PENGENALAN |
Seseorang biasanya mengaitkan keabadian kepada suatu bentuk seperti beribu, berjuta atau beribu juta tahun. Konsep masa seperti ini menganggap jangka waktu yang abadi. Hal yang sama, konsep 'jarak yang tidak terbatas' merangsang minda dengan pengertian suatu jarak yang amat jauh, seperti beratus atau beribu juta tahun cahaya.
Akan tetapi, sekiranya kamu berusaha menggambarkan angka-angka besar yang mungkin sekalipun, kamu akan tetap terbatas oleh kapasiti intelek akal kamu. Satu contoh yang boleh memberikan gambaran yang baik mengenai keluarbiasaan batas keabadian. Sekiranya berjuta-juta manusia menghabiskan masa kehidupan mereka selama berjuta-juta tahun, hanya mengira siang dan malam tanpa henti, mereka akan tetap gagal untuk sampai kepada keabadian kerana keabadian adalah satu konsep yang tiada permulaan dan tiada berakhir.
Bagaimanapun, di dalam pandangan Allah, Maha Agung, konsep 'keabadian' ini ataupun kemutlakan yang tidak dapat diperhitungkan, telah pun berakhir. Keabadian, yang jelas kepada kita sebagai satu konsep yang tidak terbayangkan, hanyalah umpama sekilas detik dipandangan Allah.
Buku ini mengemukakan kepada anda penerangan-penerangan yang kukuh mengenai konsep masa-sifar, ruang-sifar dan keabadian, dan menemukan anda dengan satu fakta penting: keabadian baru bermula. Dengan menyedari fakta ini akan membuatkan anda menghargai semula rasa keimanan kepada Allah, Maha Agung dan Maha Besar, dan PenciptaanNya. Sementara itu, kamu akan mendapat jawapan yang komprehensif kepada soalan-soalan yang sering dikemukakan: Di mana Tuhan? Apa itu Kebangkitan? Apa sifat sebenar Kematian? Adakah di sana kehidupan yang kekal? Dan bilakah semua ini akan terjadi?.
Tetapi, sebelum meneruskan perbincangan semua isu-isu ini, konsep-konsep seperti "realiti kebendaan' dan 'masa-sifar',akan diterangkan secara terperinci untuk pemahaman yang lebih komprehensif mengenai subjek di atas.
KEABADIAN BARU BERMULA Maklum a t ini menunjukkan bahawa manusia jarang sekali berdepan dengan gempa bu m ini adalah perlindungan yang diberikan oleh Allah kepada manusia.Hari ini, hanya pekan atau bandar tertentu sahaja yang menjadi sasaran gempa bumi yang memusnahkan itu, tetapi dengan izin Allah juga, gempa bumi yang menghancurkan keseluruhan planet bumi ini boleh terjadi pada bila-bila masa. Gegaran in boleh menamatkan riwayat kehidupan manusian di muka bumi. Struktur bumi adalah sangat terdedah kep ada gegaran, kerosakan drastik atau pecahan batu dengan jisimnya berlaku di dalam kerak bumi atau sebahagian mantel luar akan menyebabkan bencana yang tidak akan melepaskan sesiapa. Sebarang gempa bumi tidak mempunyai kaitan dengan jenis tanah yang menghasilkan kesan gelombang seismik yang bergerak melaluinya. Sebarang gempa bumi akan tetap berlaku sekalipun keadaaan semulajadi yang merangsang kejadian gempabumi tidak wujud. Tetapi dengan keizinan Allah sebarang gempa bumi boleh berlaku pada bula-bila masa sekalipun. Allah merekacipta khusus beberapa kawasan yang tidak stabil dan tidak selamat dibumi; ini untuk mengingatkan manusia bahawa, pada sebarang detik, bencana yang mendadak menjadikan kehidupan mereka dalam bahaya. Dalam Al-Quran, Allah mengkhabarkan mengenai bencana yang memusnahkan hidup ini. Maka apakah orang-orang yang membuat per ancangan yang jahat itu, merasa aman (dari bencana) ditenggelamkannya bumi oleh Allah bersama mereka, atau datangnya azab kepada mereka dari tempat yang tidak mereka sedari. Atau Allah mengazab mereka di waktu mereka dalam perjalanan, maka sekali-kali mereka tidak dapat menolak (azab itu). Atau Allah mengazab mereka dengan beransur-ansur (sampai binasa). Maka sesungguhnya, Tuhanmu adalah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. An-Nahl.45-47. Gempa bumi yang menggoncang bumi yang berlaku dalam sekelip mata boleh terjadi beberapa jam, bahkan berterusan selama sehari. Sementa ra baru pulih dari satu bencana yang menghancurkan, manusia boleh menderita akibat kea ialah al- Hafiz (Yang Menjaga), "Dialah yang Memelihara setiap sesuatu dengan perinciannya". Di sebalik sifat ini, di sana terdapat misteri-misteri tersembunyi yang amat penting. "UMMIL KITAB" (LAUHUN MAHFUZ) Di dalam pandangan Tuhan, setiap sesuatu telah pun berlaku dan tamat dalam suatu ketika. Sejak dari permulaan masa, setiap sesuatu telah terjadi pada ketika ini. Dalam pandangan Tuhan, semua maklumat berhubung dengan ketika ini disimpan di dalam sebuah "kitab". "Kitab utama" ini, atau nama yang digunakan untuknya di dalam Al-Qur'an, "Ibu Kitab", menyimpan setiap cebisan maklumat mengenai setiap sesuatu. ".......pada sisiNya terdapat Ummul kitab. (Surah Ar-Ra'd: 39) "Di sisi Kami kitab yang memelihara. (Surah Qaf: 4) Tiada sesuatupun yang ghaib di langit dan di bumi, melainkan dalam Kitab yang Nyata. (Surah An-Naml: 75) Dan diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang yang bersalah ketakutan terhadap apa yang di dalamnya, dan mereka berkata: "aduhai celakalah kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak pula yang besar tetapi ia mencatat semuanya dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada (tertulis) dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang juapun". (Surah Al-Kahfi: 49) Dalam sebuah ayat lain juga Tuhan mengisytiharkan bahawa semua peristiwa yang dialami oleh seseorang, semua yang difikirkan dan semua yang menimpanya tercatat di dalam Kitab ini: Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan pada diri mu sendiri melainkan telah tertulis di dalam kitab sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Surah Al-Hadid; 22) Sebenarnya, setiap sesuatu, hidupan atau bukan hidupan, yang pernah wujud sejak permulaan alam semesta dan semua peristiwa yang telah terjadi, telah diciptakan oleh Tuhan. Kesimpulannya, Tuhan adalah amat mengetahui terhadap semuanya. Atau dalam kata lain, "semuanya itu wujud dalam memori Tuhan". Dalam pengertian ini, Umm Al-Kitab adalah satu manisfestasi sifat Allah, Al-Hafiz. Pada titik ini, kita menemui satu fakta yang mengejutkan: disebabkan memori Tuhan tidak terbatas, tiada satu kewujudan pun yang terlepas dariNya. Dalam kata lain, tiada suatu kehidupan yang diciptakan Tuhan musnah, tiada bunga yang layu, tiada minuman yang habis, tiada suatu jangka masa yang berakhir, tiada makanan yang habis dimakan. Setiap detik Tuhan mencipta dan setiap perincian yang tepat diciptakan dalam keabadian dan ianya "ditakdirkan untuk kekal". APAKAH MAKSUD FRASA "DITAKDIRKAN UNTUK KEKAL" INI? Mari kita menggambarkan penjelasan ini sebagai berikut: keabadian baru bermula bagi sesuatu benda atau peristiwa sejak ia mula diciptakan. Sebagai contoh, apabila sekuntum bunga diciptakan, ianya secara realiti, ditakdirkan untuk kekal. Kenyataan bahawa bunga ini layu menjadi sebahagian sensasi bagi seseorang dan dipadamkan dari ingatan seseorang tidaklah bererti ianya musnah atau mati. Keadaanya di pandangan Tuhan ialah keadaan yang sebenarnya. Selanjutnya, semua keadaan zat-zat