakhir). – Rujuk Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari karya Ibn Hajar al-‘Asqalani, jil. 6, ms. 6.

Dikerjakan Di Masjid Secara Berjemaah Oleh Lelaki Dan Wanita.


Perlaksanaan solat Gerhana ini adalah secara berjemaah. Ia dilaksanakan di masjid dan bukan di musolla, iaitu tanah lapang seperti solat hari raya dan istisqa’ (mohon hujan).

Imam Syafie rahimahullah berkata:

Solat ketika terjadi gerhana matahari dan bulan diadakan secara berjemaah. Solat seperti ini tidak dilakukan pada tanda-tanda kebesaran Allah yang lain kecuali hanya pada gerhana matahari dan bulan. – Rujuk Mukhtasar Kitab al-Umm Fi al-Fiqh karya Abu Abdullah Muhammad bin Idris al-Syafie, ringkasan dan tahqiq oleh Husain Abdul Hamid Abu Nashir Nail, edisi terjemahan dengan tajuk Ringkasan Kitab al-Umm, Pustaka Azzam, Jakarta (2005), jil. 1, ms. 341.

Dalil tentang disyariatkan perlaksanaan solat Gerhana secara berjemaah sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah radhiallahu’ anha katanya:



خَسَفَتْ الشَّمْسُ فِي حَيَاةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَخَرَجَ إِلَى الْمَسْجِدِ فَصَفَّ النَّاسُ وَرَاءَهُ فَكَبَّرَ

Maksudnya:
Terjadi gerhana matahari pada zaman Nabi s.a.w lantas baginda keluar menuju ke masjid dan orang ramai berbaris di belakangnya lalu baginda bertakbir. - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1046.

Solat Gerhana ini bukan hanya dikerjakan oleh kaum lelaki malah kaum wanita juga boleh turut serta mengerjakannya secara berjemaah.

Menurut Hisyam bin 'Urwah radhiallahu’ anh, Fatimah Binti al-Mundzir radhiallahu’ anha telah meriwayatkan daripada Asma' binti Abu Bakar radhiallahu’ anhuma katanya:



أَتَيْتُ عَائِشَةَ زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ خَسَفَتْ الشَّمْسُ فَإِذَا النَّاسُ قِيَامٌ يُصَلُّونَ وَإِذَا هِيَ قَائِمَةٌ تُصَلِّي...

Maksudnya:
Aku telah menemui Aisyah radhiallahu’ anha ketika terjadi gerhana matahari. Ternyata manusia berdiri mengerjakan solat. Begitu juga Aisyah berdiri mengerjakan solat. - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1053.

Namun, sekiranya solat Gerhana itu tidak dilakukan secara berjemaah ia tetap sah. Menurut al-Hafidz Ibn Hajar rahimahullah, dalil yang mengharuskan solat Gerhana dikerjakan secara besendirian sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:



فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَافْزَعُوا إِلَى الصَّلاَةِ


Maksudnya:
Apabila kamu semua melihat kedua-duanya (matahari dan bulan mengalami gerhana), bersegeralah solat. – Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1046.

Al-Hafidz Ibn Hajar rahimahullah berkata:

Berdasarkan lafaz ini dapat disimpulkan bahawa berjemaah bukanlah syarat sahnya solat Gerhana. Ini kerana terdapat terdapat isyarat di sini agar segera melaksanakan solat. Sedangkan menunggu jemaah kadang-kadang mengakibatkan waktu solat tamat atau membiarkan sebahagian waktu tanpa diisi dengan solat. – Rujuk Kitab Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari karya Ibn Hajar al-‘Asqalani, jil. 6, ms. 29.

Hendaklah Diserukan As-solatu Jami'ah Atau Innas Solata Jami'ah Sebelum Memulakan Solat.

Tidak ada seruan azan sebelum didirikan solat Gerhana tetapi disunnahkan melaungkan as-solatu jami'ah ataupun innas solata jami'ah.

Imam Syafie rahimahullah berkata:

Tidak ada laungan azan untuk solat Gerhana, solat hari raya, dan semua solat yang bukan solat fardu. Aku lebih menyukai imam agar memerintahkan seseorang meneriakkan as-solatu jami'ah. – Rujuk Kitab Mukhtasar Kitab al-Umm Fi al-Fiqh karya Abu Abdullah Muhammad bin Idris Syafie, jil. 1, ms. 344-345.

