Wednesday

KERBERKATAN YAASIIN (DARI KACAMATA DR FATMA ELZAHRAA)




KERBERKATAN YAASIIN (DARI KACAMATA DR FATMA ELZAHRAA)

Untuk Keselamatan Diri Yang Susah Menjadi Senang

Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri

Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir. Dr kata janganlah digunakan utk elak Kastam. Tu dah niat lain.

Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s. a. w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.

Ayat 29 - Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.

Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s. w. t.
(harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik. Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s. w. t. Kita umat Muhammad Kita orang Islam

Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur

Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s. w. t. yang satu.

Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s. w. t. yang satu.

Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a. s. naik kapal - Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s. w. t.

Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya. Tiupan 1 - Datang dengan tiba-tiba Tiupan 11 - Hancur Tiupan 111 - Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar.

Ayat 50 - Setiap orang akan dihisap mengikut amalannya.

Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.

Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.

Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: 78. "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?

Ayat 78 dan 79 - Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah. Doktor di hospital pun tanya dia utk rawatan ke patient mrk dan Dr Fatimah berikan ayat ini.

Ayat 79 - Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."

Ayat 82 - Untuk Hajat Ayat 82 - Jika berhajat sesuatu bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut Baca pada air
100x) Dan berdoa apa sahaja hajat


Wallahualam.

Hadits dan Atsar tentang Fadhilah/Keutamaan Membaca Surat Yasin


Bismilahirrahmanirrahim Walhamdulillah Wassholatu Wassalamu `Ala Rasulillah, Wa’ala Aalihie Washohbihie Waman Walaah amma ba’du…

oleh: Moulana Muhammad ibn Moulana Haroon Abbassommar, ulama spesialis dalam Hadits di Afrika Selatan

Sayyiduna Ma’aqal ibn Yassaar (radiyAllau ‘anhu) meriwayatkan bahwa Rasulullah (sallAllahu ‘alayhi wasallam) bersabda, “Yasin adalah kalbu dari Al Quran. Tak seorangpun yang membacanya dengan niat menginginkan Akhirat melainkan Allah akan mengampuninya. Bacalah atas orang-orang yang wafat di antaramu.” (Sunan Abu Dawud). Imaam Haakim mengklasifikasikan hadits ini sebagai Sahiih (Autentik), di Mustadrak al-Haakim juz 1, halaman 565; lihat juga at-Targhiib juz 2 halaman 376.

Imaam Ahmad meriwayatkan dalam Musnad-nya dengan sanad beliau dari Safwaan bahwa ia berkata, “Para ulama biasa berkata bahwa jika Yasin dibaca oleh orang yang tengah maut, Allah akan memudahkan maut itu baginya.” (Lihat Tafsiir Ibn Katsir juz 3 halaman 571)

Sayyiduna Jund ibn Abdullah (radiyAllahu ‘anhu) meriwayatkan bahwa Rasulullah (sallAllahu ‘alayhi wasallam) bersabda, “Barangsiapa membaca Surah Yaseen pada malam hari dengan niat mencari ridha Allah, dosa-dosanya akan diampuni.” (Muwattha’ Imaam Maalik). Imaam ibn Hibbaan mengklasifikasikan hadits ini sebagai Sahiih, lihat Sahiih ibn Hibbaan Juz 6 halaman 312, ( lihat juga at-Targhiib juz 2 halaman 377).

Riwayat serupa oleh Sayyiduna Abu Hurayrah (radhiyAllahu ‘anhu) juga telah dicatat oleh Imaam Abu Ya’ala dalam Musnad beliau dan Hafiz ibn Katsir telah mengklasifikasikan rantai periwayatnya (Sanad) sebagai “Baik” (Hasan) (lihat Tafsiir Ibn Katsiir Juz 3 halaman 570).

Berdasarkan riwayat ini, Allamah Munaawi (rahmatullah ‘alayh) telah menganalisis bahwa barangsiapa hendak membaca Surah Yasin di pagi hari, juga akan diampuni dosanya, Insya Allah. (Lihat kitab Faydhul Qadiir, juz 6, halaman 259).

Sayyiduna ibn ‘Abbaas (radiyAllahu ‘anhu) mengatakan, “Barangsiapa membaca Yasiin di pagi hari, pekerjaannya di hari itu akan dimudahkan dan barangsiapa membacanya di akhir suatu hari, tugas-tugasnya hingga pagi hari berikutnya akan dimudahkan pula.” (Sunaan Daarimi, juz 2, halaman 549).

Riwayat serupa juga dicatat oleh Imaam Daarimi dari Attaa’ ibn Abi Rabah.

Wallahu A’lam bissawab (Dan Allah Lebih Mengetahu

Monday

The Truth behind The Black Stone, Allah, Gabriel & Muhammad.

Apakah Gout?

Apakah Gout?

Penyakit arthritis gout adalah salah satunya jenis arthritis yang sering ditemui.

Apakah itu Gout ?

Penyakit arthritis gout adalah salah satunya jenis arthritis yang sering ditemui. Ianya berpunya dari tahap urik asid yang tinggi dalam tubuh kami.