ini menjadi satu penciptaan buatnya, setiap detik sepanjang kehidupan atau kematian, tetap wujud di dalam memori Tuhan. Tuhan mengurniakan keabadian terhadap semua yang telah diciptaNya. Iaitu, keabadian direalisasikan dalam setiap zat yang diciptakan sejak saat ia diciptakan. Untuk mendapatkan kefahaman yang jitu dalam hal ini, seseorang harus memikirkan setiap zat dan peristiwa secara individu. Sebelum melanjutkan subjek ini, ianya adalah amat berguna untuk menekankan fakta berikut: apa yang telah dinyatakan sejauh ini, bersama-sama dengan yang berikutnya, adalah maklumat yang paling penting yang tidak pernah didapati oleh seseorang di dalam hidupnya. Amat mungkin, kebanyakan orang telah mendengar dan memikirkan fakta-fakta berkenaan masa-sifar untuk pertama kali dalam hidupnya. Bagaimanapun, suatu yang penting untuk diletakkan di dalam minda: Tuhan, di dalam Al-Qur'an menarik perhatian kita kepada fakta bahawa "hanya orang yang benar-benar ikhlas kepada Tuhan" yang mengambil peduli. Dalam kata lain, hanya orang-orang yang benar-benar mencari hidayah Tuhan dan berusaha untuk mengagungkan KebesaranNya dan KeagunganNya akan mengambil peduli perbahasan-perbahasan ini dan memahami fakta-fakta ini. MANUSIA DALAM KEABADIAN Tuhan, yang maha Pencipta, adalah Zat yang mencipta setiap sesuatu dari tiada dan yang menciptakan segalanya dengan pengetahuan apa yang akan terjadi kepada mereka. Sebagai satu manisfestasi sifat Tuhan ini, di saat Dia menciptakan manusia di dalam kandungan ibunya, keabadian telah bermula bagi diri manusia itu. Sudah tentu, manusia tidak mengingati peringkat-peringkat tumbesarannya di dalam kandungan. Tetapi, setiap detik perkembangannya hadir di penglihatan Tuhan dan tidak sama sekali hilang. Hal yang sama, ianya sudah pasti bahawa fasa-fasa permulaan dan peringkat perkembangan seorang manusia tidak tersimpan dalam memorinya sendiri. Kecuali dikhabarkan oleh Tuhan, manusia tidak akan berhasil untuk melihat saat ini. Sesetengah detik bagaimanapun masih kekal sebagai memori-memori. Suatu detik yang kita alami adalah suatu sensasi tulin yang diperlihatkan kepada roh kita. Akan tetapi, dalam memori Tuhan yang tidak terbatas, setiap sesuatu kekal seperti mana seadanya. Setiap yang ditemui di dalam kehidupan, semua maklumat berhubung pengalaman seseorang, adalah diciptakan oleh Tuhan dan tidak pernah hilang. Seperti yang dinyatakan di dalam ayat berikut, segala sesuatu yang wujud kekal dalam pandangan Tuhan. " ...Demikian itu agar kamu tahu bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi dan bahawa sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. (Surah Al-Maidah: 97) Bayangkan Nabi Adam a.s sebagai contoh; semua perincian berhubung penciptaan Adam di syurga sebelum diturunkan ke bumi, dan cara dia di uji di syurga semuanya termaktub di dalam Umm Al-Kitab. Permulaan penciptaan Adam dari tanah liat, saat malaikat sujud kepadanya, dan sebaik sahaja ia diturunkan ke bumi dan semua peristiwa yang dialaminya adalah jelas dan wujud sehingga sekarang. Tiada suatu pun yang lenyap, semuanya itu wujud di dalam pandangan Tuhan, dengan pengetahuan yang amat sempurna. Satu lagi contoh, cuba fikirkan seseorang yang bersedih atas kematian kucingnya, sebenarnya, di saat kucing itu mati dan di saat kucing itu masih anak, dan keseluruhan detik perkembangannya sejak dilahirkan adalah tersimpan kemas di memori Tuhan. Dan begitu juga, di saat tuan kucing itu pergi bekerja atau di saat dia tidak bersama-sama dengan kucingnya tersimpan jelas di dalam penglihatan Tuhan. Kesimpulannya, kematian bukanlah saat yang mengakhiri kewujudan sesuatu yang wujud, untuk selama-lamanya, setiap sesuatu wujud dalam pandangan Tuhan. Begitu juga, saat Nabi Sulaiman mengusap kaki kudanya juga adalah kekal. Saat kuda-kuda ini bersembunyi di balik tirai, saat Nabi Sulaiman menghantar utusan kepada Permaisuri Saba, saat surat utusan ini dibaca oleh Permasuri dan askar-askarnya, saat Permaisuri dijemput ke istana Nabi Sulaiman, saat Permaisuri beranggapan lantai istana Nabi Sulaiman adalah sebuah tasik dan kata-kata yang diucapkan oleh Permaisuri: "Mulai sekarang aku memeluk islam bersama Sulaiman, kepada Tuhan segala alam". (Surah An-Naml: 44), semuanya adalah tetap wujud dan akan terus wujud selama-lamanya. Contoh-contoh ini mesti difikirkan sedalam-dalamnya dan dengan terperinci. Anggaplah sekarang ini di zaman Nabi Nuh a.s, di saat baju seorang lelaki yang masih belum siap dijahit dan di saat selepas beberapa ketika dijahit oleh tukang jahit. Baju ini, saat ia ditenun dengan mesin tenun, di saat baju ini masih dalam bentuk kapas, di saat ia ditenun, di saat tukang jahit itu menggunakan jarum menenunnya, proses di mana baju ini masih belum siap untuk digunakan, ringkasnya, setiap peringkat, setiap saat, bahkan setiap detik yang dilalui oleh baju ini tersimpan di dalam memori Tuhan. Di saat ini, baju yang telah ditenun ini, masih tetap di jahit dan masih dipakai oleh pemiliknya yang hidup di zaman nabi Nuh a.s. Mari kita fikirkan mengenai jam antik di rumah kamu. Semua peringkat-peringkat pembuatan yang berlaku 200 tahun lalu bersama-sama dengan pembuatan sebuah wayar di dalam jam ini, di saat jarum jam dan minit diletakkan di dalamnya, di saat jam ini di jual di kedai dan dibeli oleh pelanggan, kemudian di saat jam ini sudah tidak berfungsi dan diberikan kepada orang yang memungut bahan-bahan terbuang, di saat moyang kamu membelinya darinya dan di saat jam ini diwariskan kepada nenek kemudian ayah kamu dan kemudian kepada kamu, saat kamu menyimpan jam ini di dalam bilik kamu dan melihatnya dengan penuh keminatan, ringkasnya, setiap detik sejarah kehidupan jam ini kekal tersimpan di dalam pandangan Tuhan. Dalam istilah yang yang lebih tepat, jam ini masih berfungsi sehingga saat ini, ianya juga berhenti berfungsi di saat ini, saat diletakkan di dalam bilik kamu dan saat ia dibeli oleh datuk kamu adalah berlaku di saat ini. Semua peristiwa ini adalah hadir di dalam memori Tuhan. Bahkan, bukan sekadar yang dilalui di masa lalu tetapi juga saat yang dilaluinya di masa hadapan- sudah pasti ini adalah 'masa depan' bagi kamu - diketahui oleh Tuhan dan terpelihara dipandanganNya. Saat jam ini diletakkan di rumah anak kamu 40 tahun akan datang dan saat jam ini hancur 300 tahun akan datang juga telah termaktub di dalam Ummul kitab. Ayat "Dia mengetahui apa yang ada di depan mereka dan apa yang ada di belakang meraka. Tetapi pengetahuan mereka tidak meliputinyaNya. (surah Ta Ha:10) merujuk kepada fakta ini. (Allahu a'lam bissawab). Ini adalah kerana Tuhan mengetahui setiap zat detik demi detik. Dia mengetahui apa yang telah terjadi sama seperti yang akan terjadi, iaitu, dalam perkataan Al-Qur'an, "apa yang di depan mereka dan apa yang di belakang mereka", pada setiap peringkat. Dalam sebuah ayat lain. Tuhan sekali lagi mengingatkan kita mengenai fakta bahawa setiap sesuatu adalah di dalam pengetahuanNya; Sesungguhnya bagi Allah tidak ada satupun yang tersembunyi