Abdullah bin Amr radhiallahu’ anh berkata:


لَمَّا كَسَفَتْ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نُودِيَ إِنَّ الصَّلاَةَ جَامِعَةٌ

Maksudnya:
Ketika terjadi gerhana matahari pada masa Rasulullah s.a.w, lantas diserukan innas solata jami'ah (sesungguhnya solat berjemaah akan didirikan). – Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1045.

Dikerjakan Sebanyak Dua Rakaat.

Jumlah rakaat solat Gerhana adalah dua rakaat sahaja. Syeikh Sayyid Sabiq rahimahullah berkata:

Jumhur ulamak mengatakan bahawa solat itu (gerhana) dilakukan dua rakaat dan setiap rakaat dengan dua kali rukuk. – Rujuk Kitab Fiqh al-Sunnah karya Syeikh Sayyid Sabiq, edisis terjemahan dengan tajuk Fikih Sunnah, Victory Agencie, Kuala Lumpur (1990), jil. 1, ms. 74.

Abu Bakrah radhiallahu’ anh berkata:



خَسَفَتْ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَخَرَجَ يَجُرُّ رِدَاءَهُ حَتَّى انْتَهَى إِلَى الْمَسْجِدِ وَثَابَ النَّاسُ إِلَيْهِ فَصَلَّى بِهِمْ رَكْعَتَيْنِ فَانْجَلَتْ الشَّمْسُ

Maksudnya:
Terjadi gerhana matahari pada masa Rasulullah s.a.w lantas baginda keluar sambil menarik atau menyeret rida' (kain yang diletakkan di atas bahu) hingga sampai ke masjid dan orang ramai telah berkumpul di sekelilingnya lalu baginda solat dua rakaat mengimami mereka. Kemudian matahari bersinar kembali. - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1063.

Diperpanjangkan Bacaan Dalam Solat Gerhana.

Aisyah radhiallahu’ anha berkata:


خَسَفَتْ الشَّمْسُ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالنَّاسِ فَقَامَ فَأَطَالَ الْقِيَامَ

Maksudnya:
Terjadi gerhana matahari pada masa Rasulullah s.a.w lalu Rasulullah s.a.w mengimami solat orang ramai. Baginda berdiri dan memperlamakan berdiri. - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1044.

Al-Hafidz Ibn Hajar rahimahullah ketika menjelaskan tentang baginda memanjangkan berdiri katanya:

Dalam riwayat Ibn Syihab disebutkan:


فَقَرَأَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً

Maksudnya:
Maka baginda membaca dengan bacaan yang panjang.
Manakala pada bahagian akhir perbahasan tentang solat melalui jalur lain daripada Ibn Syihab disebut pula maka baginda s.a.w membaca surah yang panjang. Disebutkan dalam hadis Ibn Abbas yang akan disebutkan setelah empat bab:


فَقَرَأَ نَحْوًا مِنْ سُورَة الْبَقَرَة فِي الرَّكْعَة الأُولَى

Maksudnya:
Baginda membaca ayat seperti panjangnya surah al-Baqarah pada rakaat pertama.

Abu Daud meriwayatkan riwayat yang serupa melalui jalur Sulaiman bin Yasar daripada Urwah sambil menambah lafaz:


قَرَأَ فِي الْقِيَام الأَوَّل مِنْ الرَّكْعَة الثَّانِيَة نَحْوًا مِنْ آل عِمْرَان

Maksudnya:
Baginda s.a.w membaca (ayat) seperti panjangnya surah Ali ‘Imran ketika berdiri pertama pada rakaat kedua. – Rujuk Kitab Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari karya Ibn Hajar al-‘Asqlani, jil. 6, ms. 14-15.

Terdapat Empat Kali Rukuk.


Berbeza dengan solat-solat sunat yang lain, solat Gerhana memiliki empat kali rukuk, iaitu dua kali rukuk setiap rakaat.

Aisyah radhiallahu’ anha berkata:


خَسَفَتْ الشَّمْسُ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالنَّاسِ فَقَامَ فَأَطَالَ الْقِيَامَ ثُمَّ رَكَعَ فَأَطَالَ الرُّكُوعَ ثُمَّ قَامَ فَأَطَالَ الْقِيَامَ وَهُوَ دُونَ الْقِيَامِ الْأَوَّلِ ثُمَّ رَكَعَ فَأَطَالَ الرُّكُوعَ وَهُوَ دُونَ الرُّكُوعِ الْأَوَّلِ ثُمَّ سَجَدَ فَأَطَالَ السُّجُودَ ثُمَّ فَعَلَ فِي الرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ مِثْلَ مَا فَعَلَ فِي الأُولَى ثُمَّ انْصَرَفَ وَقَدْ انْجَلَتْ الشَّمْسُ


Maksudnya:
Terjadi gerhana matahari pada masa Rasulullah s.a.w lantas Rasulullah s.a.w mengimami solat orang ramai. Baginda berdiri dan memanjangkan berdiri, kemudian rukuk dan memanjangkan rukuk.


