Thursday

20 SIFAT HATI YANG TERPUJI DAN KEJI



Sebagai seorang Islam yang ingin mendapat keredaan Allah dalam kehidupan di dunia dan diakhirat, mestilah mempunyai ilmu yang dapat dijadikan garis panduan dalam menjalani kehidupan seharian. Kadang kala kita secara peribadi merasakan kita telah hidup dengan berpandukan ajaran Islam sebenar. Telah menjalankan perintah Allah seperti menunaikan solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadan, mengeluarkan zakat fitrah dan zakat harta, mengerjakan haji. Sehinggakan kita rasa diri kita telah layak untuk memasuki syurga Allah. Walahal banyak lagi perkara hati yang kita tidak beres.
Dibawah ini disenaraikan 20 sifat hati yang terpuji dan keji yang perlu kita fahami secara mendalam untuk dijadikan amalan dalam kehidupan seharian. InsyaAllah.

SEPULUH SIFAT HATI YANG TERPUJI
1.      TAUBAT
2.      TAKUT AKAN ALLAH TAALA
3.      ZAHID
4.      SABAR
5.      MENSYUKURI NIKMAT
6.      IKHLAS
7.      TAWAKKAL
8.      KASIH KEPADA ALLAH TAALA
9.      REDHA AKAN QADHA ALLAH TAALA
10.   INGATKAN MATI
SEPULUH SIFAT KEJI
1.      TAKABBUR
2.      HASAD DENGKI
3.      MARAH
4.      BAKHIL DAN SAYANG HARTA
5.      CINTAKAN KEMEGAHAN
6.      CINTAKAN DUNIA
7.      MENGKAGUMI DIRI
8.      RIAK
9.      LAHAP MAKAN
10.   BANYAK BERCAKAP

1. TAUBAT
Taubat dari segala dosa ( kembali mengikut ajaran Allah SWT) ada tiga rukun:
1.      Menyesalai maksian yang telah dilakukanya.
2.      Berhenti dari melakukannya.
3.      Berazam tidak akan melakukannya lagi. Jikalau maksiat itu berhubung dengan makhluk (manusia) maka  disyaratkan memulang, engganti atu minta dihalalkan. Jika tidak berkuasa maka dia hendaklah mengikhlaskan taubatnya, dan memohon kepada Allah supaya orang yang ampunya hak itu meredhakannya pada hari kiamat.
Taubat ialah permulaan jalan bagi orang yang menghedakki akhirat yag selamat, ianya wajib disegerakan. Firman Allah SWT yang ertinya: “ Allah mengasihi orang yang bertuabat”.
Dan Nabi SAW bersabda yang bererti: “ Orang yang bertaubat dari dosa itu seperti orang yang tak berdosa”.

Nabi SAW bersabda lagi: “ Wahai manusia bertaubatlah kemu kepada Allah, sesungguhnya aku sendiri bertaubat kepadaNya dalam sehari seratu kali”.


2. TAKUT AKAN ALLAH SWT (KHAUF)
               Orang yang benar-benar mengenali Allah SWT, dialah yang takut kepadaNya:
Allah berfirman yang maksudnya:  “ Hanya yang takut Allah Taala dari  hamba-hambaNYa ialah paraa ulamak (orang yang berilmu)l, Yang lebih kenal dan rapat hubungannya dengan Allah dialah yang lebih takut kepadaNya” (Fatir :28)
Nabi SAW bersabda maksudnya: “ Akulah orang yang takutkan Allah SWT dari kalangan kamu”.
Takutkan Allah SWT bererti tidak berani melanggar perintah Allah kerana hukuman siksaNya sangat berat, tidak ada sesiapun yang dapat melepaskan diri daripadanya. Adanya sifat ini pada seseorang akan membawa kepada keselamatan dan kesejahteraan tipu daya syaitan yang sentiasa hendak mencelakakan hidup manusia. Adanya sifat takutkan Allah SWT ini mendorong seseorang untuk berbakti dan mencitai Allah dan mengharapkan limpah kurniaNya, kerana dengan mendapat limpah kurniaNYa lah seseorang akan terselamat dari sisakNYa. Takut disini mendorong seseorang untuk mendapingi Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