di bumi dan tidak (pula) di langit. (Surah Ali Imran; 5) SEMUA PERISTIWA SEDANG TERJADI DI SAAT INI!Fakta kedua yang terpenting ialah keserentakan semua peristiwa ini. Seperti dinyatakan lebih awal, dalam pandangan Tuhan, ianya tidak mungkin untuk bercakap mengenai suatu bentuk masa; semuanya telah terjadi dan berakhir pada suatu ketika. Nabi Adam a.s diciptakan dari tanah di saat ini, malaikat bersujud kepada Nabi Adam juga berlaku di ketika ini. Hal yang sama, dia dihantar ke dunia juga adalah di saat ini. Bahkan 'saat' yang kita perkatakan adalah 'saat' kamu membaca garis ini. Sebuah contoh lagi akan menjelaskan hal ini. Cuba bayangkan mengenai Nabi Musa. Di saat ibunya memutuskan untuk meletakkannya di dalam sebuah kotak dan menghanyutkannya di Sungai Nil, semuanya masih wujud; saat ini tidak pernah lenyap dan akan terus wujud selamanya. Di saat Nabi Musa bertemu dengan Firaun dan menyampaikan ajaran Tuhan kepadanya juga masih wujud. Realitinya, di saat ini jugalah Nabi Musa menyeru Firaun untuk menerima agama kebenaran. Begitu juga, saat inilah juga Nabi Musa menerima wahyu Tuhan di lembah suci Tur. Saat inilah juga Nabi Musa melarikan diri dari Firaun dan tenteranya dan di saat inilah juga Laut Merah terbelah dan diseberangi oleh Nabi Musa bersama pengikutnya. Begitu juga halnya pada semua peristiwa, keabadian yang berlangsung sama seperti saat laut itu terbelah akan kekal dan sentiasa wujud di ingatan Tuhan. Di saat Maryam hamil, di saat melahirkan Nabi Isa di bawah pohon kurma, di saat Maryam kembali kepada kaumnya, di saat Nabi Isa bercakap kepada mereka sedangkan masih di dalam ayunan, begitu juga halnya ketika Nabi Isa bertanya "siapa yang akan menjadi pembantuku?" kepada pengikutnya, dan ketika dibangkitkan oleh Tuhan, semuanya ini sedang terjadi di saat ini. Sebenarnya bukan sahaja peristiwa yang kita pernah ketahui, tetapi juga berkenaan peristiwa yang kita tidak tahu sama sekali yang terjadi di masa depan, realitinya sedang berlaku di saat ini. Setiap saat Nabi Isa diutuskan ke dunia ini, mendakwah ajaran Tuhannya kepada pengikutnya, saat kembalinya ke dunia, setiap ucapan yang disampaikannya untuk mengajak manusia ke jalan yang benar, kematian dan kebangkitannya di Hari Kemudian begitu juga saat dia dialu-alukan oleh malaikat ketika memasuki syurga adalah sedang terjadi di saat ini. Hal yang sama juga benar bagi seorang yang pernah hidup 3000 tahun sebelum masihi lalu. Seorang lelaki yang duduk di bawah sepohon pokok di waktu dinihari dalam tahun 3000 sebelum masihi ketika memerhatikan seekor kumbang yang hinggap di jarinya dan yang mengagungkan kebesaran penciptaan Tuhan, sebenarnya melakukan aksi ini di ketika ini. Bahkan, di saat kumbang itu kembali ke sarangnya, demikian juga saat-saat yang dilalui oleh kumbang itu, bermula saat ia lahir sehingga kematiannya, semuanya tersimpan di dalam memori Tuhan. Kesimpulannya, semua peristiwa ini terjadi dalam suatu ketika, bahkan di saat kamu membaca perenggan ini. Semua contoh-contoh ini menjelaskan sekali lagi, satu fakta yang penting; tiada suatu pun dari ketika-ketika, peristiwa-peristiwa, makhluk hidupan yang wujud di masa lalu hilang dari kewujudannya dan semua itu tidak akan pernah lenyap. Sebuah filem yang kita tonton di tv yang dirakamkan di dalam jalur filem dan gambar yang bergerak yang mengandungi filem itu tidak lenyap, samada kita melihatnya atau tidak. Hal yang sama juga benar untuk setiap dan segalanya yang kita lakukan di dalam hidup berkaitan di masa lalu atau hadapan. Ianya satu keperluan bahawa hal ini harus di fahami. Tiada satu pun peristiwa-peristiwa ini yang sama dengan ingatan, kenangan atau imej. Semuanya itu jelas, setiap sesuatu tetap tersimpan seperti adanya, dan sama seperti saat yang kita alami ketika ini. Kita merasakan semua itu sebagai satu insiden yang sudah berlalu kerana Tuhan tidak menghadirkan gambaran-gambaran ini kepada kita. Bagaimanapun, pada bila-bila masa Dia kehendaki, Tuhan akan mempamerkan semua imej ini kepada kita, membuatkan kita percaya bahawa kita sebenarnya mengalami semua itu. MASA LALU, SEKARANG DAN AKAN DATANG: SEMUANYA SERUPA Apa yang dialami oleh Nabi kita juga akan kekal di dalam penglihatan Tuhan selamanya. Peristiwa-peristiwa ini akan dipersembahkan kepada sensasi-sensasi kita sama seperti ketika ia terjadi 1400 tahun lalu. Bagaimanapun, hakikatnya ialah, di saat ini jugalah Nabi kita diangkat naik ke langit, saat ini jugalah dia menyembunyikan dirinya di dalam gua bersama sahabatnya. Begitu juga, saat ini jualah Nabi Muhammad menyampaikan dakwah Tuhan kepada golongan kuffar. Sebenarnya semua kejadian ini bukanlah berlaku di masa lalu. Sebaliknya, semua insiden ini ditakdirkan untuk wujud selama-lamanya. Sebab mengapa kita tidak dapat melihat, menyaksikan atau mengalami semua ini adalah kerana ianya tidak hadir di dalam memori kita. Hal yang sama juga benar bagi semua peristiwa yang berlaku dan manusia yang pernah hadir ke bumi sepanjang masa. Ahli falsafah di zaman Greek kuno, bangsa Sumeria yang merintis penulisan pepaku (cueniform writing), Cleopatra, Permaisuri Mesir, seniman di Zaman Renaissance, saintis di abad ke 19, para diktator di abad ke 20 dan semua manusia temasuk juga datuk kamu, datuk kepada datuk kamu dan kamu sendiri, hakikatnya hidup di suatu ketika yang sama. Tiada satu pun dari peristiwa ini yang lenyap; kesemuanya terus wujud tanpa perubahan.Askar perang salib, penghijrahan beramai-ramai, perang dunia pertama dan kedua, sekalipun kelihatan telah berlalu dalam bentuk peritiwa sejarah, sebenarnya adalah peritiwa yang terjadi di saat ini dan semuanya itu akan tetap wujud selama-lamanya. Hal yang sama, bangsa Mesir, tamadun Mexico, Greek dan Anatolia purba semuanya wujud di ketika yang sama. Hujan yang membanjiri sebidang tanah milik seorang lelaki yang menyara hidupnya sebagai seorang petani 1000 tahun sebelum masihi di Mesopotamia, dan di saat petani ini basah kuyup di dalam hujan semuanya hadir di penglihatan Tuhan. Seekor labah-labah yang membuat sarangnya di sebatang dahan pokok ketika zaman Akkadia, begitu juga sedang membuat sarangnya ketika ini. Labah-labah yang sama, di sudut sarangnya, sedang menanti mangsanya di saat ini. Bahkan, di saat yang sama ketika kamu cuba menggambarkan labah-labah ini di kepala kamu, ia sedang bertelur, mengumpulkan di belakangnya, dan menjaga mereka. Di saat ini jugalah, telur itu retak dan anak-anaknya menetas. Tiada suatu pun yang dilupakan; Hasil penciptaan Tuhan memberikan pelbagai faedah. Jadi, tiada yang lenyap, musnah atau terbuang. Manusia itu tidak melihat, mengetahui atau mengalami semua kejadian ini tidaklah bererti bahawa mereka semuanya tidak berlaku ketika ini. Kerana Tuhan adalah bebas dari belenggu masa, segala sesuatu telah pun terjadi dan tamat dipandanganNya. Akan tetapi, disebabkan terikat oleh masa, pengalaman seseorang itu timbul dalam bentuk satu turutan kejadian-kejadian yang mana secara jelas berasaskan kriteria-kriteria masa