Monday

Doa Yang di ajarkan oleh Rasulullah S.A.W kepada Hadrat Abu Darda R.A.

Assalamulaikum wbt...

Doa dan amalan yang diajarkan oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W kepada Hadrat Abu Darda R.A. Doa ini adalah merupakan doa pelindung kepada Diri, Keluarga dan Harta daripada malapetaka. Doanya hendaklah dibaca selepas solat Subuh dan Selepas Solat Asar. 

Doa Abu Darda Radiallahu Anhu(R.A), Doa Pelindung dari malapetaka dan musibah
Doa Abu Darda Radiallahu Anhu(R.A) - Doa Pelindung dari malapetaka dan musibah

Maksud Doa Abu Darda R.A
Ya Allah! Engkaulah Tuhanku. Tidak ada Tuhan melain Engkau. Hanya kepada-Mu aku bertawakal.
Engkaulah Tuhan 'Arasy Yang Maha Agung.

Apa saja yang dikehendaki Allah pasti terjadi dan apa saja yang tidak dikehendaki-NYa, pasti tidak akan terjadi. Tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah. Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Aku sedar bahawa Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu dan sesungguhnya ilmu Allah meliputi segala sesuatu.

Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan dirku dan kejahatan sekalian yang melata, yang segala roh mereka dalam dalam gengaman-Mu. Sesungguhnya Tuhan ku di atas jalan yang lurus (adil)


Kisah Di sebalik Doa Yang di ajarkan oleh Rasulullah S.A.W kepada Hadrat Abu Darda R.A.
Talha R.A. meriwayatkan:
"Seorang telah datang kepada Abu Darda R.Adan memberitahu bahawa rumah beliau terbakar. Abu Darda R.A.. menjawab: "Tidak, rumah saya tidak terbakar". Kemudian seorang lagi datang dan memberitahu bahawa rumahnya terbakar. Kemudian, ada seorang lagi datang dan memberitahu perkara yang sama dan Abu Darda R.A. memberi jawapan yang sama.

Pada kali yang ke empat seorang datang dan memberitahu Abu Darda R.A "Wahai Abu Darda R.A! api telah naik tinggi tetapi apabila sampai ke rumah tuan, api telah padam".

Abu Darda R.A. menjawab: "Saya yakin bahawa Allah S.W.T. tidak akan membakar rumah saya. Rasulullah S.A.W telah mengajar saya suatu doa yang mana jika dibaca selepas subuh si pembaca akan terselamat dari semua bala dan musibah hingga ke petang. (Saya telah membaca kalimah-kalimah ini selepas subuh). Oleh itu saya yakin rumah saya tidak akan terbakar."

[Riwayat Ibnu Sunni. Di petik dari Al Azkar Imam Nawawi,
Bab Bacaan Pada Waktu pagi dan Petang.
Ibnu Sunni ialah Imam Abu Bakar Ahmad bin Muhammad bin Ishak As Sunni]

Doa ini juga boleh dibaca pada setiap kali kita keluar dari rumah atau Bersafar.

Betapa yakinnya Hadrat Abu Darda R.A. kepada doa yang diajar kepada beliau oleh Rasulullah S.A.W. Kita pun kena amalkan doa ini juga. Tak perlu lagi risau ada pencuri dan macam-macam ancaman lagi dalam dunia sekarang. Oleh sebab kelemahan yakin kita kepada janji-janji Allah S.W.T  kepada kita. Banyak kita habiskan duit ringgit kita untuk menjaga dan mengawal rumah dan taman perumahan kita daripada segala macam benda hari ini. Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua. Amin. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment