Sunday

Sambutan Aidil Fitri Mengikut Sunah Nabi MuhammadS.A.W


Di antara sunah Nabi s.a.w. dalam menyambut Hari Agung umat Islam ini adalah dengan :
1.Zikir, Takbir, Tahmid, taasbih dan Tahlil.
Banyak berzikir membesarkan Allah, bertakbir, bertahmid, bertasbih dan bertahlil seawal bermulanya malam 1 Syawal. Ia dilakukan sama ada secara berjemaah atau bersendirian, di masjid, surau atau di rumah bersama keluarga. Bahkan pada zaman Rasulullah s.a.w., takbir itu dikumandangkan sehingga ke jalan-jalan, rumah-rumah dan masjid.
2. Membersih dan mengemas diri.
Kita patut membersih atau mengemas diri seperti menggunting rambut di bahagian kepala dan anggota badan agar tampil kemas, segak dan bergaya pada hari raya mulia. Dalam hal ini, bau-bauan yang harum seperti minyak wangi, atar dan sebagainya juga digalakkan bagi meraikan hari mulia ini.

3. Mandi Sunat.
Mandi juga di sunatkan pada pagi 1 Syawal sebagaimana dijelaskan dalam hadis Ibnu Umar di dalam kitab al-Muwatta’, bahawa Rasulullah s.a.w. mandi pada pagi Aidilfitri sebelum Baginda bertolak ke masjid.

4. Makan sebelum menunaikan solat sunat hari raya.
Disunatkan juga makan terlebih dahulu sebelum berangkat ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri berpandukan hadis Anas bin Malik yang menjelaskan bahawa Baginda s.a.w. makan kurma dengan bilangan yang ganjil (3,5,7 dan sebagainya) sebelum pergi menunaikan solat sunat Aidilfitri.

5. Mengerjakan Solat Sunat Aidil Fitri
Acara yang paling kemuncak pada Hari Raya Aidil Fitri ini adalah solat sunat Aidilfitri. Sunat pula pergi menunaikan solat itu dalam keadaan berjalan kaki sebagaimana mafhum hadis Ali bin Abi Talib dalam Sunan Tirmizi. Cuma bagi yang agak jauh jarak rumah ke masjid, maka bolehlah mereka menaiki kenderaan kerana agama Islam bersikap terbuka dalam bab ini.
Di dalam Sahih Imam Muslim disebutkan bahawa Baginda menunaikan solat sunat Aidilfitri dengan membaca surah al-’Ala pada rakaat pertama dan al-Ghasyiah pada rakaat kedua.
6. Mendengar Khutbah.
Baginda juga menyuruh seluruh umat Islam datang ke lapangan terbuka agar mendengar khutbah hinggakan kepada kaum wanita, tidak kira yang tua atau muda, yang uzur atau sebaliknya. Cuma mereka yang uzur diarahkan agar berada di luar masjid kerana halangan keuzuran tersebut seperti riawayat Ummi ‘Atiah dalam Sahih Bukhari dan Muslim.
7. Memakai pakaian cantik dan terbaik.
Pada pagi hari raya yang indah ini juga, sunat bagi kita memakai pakaian yang terbaik dan tercantik yang termampu. Imam Baihaqi ada menyebutkan bahawa Ibnu Umar menjelaskan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. mengenakan pakaian yang terbaik dan tercantik bagi meraikan kedua-dua hari kebesaran Islam; Aidilfitri dan Aidiladha.

8. Ucapan Tahniah dan Ucap Selamat Hari raya dan Doa.
Pada hari lebaran ini juga sunat bagi kita umat Islam mengucapkan tahniah dan selamat, di samping saling berdoa agar amalan-amalan kita sepanjang Ramadan lepas diterima Allah.

Thursday

Maksud Bacaan Di Dalam Solat


Maksud Bacaan Di Dalam Solat

Assalamualaikum w.b.t
Marilah kita sama-sama mengetahui maksud setiap ayat yang kita baca di dalam solat kita. Semoga ianya bermanafaat untuk semua. InsyaAllah.
Doa Iftitah 
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam. 