lalu, sekarang dan akan datang. Bagaimanapun seperti yang telah dinyatakan awal lagi, 'peristiwa-peristiwa masih belum di alami' bukanlah 'belum di alami' bagi kita. Masa lalu, depan dan sekarang semuanya adalah sama bagi Tuhan. Ini adalah sebab mengapa Tuhan maha mengetahui setiap sesuatu. Fakta ini dinyatakan di dalam ayat berikut; Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi di dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, nescaya Allah akan mendatangkannya (membalasnya). Sesungguhnya Allah maha halus lagi maha mengetahui. (Surah Luqman; 16). KEHIDUPAN KAMU JUGA ADALAH SUATU DETIK Hal yang sama, rasa manis yang kamu rasakan pada coklat ketika kamu berusia lima tahun, rasa takut yang kamu rasakan ketika kamu bangun pada hari pertama persekolahan dalam hidup kamu, rasa bosan yang kamu alami ketika berada dalam sebuah kelas yang kamu hadiri, rasa sukar suatu persamaan yang ditulis oleh guru matematik kamu di papan hitam, kesedihan yang kamu rasakan ketika kamu kehilangan sahabat karib di dalam kemalangan jalanraya, kegembiraan yang kamu rasakan ketika berjaya di dalam bidang akademik, rasa kebahagiaan yang kamu rasakan ketika mendapati impian besar dalam hidup kamu tercapai, ringkasnya, semua pengalaman dan perasaan itu kekal seperti seadanya; cuma tidak tersimpan di dalam memori kamu. Kamu merasakan apa yang tersimpan di dalam ingatan kamu hanya sebagai suatu yang telah berlalu. Sekalipun kesemua itu tetap wujud di saat ini, otak tidak akan dapat merasa adegan ini, kerana beginilah cara ujian yang dihadapkan kepada manusia. Dengan mempercayai bahawa mereka terikat dengan satu aliran masa yang tetap, dan tidak berbeza, yang mengalir dari masa lalu sehingga masa depan, manusia menganggap kehidupan mereka terbahagi kepada beberapa fasa yang berbeza, yang dinamakan masa lalu, sekarang dan masa depan. Hal ini sebenarnya menjadi halangan tebesar bagi mereka untuk memahami peristiwa khusus seperti kejadian Hari Kemudian, bila dan di mana syurga, neraka dan hari penghitungan akan terjadi. Mereka tidak dapat menghubungkan konsep masa di dalam pandangan Tuhan kepada konsep masa yang membelenggu manusia. Bagaimanapun, dengan memahami bahawa setiap makhluk hidupan, setiap peristiwa dan segala sesuatu sebenarnya yang diciptakan secara kekal ruang demi ruang sama seperti ruang-ruang dalam segulung filem dan dibawa secara serentak akan memudahkan usaha untuk memahami hal ini. Di sisi Tuhan, semuanya telah pun terjadi dan telah pun tamat, setengah orang mempercayai amalan khurafat iaitu Tuhan mencipta alam semesta dan mengurniakan manusia dengan suatu jangka hayat tertentu dan menunggu mereka untuk di uji (wal ya uzubilah min zalik). Dan Dia akan menunggu sehingga berakhirnya alam semesta. Sudah pastinya hal ini adalah amat mustahil. Menunggu adalah satu kelemahan yang biasa kepada manusia dan Tuhan maha suci dari bersifat lemah. Sifat Tuhan, Al-Quddus (suci), dengan yang mana dimaklumkan oleh Tuhan di dalam Al-Qur'an kepada manusia, bermaksud "bebas dari sebarang kesilapan, kelemahan dan dari sebarang kekurangan'. Inilah sebab mengapa Tuhan mengetahui masa lalu dan masa hadapan semua manusia, begitu juga peristiwa yang menimpa mereka, dengan amat terperinci. Tetapi manusia, dalam hidupnya, arena ujian ini, menganggap masa sebagai garisan yang mempunyai permulaan dan pengakhiran. Tetapi, seperti yang dinyatakan, bukanlah suatu yang mudah untuk berkata tentang konsep masa lalu dan sekarang. Setiap sesuatu, semua manusia, semua makhluk hidupan hidup secara serentak. Semua umur, minit, saat dan semua hari-hari, jam dan ketika adalah berlaku pada ketika yang sama. Sekalipun manusia tidak mampu melihat hal ini disebabkan kemampuan sensasi yang terhad, hakikatnya fakta ini adalah bukti. Dalam bab 'Relativiti Al-Qur'an', beberapa contoh telah diberikan untuk menerangkan perbezaan di antara masa yang membelenggu manusia dan masa di sisi Tuhan. Tuhan menarik perhatian kita kepada hal ini dalam ayat berikut; Dan mereka meminta kepadamu agar azab itu disegerakan, padahal Allah sekali-kali tidak akan menyalahi janjiNya. Sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun dari tahun-tahun yang kamu hitung. (Surah al-Hajj; 47). Tuhan, al-Hasib, maha mengetahui secara teperinci apa yang dilakukan oleh manusia sepanjang hidupnya. Sekiranya seorang mengingati bahawa tiada suatu pun yang dialaminya akan lenyap dan semua yang dilakukannya akan tetap wujud, orang itu pasti akan memahami dengan baik sifat Tuhan ini. Tuhan mengetahui setiap sesuatu, setiap suatu yang berkaitan dengan setiap peristiwa yang dialami dinyatakan di dalam ayat berikut; Sesungguhnya Allah, hanya pada sisiNya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat dan Dialah yang menurunkan hujan dan mengetahui apa yang ada di dalam rahim dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui apa yang akan diusahakannya besok dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana ia akan mati. Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha mengenal. (Surah Luqman; 34). Ini adalah sebab utama mengapa orang beriman mengagungkan kebesaran Tuhan, tunduk kepadaNya dan bertawakkal sepenuhnya kepada Tuhan. KeagunganNya cukup jelas mengingatkan seeorang bahawa bagaimana lemahnya seseorang dan bagaimana seseorang itu sangat berhajat kepadaNya. Mereka menyedari kelemahan mereka berbanding Tuhan. Ketinggian moral sebegini yang dipamerkan oleh orang yang beriman dinyatakan di dalam Al-Qur'an. Katakanlah; sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah pelindung kami dan hanyalah kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakkal. (Surah At-Taubah; 51) Katakanlah: aku tidak berkuasa mendatangkan kemudaratan dan tidak (pula) kemanfaatan kepada diriku melainkan apa yang Allah kehendaki. (Surah Yunus;49) Orang yang beriman dijamin dan mereka yang berkata sebegini adalah mereka yang memahami benar akan sifat Allah. Dan inilah yang menjadikan mereka menyerahkan kepatuhan mereka kepadaNya. MATI BUKANLAH SUATU KEPUPUSAN Kematian juga adalah satu isu yang sering disalah tanggap oleh masyarakat umum. Seorang yang mati dianggap sebagai telah tiada. Kerana mereka tidak mempunyai maklumat yang mencukupi berhubung dengan hari kemudian, kehidupan abadi, syurga dan neraka, manusia secara umum samada tidak percaya kepada hari kebangkitan selepas mati ataupun mempunyai keyakinan yang samar-samar mengenainya. Akibatnya, majoriti menganggap mereka telah kehilangan seseorang selama-lamanya sekiranya orang itu mati. Ini sudah pastinya suatu pandangan yang sempit. Ketika seorang itu dilahirkan (ketika dia dibawa ke alam wujud oleh Tuhan), kehidupan abadinya pun bermula. Seperti keseluruhan saat kehidupan seseorang, kematian hanyalah satu ketika yang dirasakan oleh manusia, tetapi hakikatnya orang itu masih hidup. Semua saat-saat sebelum dan selepas mati dan setiap yang berhubung dengan kehidupan seseorang adalah terpelihara tanpa sebarang perubahan. Sebagai contoh, selepas