Wednesday

Solat Sunat: Senarai Lengkap Panduan Solat-Solat Sunat

 

Solat Sunat: Senarai Lengkap Panduan Solat-Solat Sunat

solat sunat

Ini adalah senarai lengkap jenis-jenis solat sunat.

Panduan ini bertujuan memudahkan anda memahami dengan lebih lanjut mengenai solat sunat dan jenis-jenisnya.

Semoga panduan ini membantu anda.

Maksud Solat Sunat

Solat sunat disebut juga solat Nawafil atau Tatawwu’ iaitu solat yang dilakukan secara sukarela.

Ia dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan meraih kasih sayangNya.

Orang yang mengerjakannya dengan ikhlas lebih dikasihi dan diberi lebih perhatian oleh Allah SWT berbanding orang yang hanya mengerjakan solat fardu semata-mata.

Pada zaman Rasulullah SAW, para sahabat sangat cemburu dan berasa iri hati melihat baginda banyak melakukan amalan sunat.

Maka mereka turut sama berlumba-lumba melakukannya.

Solat sunat mempunyai fadilat yang tersendiri namun hakikatnya disembunyikan oleh Allah SWT.

Sememangnya digalakkan kepada golongan yang beriman agar mengerjakan amalan sunat khususnya solat sunat.

InsyaaAllah mereka akan Berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat jika melakukannya dengan rasa khusyuk.

“Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang yang khusyuk dalam solat mereka

— Surah al-Mukminun 1-2

Hukum Solat Sunat

Hukum mengerjakan solat sunat adalah mendapat pahala jika dikerjakan dan tidak berdosa jika ditinggalkan.

Kelebihan Solat Sunat

Kelebihan mengerjakannya solat sunat adalah:

  1. Menambah kesempurnaan solat fardu
  2. Meningkatkan iman
  3. Mendekatkan dirinya dengan Allah.
  4. Menampung kekurangan dalam solat fardu.
  5. Memperolehi ketenangan diri dan perasaan.
  6. Sentiasa mendapat rahmat dan petunjuk daripada Allah.
  7. Mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan pada Allah.

Senarai Solat Sunat

Kesemua sembahyang sunat terbahagi kepada 2 jenis iaitu;

  1. Solat-solat sunat Mu’akkad (digalakkan)
  2. Solat-solat sunat Ghairu Mu’akkad. (tidak diberatkan).

Sembahyang sunat juga terbahagi kepada dua, iaitu boleh dilakukan secara berjemaah atau secara bersendirian.

Solat sunat yang dilakukan secara berjemaah 

Berikut adalah senarai solat sunat yang afdhal dilakukan berjemaah:

  1. Solat Tarawih
  2. Solat Raya Aidilfitri
  3. Solat Raya Aidiadha
  4. Solat Minta Hujan (Istisqa’)
  5. Solat Gerhana Matahari dan Bulan
  6. Solat Witir

Solat sunat yang TIDAK dilakukan secara berjemaah

Berikut adalah senarai solat sunat yang afdhal dilakukan bersendirian:

  1. Solat Rawatib (mengiringi solat fardu)
  2. Solat Tahiyyatul Masjid
  3. Solat Tahajjud
  4. Solat Dhuha
  5. Solat Istikharah
  6. Solat Isyraq
  7. Solat Awwabin
  8. Solat Wuduk
  9. Solat Taubat
  10. Solat Hajat
  11. Sembahyang Sunat Ihram
  12. Sembahyang Sunat Tawaf
  13. Sembahyang Sunat Musafir
  14. Solat Mutlak
  15. Solat Tasbih

Waktu Yang Diharamkan Solat Sunat

Bilakah waktu yang diharamkan sembahyang sunat?

Waktu yang diharamkan sembahyang sunat yang juga dikenali sebagai waktu tahrim adalah seperti berikut:

  • Sesudah solat subuh
  • Ketika matahari hampir terbit atau sedang terbit.
  • Ketika rembang iaitu matahari tegak di atas kepala.
  • Ketika matahari hampir terbenam.
  • Sesudah solat asar.