3. ZAHID
Zahid ertinya tidak mencintai mata benda dunawi, tidak terpikat hati kepada kebendaan. Sifat zahid adalah penyelamat daripada menjadi hamba dunia, hamba wang, hamba pangkat, hampa seks dan seterusnya.
Sifat zahid boleh mengelakkan seseorang berada di jalan yang lurus menuju keredaan Allah.
Tanda orang yang zahid:
1.       Tidak  gembira dengan apa yang ada, dan tidak berdukacita atas kehilangan.
2.      Sama sahaja disisinya samada orang yang memuji atau mengejinya.
3.      Merasakan senang hati mengigati Allah dan merasakan manis lazat sert seronok mengerjakan taat kepada Allah.
4. SABAR
Menahan diri daripada marah atas sesuatu yang tidak disukainya, dan menahan lidah daripada mengadu kepada yang lain daripada Alla Taala, atau sentiasa tabah hati menahan kemarahan dan penderitaan.
Kata Iman Al Ghazali Rahimahullah. “ sabar adalah merupakan ketabahan dorongan agama melawan dorongan hawa-nafsu samapai dapat dikalahkan dorongan hawa-nafsu. Maka hal itu bererti kemenengan pasukan Allah dan orang yang mimiliki sifat ini termasuk golongan orang-orang yang sabar, tahan diuji”.
Sabar adalah fardu ain bagi tiap-tiap mukallaf, sama ada sabar mengerajakan taat yang wajib, atau sabar meniggalakan yang haram atau meninggalkan maksiat atau sabar menghadapi bala. Adapaun sabar menggerjakan taat yang sunat, dan meninggalkan yang makruh hukumnya sunat, tetapi pahalanya sangat besar.
Firman Allah yang bermaksud: “ Orang-orang yang sabar itu akan disempurnakan pahal mereka tanpa perhitungan lagi” ( Az Zummar:  10)
“ Bersabarlah kamu, kerana sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar (Allah menolong atau memelihara mereka) ( al Anfal: 46)
Ibnu Abas r.a. berkata:   “ Sabar dalam Al Quran ada tiga peringkat:
1.      Sabar dalam mengerjakan yang fardu hal ini mempunyai nilai tiga ratus darjah.
2.      Sabar dalam menjauhi larangan Allah hal ini mempunyai nilai empat ratus darjah.
3.      Sabar dalam menghadapi malapetaka, bala-bencana pada mula terjadinya, ia mempunyai Sembilan ratus darjah.
Yang terakhir ini mempunyai nilai yang lebih ialah kerana setiap mukmin dapat bersabar dalam menunaika ibadat dan menjauhi larangan tetapi belum tentu dapat bersabar dalam menghadapi bencana, iaitu kesabaran yang ada para Nabi dan siddiqin.
Nabi SAW ada bersabda yang ertinya “ Iman itu ada dua bahagian : sebahagian pada sabar dan sebahagian  pada syukur. Kerana iman yang sempurna itu “Membenarkan dengan hati, mangaku dengan lidah dan engerjakan dengan anggota. Dan ketiga-tiga itu terbahagi dua bahagian, pertama mengerjakan yang disuruh iaitu hakikat syukur, dan kedua meninggal yang dilarang, iaitu haikat sabar daripada maksiat.

5. MENSYUKURI NIKMAT
Iaitu memuji Allah atas segala nikmat pemberianNya dengan lidah seperti melafazkan “Al Hamdulillah” serta menggunakan segala nikmat pemberian Allah tempat dan dengan cara yang dikehendaki Allah. Seperti mengguna telinga untuk mendengan pengajaran-pengajaran yang benar, nasihat yang berguna, bacaan Al Quran dan sebagainya.
Demikian juga nikmat mata, tangan, akal fikiran, tenaga dan lain-lain nikmat pemberian Allah untuk faedah dan keperluan kita.
Allah berfirman yang bermaksud: “ Apa-apa nikmat yang ada pada kamu adalah dari Allah” ( Al Nahli : 53)
“ Dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur”.(Ali Imran : 144)
“Sekiranya kamu bersyukur tetap kan Aku memberi tambahan kepada kamu” ( Ibrahim: 7)
Kenyataan dalam kehidupan ramai manusia yang tidak bersyukur terhadap pemberian Allah.
Allah berfirman yang bermaksud : “ Dan adalah sedikit dari hamba-hambKu yang bersyukur.