Kemudian baginda berdiri dan memanjangkan berdiri namun lebih pendek dari berdiri yang pertama. Kemudian baginda rukuk dan memanjangkan rukuk, namun lebih pendek dari rukuk yang pertama.


Kemudian baginda sujud dan memanjangkan sujud seterusnya melakukan pada rakaat kedua sama seperti yang dilakukan pada rakaat pertama.


Kemudian baginda selesai solat dan matahari telah kelihatan sinarnya kembali. - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1044.

Menerusi hadis di atas dapat kita fahami bahawa perbezaan solat Gerhana berbanding solat-solat yang lain ialah sebaik sahaja membaca al-Fatihah dan mana-mana surah dari al-Quran kita hendaklah rukuk. Kemudian bangun kembali dan sekali lagi membaca al-Fatihah dan mana-mana surah dari al-Quran lalu rukuk semula. Kemudian iktidal lalu sujud dan teruskan solat sebagaimana solat-solat yang lain.

Ulangi perkara yang sama pada rakaat kedua. Tidak terdapat riwayat yang menunjukkan adanya zikir-zikir atau bacaan yang khusus untuk solat Gerhana ketika rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud dan tahiyyat. Oleh itu, kita boleh membaca apa jua bacaan ketika solat yang sabit daripada Rasulullah s.a.w sebagaimana yang terdapat dalam hadis.

Menguatkan Suara (Jahr).


Suara hendaklah dinyaringkan ketika membaca ayat al-Quran dalam solat Gerhana. Menurut 'Urwah, Aisyah radhiallahu’ anha berkata:

جَهَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي صَلاَةِ الْخُسُوفِ بِقِرَاءَتِهِ فَإِذَا فَرَغَ مِنْ قِرَاءَتِهِ كَبَّرَ فَرَكَعَ وَإِذَا رَفَعَ مِنْ الرَّكْعَةِ قَالَ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ ثُمَّ يُعَاوِدُ الْقِرَاءَةَ فِي صَلاَةِ الْكُسُوفِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ فِي رَكْعَتَيْنِ وَأَرْبَعَ سَجَدَاتٍ

Maksudnya:
Nabi s.a.w mengeraskan bacaan pada solat Gerhana. Apabila selesai membaca baginda terus bertakbir dan rukuk. Apabila baginda selesai rukuk, baginda mengucapkan sami’allaahu liman hamidah rabbana lakal hamdu (semoga Allah mendengar orang yang memuji-Nya, wahai Tuhan kami bagi-Mu segala pujian), kemudian baginda membaca kembali. Pada solat Gerhana terdapat empat kali rukuk dalam dua rakaat dan empat kali sujud. – Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1065.

Syeikh al-Albani rahimahullah berkata:

Telah ditetapkan oleh Allah bahawa solat Gerhana matahari dilakukan oleh Nabi s.a.w hanya sekali. Juga telah diriwayatkan daripada hadis sahih bahawa baginda mengeraskan bacaan al-Quran seperti yang dijelaskan di dalam Sahih al-Bukhari dan tidak benar jika ada mengatakan bahawa terdapat hadis lain yang menyanggahinya. – Rujuk Kitab Tamam al-Minnah fi Ta’liq ‘Ala Fiqh al-Sunnah karya Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, jil. 1, ms. 331.

Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Gerhana

Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Gerhana (Kusuf atau Khusuf)
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Membaca Surah al-Fatihah
9) Membaca Surah al-Qur’an
10) Rukuk
11) Iktidal
12) Sujud
13) Duduk antara dua sujud
14) Sujud kali kedua
15) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1) Membaca surah al-Fatihah
2) Membaca Surah al-Qur’an
3) Rukuk
4) Iktidal
5) Membaca Surah al-Fatihah
6) Membaca Surah al-Qur’an
7) Rukuk
8) Iktidal
9) Sujud
10) Duduk antara dua sujud
11) Sujud kali kedua
12) Duduk untuk tahiyyat akhir
13) Memberi salam ke kanan dan ke kiri


Khutbah Ringkas Selepas Solat.

Setelah selesai mengerjakan solat Gerhana, sunnah dilaksanakan khutbah yang ringkas.

