Thursday

Wednesday

MEMAHAMI KALIMAT TAUHID UNTUK ELAK PENCEMARAN AKIDAH

Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

Misi utama bagi setiap Rasul yang diutuskan oleh Allah SWT ke atas setiap penjuru muka bumi ini adalah untuk menegakkan seruan kepada mengtauhidkan Allah SWT. Firman-Nya: “Sesungguhnya telah Kami utuskan seorang Rasul kepada setiap umat (untuk menyerukan): “Beribadahlah kepada Allah dan jauhilah taghut.” (al-Nahl : 36) Menurut Imam Malik taghut adalah setiap sesuatu yang disembah selain Allah. Oleh itu adalah menjadi satu perkara yang mustahak bagi setiap umat Islam untuk memahami dengan mendalam makna kalimat tauhid yang sering dilafazkan oleh semua hamba-hamba Allah iaitu La ilaha illallah. Adalah agak memeranjatkan apabila seorang tokoh seolah-olah mempertikaikan usaha untuk mengukuhkan pemahaman kalimah tauhid ini di tengah-tengah masyarakat di dalam sebuah akhbar baru-baru ini. Bagi beliau memadailah seseorang itu mengucap sahaja kalimah tauhid untuk mengesahkan seseorang itu sebagai Muslim yang terpelihara nyawa dan hartanya oleh Muslim yang lain. Namun hakikat tugas seorang pendakwah bukan sekadar berhenti setakat seseorang itu mampu mengucap kalimah syahadah. Misi para pendakwah adalah untuk membina generasi umat Islam yang berkualiti dan mantap akidahnya yang hanya akan dapat digapai apabila seseorang itu telah benar-benar memahami kalimah tauhid.

Makna la ilaha illallah adalah “tiada yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah”. Ia bukan sekadar menetapkan (ithbat) bahawa Tuhan yang berhak disembah hanyalah Allah tetapi kalimat ini juga menolak (nafi) segala bentuk peribadahan selain daripada Allah. Firman-Nya: “Demikian itu adalah kerana sesungguhnya Allah adalah Tuhan dan sesungguhnya apa yang mereka sembah selain daripada Allah adalah batil.” (al-Hajj : 62)

Walaupun kalimat ini bukanlah asing bagi seluruh umat Islam namun tidak dapat dinafikan bahawa pengaruh-pengaruh amalan yang boleh menjejas akidah masih menebal dalam masyarakat ini. Akibat tidak memahami kalimah tauhid dengan mendalam tokoh yang mengambil sikap acuh tak acuh dalam hal-hal berkaitan memahami makna kalimah tauhid tadi turut tidak boleh membezakan amalan ziarah kubur yang selari dengan syarak dan amalan ibadah yang terlarang di kawasan perkuburan. Tokoh tersebut terlalu mengagungkan amalan bertawssul dikuburan yang kebenarannya masih diperselisihkan oleh para ulama. Tiada ulama muktabar dari kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang meletakkan perbahasan tawassul di kawasan perkuburan ini sebagai perkara pokok dalam akidah sehingga sesiapa yang menolaknya dianggap terkeluar daripada Ahli Sunnah Wal Jammah. Hanya kelompok tasauf yang ekstrim dan Syi’ah Rafidhah sahaja yang taksub dalam isu seumpama ini. Persoalan tentang golongan yang melakukan peribadatan terlarang di kawasan perkuburan atau digelar Kuburiyyun ini bukan sekadar berkisar isu tawassul seperti sangkaan tokoh tersebut. Isu kuburiyyun termasuk amalan memohon doa kepada mayat yang ditanam dalam kubur tersebut, solat sunat menghadapi kubur, tawaf mengelilingi kubur atau mengerjakan ibadah korban di kawasan perkuburan yang terdapat dalil yang tegas lagi jelas tentang pengharamannya. Hakikatnya tiada aliran pemikiran dalam Islam yang mengharamkan ziarah kubur asalkan ianya dilakukan sesuai dengan sunnah Nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w. turut bersabda “…maka berziarah kuburlah kamu, kerana hal itu mengingatkan kita kepada kematian.” (Hadis riwayat Imam Muslim). Apa pun dalam hal berkaitan ziarah kubur para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah membahagikan ziarah kubur kepada tiga jenis:

1) Ziarah yang disunnahkan iaitu yang sesuai dengan syariat, sebagaimana yang disebutkan dalam sejumlah hadis dengan tujuan untuk memohon ampun (istighfar) bagi mayat dan mengingatkan dirinya akan alam akhirat.