6. IKHLAS
Ikhlas ertinya melakukan sesuatu kebajikan dengan tujuan semata-mata mahukan pahala dan keredaan Allah SWT. Tidak bertujuan untuk mendapat keuntungan keduniaan seperti harta dan pujian. Allah berfirman yang maksudnya “ Tidaklah mereka diperintahkan melainkan supaya mereka menyembah Allah dengan mengikhlaskan ketaatan keranaNya” ( al Baiyinah : 5)
Nabi SAW bersabda “ Hanya setiap amalan itu dikira semata-mata dengan niat. Dan seseorang akan beroleh apa yang diniatkan, maka sesiapa yang niat hijrahnya kepada Allah dan Rasulnya maka hijrahnya dikira kepada Allah dan RasulNya. Dan sesiapa yang berhijrah kerana kepentingan keduniaan yang mahu diperolehinya, atau kerana seorang perempuan yang hendak dikahwinnya, maka hijrahnya dikira kepda yang diniatkan ketika melakukan hijrah itu”.


7. TAWAKKAL
Tawakkal iaitu percaya dengan Allah SWT dan yakin bahawa qadhaNya menembusi dan mengikut sunnah Nabi SAW dan berusaha pada apa yang boleh diusahakan sambil menyerah dan berharap pada Allah menghasilkan natijah yang baik. Allah berfirman yang maksudnya “ Kepada Allah hendaklah kamu bertawakkal sekiranya kamu orang-orang yang benar beriman”.
Nabi SAW bersabda : “ Ikat akan dia terlebih dahulu kemudian berserah kepada Allah (Riwayat  Ibu Hibban).
Allah SWT berfirman maksudnya : “Sesiapa bertawakkal kepada Allah maka ia akan memberi kecukupan”
(Al Talaq : 7)

8. KASIH KEPADA ALLAH SWT
Kita kasihkan Allah SWT kerana Allahlah yang memberi segala nikmat dan kebaikan yang kita rasai dalam kehidupan kita. Kenimatan kesihatan, makanan, berkeluarga dan segala rahamat yang melimpah ruah tiada yang lain yang memberinya kecuali Allah Yang Maha Terpuji.
Tanda kita kasihkan Allah SWT itu hendaklah dibuktikan melalui tindakan dan amalan seperti mendahulukan suruhan Allah atas perkara yang disukai nafsu, rindu hendak menemuiNya, tidak takut mati, melainkan kerana ingin menambah makrifat. Reda dengan apa yang diqadakan oleh Allah, tidak mencintai keduniaan kerana ia boleh melalaikan diri dari mengingati Allah SWT yang dikasihiNya. Kelaziman bila kasih kita mesti taat kepada perintahNYa.

9. RIDHA AKAN QADA ( Ketetapan / keputusan)  ALLAH SWT
Ridha dengan qada Allah swt ialah senang atau suka hati dengan segala yang dikehendaki Allah SWT. Tidak membantah atau merunggut atau menyangkal akan segala ketetapan Allah dalam kehidupan kita. Bila kita ridha ketentuan Allah bukanya bererti kita tidakk ambil ikhtiar seperti jika sakit kita berubat, susah kita berusaha untuk sengan, miskin berusaha untuk jadi kaya. Disamping itu juga kita juga sentiasa berdoa kepada Allah untuk memperbaiki segala kesusahan dan penderitaan yang di alami.
Sebaliknya bila Allah beri kebaikan dan kenikmatan, orang yang ridha dengan qada Allah itu akan bersyukur. Dan menyalahkan diri sendiri apabila keburukan yang diterima. Tidak resah gelisah dan tidak putus asa dari rahmat Allah.
Ridha dengan qada Allah adalah sifat yang terpuji sebagaiman Allah berfirman maksudnya : “Allah ridha  terhadap mereka (yang beriman yang mengerjakan amal yang baik) dan mereka pun redha terhadap Allah”. (Albayinat :8)
Orang yang redha dengan qada Allah adalah orang yang terpimpin hidupnya. Tidak resah gelisah dan tidak putus asa. Tidak hanyut dengan perasaan amarah, malah akan terus berusaha untuk dan tahu tahap kebolihan diri sendiri dan kemampuan diri. Tetap menjalankan ikhtiar dengan penuh pengharapan.

