Tuesday

Kenapa kita kena selalu baca dan mendengar al Quran

Kenapa kita kena selalu baca dan mendengar alquran


20140704-100937.jpg

INILAH KEAJAIBAN YANG BERLAKU KETIKA ANDA MENDENGAR DAN MEMBACA AL QURAN
Dr. Al Qadhi, melalui penelitiannya di sebuah klinik di Florida Amerika Syarikat, berjaya membuktikan hanya dengan mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran, seorang Muslim baik mereka yang fasih berbahasa Arab ataupun bukan, dapat merasakan perubahan fisiologi yang sangat besar.

AL QURAN DAN PENYEMBUHAN
Saintis baru-baru ini mendapati bunyi dari bacaan Al Quran mempunyai kuasa penyembuhan yang menakjubkan pada sel-sel dan mampu mengembalikan keseimbangan mereka.
Penurunan kemurungan, kesedihan, memperoleh ketenangan jiwa, mengubati berbagai macam penyakit merupakan pengaruh umum yang dirasakan oleh orang yang terlibat dalam penyelidikan beliau.
Penelitiannya dengan bantuan peralatan elektronik terbaru untuk mengesan tekanan darah, degupan jantung, ketahanan otot, dan ketahanan kulit terhadap aliran elektrik.
AL QURAN DAN SEL KANSER
Satu sel kanser meletup dengan menggunakan frekuensi bunyi bacaan dari Al Quran sahaja! Itulah sebabnya membaca Al-Quran mempunyai kesan yang hebat untuk merawat kanser merbahaya dan penyakit yang tidak boleh diubati!
AL QURAN DAN MOLEKUL AIR
Molekul air membentuk perubahan apabila terdedah kepada bunyi. Jika anda membaca Al-Quran pada air, ciri-ciri air akan berubah dan bila air ini diminum, ia akan membawa kesan Al-Quran kepada setiap sel dalam badan yang menyebabkan penyembuhan.
AL QURAN DAN KETENANGAN
Kajian Muhammad Salim yang diterbitkan oleh Universiti Boston. Objek penelitiannya terhadap 5 orang sukarelawan yang terdiri dari 3 lelaki dan 2 wanita.
Kelima orang tersebut tidak tahu bahasa Arab dan mereka pun tidak diberitahu bahawa yang akan diperdengarkannya adalah Al-Qur’an.
Kajian yang dilakukan sebanyak 210 kali ini terbahagi dua sesi, yakni membacakan Al-Qur’an dengan tartil dan membacakan bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur’an.
Kesimpulannya, responden mendapatkan ketenangan sampai 65% ketika mendengar bacaan Al-Qur’an dan mendapatkan
ketenangan hanya 35% ketika mendengar bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur’an.
AL QURAN DAN VIRUS
Virus dan kuman juga bergetar dan sangat dipengaruhi oleh getaran bunyi terutama bunyi Al-Quran, ia menghalang mereka dan pada masa yang sama meningkatkan aktiviti sel-sel sihat dan menghidupkan sel-sel yang terganggu supaya menjadi sedia untuk melawan virus dan kuman.
AL QURAN DAN BAYI
Al-Qur’an memberikan pengaruh besar jika diperdengarkan kepada bayi. Hal tersebut diungkapkan Dr. Nurhayati dari Malaysia dalam Seminar Kaunseling dan Psikoterapi Islam di Malaysia pada tahun 1997.
Menurut kajian, bayi yang berusia 48 jam yang kepadanya diperdengarkan ayat-ayat Al-Qur’an dari tape recorder menunjukkan respons tersenyum dan menjadi lebih tenang.
Sungguh suatu kebahagiaan dan merupakan kenikmatan yang besar, kita mempunyai Al-Qur’an. Selain menjadi ibadah dalam membacanya, bacaannya memberikan pengaruh besar bagi kehidupan jasmani dan rohani kita.

Monday

Doa Yang di ajarkan oleh Rasulullah S.A.W kepada Hadrat Abu Darda R.A.

Assalamulaikum wbt...

Doa dan amalan yang diajarkan oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W kepada Hadrat Abu Darda R.A. Doa ini adalah merupakan doa pelindung kepada Diri, Keluarga dan Harta daripada malapetaka. Doanya hendaklah dibaca selepas solat Subuh dan Selepas Solat Asar. 

Doa Abu Darda Radiallahu Anhu(R.A), Doa Pelindung dari malapetaka dan musibah
Doa Abu Darda Radiallahu Anhu(R.A) - Doa Pelindung dari malapetaka dan musibah

Maksud Doa Abu Darda R.A
Ya Allah! Engkaulah Tuhanku. Tidak ada Tuhan melain Engkau. Hanya kepada-Mu aku bertawakal.
Engkaulah Tuhan 'Arasy Yang Maha Agung.

Apa saja yang dikehendaki Allah pasti terjadi dan apa saja yang tidak dikehendaki-NYa, pasti tidak akan terjadi. Tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah. Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Aku sedar bahawa Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu dan sesungguhnya ilmu Allah meliputi segala sesuatu.

Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan dirku dan kejahatan sekalian yang melata, yang segala roh mereka dalam dalam gengaman-Mu. Sesungguhnya Tuhan ku di atas jalan yang lurus (adil)


Kisah Di sebalik Doa Yang di ajarkan oleh Rasulullah S.A.W kepada Hadrat Abu Darda R.A.
Talha R.A. meriwayatkan:
"Seorang telah datang kepada Abu Darda R.Adan memberitahu bahawa rumah beliau terbakar. Abu Darda R.A.. menjawab: "Tidak, rumah saya tidak terbakar". Kemudian seorang lagi datang dan memberitahu bahawa rumahnya terbakar. Kemudian, ada seorang lagi datang dan memberitahu perkara yang sama dan Abu Darda R.A. memberi jawapan yang sama.

Pada kali yang ke empat seorang datang dan memberitahu Abu Darda R.A "Wahai Abu Darda R.A! api telah naik tinggi tetapi apabila sampai ke rumah tuan, api telah padam".

Abu Darda R.A. menjawab: "Saya yakin bahawa Allah S.W.T. tidak akan membakar rumah saya. Rasulullah S.A.W telah mengajar saya suatu doa yang mana jika dibaca selepas subuh si pembaca akan terselamat dari semua bala dan musibah hingga ke petang. (Saya telah membaca kalimah-kalimah ini selepas subuh). Oleh itu saya yakin rumah saya tidak akan terbakar."

[Riwayat Ibnu Sunni. Di petik dari Al Azkar Imam Nawawi,
Bab Bacaan Pada Waktu pagi dan Petang.
Ibnu Sunni ialah Imam Abu Bakar Ahmad bin Muhammad bin Ishak As Sunni]

Doa ini juga boleh dibaca pada setiap kali kita keluar dari rumah atau Bersafar.

Betapa yakinnya Hadrat Abu Darda R.A. kepada doa yang diajar kepada beliau oleh Rasulullah S.A.W. Kita pun kena amalkan doa ini juga. Tak perlu lagi risau ada pencuri dan macam-macam ancaman lagi dalam dunia sekarang. Oleh sebab kelemahan yakin kita kepada janji-janji Allah S.W.T  kepada kita. Banyak kita habiskan duit ringgit kita untuk menjaga dan mengawal rumah dan taman perumahan kita daripada segala macam benda hari ini. Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua. Amin. Wallahualam.