 
Al-Fatihah 

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan ketika rukuk 
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk 
Allah mendengar pujian orang yang memujinya. 

 
Bacaan ketika iktidal 

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian. 

 
Bacaan ketika sujud 

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud 
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat Awal 
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad. 

 
Bacaan ketika Tahiyat Akhir 

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Doa Qunut 
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-apa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. 

33   Faktor   Yang   Membuahkan   Kekhusyu’an   Dalam   Sholat

Syaikh Muhammad bin Sholeh Al-Munajjid
PERTAMA : Bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kekhusyu’an dan apa yang menguatkannya:
1. Bersiap diri untuk menunaikan shalat,diantaranya dengan menjawab adzan dan berdoa setelah adzan dengan doa yang ada tuntunannya, selain itu berdoa antara saat adzan dan iqamah, berwudhu dengan baik, membaca basmalah sebelum berwudhu, berdzikir dan berdoa setelah wudhu, bersiwak, mengenakan pakaian yang bersih, bersegera menuju masjid dan berjalan dengan tenang lalu menunggu shalat, juga merapatkan dan menyusun barisan shaf.
2. Thuma’ninah dalam shalat. Nabi saw bersikap thuma’ninah sehingga setiap tulang (beliau) kembali ke asalnya.
3. Mengingat mati ketika shalat. Nabi saw bersabda: “Ingatlah kematian dalam shalatmu, karena seseorang jika mengingat mati dalam shalatnya tentu akan memperbaiki shalatnya. Shalatlah seperti shalatnya seseorang yang merasa tidak akan shalat lagi”
4. Merenungkan ayat atau dzikir yang diucapkan dalam shalat. Ini tidak akan mungkin melainkan dengan mengetahui makna apa yang di baca, lantas merenungkannya sehingga akan meneteskan air mata dan sentuhan dalam jiwa. Allah berfirman:
“Dan orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Rabb mereka, mereka tidaklah menghadapinya sebagai orang-orang yang tuli dan buta” (Q.S Al-Furqan 73)
* Diantara hal memudahkan tadabbur ayat, bertasbih ketika melewati ayat-ayat tasbih, dan berta’awwudz ketika melewati ayat-ayat yang memerintahkan untuk berlindung pada Allah.
* Membaca amin setelah Al-Fatihah. Dengan membacanya akan mendatangkan pahala yang besar. Rasulullah saw bersabda: “Jika Imam mengucapkan amin, maka ucapkanlah amin, karena siapa yang ucapan aminnya bersamaan dengan aminnya para malaikat, akan diampuni dosanya yang telah lalu” (H.R Bukhari).
* Apabila imam mengucapkan ‘Sami’Allahuliman hamidah’, maka makmum mengucapkan: ‘Rabbanaa wa lakal hamdu’ . Ucapan tersebut juga berpahala besar.
5. Membaca seayat demi seayat, karena dengan begitu akan lebih memberi pemahaman, tadabbur dan sesuai dengan contoh nabi saw. Beliau membaca ayat dengan jelas perhurufnya.
6. Membaca dengan tartil dan membaguskan bacaan. Allah berfirman:
“Dan bacalah al-Qur’an itu dengan perlahan-lahan” (Q.S Al-Muzzammil 4)
Dan sabda nabi saw : “Hiasilah Al-Qur’an dengan suara kalian, karena suara yang indah itu menambah kebagusan Al-Qur’an” (H.R Hakim)