10. INGATKAN MATI
Selalu ingatkan mati adalah sifat terpuji. Ia akan menjadi pendorong yang kuat untuk tingkatkan amal ibadat kepada Allah dan ia boleh mengurangkan kecintaan kepada keduniaan serta dari berangan-angan.
Nabi SAW bersabda  maksudnya: “ Selalulah menyebut pemutus kelazataan  (mati) kerana mati itu jika disebut kepada orang yang memiliki keduniaan dan angan-angan ia akan mengerungkannya. Jika disebut kepada orang yang sedikit amalan kebajikannya ia akan memperbanyakkan  (HR : Al  Baihaqi)
Sabda Nabi SAW : “ Beradalah kamu di dunia ini seolah-olah orang dagang atau orang yang dalam perjalanan”.

Kesimpulanya jika kita dapat mengamalkan sifat-ifat yang terpuji di atas akan menjadikan kehidupan kita penuh dengan amal soleh dan sentiasa mematuhi perintah Allah. Semoga kita akan berjaya di dunia dan juga mendapat kebahagian di akhiarat. Amin.


SIFAT-SIFAT HATI YANG TERCELA
Sifat-sifat hati yang tercela ini amat patut di jauhi dan jangan dibiarkan berada dalam naluri kita, kerana sifat-sifat inlah yang akan memusnahkan segala amal kebaikan yang kita lakukan dan akhirnya di akhirat kelak kita akan dihukum oleh Allah dengan azab api neraka. Minta dijauhkan!
Diantara sifat-sifat yang tercela ini ialah:
1. TAKABBUR
Takabbur adalah sifat orang yang suka membesarkan diri, bangga diri dan merasakan dialah yang lebih segala-gaanya. Nabi SAW bersabda  dalam Hadis Qusi yang maksudnya. “ Kebesaran, ketinggian itu selindaangKu, keagungan itu kain pakaiKu, maka sesiapa yang cuba merbut (bersifat dengan) salah satu keduanya. Aku akan campakkan di ke dalam neraka jahnam, Aku tidak peduli, (HR: Muslim, Abu Dau dan Ibn Majah),
Hadis ini bermakna bahawa ketinggian an keagungan hakiki itu dua sifat yang hanya kepunyaan Allah SWT, tidak layak bagi selainNya. Orang yang membesarkan dirinya itu seolah-olah ia merebut sifat Allah SWT, orang yang demikian sifatnya memang sesuai dilemparkan ke dalam neraka.
Dari mengelakkan diri dari sifat takabbur maka hendaklah :
1.      Mengingatkan bahawa segala kelebihan dan nikmat yang dimilikinya seperti harta, pangkat, ilmu dan sebagainya, semua itu adalah kurniaan Alah dan nikmatNya itu yang wajih kita syukuri bukan untuk dimegahi.
2.      Jangan menolak kebenara, kerana sesuatu yang benar itu adalah dari Allah.
3.      Jangan melekeh atau merendah-rendahkan orang lain. Kerana sesuatu kekurangan yang ada padannya, kerana yang sebenar-benar mulia ialah yang paling bertaqwa.
Oleh itu takabbur itu adalah sifat hati yang tercela. Maka lawanya ialah sifat tawaddud. (tunduk dan merendah diri terhadap kebesaran  Allah).

2. HASAD DENGKI
Hasad dengki ialah bercita-cita mahu supaya hilang nikmat dari orang lain. Benci melihat kelebihan orang lain.  Sabda Nabi SAW  yang bermaksud :  “ Jangan dengki setengah kamu akan setengah, dan jangan memutuskan silaturrahim, dan jangan marah memarahi sesame kamu (benci membenci) dan jangan membelakangkan setengah kamu akan setengah pada ketika berjumpa, bahkan hendaklah kamu bersaudara wahai hamba-hamba Allah.
Nabi bersabda lagi : “  Hasad dengki itu ini memakan kebajikan sebagaimana api memakan kayu api. (HR: Abu Daud).