Solat yang diharamkan ini ialah solat yang tidak bersebab iaitu sembahyang sunat mutlak dan solat yang sebabnya datang terkemudian seperti solat istikharah, solat musafir dan solat Ihram.

Manakala solat yang bersebab seperti solat qada, solat wuduk, solat Tahiyyatul Masjid, solat tawaf, sujud tilawah dan sujud syukur tidak diharamkan.

Kelebihan Mengerjakan Sembahyang Sunat

Menurut hadis-hadis Rasulullah SAW,  setengah-setengah sembahyang sunat itu mempunyai keistimewaan yang tersendiri, bukan sahaja dari segi ganjarannya tetapi juga fadhilat, hikmah dan faedahnya.

  • Misalnya orang yang mengamalkan solat Tahajjud ditengah malam, ia bakal dikurniakan ketetapan iman, dimurahkan rezeki, di samping dipercayai dan dihormati oleh orang ramai serta doanya dimakbulkan Allah SWT.
  • Begitu juga mereka yang mengamalkan sembahyang sunat Dhuha, rezekinya tidak putus dan dimudahkan segala urusannya.
  • Orang yang mengerjakan solat Tarawih di Bulan Ramadhan pula diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.
  • Orang yang mengamalkan sembahyang sunat Isyraq pula dikurniakan pahala seperti pahala Haji dan Umrah. Dan bergitulah pada solat-solat lain, ada keistimewaan yang tersendiri.

Penutup

Perlu diingatkan kepada pembaca budiman yang cintakan kepada amalan kebaikan dan mengerjakan ibadah sunat ini bahawa tidak semua solat sunat yang dinyatakan dalam panduan ini diambil ataupun perbuatan daripada sunnah Nabi kita yang mulia, tetapi dirujuk hasil daripada amalan ulama dan kekasih Allah.

Mungkin tidak jelas mengapa dinamakan dengan solat-solat sunat tertentu, tetapi kebaikan yang dirasakan para ulama , dengan menyusun secara sistematik amalan sunat tersebut, dapat memudahkan orang awam bahkan bersungguh-sungguh menambah amalan sunat mereka, InsyaaAllah.

Sabda Baginda SAW:

Perbanyakkanlah bersujud, kerana tidaklah kamu bersujud (walaupun) sekali, kecuali Allah akan mengangkat satu darjat untukmu dan menghapus satu kesalahan darimu”

— Hadis Riwayat Muslim


Friday

NAMA ALLAH YANG AGUNG (ISMULLAH AL-A’DHOM) DALAM NASH NABAWI DAN PERKATAAN AHLI ILMU

 Telah ada nash-nash terkait dengan nama Allah yang agung dalam berbagai hadits, yang terkenal adalah:

1. عن أبي أمامة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : ( اسْمُ اللَّهِ الأَعظَمُ فِي سُوَرٍ مِنَ القُرآنِ ثَلاثٍ : فِي " البَقَرَةِ " وَ " آلِ عِمرَانَ " وَ " طَهَ " ) .

رواه ابن ماجه ( 3856) و حسنه الألباني فى صحيح ابن ماجه.

Dari Abu Umamah radhiallahu’anhu  sesungguhnya Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallam bersabda, ‘Nama Allah yang agung ada di tiga surat AL-Qur’an, di AL-Baqarah, Ali Imron dan Toha.’ HR. Ibnu Majah, 3856 dihasankan oleh Syekh Al-Albany di shoheh Ibnu Majah.

2. عَنْ أَنَسٍ أَنَّهُ كَانَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَالِسًا وَرَجُلٌ يُصَلِّي ثُمَّ دَعَا " اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِأَنَّ لَكَ الْحَمْدُ لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ الْمَنَّانُ بَدِيعُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ يَا ذَا الْجَلالِ وَالإِكْرَامِ يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ " ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( لَقَدْ دَعَا اللَّهَ بِاسْمِهِ الْعَظِيمِ الَّذِي إِذَا دُعِيَ بِهِ أَجَابَ وَإِذَا سُئِلَ بِهِ أَعْطَى ) .

رواه الترمذي ( 3544 ) وأبو داود ( 1495 ) والنسائي ( 1300 ) وابن ماجه ( 3858 ) ، وصححه الألباني في " صحيح أبي داود " .