kematian seseorang, manusia berkabung dan berkata,'sungguh malang ia telah mati, dia masih muda lagi'. Tetapi, setiap peristiwa yang berkaitan dengan kehidupan seseorang, kenangan masa kanak-kanak, kelahiran dan keluarganya tetap wujud. Semuanya itu tidak pudar ataupun musnah. Semua pengalaman-pengalamannya tetap terpelihara. Sebagai suatu hal yang perlu di dalam ujian di dunia ini, semua memori ini dipadamkan dari ingatan seseorang; akan tetapi, hal ini sama seperti ianya tidak lagi wujud (bagi manusia). Di sisi Tuhan, kelahiran, kehidupan dan kematian seorang berlaku dan tamat secara serentak. Keadaan yang sama juga bagi semua manusia. Umat manusia hadir ke dunia dan mati pada ketika yang sama. Semuanya telah dibangkitkan dan telah dihantar ke syurga atau neraka. Oleh yang demikian, tiada seorang pun yang mati dan tiada seorang pun yang dilenyapkan; semua individu hidup dalam keabadian. Di dalam keabadian ini, manusia meluangkan hanya sebahagian kecil dari masanya di dunia ini, dan sewaktu masa ini di mana dia ditakdirkan untuk masuk -samada syurga atau neraka- telah pun diketahui. Di ketika inilah, setengah orang yang masih hidup di dunia ini sedang berada di syurga sementara setengahnya berada di neraka. Hal ini dijelaskan di dalam Al-Qur'an; dalam banyak ayat berhubung syurga dan neraka. Kehidupan di hari kemudian diterangkan seolah-olah berlaku sekarang dan yang telah berlalu, yang menarik perhatian seseorang kepada fakta bahawa semua kejadian ini sebenarnya berlaku pada suatu detik; Sesungguhnya penghuni syurga pada hari itu bersenang lenang dalam kesibukan. Mereka dan isteri-isteri mereka berada dalam tempat yang teduh berbaring di atas singgahsana. (Surah Yasin;55-56) Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan dibawa ke dalam syurga berkumpulan hingga apabila mereka sampai ke syurga itu sedang pintu-pintunya telah terbuka dan berkatalah kepada mereka penjaga-jaganya: "kesejahteraan ke atasmu. Berbahagialah kamu! Maka masukilah syurga ini sedang kamu kekal di dalamnya. Dan mereka mengucapkan: "Segala pujian bagi Allah yang telah memenuhi janjiNya kepada kami dan telah (memberikan) kepada kami tempat ini sedang kami menempati tempat dalam syurga di mana sahaja yang kami kehendaki: maka syurga itulah sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal. Dan kamu melihat malaikat-malaikat berlingkar di sekeliling 'Arasy bertasbih sambil memuji Tuhanmu dan diberi keputusan di antara hamba-hamba Allah dengan adil dan diucapkanlah "Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam". (Surah Az-Zumar; 73-75) Dan orang-orang yang berdosa melihat neraka, maka mereka meyakini bahawa mereka akan dilontar ke dalamnya dan mereka tidak menemukan tempat berpaling daripadanya. (Surah Al-Kahfi; 53) Dalam hidup manusia, satu lagi misteri yang masih kekal. Sementara berkabung terhadap kematian seseorang, manusia tidak memikirkan bahawa mereka, diri mereka sendiri sebenarnya telah pun mati dan bahkan telah dibangkitkan. Kelahiran dan kematian seseorang terjadi secara serentak. Bahkan hal yang remeh-temeh mengenai kehidupan semua manusia, kematian dan kebangkitan dan kehidupan abadi semuanya tersimpan di sisi Tuhan. Dalam perkataan lain, setiap sesuatu terjadi pada ketika ini. Kematian dan kebangkitan sebenarnya bukanlah peristiwa yang terjadi dalam selang masa yang jauh. Manusia dilahirkan di dalam masa sifar. Hal yang sama, mereka mati ketika masa sifar, mereka dibangkitkan ketika masa sifar dan sebagai suatu kebenaran, kehidupan mereka hanya di rasakan di ketika ini. Seketika Tuhan menciptakan manusia, mereka menjadi suatu zat yang akan abadi. Dalam satu bentuk yang lain, dia telah memulakan kehidupan tanpa akhir, kekal hidup dalam keabadian. Pada masa yang sama, dia juga menyaksikan kematiannya sendiri sebagai suatu kejadian. Sama seperti dia melihat dirinya sendiri sepanjang hidupnya, dia menyaksikan kematianya, tetapi hanya di dalam satu ketika. Sebuah contoh akan menjelaskan subjek ini. Dalam Al-Qur'an, Tuhan mengkhabarkan kepada kita bahawa tidur juga diciptakan sebagai suatu bentuk kematian. Dengan itu, setiap malam dia menyaksikan kematiannya apabila dia tidur dan mnyaksikan kebangkitannya ketika dia bangun di pagi hari. Fakta ini dimanifestasikan di dalam ayat berikut; Allah memegang jiwa ketika matinya dan jiwa yang belum mati diwaktu tidurnya. Maka Dia tahanlah jiwa yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. (Surah Az-Zumar;42) Oleh itu, manusia secara berterusan melihat kematian dan kebangkitannya sepanjang hidup. Hal yang sama , dia juga akan melihat kematian yang sebenarnya. Kesimpulannya, kelahiran, kematian dan kebangkitan begitu juga tempat abadinya, semua ini telah pun diketahui dan manusia akan kekal hidup di sisi Tuhan. Semua insiden ini berlaku dan telah tamat di sisi Tuhan. Ini adalah sebab mengapa, kematian, dalam suatu pengertian yang difahami secara lebih umum, bukanlah sebuah kemusnahan atau kelenyapan. Dengan mempertimbangkan fakta ini, bersedih terhadap kematian seseorang dan merasa sedih ke atasnya adalah tindakan tidak rasional. Seorang pemuda, seorang kanak-kanak atau seorang yang sihat yang mati bukanlah musnah; semuanya wujud dalam keadaan seadanya. Di sisi Tuhan, semuanya adalah hidup. Ini adalah satu penerangan yang jelas keagungan Tuhan, yang juga dinyatakan di dalam Al-Qur'an. Allah tidak ada Tuhan melainkan Dia yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluknya), tidak mengantuk dan tidak tidur, kepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izinNya?. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka. Sedang mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tiada merasa berat memelihara keduanya dan Allah maha tinggi lagi maha besar. (Surah Al Baqarah; 255) KEHIDUPAN SEEKOR BINATANG JUGA ADALAH SUATU DETIK Sejak kehidupan wujud di muka bumi, fasa-fasa yang dilalui oleh seekor binatang telah pun tersimpan di sisi Tuhan. Sebagai contoh, kelahiran, kematian seekor burung penguin yang hidup di kutub selatan dan yang telah mati 250 tahun lalu tetap wujud di dalam pandangan Tuhan dan akan terus hidup selamanya, kenyataan yang sama, semua insiden ini berlaku di ketika ini. Hal ini mungkin kelihatan jauh dari kemampuan pemahaman akal manusia, apabila seseorang memikirkan bahawa di sana beribu-ribu juta binatang yang hidup di muka bumi ini. Akan tetapi rahsia kebesaran Tuhan tersembunyi di sini. Tuhan, al-'Aliim, maha mengetahui. Tuhan sudah tentu mengetahui tiap-tiap makhluk, sama ianya hidup, bukan hidup atau mati. Fakta penting ini diterangkan di dalam sepotong ayat; Sesungguhnya Allah telah menentukan jumlah mereka dan menghitung mereka dengan bilangan yang teliti. (Surah Maryam;94) Kematian seekor binatang tidak banyak berbeza dengan kematian manusia. Seperti kes manusia, saat kehidupan seekor binatang tidak musnah selepas kematiannya. Kematian mengejut binatang kesayangan seseorang- sebagai contoh, seekor burung- yang menyedihkannya. Burung itu, sebenarnya