Kesejahteraan Abadi

Pages

▼

Friday

UMRAH



Kerinduan menyahut lambaian Ka'bah menggamit setiap relung hati insan yang beriman. Gema takbir dan talbiah menghiasi seluruh alam buana, melimpah hikmah dan keagungan asma, menjalar setiap denyut nadi insan yang mendambakan kemesraan kekasih. Jiwa dan raga dipenuhi harapan limpahan kurnia dan redha ilahi dalam menjalin kehangatan makrifat. Semangat yang membara menepis segala rintangan dalam memenuhi panggilan Allah.
Tawaduk dan istiqamah membekalkan rasa cemas dan gementar bila menghadirkan diri di depan pintu raja yang agung dalam memenuhi panggilanNya. Harapan ingin memperolehi keberkatan bercampur dengan kebimbangan kerana kesedaran tentang kedaifan diri sendiri. Sesungguhnya keindahan dan kebaikan memperolehi keberkatan dan syurga sebagai ganjarannya. Dengan mempersiapkan bekal yang halal, ilmu dan taqwa maka umat Islam akan menikmati kesempurnaan ibadah  umrah dan ziarah.


Umrah

Umrah

Ringkasan Umrah Malay-mad

Ibadat Umrah 26 April 09
T. Azman Shah at 12:12 AM

No comments:

Post a Comment

‹
›
Home
View web version

Contributors

  • T. Azman Shah
  • T. Azman Shah
Powered by Blogger.