Dari Anas dahulu beliau bersama Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallam duduk, dan ada seseorang shalat kemudian berdoa, ‘Ya Allah, sesunggunya saya memohon kepada-Mu. Sesungguhnya hanya milik-Mu seluruh pujian, tiada tuhan melainkan Engkau. Yang Maha Dipuji, pencipta langit dan bumi, wahai yang mempunyai kemulyaan dan kehormatan, wahai Maha hidup dan Mandiri. Maka Nabi sallallahu’alaihi wa salla bersabda, ‘Sungguh dia telah berdoa kepada Allah dengan nama-Nya yang agung, dimana kalau berdoa akan dikabulkan, kalau meminta akan diberikan.’ HR. Tirmizi, 3544. Abu Dawud, 1495. An-Nasa’i, 1300. Ibnu Majah, 3858 disohehkan Al-Albany di shoheh Abu Dawud.

3. عن بُرَيْدَةَ بنِ الحُصَيْب أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَمِعَ رَجُلا يَقُولُ " اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ أَنِّي أَشْهَدُ أَنَّكَ أَنْتَ اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ الأَحَدُ الصَّمَدُ الَّذِي لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ " ، فَقَالَ : ( لَقَدْ سَأَلْتَ اللَّهَ بِالاسْمِ الَّذِي إِذَا سُئِلَ بِهِ أَعْطَى وَإِذَا دُعِيَ بِهِ أَجَابَ ) .

رواه الترمذي (3475) و ابو داود (1493) ابن ماجه (3857) و صححه الألباني في صحيح أبي داود

Dari Abu Burdah sesungguhnya Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallam mendengar seseorang berdoa, ‘Ya Allah, sesungguhnya saya memohon kepada-Mu. Sesungguhnya saya bersaksi bahwa Engkau  adalah Allah, tiada tuhan melainkan Anda Yang Maha Esa, Tempat meminta segala sesuatu. Tidak beranak dan tidak diperanakkan dan tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia.’ Maka beliau bersabda, ‘Sungguh anda telah meminta kepada Allah dengan nama yang kalau diminta akan diberikan, kalau berdoa akan dikabulkan.’ HR. Tirmizi, 3475. Abu Dawud, 1493. Ibnu Majah, 3857 dishohehkan Al-Albany di Shoheh Abu Dawud.

Al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah berkata, ‘(Hadits) ini yang lebih kuat dari sisi sanad dari semua yang ada tentang itu.’ Fathul Bari, 11/225.

4. عَنْ أَسْمَاءَ بِنْتِ يَزِيدَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ( اسْمُ اللَّهِ الأَعْظَمُ فِي هَاتَيْنِ الآيَتَيْنِ : ( وَإِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ لا إِلَهَ إِلا هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ ) ، وَفَاتِحَةِ سُورَةِ آلِ عِمْرَانَ ( الم . اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ) .

رواه الترمذي (3478) و ابو داود (1496) و ابن ماجه (3855)

Dari asma’ binti Yazid sesungguhnya Nabi sallallahu’alaihi wa sallam, ‘Nama Allah yang agung di dua ayat ini, ‘Dan Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Esa; tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.’ SQ. Al-Baqarah: 163 dan Pembuka surat Ali Imron, ‘Alif laam miim. Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus makhluk-Nya. SQ. Ali Imron: 1-2.’ HR. Tirmizi, 3478. Abu Dawud, 1496 dan Ibnu Majah, 3855.

Hadits ini lemah, karena ada perowi Ubaidillah bin Abi Ziyad dan Syahr bin Hausyab. Keduanya lemah.

Kedua,

Para ahli ilmu berbeda pendapat tentang ‘ismullah Al-A’dhom (nama Allah yang paling Agung)’ dari sisi keberadaannya menjadi beberapa pendapat,

Pendapat pertama,

Mengingkari akan keberadaannya dari asalnya. Karena keyakinan mereka tidak ada keutamaan antara satu nama dengan nama Allah lainnya. Mereka mentakwilkan hadits-hadits tadi dengan mamahami dari beberapa sisi,

Sisi pertama, barangsiapa yang mengatakan makna ‘Al-A’dhom (yang paling agung) adalah ‘AL-Adhim (Yang Maha Agung)’ bahwa tidak ada kelebihan diantara nama-nama Allah Ta’ala.