tidak mati, ianya terpelihara di dalam pandangan Tuhan dalam keadaan yang baik. Di waktu burung ini bersama-sama telurnya, di saat dia menghinggap sebuah rumah seseorang dan di saat dia belajar terbang sebagai seekor anak burung semuanya kekal di sisi Tuhan. Contoh lain, di sisi pandangan Tuhan, seluruh saat yang telah berlalu bagi seekor anjing yang telah mati dan saat dia mati adalah jelas diketahui. Seluruh peristiwa yang berhubung dengan kehidupan masa lalu anjing itu; ketika ia masih lagi seekor anak anjing, ketika ia menyalak, berjalan, meminum air dan semua pengalaman yang dilaluinya yang tidak diketahui oleh tuannya kekal di sisi Tuhan. Satu contoh lagi, di saat seekor binatang jahat yang dibunuh dengan cara dipijak juga terpelihara di sisi Tuhan. Kematian binatang itu hanya berlaku dalam suatu ketika dan seperti makhluk yang lain, ianya hanya sebuah imej dan setiap imej mengenainya terpelihara di sisi Tuhan. Kenyataan bahawa kita tidak melihat sebarang kaitan dengan binatang itu selepas kematiannya tidaklah bermakna ianya telah lenyap. Seekor serangga yang mati juga berlaku di dalam suatu ketika. Seperti makhluk kehidupan yang lain, ianya adalah sebuah persepsi bagi kita dan setiap imej berkaitan dengan kehidupannya kekal tanpa perubahan. Kenyataan bahawa kita tidak melihat apa yang berhubung dengannya tidaklah bererti ianya telah musnah. Ia hanya sekadar lenyap dari memori kita. Di sisi pandangan Tuhan, sekiranya imej itu dimiliki oleh serangga itu dianimasikan semula, dan diperlihatkan kepada lima pancaindera kita, kita pasti akan melihatnya semula. Kenyataan yang sama juga bagi seekor rama-rama yang berwarna-warni yang dilihat oleh seorang lelaki sewaktu Revolusi Perancis. Suatu yang amat mungkin bahawa lelaki itu berasa sedih apabila melihat rama-rama yang cantik itu dikunyah oleh seekor burung, bagaimanapun, rama-rama itu, dengan kecantikan simetrik dan warnanya, adalah berada di dalam pandangan Tuhan di saat ini. Setiap saat rama-rama ini membuka sayapnya, setiap saat ia menutupnya, setiap bunga yang dihinggapnya telah pun diketahui di sisi Tuhan. Bahkan, rama-rama ini melakukan semua yang disebutkan tadi adalah ketika ini. Ketika inilah, rama-rama itu terbang, makan dan mati..........kesimpulannya, rama-rama ini hidup dan kekal hidup selama-lamanya. Perasaan lelaki yang berasa sedih kerana kematian rama-rama ini, dan bahkan, setiap dan seluruh saat kehidupan lelaki ini juga kekal selamanya..... Hal ini dijelaskan di dalam ayat berikut. Tiada suatupun yang ghaib di langit dan di bumi, melainkan (terdapat) dalam kitab yang nyata. (Surah An-Naml;75) Huraian ini memberikan jawapan yang jelas kepada pertanyaan yang kerap dipersoalkan seperti, 'adakah binatang mempunyai roh?' Atau 'apakah saat akhir bagi bintang?". Semua makhluk hidupan ini berada di dalam memori Tuhan dan hal ini adalah hal yang mustahak. Selama mana pengetahuan mengenai binatang di rakamkan di sisi Tuhan (ingat bahawa di saat ia diciptakan, ia telah ditakdirkan untuk kekal selama-lamanya), ianya akan hidup. Akan tetapi, apa yang dimaksudkan dengan 'hidup' di sini ialah ciptaan Tuhan baginya dalam bentuk sensasi. Dalam pengertian ini, tiada suatu makhluk hidupan yang mempunyai kesamaan dengan sifat Tuhan; al-Hayy (maha hidup). Sifat ini bermaksud, hal yang paling penting bukanlah bintang mempunyai roh atau tidak, tetapi samada ia diciptakan di dalam pandangan Tuhan atau tidak. Sekiranya Tuhan menghendaki, makhluk hidup ini akan berada di dalam memori kita... sekiranya tidak, ia tidak akan wujud. Sekiranya Tuhan menarik balik imej seekor binatang dari memori seseorang, ini bererti bahawa ia telah mati. Sekiranya Dia mengembalikannya ke dalam memori, ini bererti ianya hidup. Ianya mesti disimpan di dalam minda bahawa binatang ini kekal di dalam memori Tuhan selamanya, kerana Tuhan tidak terikat oleh konsep masa. Dalam masa-sifar, ianya tidak mungkin untuk bercakap mengenai masa lalu, sekarang dan masa depan, semuanya adalah suatu ketika. BUNGA TIDAK PERNAH PUDAR, BUAHAN TIDAK PERNAH LENYAP... Tuhan ialah yang menyimpan pengetahuan mengenai setiap sesuatu. Seperti yang dinyatakan di dalam ayat di atas, semenjak penciptaan alam semesta, semua dedaun, dan peringkat berbeza yang dilaluinya sewaktu jangka hayatnya, diketahui oleh Tuhan. Sebagai contoh, pengetahuan mengenai sepohon pokok, tersimpan di dalam pandangan Tuhan. Bahkan, semua peringkat yang berkaitan dengan daun ini sejak dari gugurnya secara individu tersimpan di sisi Tuhan. Bersandar di sebatang pokok di Babylon, seorang lelaki yang memerhatikan dedaun yang gugur, juga masih kekal di sana. Tiada sesaat pun masa yang diluangkan memerhatikan guguran dedaun itu lenyap atau pudar berlalu. Dalam sepotong ayat, hal ini dinyatakan seperti berikut; Dan pada sisi Allah kunci-kunci semua yang ghaib, tiada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya, dan tiada jatuh sebutir biji benih dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata. (Surah al-An'aam;59) Satu-satunya hal bagi orang yang benar memahami fakta ini ialah tunduk patuh kepada Penciptanya. Seperti yang dinyatakan dalam ayat, Dia mentadbir urusan dari langit ke bumi. surah Sajadah.5, semua binatang, tumbuhan, manusia, ringkasnya semua makhluk hidupan dan peristiwa yang diciptakan oleh Tuhan dan segala yang berkaitan dengannya kekal tersimpan di pandangan Tuhan. Begitu juga halnya bagi debunga. Bertentangan dengan anggapan manusia umumnya, sekuntum bunga tidak hilang apabila ia layu; ia bahkan terus wujud di sisi Tuhan. Seperti yang dijelaskan di dalam ayat, Dia maha mengetahui tentang segala makhluk. Surah Yasin 79, semua fasa kehidupan bunga itu; ketika berkembang, menguntum bersama dengan ketika ia layu, masih wujud. Bahkan, seperti yang dinyatakan, perubahan berterusan yang dialami oleh bunga itu, sekalipun kelihatan terpisah-pisah, sebenarnya adalah fasa-fasa yang berlaku secara serentak. Di sisi Tuhan, semua kaitan yang berhubung dengan bunga ini terjaga dan Tuhan menjadikan hal ini dapat diketahui kepada siapa yang Dia kehendaki. Di dalam pandangan orang yang melihat bunga itu, semua imej-imej yang berkaitan dengannya adalah layu. Tetapi, setiap imej itu kekal wujud di sisi Tuhan. Tuhan, al-Muhsi (penghitung), yang mengetahui bilangan segala semuanya sekalipun yang tidak dapat dihitung, mengetahui bilangan setiap daun yang gugur. Bahkan, semua tumbuhan, dedaun dan bebunga, setiap saat sejak bertunas hingga layu, tumbesaran, layu dan gugur, begitu juga titisan hujan yang menitis ke atasnya berada di dalam pengetahuan Tuhan. Semua ini, beserta dengan saat-saat makhluk hidupan lain, diciptakan di dalam suatu ketika dan dalam suatu ruang (plane). Secara keseluruhannya, semuanya itu wujud ketika ini. Kesimpulannya, apabila sehelai daun layu dan gugur, ini tidaklah bermakna ianya telah hapus; ia hanya terpadam dari pandangan (memori) kita. Bagaimanapun, ianya masih lagi hidup di pandangan orang lain. Sekiranya Tuhan menunjukkan