3.MARAH
Allah SWT  telah memji orang yang dapat menahan marahnya. Sebagaiman firmanNya yang bermaksud “ Orang-orang yang menahan kemarahannya dan memaafi kesalahan orang …….”
Nabi SAW bersabda yang maksudnya ; “ Sesiapa yang menahan marahnya yang mana jika ia mahu bertindak ia boleh bertindak, nescaya dipenuhi Allah hatinya dengan keamanan dan keimanan pada hari kiamat (HR: Abu Daud)
Orang yang tidak dapat menahan marah akan bertindah terburu-buru semasa dalam kemarahan, kadangkala dia akan  melakukan sesuatu diluar jangkaan fikiran normal. Semasa marah fikiran dan akan dikuasi oleh nafsu dan hasutan syaitan.

4.BAKHIL DAN KASIHKAN HARTA
Orang yang bakhil dan kasihkan harta biasanya sangat sukar untuk membelanjakan harta nya. Walaupun dia dikurniakan harta yang banyak, tetapi kedekut untuk membelanjakan. Malah keluarganya sendiri itu tidak diberi makan dengan sucukupnya. Apatah lagi jika ada orang yang meminta datang meminta dia tidak akan bagi, kadang kala dimarahi pula peminta itu. Sedangkan dalam harta kita itu ada hak orang miskin. Kerana hara kekayaan itu adalah kurniaan dari Allah.
Firman Allah yang bermaksud: “ Sesiapa yang diperlihara Allah dirinya dari sifat kikir (bakhil) maka merekalah orang yang berjaya (mendapat kemenangan)” (At Tharabun : 16)
Ingatlah orang yang bakhil itu akan mendapat siksa Allah, dicela manusia di dunia,harta tidak akan bersama ke dalam kubur, harta adalah kepunyaan Allah SWT, diberikan kepada manusia untuk kegunaan sebaga alat kemudahan, untuk dibelanjakan di jalan kebaikan. Orang yang sayangkan harta (bakhil) tidak membelanjakan untuk kebaikan malah untuk kegunaan keluargapun dia kedekut, harta hanya untuk di megah-megah, itu adalah perbuatan yang bodoh. Harta yang dibelanjakan untuk perkara kebajikan dan berjihad ke jalan Allah akan membantu kita di dalam kubur dari menerima azab kubur. Ianya satu tindakan yang bijak bila membelanjakan harta yang dikurniakan Allah SWT kejalan yang diredhainya.

5.CINTAKAN KEMEGAHAN:
Cintakan kemegahan adalah punca kebinasaan. Allah SWT berfirman yang maksudnya: “ Kebahgian di negeri akhirat itu Kami sediakan bagi orang-orang yang tidak hendakkan ketinggian di muka bumi dan tidak mahukan berlakunya kerosakan, akibat yang baik adalah orang-orang yang bertaqwa”. (Al Qasas :83)
Orang yang akan mendapat kebahagian di akhirat adalah orang yang suci hatinya daripada mengkehendaki kemegahan dan melakukan kerosakan.
Tidak menghendaki kemegahan bukan bermakna menolak segala jawatan dan dari menjadai pemerintah, yang dilarang ialah bermegah-megah dengan jawatan dan kuasa yang diberi. Orang yang diberi jawatan itu sebenarnya memikul tanggung jawab dan amanah dalam menyempurnakan tuga-tugas yang dipikulnya. Bukanya kelebihan berbanding dengan orang yang tidak diberi jawatan. Yang paling baik adalah melaksanakan tanggung jawab dengan sempurna mengikut jawatan yang diberikan dan bidang kuasa masing-masing.

6. CINTAKAN DUNIA:
Dimaksudkan dunia adalah sesuatu yang tidak memberi manafaat di akhirat kelak. Firman Allah SWT yang bermaksud: “ Adapun orang-orang yang melanggar batas hokum dan mengutamakan kepentingan hidup dunia (dengaan mengikut keinginan yang  diharamkan) maka di neraka jahimlah tampat kediamannya. Adapun orang-orang yang takutkan kebesaran Tuhannya lalu menahan diri dari mengikut kehndak bawa nafsunya (dengan selalu berada di dalam batas-batas ketaatan kepada hokum Allah dan RasulNYa) maka di syurgalah tampat menetapnya”. (An Nazaiat:37 -41).
Nabi SAW bersaabda yang maksudnya: “ Kasihkan dunia itu kepada segala kejahatan”. (HR: Baihaki).
Sabdannya lagi “ Dunia adlah ladang akhirat”.