2) Ziarah yang bidaah yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan beribadah kepada Allah S.W.T. di samping kuburan dengan menyakini bahawa tempat tersebut adalah tempat (ibadah) yang paling baik.


3) Ziarah yang syirik, iaitu ziarah yang dikerjakan seseorang untuk mengharap berkat dari kuburan atau dalam rangka meminta syafaat dan pertolongan dari kuburan tersebut.


Masih ramai di kalangan masyarakat kita yang mempercayai ramalan-ramalan tukang ramal dan bomoh dalam menentukan arah hidup seharian mereka. Masih wujud juga mereka yang memakai tangkal-tangkal atau mengamalkan jampi-serapah yang syirik bertujuan untuk mengubati sesuatu penyakit. Hal ini adalah kerana kalimat tauhid tersebut hanyalah sekadar lafaz dibibir tanpa mampu untuk diserapkan ke dalam jiwa dan sanubari seseorang insan. Untuk menjadikan kalimat ini berkesan dalam membasmikan pengaruh-pengaruh syirik dalam kehidupan seharian hendaklah setiap umat Islam berusaha memahami syarat-syarat yang membelakangi kalimat tersebut.

PERTAMA : Ilmu (al-‘Ilm) atau mengetahui makna sebenar kalimat tauhid tersebut. Hendaklah mereka ketahui bahawa kalimat ini menetapkan bahawa hanya Allah S.W.T adalah tuhan yang berhak disembah atau diibadahi. Seluruh sembahan yang lain adalah tertolak. Faktor ilmu ini amat penting sebagai syarat agar kalimat ini dapat meniggalkan kesan yang baik bagi orang yang mengucapkannya. Firman-Nya: “Maka ketahuilah (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah” (Muhammad : 19)

Baginda juga telah bersabda: “Barangsiapa yang mati sedangkan dia tahu (berilmu) bahawa tiada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah, nescaya dia akan masuk syurga.” (Hadis Riwayat Muslim)

KEDUA : Yakin (al-Yaqeen) atau tidak ragu-ragu bahawa Allah S.W.T. adalah satu-satunya Tuhan yang berhak disembah. Sekadar mengetahui tanpa menyakini kebenaran kalimah itu tidak memadai untuk mengeluarkan seseorang dari amalan-amalan yang mencemari akidah. Firman-Nya: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-oramg yang betiman kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orangyang benar.” (al-Hujuraat : 15)

KETIGA : Ikhlas (al-Ikhlaash) atau memurnikan segala bentuk ibadah hanya ditujukan kepada Allah S.W.T. dengan tujuan untuk mencapai keredaannya. Setiap amal ibadah itu hendaklah bebas dari sebarang unsur syirik dan riak. Firman-Nya: “Dan mereka tidak disuruh melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) kehidupan beragama dengan jalan yang lurus.” (al-Bayyinah : 5)

KEEMPAT : Jujur (al-Shiddiq) bermaksud hendaklah seseorang itu mengucapkan kalimah tauhid tersebut dengan sejujurnya. Apa yang dilafazkan melalui lidahnya hendaklah bertepatan dengan isi hatinya dan kemudiannya diterjemahkan melalui amalan sehariannya yang menetapkan bahawa hanya Allah S.W.T. sahaja adalah Tuhan yang berhak disembah. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Tidaklah seseorang yang mengucapkan dua kalimah syahadah dengan benar dari lubuk hatinya melainkan Allah haramkan dia dari api neraka.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

KELIMA : Cinta (al-Mahabbah) kepada Allah merupakan satu bukti menujukkan seseorang itu telah diresapi dengan fahaman tauhid yang hakiki. Hendaklah ucapan kalimah tauhid tersebut disertai dengan perasaan cinta yang mendalam kepada Allah S.W.T yang melebihi daripada cinta seseorang itu kepada makhluk-Nya yang lain. Firman-Nya: “Di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Tetapi orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah.” (al-Baqarah : 165)