7. Merasakan bahwa Allah menjawabnya ketika shalat. Nabi sawbersabda: Allah ‘Azza wa Jalla berfirman : Aku bagi shalat untuk-Ku dan hamba-Ku menjadi dua bagian, bagi hamba-Ku apa yang dia pinta. Jika dia mengucapkan: Alhamdulillahirabbil ‘Aalamiin maka Allah berfirman: “Hamba-Ku memuji-Ku”. Jika dia mengucapkan: “Ar Rahmaanir Rahiim, maka Allah berfirman: “Hamba-Ku menyanjung-Ku” dan jika ia mengucapkan: Maaliki yaumid diin, maka Allah menjawab: “Hamba-Ku mengagungkan-Ku” Jika dia mengucapkan: Iyyaakana’budu wa iyyaakanasta’iin, maka Allah berfirman: “Ini adalah antara Aku dan hamba-Ku, dan bagi hamba-Ku apa yang dia mohon. Jika ia mengucapkan: Ihdinash Shiratal Mustaqiim Shiraathal ladziina an’amta ‘alaihim Ghairil Maghdhuubi ‘alaihim waladz Dhaalliin, maka Allah berfirman: “Ini adalah untuk hamba-Ku dan bagi hamba-Ku apa yang dia minta”
8. Shalat menghadap dan mendekat ke arah sutrah atau pembatas:
* Ini akan memberikan beberapa manfaat, diantaranya:
- Menahan pandangan dari apa yang ada di belakang sutrah dan mencegah orang yang akan melewati dengan mendekatinya.
- Mencegah setan agar tidak melewati atau merusak shalat. Nabi sawbersabda: “Jika salah seorang dari kalian shalat menghadap ke sutrah, maka hendaklah ia dekat dengannya, agar setan tidak memotong shalatnya” (H.R Abu Dawud)
9. Meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri di atas dada. Nabi saw jika shalat, beliau letakkan tangan kanannya di atas tangan kirinya. Keduanya beliau letakkan di atas dada”. Hikmahnya sikap seperti ini adalah menunjukkan sikap orang yang meminta nan hina. Selain itu, terjauh dari sikap bermain-main dan lebih dekat pada kekhusyu’an.
10. Memandang ke tempat sujud. ‘Aisyah r.a meriwayatkan bahwa jika Rasulullah saw shalat, beliau menundukan kepalanya dan mengarahkan pandangannya ke tanah. Adapun ketika tasyahud beliau memandang ke jari yang memberi isyarat dan beliau menggerakkannya. Hal ini diriwayatkan dari nabi r
11. Menggerakkan jari telunjuk. Nabi saw bersabda: “Hal itu adalah lebih berat bagi setan dari besi”. Memberi isyarat dengan jari telunjuk mengingatkan seorang hamba akan keesaan Allah Ta’ala dan ikhlas dalam ibadah. Inilah yang perkara terbesar yang dibenci setan. Kita berlindung pada Allah dari kejahatannya.
12. Variasi dalam membaca surat, ayat, dzikir dan doa dalam shalat. Metode ini akan memberikan berbagai macam makna dan kandungan dari ayat dan dzikir-dzikir bagi orang yang shalat. Selain itu merupakan hal dituntunkan dan lebih menyempurnakan kekhusyu’an.
13. Melakukan sujud tilawah ketika melewati ayat-ayat sajdah. Allah berfirman:
“Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu’. (Q.S Al-Israa 109)
Dan Allah berfirman:
“Apabila dibacakan ayt-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis” (Q.S Maryam 58)
Rasulullah saw bersabda: “Jika anak Adam membaca ayat sajdah lalu bersujud, maka setan menyingkir dan menangis. Ia mengatakan: “Aduhai, anak Adam diperintahkan sujud, lalu bersujud, maka baginya surga, sedangkan aku diperintahkan sujud lalu aku membangkang, maka bagiku neraka” (H.R Muslim)
14. Berlindung diri pada Allah dari godaan setan. Setan adalah musuh kita. Diantara bentuk permusuhannya adalah upayanya memberikan wis was supaya hilang kekhusyu’an orang yang shalat dan mengacaukan shalatnya. Setan ibarat penyamun, setiap kali seorang hamba mendekatkan diri pada Allah, maka setan ingin memotong jalan tersebut. Sudah selayaknya atas seorang hamba untuk tegar dan sabar serta senantiasa berdzikir dan shalat dan tidak merasa jemu. Karena dengan keistiqamahannya beribadah akan memalingkan tipu daya setan darinya.
“Sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah” (Q.S An-Nisaa 76)
15. Bercermin pada shalatnya kaum salafus sholeh.
- Ali bin Abi Thalib r.a jika menghadiri shalat, merasa takut dan wajahnya berubah. Maka beliau di tanya: “Ada apa denganmu? ” Maka beliau menjawab: “Demi Allah telah datang waktu amanah yang Allah tawarkan pada langit dan bumi serta gunung-gunung, mereka semua menolak untuk memikulnya dan merasa keberatan, tetapi aku malah menerimanya”.
- Sa’id at-Tanukhi jika shalat tetesan air matanya tidak terhenti dari kedua pipinya ke janggutnya.
16. Mengetahui keutamaan khusyu dalam shalat. Diantaranya sabda nabi saw : “Seorang muslim yang menghadiri shalat fardhu lalu ia baguskan wudhunya, khusyu dan rukuknya, melainkan itu sebagai kafarat atas dosa-dosa sebelumnya selama ia tidak melakukan dosa besar. Ini adalah untuk sepanjang masa” (H.R Muslim)
17. Bersungguh-sungguh dalam berdoa terutama di waktu sujud. Allah berfirman:
“Berdoalah kepada Rabbmu dengan berendah diri dan suara yang lembut”(Q.S Al-A’raaf 55)
Nabi kita yang mulia saw bersabda: “Sedekat-dekat hamba dengan Tuhannya yaitu ketika ia bersujud, maka perbanyaklah doa” (H.R Muslim)
18. Berdzikir seusai shalat, ini akan membantu tetapnya atsar (pengaruh)kekhusyu’an dalam jiwa dan keberkahan yang terdapat dalam shalat.
KEDUA : Menghindarkan hal-hal yang bisa menghalangi kekhusyu’an atau menodai kesuciannya.
19. Menghilangkan apa yang menyibukkan pandangan di tempat orang yang shalat. Anas r.a berkata: Qiram (tirai yang ada lukisannya ada juga yang mengatakan pakaian yang berwarna) milik ‘Aisyah yang digunakan untuk penutup/tirai di samping rumahnya. Maka nabi saw bersabda kepadanya: “Hindarkanlah ia dariku, karena lukisan tersebut tampak dalam shalatku” (H.R Bukhari)
20. Tidak shalat dengan mengenakan pakaian yang bergambar atau bertuliskan atau berwarna yang dapat mengganggu orang yang shalat. ‘Aisyah r.a: Nabi saw shalat dengan mengenakan pakaian yang bercorak/bergaris, maka beliau memandang pada coraknya. Seusai shalat beliau bersabda: “Bawalah pakaian ini ke Abu Jahm bin Hudzaifah, dan tukarlah dengan pakaian yang tidak bercorak, karena tadi shalatku terganggu karenanya” (H.R Muslim)
21. Tidak shalat jika ada hidangan makanan yang ia sukai. Nabi sawbersabda: “Tidak ada shalat jika makanan telah dihidangkan” (H.R Muslim)
22. Tidak shalat dengan menahan kencing atau buang air besar. Tidak diragukan lagi, diantara hal yang bertentangan dengan kekhusyu’an adalah orang yang shalat dengan menahan kencing atau berak. Karena itulah rasulullah saw melarang hal itu. Beliau bersabda: “Tidak ada shalat jika makanan telah dihidangkan dan tidak pula dalam keadaan ia menahan dua hal yang buruk (maksudnya kencing dan buang air besar)” (H.R Muslim)
- Sikap menahan tersebut tentu akan menghilangkan kekhusyu’an. Termasuk dalam hal ini adalah menahan angin/kentut.
23. Tidak shalat dalam keadaan mengantuk. Dari Anas bin Malik r.a bahwa Rasulullah saw bersabda: “Jika salah seorang dari kalian mengantuk ketika shalat, maka hendaklah ia tidur, sampai ia mengetahui apa yang ia ucapkan (maksudnya dalam shalat)” (H.R Bukhari)
