Wednesday

AYAT 7 MUNJIYAT (Ayat-Ayat Pelindung & Penyelamat)

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini. Setelah sekian lama menyepi dari dunia blogger akibat dari kesibukan tugas harian, hari ini tergerak dihati untuk menulis himpunan doa-doa dan ayat-ayat Al-Quran serta amalan yang pernah diamalkan dan diajar oleh pejuang-pejuang agama Allah terdahulu termasuk yang telah meninggal atau masih hidup. Kebanyakan doa ini telah dijazahkan kepada saya untuk mengamalkannya dan menyebarkan kepada mereka yang berkehendak. 


Memandangkan kealpaan manusia pada hari ini kerana mengejar keduniaan, ilmu, doa dan ayat-ayat ini semakin dilupakan. Oleh itu,sebagai jariah saya kepada Agama Allah yang benar ini dan dengan keizinanNya jualah memberikan kekuatan kepada saya untuk menghimpunkan doa dan ayat Al- Quran tersebut. Saya mulai dengan Ayat Tujuh/Ayat Munjiyat. Ayat ini ini biasanya diamalkan sebagai ikhtiar untuk keselamatan diri dan pelindung dari pelbagai kesulitan dan kesusahan, serta untuk melepaskan diri dari masalah dunia. 

Intipati atau mesej yang terkandung dalam ayat-ayat ini adalah bertawakkal setelah berusaha dan berdoa  iaitu penyerahan mutlak kepadaNya, hanyalah Dia tempat kita bergantung dan hanya kepada Dialah tempat kita berlindung, hanyalah Dia tempat meminta bukan kepada makhluk kerana makhluk tiada kuasa apa-apapun. Allahlah yang Maha Berkuasa atas segala-galanya.

1. At-Taubah:51






Katakanlah (wahai Muhammad): “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia-lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal”.

2. Yunus:107

 
Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.


3. Hud:6


 

Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang  berkenaan).


4. Hud : 56

 

Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.

5. Al- Ankabut: 60




Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.


6. Fathir: 2
 
 


Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


7. Az-Zumar: 38




Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang mencipta langit dan bumi?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Katakanlah (kepada mereka): “Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu  bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?” Katakanlah lagi: “Cukuplah  bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri”.

Khasiat daripada 7 ayat ini banyak sekali di antaranya khasiatnya jika diamalkan secara istiqamah adalah:.
Penangkal Sihir
Menyerikan wajah
Ditunaikan segala hajat
Membawa keberkatan
Dicatat pahala yang banyak
Dijauhkan dari gangguan iblis
Terpelihara dari tipu daya musuh
Dijauhkan dari hasad dengki dan fitnah.

Menurut Ka’abul Akhbar:
Sesiapa membaca akan 7 ayat ini, tiada kuasa seseorang pun yang dapat memberikan mudharat dan sekiranya tertutup langit atas bumi, maka terlepaslah ia dengan izin Allah SWT.

Berkata Syaidina Ali r.a.:
Sesiapa mengamalkan/membaca Ayat 7 pagi dan petang, maka ia akan merasa selamat dari segala kebinasaan dan terpeliharalah daripada tipu daya musuh dan bala dengan izin Allah.
Apabila Ayat 7 ini diamalkan sekali siang dan sekali malam (sesudah solat Maghrib dan Subuh), InsyaAllah akan dimudahkan rezeki, dipanjangkan umur, terpelihara dari gangguan jin, syaitan dan fitnah, dikasihi makhluk Allah serta dimudahkan dan  dikabulkan segala apa yang dicita-citakannya.

Apabila diamalkan membaca tujuh kali Ayat 7 setiap lepas solat fardhu selama 40 hari berturut-turut, InsyaAllah akan memperolehi faedah yang amat banyak.

Sesiapa yang mewiridkan pada tiap-tiap selesai solat fardhu, InsyaAllah akan dimudahkan sakaratulmaut dan bakal memperolehi pahala yang besar.

Sekiranya dibacakan Ayat Tujuh ini pada orang sakit, InsyaAllah akan menenangkan dan menyembuhkan penyakitnya dengan segera.

Sesiapa membaca dengan tetap Ayat Tujuh, tujuh kali disiang hari dan tujuh kali di waktu malam selama tujuh hari berturut-turut. InsyaAllah, Allah SWT akan memudahkan atau melepaskannya dari sebarang kesukaran dan kesusahan.

Menurut yang pernah mengamalkannya, kesan ketara akan dapat dirasai jika sudah teguh dan mantap amalannya. Iaitu dengan mengamalkan membaca Ayat Tujuh secara istiqamah setiap hari, di waktu siang tujuh kali dan malam tujuh kali selama tujuh hari, di samping itu diwiridkan sekali selepas Solat Subuh dan sekali selepas Solat Maghrib.

Elok juga sekiranya Ayat Tujuh atau Ayat Munjiyat ini dibaca sekali dengan Ayat-ayat Manzil dan Syifa’ untuk pendinding diri yang lebih teguh dari segala gangguan makhluk halus, segala masalah dan kesulitan serta sebagai penawar pelbagai jenis penyakit. 


di petik drp: asifhoneyherbs.blogspot.com/




No comments:

Post a Comment