KEENAM : Tunduk (al-Inqiyaad) atau patuh terhadap makna kalimat tauhid ini serta segala peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. dan Rasul-Nya berlatar-belakangkan kehendak-kehendak kandungan kalimat tersebut. Sejajar dengan itu hendaklah kita hanya beribadah dan memohon pertolongan hanya kepada Allah S.W.T. serta mematuhi segala perintah-Nya. Firman-Nya : “Dan barangsiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah sedangkan dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada buhul tali yang teguh.” (Luqman : 22)

KETUJUH : Menerima (al-Qabuul) segala konsep yang menaungi kalimah tauhid ini iaitu pemurniaan ibadah hanya kepada Allah S.W.T. dan menolak segala sembahan selain daripada-Nya. Segala bentuk ibadah yang ditujukan kepada selain dari Allah S.W.T. atau dilaksanakan tidak menurut sebagaimana yang dikehendaki oleh-Nya hendaklah ditolak bahkan ditentang sekeras-kerasnya. Sabda-Nya: “Sesiapa yang mengucapkan La ilaha illallah (tiada Tuhan yag berhak disembah melainkan Allah) dan mengingkari segala yag diibadahi selai Allah, maka hartanya dan darahnya diharamkan (dilindungi), sedangkan perhitungannya menjadi tanggungjawab Allah.” (Hadis riwayat Imam Muslim)


Demikianlah syarat-syarat yang perlu dipatuhi agar kalimah tauhid dapat difahami dengan sebenar-benarnya supaya dapat menghindari seseorang itu dari dicemari dengan unsur-unsur yang boleh menjejaskan akidah dalam kehidupan sehariannya. Wajarkah kaedah-kaedah ini dikatakan sebagai bertentangan dengan pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagaimana tanggapan tokoh tersebut? Jelas setiap syarat yang digariskan di atas berhujung pangkal kepada menerapkan nilai tauhid yang murni dan menutup segala ruang untuk terjadinya perbuatan syirik.

Doa Akhir Tahun & Awal Tahun

Doa Akhir Tahun
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Penyanyang, segala puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam, Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w., serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Ya Allah wahai Tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini maka kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tiada meredhainya dan Engkau memang tiada melupakannya (Tuhan tidak bersifat lupa) dan Engkau berlembut tiada mengazab kami malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat itu. Maka kami sekalian memohon keampunan Mu. Ya Allah, ampunilah kami dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan ganjaran pahalanya. Maka kami mohon diperkenankan akan perbuatan (amal bakti) yang telah kami lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapan kami. Ya Allah, Tuhan yang Maha Pemurah.
Doa ini hendaklah dibaca 3 kali pada akhirnya waktu Asar hari ke 29 atau 30 daripada bulan Dzulhijjah, maka barangsiapa membaca doa ini daripada waktu yang telah tersebut maka berkatalah syaitan kesusahanlah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku pada setahun ini dibinasakan dengan satu saat jua dengan sebab membaca doa-doa ini maka diampuni Allah Ta’ala sekalian dosanya yang setahun ini.