Imam Syafie rahimahullah berkata:

Imam hendaklah menjadikan khutbah ketika solat Gerhana matahari seperti khutbah-khutbah lain, iaitu dimulai dengan puji-pujian kepada Allah dan berselawat ke atas Nabi s.a.w, mendorong manusia berbuat kebajikan, memerintahkan mereka bertaubat serta mendekatkan diri kepada Allah. – Rujuk Kitab Mukhtasar Kitab al-Umm Fi al-Fiqh karya Abu Abdullah Muhammad bin Idris Syafie, jil. 1, ms. 344.

Antara contoh khutbah Rasulullah s.a.w setelah mendirikan solat Gerhana seperti di bawah.

Aisyah radhiallahu’ anha berkata:



خَسَفَتْ الشَّمْسُ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالنَّاسِ... ثُمَّ انْصَرَفَ وَقَدْ انْجَلَتْ الشَّمْسُ فَخَطَبَ النَّاسَ فَحَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ

Maksudnya:
Terjadi gerhana matahari pada masa Rasulullah s.a.w lantas Rasulullah s.a.w mengimami solat manusia… Setelah baginda selesai solat dan matahari telah kelihatan sinarnya kembali. Lalu baginda berkhutbah di hadapan orang ramai dengan memuji Allah serta menyanjung-Nya. - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1044.

Aisyah radhiallahu’ anha berkata:


خَسَفَتْ الشَّمْسُ فِي حَيَاةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَخَرَجَ إِلَى الْمَسْجِدِ فَصَفَّ النَّاسُ وَرَاءَهُ فَكَبَّرَ... فَاسْتَكْمَلَ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ فِي أَرْبَعِ سَجَدَاتٍ وَانْجَلَتْ الشَّمْسُ قَبْلَ أَنْ يَنْصَرِفَ ثُمَّ قَامَ فَأَثْنَى عَلَى اللَّهِ بِمَا هُوَ أَهْلُهُ

Maksudnya:
Terjadi gerhana matahari pada zaman Nabi s.a.w lantas baginda keluar menuju ke masjid dan orang ramai berbaris di belakangnya, lalu baginda bertakbir… Baginda s.a.w menyempurnakan empat kali rukuk pada empat kali sujud dan matahari telah mula kelihatan sebelum baginda selesai solat. Kemudian baginda berdiri lalu memuji Allah sebagaimana yang layak untuk-Nya (semasa berkhutbah). – Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1046.

Monday

Solat Itu Tiang Agama

Solat Itu Tiang Agama

MAGNET REZEKI DENGAN SOLAT DHUHA.

“Solat duha itu mendatangkan rezeki dan menolak kemiskinan, dan tidak ada yang memelihara solat kecuali hanya orang yang bertaubat.” - Hadis Riwayat Tirmizi.
Prakata

Bab 1
Kisah Kejayaan Orang yang Istiqamah dalam Solat Duha
Hakikat dan Tatacara Solat Duha
Tirai Rahsia Allah

Bab 2
Hakikat dan Pelaksanaan Solat Duha
Pintu dan Kunci Rezeki
Memperbaiki Kualiti Solat
Kesungguhan dan Kekhusyukan Solat
Antara Solat Duha dan Aktiviti Kerja
Keseimbangan Diri
Rezeki Melimpah, Halal dan Berkat

Bab 3
Solat Duha Menjauhkan Kemiskinan dan Mendatangkan Kemudahan
Wasiat Nabi Muhammad tentang Solat Duha
Kebahagiaan Dunia dan Akhirat
Kemiskinan dan Kekufuran
Kesedaran Menuju Perubahan
Mendekatkan Diri pada Allah ataupun Mengingkarinya?
Mengenali Diri dan Meningkatkan Potensi

Bab 4
Bangkit dan Menjemput Rezeki
Arah Datangnya Rezeki
Rezeki Umpama Isyarat Pemancar
Mencari Rezeki dengan Keinginan yang Besar
Mengendalikan Diri dalam Mencari Rezeki

Bab 5
Seni Spiritual Menjemput Rezeki
Ritual yang Sesat
Ibadah adalah Jalan yang Lurus
Spiritual Solat Duha

Bab 6
Solat Duha adalah Roh Rezeki
Perang Lahir dan Batin
Menggantikan Kekuatan Cahaya Ilahi dengan Gerakan Solat
Kekuatan Spiritual Solat Duha dan Hubungannya dengan Rezeki

Bab 7
Penutup
Jadikanlah Hidup Saudara Lebih Hidup