Akan tetapi, para doctor sering menekankan bahawa penyakit arthritis gout ini tidak sama seperti keadaan yang dikenali sebagai hyperuricimea, iaitu keadaan seseorang pesakit yang mengalami tahap urik asid yang tinggi dalam tubuhnya.

Malahan, ramai pesakit yang mengalami hyperuricemia tidak akan mendapat penyakit gout sama sekali, dan ada juga pesakit yang mengalami serangan gout yang bertubi-tubi menunjukkan tahap urik asid yang biasa, ataupun rendah, dalam darah mereka.

Tambahan pula, tahap urik asid dalam darah seseorang pesakit itu akan menurun pada masa pesakit itu diseranging penyakit gout.

Oleh kerana itulah, pakar reumatologi Dr Amir Azlan Zain berpendapat bahawa “masaalah terbesar dalam menanangani masaalah gout bergantung kepada pengenalan : yang mana itu gout, dan yang mana tidak. Kerapkali, pesakit yang mengalami tahap urik asid yang tinggi berasa amat gelisah kerana mereka tersalah faham dan memikirkan bahawa mereka mengidap penyakit gout. Sebaliknya, ada pula pesakit gout yang tidak menerima hakikat penyakit itu dan tidak mengambil apa-apa langkah untuk menangani penyakit pada jangka masa yang panjang.”

Mengenali dan mengesahkan Gout

Penyakit artritis gout senang dikenali kerana setiap serangan membawa rasa sakit yang teramat bias yang juga diikuti oleh kebengkakan pada bahagian sendi tersebut. Sendi yang terlibat itu akan bengkak disebabkan pengumpulan kristal urik asid di bahagian sendi tersebut.

Seseoran doctor akan mengesyaki serangan gout jika pesakit mengalami serangan arthritis yang amat sakit, terutamanya di sendi di bahagian bawah jari kaki. Serangan arthritis gout yang akut pada bahagian bawah ibu jari kaki dikenali dengan panggilan podagra. Sendi-sendi yang turut terjejas oleh gout termasuk buku lali, lutut, pergelangan tangan, jari dan siku.

Setiap serangan penyakit gout biasanya melibatkan salah satu daripada sendi-sendi yang telah dinamakan di atas. Ianya lain daripada penyakit artritis yang lain, di mana beberapa sendi akan diserang sekaligus.

Ujian yang paling tepat untuk mengenali penyakit gout ialah dari mendapati kristal urik asid dari sampel cecair sendi yang didapati dari pesakit. Proses pengambilan cecair ini dengan menggunakan picagari dinamakan arthrocentesis. Cecair dari sendi yang mengalami keradangan itu diambil untuk dianalasis, untuk mengesan kristal urik asid dan juga jangkitan yang lain.

Ada kalanya pesakit yang membentangkan sejarah penyerangan gout yang klasik boleh didiagnosis dan diubati sebagai pesakit gout dengan tanpa menjalankan arthrocentesis.

Di Malaysia, Kementrian Kesihatan telahpun melancarkan garispanduan praktis klinikal (Clinical Practise Guidelines – CPG) untuk penanganan dan pengubatan gout, dan ia adalah seperti berikut :

Seseorang pesakit boleh disahkan sebagai menghidapi arthritis gout jika mengalami dua simtom yang berikut :

● Sebiji tophus (bintil, atau nodul disebabkan pengumpulan urik asid di atas bahagian sendi, tulang atau rawan)

● Sesebuah podagra (kebengkakan yang amat sakit di bahagian ibu jari kaki yang disebabkan oleh serangan gout)

● Sekurang-kurangnya dua serangan gout dalam jangka masa dua minggu At least two gout attacks in two weeks.

(www.moh.gov.my/MohPortal/cpgDetail.jsp?action=view&id=62).

Serangan arthritis gout yang akut tidak mudah dikelirukan dengan penyakit-penyakit yang lain, contohnya reumatisme. Serangan gout membawa rasa sakit yang mendadak, dan sendi yang terlibat akan bengkak, bahang dan berwarna merah.

Sakit yang dialami juga amat ketara, dan amat berlainan, ianya seperti “dicucuk olah seribu jarum pada bahagian bawah kulit.” Perasaan sakit ini boleh berterusan selama dua atau tiga hari, atau sehingga dua atau tiga minggu. Rasa teramat sakit yang dialami pada sendi tersebut boleh meningkat sehingga seseorang itu tidak boleh meletakkan malahpun sehelai selimut di atas kulit sendi tersebut. Ada juga sesetangah pesakit gout yang mengalami demam semasa diserang penyakit itu.

Rasa sakit dari serangan gout biasanya reda selepas beberapa jam atau beberapa hari, dengan, atau tanpa pengubatan. Kadangkala, serangan gout boleh berlanjut selama beberapa minggu. Kebanyakan pesakit gout akan mengalami serangan bertubi-tubi selama beberapa tahun.

Apakah faktor yang meningkatkan risiko penyakit artritis gout?