7.MENGKAGUMI DIRI (UJUB)
Orang yang mengkagumi diri akan menganggap dan meraksan dirinya lebih segalannya dari orang lain. Seperti membanggakan diri lebih berilmu, lebih banyak ibadat dan sebgainya, tanpa beimbangkan kehilangan perkara-perkara tersebut, dan melupakan yang ianya pemberian dari  Allah SWT kepadanya. Mengkagumi diri inilah punca takkabur.
Sifat mengakgumi diri ini adalah satu kelakuan hati yang sangat merbahaya dan tercela. Ia membinasakan pahala ibadat. Dan menghilangkan pertolongan Allah  SWT.

8. RIA
Memperlihatkan amalan kepada manusia. Sama ada  bertujuan mahukan pangkat di dalam hati manusia, atau mahukan manafaat keduniaan dengan amal inadaynya seperti mahukan upah atau kepujian. Ria adalah haram, dan dinamakan juga syirik kecil (tersembunyi). Firman Allah “ Maka kecelakaanlah bagi ahli-ahli sembahayang yang mereka itu lalai dari menyempurnakan sembahanyannya, iaitu mereka yang ria”. (Al Maaun : 4-6).
Nabi SAW bersabda “ Bahawa sesuatu yang paling aku takut berlaku atas kamu ialah syirik kecil iaitu ria, yang mana pada hari kiamat, Allah akan berkata kepada orang yang ria semasa di dunia ketika Allah memberi balasan kepada mereka. Pergilah kamu kepada orang-orang yang kamu tunjukkan amalan kepadanya semasa di dunia, adakah kamu akan dapat apa-apa balasan di sisi mereka ?”. (HR:Ahmad).
Sebab-sebab menimbulkan ria ialah:
1.      Suka dipuji.
2.      Takut dicela.
3.      Tamakkan harta.
Untuk hilangkan ria, maka hendaklah hilangkan  punca atau sebab-sebab yang boleh menjadi ria.

9.LAHAP MAKAN ATAU LABA MAKAN:
Lahap makan adalah antara punca segala kejahatan, kerana perut itu tempat keluar bagi segala keinginan, daripadanya terjadi keinginan seks.dan membawa kepada luba harta, dari inginkan harta membawa kepada inginkan kemeghan kerana kemegahan senang mendapat harta, dari situlah terbit sifat ria’. Takabbur, dengki dan berseteru.
Nabi  saw bersabda: “ Tiada memenuhkan manusia satu bekas yang lebih berbahaya dari perutnya, adalah cukup bagi seseorang makan beberaa suap yang boleh membetulkan tulang belakangnya, maka jika tak dapat tidak maka bolehlah ditambah kadar sepertiga, bagi minumannya sepertiga dan sepertiga bagi pernafasan.(HR: Ahmad dan Tarmizi).

10.BANYAK BERCAKAP
Banyak  bercakap itu sauatu sifat yang tercela, bila banyak bercakap akan terkeluar dari mulut perkataan yang sia-sia, perkataan yang sia-sia itu menyebabkan gelap hati, malahan membawa kepada mati hati. Rasulullah saw bersabda “ Tiada yang menyebabkan manusia tersemban atas muka mereka ke dalam neraka, melainkan dosa yang dihasilkan oleh lidah mereka. (HR: Tarmizi)
Pada ketika kita hendak bercakap perkara yang sia-sia, tidak berfeadah, hendaklah kita fikirkan bahawa jika kita menyebut Allah Taala – berzikir, beristighfar, bertahlil, bertahmid, bertaqdis, berdoa dan sebagainya atau berselawat. Kerana sentiasa mengingati Allah adalah cara terbaik untuk memenuhi masa yang terluang disepanjang hari adan ianya akan memberi ganjara pahala yang amat bernilai di akhirat kelak.

Wallahu’alam.

Sumber : Utaz Nik Abdul Kadir Hj Nik Muhammad