Al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah berkata, ‘Suatu kaum telah mengingkarinya seperti Abu Ja’far At-Tobari, Abu Al-Hasan Al-Asy’ari dan sekelompok setelah keduanya. Seperti Abu Hatim ibnu Hibban, AL-Qodhi Abu Bakar Al-Baqolany, mereka mengatakan, ‘Tidak diperkenankan melebihkan suatu nama dengan nama lainnya. Dan sebagian diantara mereka menyandarkan (pendapat ini kepada) Malik. Dan dimakruhkan mengulang-ulang sebagian surat tanpa surat lainnya, agar tidak disangka bahwa sebagian Al-Qur’an lebih utama dibanding dengan sebagian lainnya. Sehingga diizinkan (melakukan) hal itu, dengan keyakinan kekurangan yang tidak utamakan (mafdhul) dibandingkan yang diutamakan (afdhol). Mereka mengartikan yang ada terkait masalah itu bahwa maksud ‘Al-A’dhom (Yang Maha Lebih Agung)’ dengan ‘AL-Adhim (Yang Maha Agung)’ bahwa semua nama-nama Allah itu agung. Ungkpan Abu Ja’far At-Tobari ‘Atsar yang ada berbeda dalam penentuan nama Allah yang paling agung, menurutku adalah. Bahwa semua pendapat benar, dimana tidak ada hadits yang menyatakan itu nama Allah yang paling agung. Dan tidak ada yang lebih agung dari-Nya. Seakan-akan beliau mengatakan, ‘Semua nama diantara nama-nama Allah itu boleh disifati lebih agung. Sehingga kembali artinya ke yang agung (Adhim) seperti tadi.’ Selesai

Sisi kedua, bahwa maksud hadits-hadits tadi menerangkan tambahan pahala orang yang berdoa dengan nama itu.

Al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah berkata, ‘Ibnu Hibban berkata, ‘Pengagungan yang ada dalam hadits sesungguhnya maksudnya itu adalah tambahan pahala orang yang berdoa dengan (nama) itu. sebagaimana yang dibiarkan (hal itu) dalam Al-Qur’an. Maksudnya adalah tambahan pahala bagi orang yang membacanya.’ Selesai

Sisi ketiga, maksud dengan nama yang paling agung adalah kondisi orang yang berdoa. Yaitu mencakup semua orang yang berdoa kepada Allah Ta’ala dengan nama apapun juga. Kalau dalam kondisi seperti itu.

Al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah berkata, ‘Dikatakan maksud nama yang paling agung adalah semua nama diantara nama-nama Allah Ta’ala dimana seorang hamba berdoa dengan sepenuh (hati) yang dalam pikirannya tidak ada selain Allah Ta’ala. Maka barangsiapa yang melakukan seperti itu, maka akan dikabulkan. Dinukilkan makna seperti ini dari Ja’far As-Sodiq dan Al-Junaid dan selain dari keduanya. Selesai

Pendapat kedua,

Pendapat yang mengatakan bahwa Allah Ta’ala telah menyimpan ilmu penentuan nama-Nya yang paling agung (ismullah Al-A’dhom) meskipun tidak seorangpun dari makhluk mengetahuinya.

Al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah berkata, ‘Kelompok lain mengatakan, ‘Allah Ta’ala menyimpan ilmu ismullah al-a’dhom dan tidak seorangpun makhluk mengetahuinya.’ Selesai. Silahkan melihat ‘Fathul Bari, karangan Al-Hafidz Ibnu Hajar, 11/224.

Pendapat ketiga,

Pendapat yang menetapkan dan menentukan nama Allah yang paling agung. Mereka yang menentukan nama Allah yang paling agung berbeda pendapat menjadi empat belas pendapat. Al-Hafidz Ibnu Hajar telah sebutkan di kitabnya ‘Fathul Bari, 11/224, 225. Yaitu,

1.Huwa 2. Allah. 3. Allah Ar-Rahman Ar-Rohim. 4. Ar-Rahman Ar-Rohim AL-Hayyu Al-Qoyyum. 5. AL-Hayyu Al-Qoyyum. 6. Al-Hannan AL-Mannan Badi’u As-Samawati wal Ardzi Dzul Jalali Wal Ikrom AL-Hayyu Al-Qoyyum. 7. Badi’u As-Samawati wal Ardzi Dzul Jalali Wal Ikrom. 8. Dzul Jalali Wal Ikrom. 9. Allahu Lailaha Illa huwa Al-Ahad As-Somad Alladzi lam walid walam yulad walam yakun lahu kufuwan ahad. 10. Rabbi rabbi. 11. Doanya Dzun nun di perut ikan ‘Lailaha illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minad dzolimin. 12. Huwallahu Allahul ladzi laila illa huwa rabbil Arsyi AL-Adhim. 13. Tersembunyi di asma’ullah al-husna. 14. Kalimatut tauhid ‘Lailaha illallahu’.

Syekh Al-Albany rahimahullah berkata, ‘Ketahuilah bahwa para ulama’ berbeda pendapat tentang penentuan nama Allah yang paling agung (asmaullah Al-A’dhom) menjadi empat belas pendapat. Yang mana disebutkan oleh Al-Hafidz di ‘Fath’ menyebutkan masing-masing dengan dalilnya. Kebanyakan dalil yang digunakan dari hadits. Sebagian dari pendapat hanya (berdasarkan) logika semata yang tidak perlu ditengok. Seperti pendapat kedua belas, maka dalilnya adalah bahwa seseorang memohon kepada Allah agar diajarkan kepadanya ismullah Al-A’dhom. Kemudian dia bermimpi waktu tidur yaitu ‘Huwa Allah, Allah, Allah Alladzi Lailaha Illa Huwa Rabbul Arsyi AL-Adhim’.

Diantara hadits-hadits itu ada yang shoheh, akan tetapi tidak jelas sisi pengambilan dalilnya. Diantaranya ada yang mauquf (hanya sampai ke Shahabat). Diantaranya ada yang jelas sisi pengambilan dalilnya, dan ini ada dua bagian.

Bagian (hadits) shoheh shoreh (jelas) yaitu hadits Buraidah ‘Allahu Laila Illah Huwa Al-Ahad As-Somad Lam Layid Walam Yulad’ Al-Hafidz berkomentar, ‘Ini adalah yang paling kuat dari sisi sanad yang ada dalam masalah ini. Ini seperti apa yang disampaikan beliau rahimahullah. Dimana ditetapkan oleh As-Syaukany di kitab ‘Tuhfatu Ad-Dzakirin, hal. 52. Dikeluarkan di kitab ‘Shoheh Abu Dawud, 1341.

Bagian lainnya adalah jelas (dalilnya) Cuma tidak shoheh. Sebagian telah dikatakan dengan jelas oleh Al-Hafidz sisi lemahnya, seperti hadits dari pendapat ketiga dari ‘Aisyah di Ibnu Majah, 3859 yaitu di kitab ‘Dhoif Ibnu Majah, no. 841. Sebagian beliau mendiamkannya tidak menghasankan seperti hadits pendapat kedelapan dari hadits Muadz bin Jabal di Tirmizi yaitu dikeluarkan di kitab ‘Ad-Doifah, no. 4520.

Disana ada hadits lain yang jelas (sisi dalilnya) dimana Al-hafidz tidak menyebutkannya, akan tetapi wahiyah (lembek), ia dikeluarkan di no. 2772, 2773, 27775. Silsilah AL-Ahadits Ad-Doifah Wal Maudhu’ah, 13/279.

Ketiga,

Mungkin yang lebih dekat  dari pendapat-pendapat tersebut bahwa ismullah Al-A’dhom itu adalah ‘Allah’ yaitu di dalamnya ada nama yang terkumpullan untuk Allah Ta’ala yang menunjukkan semua nama-nama dan sifat-sifat-Nya Ta’ala. Dimana nama yang tidak diperkenankan untuk selain Allah Ta’ala. Dan ini adalah pendapat kebanyakan ahli ilmu.

Ibnu Qoyyim rahimahullah berkata, ‘Nama ‘Allah’ menunjukkan semua nama-nama yang indah dan sifat yang mulya dengan tiga dalil. ‘Madarijus Salikin, 1/32.

Tiga dalil tersebut adalah almutobaqah (kesesuaian), tadhomun (kandungan) dan al-luzum (keharusan).

Ibnu Amir Hajj AL-Hanfi rahimahullah berkata, ‘Dari Muhammad bin Al-Hasan berkata, saya mendengar Abu Hanifah rahimahullah berkata, ‘Nama Allah yang paling agung adalah ‘Allah’ ini adalaha pendapat Tohawiyah dan kebanyakan dari para ulama’, serta kebanyakan ‘Arifin. Dari kitab ‘At-Taqrir Wa At-Tahrir, 1/5.

Abu Al-Baqa’ Al-Fatuhi AL-Hambali rahimahullah berkata, ‘Ada dua faedah, pertama bahwa nama ‘Allah’ adalah alam untuk Dzat. Khususs untuk-Nya maka menyeluruh untuk semua nama-nama-Nya yang indah.

Kedua, bahwa ia adalah Asmaullah Al-A’dhom menurut kebanyakan ahli ilmu dimana Dia mempunyai sifat untuk semua pujian.’ Syarkh AL-Kaukab AL-Munir, hal. 4.

As-Syarbini As-Syafi’i rahimahullah berkata, ‘Menurut para peneliti bahwa ia (Allah) adalah ismullah Al-A’dhom. Dan telah disebutkan dalam Al-Qur’an Al-Aziz 2360 kali. ‘Mugni Al-Muhtaj Ila ma’rifati Alfadzi Al-Minhaj, 1/88-89.

Umar As-Asyqar rahimahullah berkata, ‘Yang nampak dari perbandingan diantara nash-nash yang ada bahwa Ismullah Al-A’dhom adalah ‘Allah’. nama ini adalah satu-satunya nama yang ada pada semua nash dari sabda Nabi sallalahu’alaihi wa sallam yang ada terkait dengan ismullah Al-A’dhom. Diantara penguat bahwa ‘Allah’ adalah ismullah Al-A’dhom, bahwa nama ini terulang dalam Al-Qur’an sebanyak (2697) sesuai dengan penghitungan dalam kitab ‘Al-Mu’jam AL-Mufahros. Kata ‘Allahuma’ lima kali. Dimana nama lain yang merupakan kekhususna untuk Allah Ta’ala yaitu ‘Ar-Rahman’ tidak disebutkan kecuali lima puluh tujuh. Diantara yang menguatkan juga adalah isi dari nama ini mengandung makna yang agung dan banyak. ‘Al-Aqidah Fillah, hal. 213.

Kemudian pada jenjang kedua dari sisi kekuatan bahwa ismullah Al-A’dhom adalah ‘AL-hayyu Wal Qoyyum’ yaitu pendapat sekelompok para ulama’. Diantaranya An-Nawawi dan dikuatkan oleh Syekh AL-Utsaimin rahimahullah.

Wallahu’alam .

Wednesday

AYAT 7 MUNJIYAT (Ayat-Ayat Pelindung & Penyelamat)

Salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini. Setelah sekian lama menyepi dari dunia blogger akibat dari kesibukan tugas harian, hari ini tergerak dihati untuk menulis himpunan doa-doa dan ayat-ayat Al-Quran serta amalan yang pernah diamalkan dan diajar oleh pejuang-pejuang agama Allah terdahulu termasuk yang telah meninggal atau masih hidup. Kebanyakan doa ini telah dijazahkan kepada saya untuk mengamalkannya dan menyebarkan kepada mereka yang berkehendak. 


Memandangkan kealpaan manusia pada hari ini kerana mengejar keduniaan, ilmu, doa dan ayat-ayat ini semakin dilupakan. Oleh itu,sebagai jariah saya kepada Agama Allah yang benar ini dan dengan keizinanNya jualah memberikan kekuatan kepada saya untuk menghimpunkan doa dan ayat Al- Quran tersebut. Saya mulai dengan Ayat Tujuh/Ayat Munjiyat. Ayat ini ini biasanya diamalkan sebagai ikhtiar untuk keselamatan diri dan pelindung dari pelbagai kesulitan dan kesusahan, serta untuk melepaskan diri dari masalah dunia. 

