Pengenalan tentang Score A Programme
September 10th, 2009
Webeucation yang pertama dan terunggul di Malaysia
Apa itu Score A Programme™
Score A Programme™ ialah suatu kaedah pembelajaran output yang interaktif berpandukan sukatan pelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama dari Lembaga Peperiksaan Malaysia yang telah terbukti berkesan membantu ramai pelajar bersedia menghadapi peperiksaan dan mendapat keputusan ’straight A’ di dalam UPSR dan PMR sejak tahun 2003.
Kepentingan pembelajaran output
Proses pembelajaran seseorang pelajar terdiri dari ‘input’ dan ‘output’. Pembelajaran input ialah apabila ilmu dan maklumat dimasukkan ke dalam minda seseorang pelajar. Ia biasa berlaku semasa belajar di dalam kelas di sekolah, belajar di pusat tuisyen dan pembacaan. Ramai pelajar terlalu menumpu kepada pembelajaran input sahaja, dan sebab itulah pencapaian akademik mereka sederhana sahaja.
Pembelajaran output pula ialah apabila ilmu dan maklumat yang tersimpan di dalam minda seseorang pelajar dikeluarkan balik dalam bentuk penulisan atau amali. Ia meliputi aktiviti latih tubi, amali di makmal dan semasa menjawab ujian dan peperiksaan. Oleh kerana peperiksaan seperti UPSR, PMR dan SPM adalah pembelajaran output, maka persediaan terbaik ialah dengan memperbanyakkan pembelajaran output secara sendiri dengan melakukan latih tubi sebanyak dan sekerap yang mungkin.
Pembelajaran output tradisional vs online
vs
Biasanya pembelajaran output menggunakan buku-buku latihan yang banyak terdapat di pasaran. Namun terdapat beberapa kekangan menggunakan buku latihan, antaranya :
Kena periksa jawapan sendiri di belakang
Tidak boleh mengulang soalan
Tiada pemantauan masa
Terlalu banyak buku latihan akan membebankan pelajar (berat untuk dibawa) dan ibu bapa (kena sediakan kos)
Buku tidak interaktif
Sekiranya ditanya kepada pelajar, “antara buku dan komputer, yang manakah pilihan anda?” Sudah tentulah hampir kesemua pelajar sekarang memilih komputer. Namun apakah yang biasanya mereka lakukan dengan komputer? Tidak lain dan tidak bukan main game, chatting dan menonton DVD. Kita tidak boleh memisahkan komputer dari pelajar zaman sekarang, tetapi kita boleh alihkan cara dan tujuan mereka menggunakan komputer kepada sebab yang lebih berfaedah. Maka di sinilah program webucation seperti Score A Programme™ memainkan peranan yang sebaiknya untuk persediaan seseorang pelajar menghadapi ujian dan peperiksaan di sekolah, termasuklah UPSR, PMR dan SPM.
Mengapa pelajar memerlukan Score A Programme™
Score A Programme™ telah direka khas secara terperinci bagi menyediakan kepada pelajar suatu wasilah pembelajaran yang terbaik untuk membantu mereka menghadapi peperiksaan. Dengan mengikuti Score A Programme™, pelajar dan ibu bapa pelajar boleh menilai kemajuan dan prestasi akademik mereka sendiri dengan mudah dan lebih berkesan. Mereka boleh menilai sendiri tahap keupayaan, kesediaan dan kefahaman mereka tentang apa yang mereka telah pelajari di sekolah. Score A Programme™ turut memberi peluang kepada pelajar untuk membina keyakinan diri dan sikap positif.
Kenapa Score A Programme™ pilihan terbaik ?
Soalan meliputi silibus dan sukatan matapelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia yang terkini
Telah terbukti ramai pelajar Score A mendapat 5A di dalam UPSR dan 8A dalam PMR
Soalan digubal oleh guru-guru pakar yang berkhidmat dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pembelajaran menggunakan sistem teknologi yang interaktif lebih menjimatkan masa dan mengelakkan mereka dari jemu belajar.
Ibubapa dapat memantau tahap pembelajaran anak-anak dan tidak lagi bergantung kepada kad laporan dari sekolah.
Juga terbukti pelajar yang lemah dan tidak minat belajar telah memperolehi kejayaan cemerlang selepas menyertai Score A Programme
Liputan Silibus Score A Programme™ (kemaskini masa sebenar)
Sekolah Rendah (Tahun 1 hingga 6 - persediaan UPSR)
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik (Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina)
Sains (Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina)
Bahasa Cina
Sekolah Menengah Rendah (Tingkatan 1 hingga 3 - persediaan PMR)
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Geografi
Sejarah
Matematik (Bahasa Inggeris)
Sains (Bahasa Inggeris)
Bahasa Cina
(Akan datang) Sekolah Menengah Atas (Tingkatan 4 dan 5 - persediaan SPM)
Bahasa Inggeris
Matematik
Sejarah
Fizik
Kimia
Biologi
Sains
Perdagangan
Prinsip Akaun
Ekonomi Asas
(akan dimaklumkan nanti bila sudah silibus Tingkatan 4 dan 5 boleh digunakan)
Panduan Kejayaan, e-Pendidikan Score Aa, e-learning, Education, internet, kenshido, learning, online, programme, score, silibus, webucation
Berjaya Melalui Score A Programme
September 9th, 2009No comments
Memperkenalkan Score A Programme, portal pembelajaran output secara online yang pertama dan terunggul di Malaysia.
Alhamdulillah kerjaya dan rezeki saya kini berubah dan bertambah setelah penyertaan aktif sebagai Perunding e-Pendidikan melalui Score A Programme di bawah kumpulan ZRB Millionaires Club (ya, kelab jutawan dan bakal jutawan). InsyaAllah, melalui blog ini saya akan berkongsi ilmu dan maklumat berkenaan portal Score A Programme, peluang perniagaan e-pendidikan yang hebat dan lumayan, panduan berjaya melalui Score A Programme serta rakan-rakan niaga yang bersama dalam perniagaan ini.
Untuk percubaan percuma, sila
i. Layari www.scorea.com,
ii. Klik pada ‘Online Demo’, dan
iii. Masukkan ID : 82828
Saya juga sedang membina laman web sokongan berkenaan Score A Programme, boleh layari ke www.1malaysiascorea.com (masih dalam pembinaan)
Stay tuned.
No comments:
Post a Comment