Doa Awal Tahun
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Penyanyang, segala puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam, Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w., serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya, sedia ada, tiada permulaan. Kelebihan Mu maha besar dan kemurahan Mu sangat-sangat diharapkan. Tibalah sudah tahun baru, kami mohon kepada Mu agar terpelihara kami sekalian di dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan-syaitan yang terlaknat juga dari kuncu-kuncunya syaitan dan bala tenteranya. Dan kami mohon daripada Mu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah (nafsu yang mendorong kepada kejahatan). Kami mohon juga kepada Mu ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepada Mu. Ya Allah Tuhan yang Maha Agung lagi Mulia. Ya Allah Tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.
Doa awal tahun iaitu hendaklah dibaca 3 kali setelah solat Maghrib pada malam 1 haribulan Muharram dan barangsiapa membaca ini maka bahawasanya syaitan berkata telah amanlah anak adam ini daripada aku barang yang tinggal dari umurnya pada ini tahun kerana bahawasanya Allah Ta’ala telah mewakilkan dua malaikat memelihara akan dia daripada fitnah syaitan.
Pada hakikatnya kedua-dua lafaz doa ini serta fadhilat yang ditetapkan itu tidak pernah wujud dalam mana-mana kitab-kitab hadis dan tidak ada juga hadis walaupun yang bertaraf lemah (dha’if) mahupun palsu (mawdhu’) yang mengkhabarkan tentangnya. Menurut Syeikh Jamaluddin al-Qasimi r.h doa ini ialah doa yang direka dan tidak berasal daripada Nabi s.a.w. tidak juga berasal daripada para sahabat, tabi’in dan tidak diriwayatkan dalam musnad-musnad sehinggakan ianya tidak wujud dalam kitab maudhu’at (iaitu kitab yang memuatkan hadis-hadis palsu). Doa ini hanya dicipta oleh syeikh jadi-jadian. Dan perkataan “berkatalah syaitan kesusahanlah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku pada setahun ini dibinasakan dengan satu saat jua dengan sebab membaca doa-doa ini” merupakan suatu pembohongan yang sangat besar ke atas Allah dan Rasul-Nya.

Sunday

Pengenalan tentang Score A Programme

Pengenalan tentang Score A Programme
September 10th, 2009
Webeucation yang pertama dan terunggul di Malaysia



Apa itu Score A Programme™

Score A Programme™ ialah suatu kaedah pembelajaran output yang interaktif berpandukan sukatan pelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama dari Lembaga Peperiksaan Malaysia yang telah terbukti berkesan membantu ramai pelajar bersedia menghadapi peperiksaan dan mendapat keputusan ’straight A’ di dalam UPSR dan PMR sejak tahun 2003.

Kepentingan pembelajaran output

Proses pembelajaran seseorang pelajar terdiri dari ‘input’ dan ‘output’. Pembelajaran input ialah apabila ilmu dan maklumat dimasukkan ke dalam minda seseorang pelajar. Ia biasa berlaku semasa belajar di dalam kelas di sekolah, belajar di pusat tuisyen dan pembacaan. Ramai pelajar terlalu menumpu kepada pembelajaran input sahaja, dan sebab itulah pencapaian akademik mereka sederhana sahaja.

Pembelajaran output pula ialah apabila ilmu dan maklumat yang tersimpan di dalam minda seseorang pelajar dikeluarkan balik dalam bentuk penulisan atau amali. Ia meliputi aktiviti latih tubi, amali di makmal dan semasa menjawab ujian dan peperiksaan. Oleh kerana peperiksaan seperti UPSR, PMR dan SPM adalah pembelajaran output, maka persediaan terbaik ialah dengan memperbanyakkan pembelajaran output secara sendiri dengan melakukan latih tubi sebanyak dan sekerap yang mungkin.

Pembelajaran output tradisional vs online



vs

Biasanya pembelajaran output menggunakan buku-buku latihan yang banyak terdapat di pasaran. Namun terdapat beberapa kekangan menggunakan buku latihan, antaranya :

Kena periksa jawapan sendiri di belakang
Tidak boleh mengulang soalan
Tiada pemantauan masa
Terlalu banyak buku latihan akan membebankan pelajar (berat untuk dibawa) dan ibu bapa (kena sediakan kos)
Buku tidak interaktif
Sekiranya ditanya kepada pelajar, “antara buku dan komputer, yang manakah pilihan anda?” Sudah tentulah hampir kesemua pelajar sekarang memilih komputer. Namun apakah yang biasanya mereka lakukan dengan komputer? Tidak lain dan tidak bukan main game, chatting dan menonton DVD. Kita tidak boleh memisahkan komputer dari pelajar zaman sekarang, tetapi kita boleh alihkan cara dan tujuan mereka menggunakan komputer kepada sebab yang lebih berfaedah. Maka di sinilah program webucation seperti Score A Programme™ memainkan peranan yang sebaiknya untuk persediaan seseorang pelajar menghadapi ujian dan peperiksaan di sekolah, termasuklah UPSR, PMR dan SPM.

