Tuesday

Sebab Kita Susah

Assalamualaikum..
Baca, amalkan serta sampai kepada orang lain
Dalam Kitab Al- Baqarah Fii fadl Lis Sa'yiwal Harokah yang di susun oleh Abi Abdillah Muhammad Bin
Abdulrahman Al Habsyi telah diterangkan perkara - perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan
seseorang. Iaitu:

* Tidak Solat
* Bila hendak makan tidak membaca Bismillah
* Makan di atas pinggan yang terbalik
* Memakai kasut memulakan dengan sebelah kiri
* Menganggap ringan apa - apa yang terjatuh dalam
hidangan makanan
* Berwuduk di tempat membuang air besar atau kecil
* Suka bersandar pada pintu rumah
* Suka duduk di atas tangga
* Membiasakan diri membasuh tangan dalam pinggan
selepas makan
* Membasuh tangan dengan tanah @ tepung
* Tidak membersih rumaah
* Membuang atau menyapu sampah dengan kain
* Suka membersih rumah pada waktu malam
* Suka tidur atas muka
* Membakar kulit bawang
* Menjahit baju yang sedang dipakai
* Mengesat muka dengan baju
* Berdiri dengan bercekak pinggang
* Tidur tidak pakai baju
* Makan sebelum mandi junub ( mandi hadas )
* Tergesa - gesa keluar masjid selepas sembahyang ( subuh )
* Matahari belum terbit sudah pergi ke pasar
* Lambat pulang dari pasar
* Berdoa hal yang tidak baik
* Tidak menutup makanan yang dihidangkan
* Suka memadam lampu minyak tanah atau lilin dengan
nafas
* Membuang kutu kepala dalam keadaan hidup
* Membasuh kaki dengan tangan kanan
* Suka kencing pada air yang mengalir
* Memakai seluar sambil berdiri
* Memakai serban sambil duduk
* Mandi junub di tempat buang air atau najis
* Makan dengan menggunakan dua jari
* Berjalan antara dua kambing
* Berjalan antara dua perempuan
* Suka mempermainkan janggut
* Suka meletakkan jari tangan di atas bahagian lutut
* Meletakkan tapak tangan di hidung
* Suka menggigit kuku
* Suka mendedahkan aurat di bawah sinar matahari @ bulan
* Mengadap kiblat ketika buang air
* Menguap ketika solat
* Meludah di tempat buang air

Wassalam

No comments:

Post a Comment