24. Tidak shalat di belakang orang yang sedang berbicara atau tidur. Nabi saw melarang hal ini dengan sabdanya: “Janganlah kalian shalat di belakang orang yang sedang tidur atau sedang berbicara, karena orang yang sedang berbicara sibuk dengan pembicaraannya dan mengganggu orang yang shalat sedangkan orang yang sedang tidur, terkadang tampak anggota badannya sehingga melalaikan orang yang shalat. Apabila kemungkinan di atas tidak terjadi, maka tidak dimakruhkan shalat di belakang orang yang sedang tidur. Wallahu a’lam.
25. Tidak sibuk dengan meratakan kerikil. Imam Bukhari meriwayatkan dari Mu’aiqib r.a bahwa nabi saw bersabda pada orang yang meratakan tanah ketika bersujud: “Jika engkau hendak melakukan maka cukup sekali saja” . Sebab larangan ini adalah untuk memelihara kekhusyu’an dan tidak banyak bergerak dalam shalat. Lebih utama jika tempat sujud itu memang perlu dibersihkan agar membersihkannya sebelum shalat.
26. Tidak mengeraskan bacaan karena dapat mengganggu jamaah shalat lainnya. Rasulullah saw bersabda: “Ketauhilah, masing-masing dari kalian bermunajat pada tuhannya, maka janganlah sebagian kalian mengganggu sebagian yang lain, dan janganlah sebagian kalian mengeraskan bacaannya atas sebagian yang lain, atau beliau bersabda: (dalam shalat) (H.R Abu Dawud)
27. Tidak menoleh ketika shalat. Dari Abu Dzar bahwa Rasulullah sawbersabda: “Allah ‘Azza wa Jalla senantiasa ada di hadapan seorang hamba dalam shalatnya selama ia tidak menoleh. Jika ia berpaling, maka Allah berpaling darinya”. Rasulullah r di tanya tentang menoleh dalam shalat, maka beliau bersabda: “Itu adalah satu sambaran/curian setan dari shalat seorang hamba” (H.R Bukhari)
28. Tidak memandang ke arah langit/ke atas. Terdapat larangan tentang hal ini dan ancaman bagi pelakunya dalam sabda nabi saw : “Jika salah seorang dari kalian sedang shalat, maka jangan mengangkat pandangannya ke langit” (H.R Ahmad). Nabi saw melarang keras hal itu dengan sabdanya: “Kalian menghentikan perbuatan tersebut atau pandangan kalian akan di sambar” (H.R Bukhari)
29. Tidak meludah ke arah depannya ketika shalat. Karena hal tersebut berlawanan dengan kekhusyua’an dalam shalat dan adab pada Allah. Nabi saw bersabda: “”Jika salah seorang dari kalian sedang shalat, maka jangan meludah ke depannya, karena Allah ada di hadapannya ketika ia shalat” (H.R Bukhari)
30. Berupaya agar tidak menguap ketika shalat. Rasulullah sawbersabda: “Jika salah seorang dari kalian menguap, maka hendaklah ia tahan sekuatnya, karena setan bisa masuk” (H.R Muslim)
31. Tidak meletakkan tangan pada pinggang dalam shalat. Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah saw melarang meletakkan tangan pada pinggang dalam shalat.
32. Tidak memanjangkan pakaian hingga menyentuh tanah. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw melarang memanjangkan pakaian hingga menyentuh tanah dan seseorang yang menutup mulutnya. (H.R Abu Dawud)
33. Tidak menyerupai hewan. Nabi saw melarang tiga hal dalam shalat:
- Duduk seperti binatang buas
- Sujud seperti burung yang mematuk (makanannya)
- Seseorang yang menjadikan satu tempat khusus di masjid untuk shalatnya, ini menyerupai onta, yang mana ia tidak merubah tempat berdiamnya.
Inilah apa yang dapat kami sampaikan tentang faktor-faktor yang bisa mendatangkan kekhusyu’an dan hal-hal yang bisa menghalangi kekhusyu’an agar kita bisa menghindarinya. Segala puji bagi Allah, semoga shalawat dan salam tetap tercurah atas nabi kita Muhammad. (dakwah.info/tarbiyyah)