Mengapa pelajar memerlukan Score A Programme™

Score A Programme™ telah direka khas secara terperinci bagi menyediakan kepada pelajar suatu wasilah pembelajaran yang terbaik untuk membantu mereka menghadapi peperiksaan. Dengan mengikuti Score A Programme™, pelajar dan ibu bapa pelajar boleh menilai kemajuan dan prestasi akademik mereka sendiri dengan mudah dan lebih berkesan. Mereka boleh menilai sendiri tahap keupayaan, kesediaan dan kefahaman mereka tentang apa yang mereka telah pelajari di sekolah. Score A Programme™ turut memberi peluang kepada pelajar untuk membina keyakinan diri dan sikap positif.

Kenapa Score A Programme™ pilihan terbaik ?

Soalan meliputi silibus dan sukatan matapelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia yang terkini
Telah terbukti ramai pelajar Score A mendapat 5A di dalam UPSR dan 8A dalam PMR
Soalan digubal oleh guru-guru pakar yang berkhidmat dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pembelajaran menggunakan sistem teknologi yang interaktif lebih menjimatkan masa dan mengelakkan mereka dari jemu belajar.
Ibubapa dapat memantau tahap pembelajaran anak-anak dan tidak lagi bergantung kepada kad laporan dari sekolah.
Juga terbukti pelajar yang lemah dan tidak minat belajar telah memperolehi kejayaan cemerlang selepas menyertai Score A Programme
Liputan Silibus Score A Programme™ (kemaskini masa sebenar)



Sekolah Rendah (Tahun 1 hingga 6 - persediaan UPSR)

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik (Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina)
Sains (Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina)
Bahasa Cina
Sekolah Menengah Rendah (Tingkatan 1 hingga 3 - persediaan PMR)

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Geografi
Sejarah
Matematik (Bahasa Inggeris)
Sains (Bahasa Inggeris)
Bahasa Cina
(Akan datang) Sekolah Menengah Atas (Tingkatan 4 dan 5 - persediaan SPM)

Bahasa Inggeris
Matematik
Sejarah
Fizik
Kimia
Biologi
Sains
Perdagangan
Prinsip Akaun
Ekonomi Asas
(akan dimaklumkan nanti bila sudah silibus Tingkatan 4 dan 5 boleh digunakan)

Panduan Kejayaan, e-Pendidikan Score Aa, e-learning, Education, internet, kenshido, learning, online, programme, score, silibus, webucation
Berjaya Melalui Score A Programme
September 9th, 2009No comments
Memperkenalkan Score A Programme, portal pembelajaran output secara online yang pertama dan terunggul di Malaysia.



Alhamdulillah kerjaya dan rezeki saya kini berubah dan bertambah setelah penyertaan aktif sebagai Perunding e-Pendidikan melalui Score A Programme di bawah kumpulan ZRB Millionaires Club (ya, kelab jutawan dan bakal jutawan). InsyaAllah, melalui blog ini saya akan berkongsi ilmu dan maklumat berkenaan portal Score A Programme, peluang perniagaan e-pendidikan yang hebat dan lumayan, panduan berjaya melalui Score A Programme serta rakan-rakan niaga yang bersama dalam perniagaan ini.

Untuk percubaan percuma, sila
i. Layari www.scorea.com,
ii. Klik pada ‘Online Demo’, dan
iii. Masukkan ID : 82828

Saya juga sedang membina laman web sokongan berkenaan Score A Programme, boleh layari ke www.1malaysiascorea.com (masih dalam pembinaan)

Stay tuned.

Wednesday

PUTERIKU-Puteri Teh Shabira semasa umur 2 Tahun ++

Image and video hosting by TinyPic

Image and video hosting by TinyPic

Image and video hosting by TinyPic

Image and video hosting by TinyPic

http://i46.tinypic.com/rktv75.jpg

Image and video hosting by TinyPic

Image and video hosting by TinyPic

Image and video hosting by TinyPic

Image and video hosting by TinyPic

Image and video hosting by TinyPic