Intipati atau mesej yang terkandung dalam ayat-ayat ini adalah bertawakkal setelah berusaha dan berdoa  iaitu penyerahan mutlak kepadaNya, hanyalah Dia tempat kita bergantung dan hanya kepada Dialah tempat kita berlindung, hanyalah Dia tempat meminta bukan kepada makhluk kerana makhluk tiada kuasa apa-apapun. Allahlah yang Maha Berkuasa atas segala-galanya.

1. At-Taubah:51






Katakanlah (wahai Muhammad): “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia-lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal”.

2. Yunus:107

 
Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.


3. Hud:6


 

Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang  berkenaan).


4. Hud : 56

 

Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.

5. Al- Ankabut: 60




Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.


6. Fathir: 2
 
 


Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


7. Az-Zumar: 38




Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang mencipta langit dan bumi?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Katakanlah (kepada mereka): “Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu  bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?” Katakanlah lagi: “Cukuplah  bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri”.

Khasiat daripada 7 ayat ini banyak sekali di antaranya khasiatnya jika diamalkan secara istiqamah adalah:.
Penangkal Sihir
Menyerikan wajah
Ditunaikan segala hajat
Membawa keberkatan
Dicatat pahala yang banyak
Dijauhkan dari gangguan iblis
Terpelihara dari tipu daya musuh
Dijauhkan dari hasad dengki dan fitnah.

Menurut Ka’abul Akhbar:
Sesiapa membaca akan 7 ayat ini, tiada kuasa seseorang pun yang dapat memberikan mudharat dan sekiranya tertutup langit atas bumi, maka terlepaslah ia dengan izin Allah SWT.

Berkata Syaidina Ali r.a.:
Sesiapa mengamalkan/membaca Ayat 7 pagi dan petang, maka ia akan merasa selamat dari segala kebinasaan dan terpeliharalah daripada tipu daya musuh dan bala dengan izin Allah.
Apabila Ayat 7 ini diamalkan sekali siang dan sekali malam (sesudah solat Maghrib dan Subuh), InsyaAllah akan dimudahkan rezeki, dipanjangkan umur, terpelihara dari gangguan jin, syaitan dan fitnah, dikasihi makhluk Allah serta dimudahkan dan  dikabulkan segala apa yang dicita-citakannya.

Apabila diamalkan membaca tujuh kali Ayat 7 setiap lepas solat fardhu selama 40 hari berturut-turut, InsyaAllah akan memperolehi faedah yang amat banyak.

Sesiapa yang mewiridkan pada tiap-tiap selesai solat fardhu, InsyaAllah akan dimudahkan sakaratulmaut dan bakal memperolehi pahala yang besar.

Sekiranya dibacakan Ayat Tujuh ini pada orang sakit, InsyaAllah akan menenangkan dan menyembuhkan penyakitnya dengan segera.

Sesiapa membaca dengan tetap Ayat Tujuh, tujuh kali disiang hari dan tujuh kali di waktu malam selama tujuh hari berturut-turut. InsyaAllah, Allah SWT akan memudahkan atau melepaskannya dari sebarang kesukaran dan kesusahan.

Menurut yang pernah mengamalkannya, kesan ketara akan dapat dirasai jika sudah teguh dan mantap amalannya. Iaitu dengan mengamalkan membaca Ayat Tujuh secara istiqamah setiap hari, di waktu siang tujuh kali dan malam tujuh kali selama tujuh hari, di samping itu diwiridkan sekali selepas Solat Subuh dan sekali selepas Solat Maghrib.

Elok juga sekiranya Ayat Tujuh atau Ayat Munjiyat ini dibaca sekali dengan Ayat-ayat Manzil dan Syifa’ untuk pendinding diri yang lebih teguh dari segala gangguan makhluk halus, segala masalah dan kesulitan serta sebagai penawar pelbagai jenis penyakit. 


di petik drp: asifhoneyherbs.blogspot.com/