Thursday

Doa beri kekuatan hadapi kesukaran

Kekuatan Hadapi Kesukaran 1

Doa beri kekuatan hadapi kesukaran
APABILA berada dalam keadaan terdesak atau kesedihan, manusia selalunya
mudah sedar dan ketika itulah mereka berpaling untuk memohon pertolongan
serta ihsan Allah SWT.
Perkara itu dijelaskan Allah melalui firman-Nya bermaksud: “Apabila manusia
ditimpa kemelaratan, manusia berdoa kepada Tuhannya dalam keadaan
bersungguh-sungguh kembali kepada-Nya. Kemudian apabila diberi ruang
mengecapi rahmat daripada-Nya, tiba-tiba satu golongan dikalangan mereka
menyekutukan Tuhan.” (Surah al-Rum, ayat 33)
Doa adalah ibadat dan tanda pengabdian diri kepada Allah kerana memohon
kepada-Nya membuktikan pengiktirafan bahawa hanya Allah yang Maha
Berkuasa memenuhi segala hajat manusia.
Amalan berdoa disuruh Allah dalam firman bermaksud: “Berdoalah kamu
kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya
orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan
masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina.” (Surah Ghafir, ayat 60)
Doa juga boleh menjadi kekuatan seterusnya mendatangkan kemudahan kepada
umat Islam untuk berhadapan dengan kesukaran seperti sabda Rasulullah SAW
bermaksud: “Doa itu senjata orang mukmin.”
Kita digalakkan meminta apa saja kepada Allah dengan bahasa yang mudah,
namun perlu menunjukkan kesungguhan melalui usaha mencari ayat doa yang
sesuai memenuhi kehendak hajat yang ingin disampaikan kepada-Nya.
Sebenarnya kualiti doa itu dipengaruhi kaedah doa, kesungguhan serta
keikhlasan orang yang mengucapkannya. Sebaik-baik doa disertakan dengan
kesungguhan kita memastikan hajat dipinta dimakbulkan Allah.
Doa akan dimustajabkan Allah apabila menepati waktunya, adabnya serta
berpandukan kepada munajat nabi, rasul dan golongan solihin

No comments:

Post a Comment