imej ini kepada penglihatan orang lain, ia akan terus melihat daun ini. Tiada yang tersembunyi dari padaNya seberat zarah yang ada di langit dan di bumi dan tidak ada pula yang lebih kecil dari itu dan yang lebih besar, melainkan tersebut dalam kitab yang jelas (lauhun Mahfuz). (Surah Saba; 3) KepadaNya dikembalkan pengetahuan tentang hari kiamat. Dan tidak ada buah-buahan keluar dari kelopaknya dan tidak seorang perempuan pun yang mengandung dan tidak melahirkan melainkan dengan pengetahuanNya. (Surah Fussilat; 47) Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar dari padanya, apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya dan Dialah yang maha penyayang lagi maha pengampun. (Surah Saba; 2) Untuk mendapat pemahaman yang baik tentang keterangan ini, seseorang boleh memikirkan mengenai buah-buahan. Rasa, bau, warna dan keranuman sebiji pisang yang tumbuh di Afrika tersimpan di pandangan Tuhan. Bahkan sebelum biji benih pisang ini di tanam di tanah, di saat pisang ini di petik dari pohonnya, di saat orang yang memetiknya dan ketika ia di makan semuanya telah diketahui oleh Tuhan. Allah menerangkan kepada kita mengenai hal ini di dalam ayat berikut. Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah lah yang memberi rezekinya, dan Dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya. Semuanya tertulis dalam kitab yang nyata (Lauhun Mahfuz). (Surah Hud; 6) Untuk mengulangnya, seluruh hidup pisang itu, atau kehidupan kamu, sama seperti kehidupan Julius Caesar, Iskandar Agung atau Edison, adalah 'dihidupkan' pada ketika yang sama. Pengetahuan mengenai buah-buahan yang ada, tumbuhan, manusia dan binatang, yang penah hidup sepanjang masa ini sebenarnya berada di dalam pandangan Tuhan. Kenyataan ini sudah pasti akan dapat difahami bagi orang yang menghayati sedalam-dalamnya dan dengan penuh keikhlasan. Satu lagi hal yang penting ialah bahawa tiada suatu pun dari buah-buahan ini yang reput, lenyap atau punah. Bayangkan sebiji oren yang tumbuh di sebuah negara Mediteranean 50 tahun lalu. Keadaan-keadaan yang berkaitan dengan oren ini telah ditakdirkan; seperti masa ia akan tumbuh dan di pohon mana, samada ia akan masam atau manis, bentuknya, warnanya, tempat di mana ia disimpan, lori yang memunggahnya, mini market di mana ia di jual, pelanggan yang membelinya... . kemungkinan ia akan mula dilupakan apabila dibuang di bakul sampah. Dalam kes ini, ketika buah ini melalui proses berkulat, saat ketika ia ditemui oleh seseorang dan ketika ia dibuang ke dalam tong sampah semuanya telah ditakdirkan. Seperti yang telah kita lihat, setiap saat kehidupan biji oren itu, detik pertama ia tumbuh, masak ranum atau reput wujud di dalam pandangan Tuhan selama-lamanya. Oleh hal demikian, buah oren itu tidak musnah di sisi Tuhan. Ini adalah kerana, Tuhan Al-Hayy. Dalam perkataan lain, Dia adalah Maha Hidup. Setiap sesuatu di dalam MemoriNya hidup apabila hanya dengan berkata "Jadilah". Dan dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau, Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak, dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang berdekatan dan lagi (Kami tumbuhkan) kebun-kebun dari pokok-pokok anggur, zaitun dan delima, yang serupa dan tiada yang serupa. Kamu perhatikanlah buahnya, bila ia berbuah dan buahnya yang telah masak. Sesungguhnya yang demikian itu menjadi tanda-tanda bagi kaum yang mau beriman. Surah Al-An'aam;99 TIADA SETITIS AIR YANG LENYAP Apa yang telah diterangkan sejauh ini juga adalah benar bagi air yang mengalir. Setiap titisan air sungai, mata air, pancutan, telaga artes atau air terjun tersimpan di dalam penglihatan Tuhan. Tiada setitis yang lenyap dan terbuang. Ia berterusan wujud selama-lamanya seperti juga keadaan makhluk hidupan, setiap saat dan keadaan berkaitan dengannya terselindung di memori Tuhan. Semua air yang pernah mengalir sejak permulaan alam semesta, yang sedang mengalir sekarang sama seperti yang akan mengalir di masa depan sebenarnya mengalir di saat ini. Ini bermaksud, semuanya mengalir benar-benar di saat ini. Di sana adalah masa yang abadi dan semua kejadian berlaku di dalam suatu ketika. Air yang mengalir 300 tahun lalu di Missisippi, dan air yang mengalir 500 tahun lalu di Rhine begitu juga yang mengalir yang akan mengalir 200 tahun akan datang di sungai Euphrates sebenarnya mengalir secara serentak di dalam suatu ketika. Semuanya mengalir ketika ini. Tiada setitis pun yang lenyap; ianya terus mengalir selama-lamanya di pandangan Tuhan. MENJELAJAH KE MASA PERMULAAN JUGA MUNGKIN Kenyataan bahawa segalanya tersimpan di memori Tuhan membawa kita kepada satu lagi misteri yang penting; Dengan kehendak Tuhan, kembali semula ke saat permulaan suatu peristiwa juga adalah mungkin. Disebabkan terbelenggu oleh masa, kejadian seperti ini kelihatan mustahil bagi manusia. Tetapi, di dalam pandangan Tuhan, masa tidak wujud. Seperti yang dinyatakan awal lagi, masa lalu dan masa sekarang adalah berada di dalam suatu ketika; sama seperti kaset video yang mengandungi semua peristiwa saat-demi saat. Selepas melihat sebuah filem, ianya mungkin untuk mengundurkan dan melihat ia semula. Hal yang sama, situasi ini juga benar bagi peristiwa sehari-hari; dengan kehendak Tuhan, ianya mungkin untuk melihat peristiwa masa lalu sekali lagi. Ianya sudah pasti mudah bagi Tuhan untuk mencipta semula kejadian masa lalu. Sudah pasti, semua makhluk dan insiden yang pernah wujud sejak dari permulaan alam semesta tersimpan di sisi Tuhan. Tiada suatu pun dari saat-saat ini hilang. Ini adalah fenomena yang amat menakjubkan. Kenyataan ini adalah satu rahmat bagi orang yang beriman di syurga, ketika mereka ingin untuk melihat kehidupan mereka masa lalu atau peristiwa tertentu dalam sejarah. Dengan kehendak Allah jua, orang beriman mempunyai peluang untuk melihat semua kejadian ini. Sebagai contoh, seseorang boleh meminta untuk melihat proses Big Bang, saat pertama penciptaan alam semesta, pembentukan pertama galaksi-galaksi, peringkat awal atom tunggal pertama, fasa-fasa yang dilalui oleh seseorang dalam kandungan ibu, perang yang berlaku di zaman purba, kehidupan makhluk hidupan di dasar lautan, saat kapal Titanik karam, masa kanak-kanak seorang ibu. Semua kejadian ini, beserta dengan semua kaitan mengenainya adalah wujud di pandangan Tuhan. Dalam pengertian ini, dengan kehendak Tuhan, manusia berpeluang untuk melihat apa saja yang diingininya, yang pastinya mejadi satu rahmat yang besar baginya. TANGGUNGJAWAP KENYATAN INI TERHADAP MANUSIA Subjek yang telah diterangkan sejauh ini pastinya suatu tajuk yang penting dan mengejutkan. Aspek yang sangat penting kepada kita adalah berikut; setiap saat kita hidup, setiap kelakuan yang kita lakukan, setiap perkataan yang kita ucapkan atau setiap corak pemikiran yang kita amalkan tersimpan di dalam pandangan Tuhan. Kenyataan bahawa hal ini disedari oleh orang beriman dimanifestasikan di dalam kata-kata Nabi Isa, dalam ayat berikut; Dan ketika Allah berfirman: "Hai Isa putera Maryam, adakah kamu mengatakan kepada manusia: "jadikanlah aku dan ibuku dua orang tuhan selain Allah?". Isa menjawab: "Maha Suci Engkau, tidaklah patut bagiku mengatakan apa yang bukan hakku (mengatakannya). Jika aku pernah mengatakannya tentu Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku dan aku tidak mengetahui apa yang ada pada diri Engkau. Sesungguhnya Engkau maha mengetahui perkara yang ghaib". (Surah Al-Maidah;116.) Di sana terdapat satu lagi aspek fakta ini; sebarang sikap, yang tidak disukai Tuhan, atau sebarang kelakuan, yang keluar dari batas larangan Tuhan, semuanya tersimpan di dalam memori Tuhan. Setiap orang yang cuba menafikan sebarang kelakuan buruk akan gagal, kerana di sana dia pasti akan melihat gambaran semua kelakuan ini. Tiada suatu pun yang lenyap, sebarang kesilapan juga akan disimpan. Oleh hal yang demikian, orang-orang yang gagal untuk melihat kekuasaan Tuhan atau terlibat dalam kelakuan yang tidak membangkitkan kebencian manusia -dengan menganggap bahawa tiada orang yang melihat atau mendengarnya- akan berasa amat terperanjat. Mereka pasti akan menyaksikan secara individu bahawa Tuhan melihat segalanya; Dan Dialah Allah, di langit dan di bumi. Dia mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan dan mengetahui apa yang kamu usahakan. (Surah Al-An'aam; 3) Akan tetapi, di hari pengadilan kelak, di hari di mana setiap orang akan melihat amalannya, tiada siapa yang akan memiliki peluang untuk menyelamatkan dirinya sendiri, kerana seperti mana yang dinyatakan di dalam Al-Qur'an, di hari itu Tuhan akan meliputi mereka semuanya; Dan jelaslah bagi mereka azab dari Allah yang belum pernah mereka perkirakan. Dan bagi mereka akibat buruk dari apa yang telah mereka perbuat dan mereka diliputi oleh pembalasan yang mereka dahulu selalu memperolokkannya. (Surah Az-Zumar;47-48) Hari pengadilan pastinya akan menjadi hari di mana orang yang engkar akan menemui suatu yang mereka tidak pernah jangkakan. Tuhan pastinya akan melihatkan semua keburukan yang cuba disembunyikan oleh orang yang kufur. Seperti yang dinyatakan di dalam ayat, apa yang menjadi bahan mainan orang kufur sepanjang hidup mereka, ketika ini akan meliputi mereka. Keimanan orang mukmin kepada Tuhan dan pada Hari Kemudian yang selalu dijadikan sebagai isu permainan oleh golongan kufur sepanjang hidup mereka. Mereka sering menafsirkan kebenaran ini sebagai kekeliruan. Bagi mereka adalah kekecewaan, bagaimanapun, kebenaran ini akan menyelubungi mereka semua dengan cara yang tidak dijangka, disebabkan diri mereka sendiri yang tertipu. Semua keburukan yang mereka lakukan kekal di dalam pandangan Tuhan dan di hari pengadilan kelak, mereka akan menghadapinya secara berhadapan. Setiap kali mereka cuba menafikannya, gambar yang berhubung dengan kesalahan mereka akan ditunjukkan kepada mereka. Ketika inilah mereka akan menyedari bahawa pengetahuan Tuhan melingkungi mereka. Tuhan menerangkan keadaan orang kufur ini sebagai berikut; Allah akan membalas olok-olokkan mereka dan membiarkan mereka terumbang-ambing dalam kesesatan mereka. (Surah Al-Baqarah;15) Tanpa sebarang pengecualian, kekasaran yang dikenakan oleh orang kufur terhadap Nabi Muhamad dahulu, kejahatan yang dilakukan oleh golongan seperti ini di zaman Nabi Nuh dan Ibrahim semuanya tersimpan di sisi Tuhan. Saat Nabi Yusuf dilontar ke dalam perigi oleh saudaranya atau bangsa Israel yang mengkhianati Nabi Musa kesemuanya tanpa sebarang pengecualian wujud di pandangan Tuhan. Setiap sesuatu, yang sudah tentu tidak pernah disaksikan oleh seseorang sebelum ini, terpelihara dalam bentuknya yang asli. Hal ini dinyatakan di dalam ayat berikut; Mereka bersembunyi dari manusia, tetapi mereka tidak bersembunyi dari Allah, padahal Allah beserta mereka, ketika pada suatu malam mereka menetapkan rahsia yang Allah tidak redhai. Dan adalah Allah maha meliputi (ilmuNya) terhadap apa yang mereka kerjakan. (Surah An-Nisa;108) Hal yang sama juga benar bagi orang yang kufur yang hidup ketika ini. Mereka yakin bahawa konspirasi yang mereka aturkan terhadap orang mukmin atau kegiatan keagamaan mereka tersembunyi dan tidak akan menemuinya di hari kemudian. Bahkan, sekecil mana perbuatan keji mereka sekalipun, dan semua fitnah yang mereka buat terhadap orang mukmim semuanya tersimpan di sisi Tuhan. Kenyataan bahawa peristiwa ini dikeluarkan dari memori mereka seharusnya tidak menipu mereka. Ianya suatu yang mungkin bahawa mereka sendiri telah melupakan fitnah yang mereka sebarkan tehadap orang mukmin beberapa tahun lalu. Akan tetapi, semua kejahatan ini tetap terpelihara di hadapan Tuhan. Dengan kehendak Allah semua kejadian ini boleh, pada bila-bila masa, muncul kembali di dalam memori mereka. Tetapi, lalai dari kebenaran ini dan 'kerana mereka adalah orang yang tidak mengerti' (Surah Al-Maidah;58), orang yang kafir ini tidak dapat memahami kebesaran Tuhan. Dan di hari kemudian kelak, mereka akan melihat hakikat dan akan menanggung azab dan sengsara. Balasan Nabi Syu'ayb kepada sikap seperti ini kepada pemimpin kaumnya menarik perhatian kita kepada hal yang sama- bahawa mereka adalah orang yang tidak memahami; Mereka berkata: "Hai Syu'aib, kami tidak banyak mengerti tentang apa yang kamu katakan itu dan sesungguhnya kami melihat benar-benar kamu seorang yang lemah di antara kami: kalau tidaklah kerana keluargamu tentulah kami telah merejam kamu. Sedang kamupun bukanlah seorang yang berwibawa di sisi kami". Syu'aib menjawab: "Hai kaumku, apakah keluargaku lebih terhormat menurut pandanganmu daripada Allah, sedang Dia kamu jadikan sesuatu yang terbuang di belakangmu?. Sesungguhnya Tuhanku meliputi apa yang kamu kerjakan. (Surah Hud 91-92) Apabila Tuhan menciptakan hari kemudian, Dia akan mudah menghitung orang yang kafir. Apabila seseorang benar-benar memahami kebenaran yang dipersembahkan di dalam buku ini -bahawa setiap ketika berkaitan dengan setiap sesuatu diciptakan adalah terpelihara selama-lamanya- ia pasti akan tidak sukar untuk menggambarkan bahawa semua manusia akan diadili dengan segera, dalam suatu detik. Bahkan, ianya perlu bahawa seseorang tidak seharusnya memikirkan saat ini masih jauh, kerana saat ini sebenarnya adalah sekarang. Dalam perkataan lain, semua manusia sedang diberikan perhitungan kejahatan mereka yang dilakukan di dunia ketika ini. Orang kafir membayangkan bahawa apa yang mereka lakukan tidak akan dilihat atau didengar, atau pastinya akan dilupakan. Akan tetapi, di hari kemudian mereka akan berada dalam kekecewaan yang besar. Kamu sekali-kali tidak dapat bersembunyi dari persaksian pendengaran, penglihatan dan kulitmu terhadapmu bahkan kamu mengira bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dari apa yang kamu kerjakan. Dan yang demikian itu adalah prasangkamu dan yang telah kamu sangka terhadap Tuhanmu. Dia telah membinasakan kamu, maka jadilah mereka termasuk orang-orang yang diterima alasannya. (Surah Fussilat; 22-23) | ||||||||||||
No comments:
Post a Comment