Perilaku manusia mesti sentiasa berlandas adab, tata tertib,
akhlak
FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: “(Apa yang kamu katakan itu tidaklah
benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi
perintah-Nya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan
beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari
berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan
berduka cita.” (Surah al-Baqarah, ayat 112).Berpandukan ayat tersebut, Islam
diertikan sebagai penyerahan diri kepada Allah dengan penuh keikhlasan hati dan
itulah inti sari dari keseluruhan makna Islam.
Pengertian itu dijelaskan lagi oleh ayat lain seperti firman Allah SWT yang
bermaksud: “Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka
mencari lain dari agama Allah? Padahal kepada-Nyalah tunduk taat sekalian
makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun
terpaksa, dan kepada-Nyalah mereka dikembalikan.” (Surah al-Imran, ayat 83)
Tiada suatu gerak laku perbuatan yang dapat menterjemahkan dengan tepat
hakikat penyerahan diri kepada Allah selain gerak sujud atau tunduk patuh kepada
perintah Allah.Penyerahan itu yang menyimpulkan segala pergerakan, tidak
terbatas gerakan zahiri semata-mata malah gerakan yang berkaitan rohani atau
maknawi, merangkumi jasmani dan rohani iaitu sujud akal, perasaan, jiwa dan
hati.
Imam Muslim meriwayatkan dalam Sahihnya dari Abi Firas Bin Ka'ab al-Aslami
(khadam Rasulullah) dan daripada Ahli Saffah, katanya, “Aku bermalam dengan
Rasulullah SAW, aku datang kepada Baginda dan Baginda pun bersabda,
“Mintalah daripadaku.” Aku pun berkata, “Aku minta daripadamu untuk
mengiringmu ke dalam syurga nanti.”
Rasulullah bertanya lagi, “Ada permintaan lain?” Aku pun berkata lagi, “Itu saja”.
Rasulullah pun bersabda, “Kamu mestilah banyak bersujud.”
Sujud adalah amalan yang membantu melapangkan jiwa supaya bersih dan salah
satu jalan ke syurga.
Bagi maksud ini ada satu riwayat daripada Imam Muslim daripada Abi Abdul
Rahman bahawa Thauban berkata, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda
yang bermaksud: “Hendaklah kamu perbanyakkan bersujud, kamu tidak bersujud
kepada Allah, melainkan Allah mengangkat darjat kamu dengan sujud itu dan
Allah membuang kesalahan kamu dengan-Nya.”
Perilaku manusia mesti sentiasa berlandas adab, tata tertib, akhlak 2
Ada banyak riwayat hadis Rasulullah SAW menyatakan sujud bukanlah sematamata
perbuatan yang kita sedia maklum tetapi sujud sebenarnya ialah perbuatan
diiringi suatu pengertian mendalam dalam jiwa tertanam dalamnya kebesaran
Allah dan keagungan-Nya, rahmat dan kasih sayang-Nya yang membawa
ketundukan kepada Allah secara mutlak sama ada perintah dan larangan-Nya.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Masuklah
kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan
janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh
bagi kamu yang terang nyata.” (Surah al-Baqarah, ayat 208)
Tatkala Islam dan umatnya dilabel dengan imej keganasan, kemunduran dan
sebagainya akibat berlaku salah faham terhadap Islam sama ada di kalangan umat
Islam atau bukan Islam, imej Islam berada pada tahap yang tidak sepatutnya.
Kita sebagai orang Islam perlu memainkan peranan lebih proaktif bagi
memastikan Islam, agama yang membawa mesej kesejahteraan, keamanan,
kemajuan dan seumpamanya terus dipertahankan walau dengan apa cara
sekalipun.
Firman Allah SWT bermaksud: “Dan janganlah kamu berasa lemah (dalam
perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu
berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang
yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang
yang (sungguh-sungguh) beriman.” (Surah al-Imran, ayat 139)
Langkah pertama dalam memartabatkan Islam dan membina semula tamadunnya
iaitu memahami Islam sebenarnya dan menjernihkan kekaburan terhadap fahaman
Islam secara menyeluruh.
Ramai di kalangan kita hanya memahami Islam dengan kulit tanpa meneliti isinya.
Islam hanya dilihat sebagai agama yang berkaitan dengan ibadat semata-mata
seperti solat, puasa, zakat, haja dan sebagainya.
Kefahaman ini wajar dijernihkan dengan perkara berikut:
l Kehidupan manusia adalah berdasarkan penyerahan diri kepada Allah dalam
bentuk akidah iaitu menerima, menganut dan mengikut kerelaan hati membentuk
akidah atau sistem akidah yang ditetapkan Islam.
Setiap Muslim wajib mempunyai ikatan akidah yang jelas dalam perhubungan
dengan Allah iaitu ketulenan Tauhid dan kesucian dari syirik kepada-Nya.
Perilaku manusia mesti sentiasa berlandas adab, tata tertib, akhlak 3
l Kehidupan manusia adalah berdasarkan penyerahan diri kepada Allah dalam
bentuk ibadat iaitu menerima, menurut dan mematuhi ibadat khusus yang
difardukan Allah dan ditunjukkan Rasulullah SAW tanpa perasaan kesal atau tidak
senang dalam dada.
Firman Allah SWT yang bermaksu: “Katakanlah, sesungguhnya sembahyangku
dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara
dan mentadbirkan sekalian alam.” (Surah al-An'am, ayat 162)
l Kehidupan manusia adalah berdasarkan penyerahan diri kepada Allah dalam
bentuk syariah atau undang-undang iaitu menerima, mematuhi dan melaksanakan
peraturan dan undang-undang ditentukan Allah sebagai hakim mutlak yang
mempunyai kekuasaan, kerajaan dan pemerintahan di alam semesta.
Sistem ditetapkan Allah termaktub dalam perlembagaan Ilahi yang meliputi semua
aspek dalam sistem kehidupan manusia sama ada dalam bidang pemikiran dan
amalan.
Setiap manusia yang diciptakan Allah mempunyai batasan yang ditetapkan Islam.
Layar kehidupan berpaksikan Syariah Islamiyah akan memperteguhkan dirinya di
atas landasan iman dan takwa.
l Kehidupan manusia adalah berdasarkan penyerahan diri kepada Allah dalam
bentuk akhlak.
Membentuk diri dengan mengikut acuan akhlak yang ditetapkan Allah dengan
menerapkan nilai nas Ilahi dan diperlihatkan dengan model insan unggul iaitu
junjungan agung Nabi Muhammad SAW.
Akhlak Islam meletakkan seluruh perilaku manusia mesti beralaskan adab dan
tatatertib seperti adab berpakaian, pergaulan dan seumpamanya.
No comments:
Post a Comment