Satu-satunya, seseorang yang berketurunan keluarga yang tidak boleh menangani urik asid dengan biasa mengalami risiko gout yang lebih tinggi. Begitu juga seseorang yang gemuk, atau mengalami kenaikan berat badan yang mendadak, terutamanya pada usia remaja juga mengalami risiko gout yang lebih tinggi. Tambahan pula, seseorang yang meminum alcohol dari kadar sederhana sampai kadar yang tinggi, dan juga seseorang yang mengalami tekanan darah yang tinggi.

Ada sesetengah jenis ubat dan dadah yang boleh meninggikan tahap urik asid dalam tubuh kita, dan ini boleh menyebabkan penyakit gout. Tambahan pulah, ada sesetengah penyakit yang menyebabkan pengeluaran asik urik yang berlebihan dalam tubuh kita, ini termasuk beberapa jenis penyakit leukemia, lymphoma dan penyakit yang berkaitan dengan haemoglobin.

Untuk orang yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit gout, ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan serangan gout. Ini termasuk penyahidratan, kecederaan ke atas sendi tersebut, demam, pemakanan yang melampau, peminuman alcohol yang berat dan juga pembedahan yang baru dilakukan.

Mengubati Gout

Pesakit gout boleh menangani penyakit ini jika mereka memahami dua konsep asas pengubatan gout.

Oleh kerana doctor hanya boleh mendiagnosis gout apabila seseorang pesakit sedan mengalami serangan tersebut, pada mulanya, doctor akan cuba untuk mengurangkan kebahangan dan keberangan yang sedang berlaku kepada sendi yang terlibat.

Selanjutnya, ia adalah mustahak untuk menangani faktor-faktor yang boleh mengurangkan kelakuan penyerangan pada masa yang akan datang.

Pengubatan serangan artritis gout melibatkan penggunaan ubat-ubat yang mengurangkan keradangan pada sendi yang terlibat.

Untuk mencegah serangan gout yang akut, seseorang harus sentiasa cukup minum air, jaga berat badan supaya tidak terlampau berat, jaga pemakanan, kurangkan peminuman alcohol dan juga mengamil ubat-ubat yang merendahkan tahap urik asid di dalam darah.

Selain daripada mengurangkan serangan gout, peminuman air yang cukup juga menjaga buah pinggang dan mengurangkan pembentukan batu karang pesakit gout.

Sebaliknya, peminuman alcohol memberi kesan buruk pada pesakit gout melalui dua cara. Ia mengurangkan daya buah pinggang untuk menhapuskan asid urik dalam darah kita, dan ia juga menyebabkan penyahidratan, dan kedua-dua ini akan menyebabkan pembentukan kristal urik asid dalam sendi.

Penjagaan pemakanan juga menolong mengurangkan serangan gout. Makanan yang tinggi dengan zat purine harus dielakkan. Penyelidik telah membentangkan bahawa, pada amnya, pemakanan daging dan makanan laut meninggikan risiko serangan gout, dan pemakanan makan seperti susu dan telur mengurangkan risiko tersebut. Pemakanan protin dan purine dari sayur-sayuran tidak meninggikan risiko gout. Kadar peminuman alcohol member kesan yang besar terhadap risiko gout. Begitu juga fructose yang didapati dari minuman-minuman ringan, boleh meninggikan risiko serangan gout.

Pengurangan berat badan boleh menolong merendahkan risiko serangan gout yang bertubi-tubi.

Ada tiga aspek pengubatan penyakit gout. Pertamanya, ubat penahan sakit yang mempunyai tahap kemujaraban yang berlainan, boleh digunakan untuk mengurangkan rasa sakit. Kedua, ubat anti-inflammatory, iaitu nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDS), colchicine, and corticosteroids digunakan untuk mengurangkan keradangan sendi-sendi yang terlibat. Akhirnya, jenis-jenis ubat yang digunakan untuk mengatasi masaalah tahap urik asid yang tinggi, yang menyebabkan hyperuricemia dan gout. Ubat-ubat ini akan terus mengurangkan tahap asid urik darah yang tinggi.

Dalam mempertikaikan ubat jenis yang terakhir ini, pakar reumatologi Dr Chow Sook Khuan sering menekankan bahawa, “walaupan pengubatan sedia ada, tidak setiap pesakit yang mengalami tahap urik asid darah yang tinggi, atau penyakit gout, harus diubati”. Dalam kes hyperuricemea tanpa gout, penukaran cara hidup dan pengalihan pemakanan mungkin cukup untuk mengurangkan tahap urik asid dalam darah mereka. Dengan itu, risiko gout pun akan turut menurun, dan pengambilan ubat tidak perlu untuk pesakit dalam kategori ini.

Dan walaupun seseorang pesakit telah mengalami serangan gout yang akut, dia tidak semestinya memerlukan ubat untuk mengurangkan tahal urik asid dalam tubuhnya, ujar Dr Chow.

Pemakanan ubat bergantung pada kekerapan serangan gout yang dialami, samada pesakit juga ada buntil tophi, dan samada pesakit juga mengidap penyakit lain, seperti penyakit jantung.

Contohnya, seseorang pesakit yang mengalami serangan gout untuk kali pertama akan diberi ubat penahan sakit dan ubat untuk mengurangkan keberangan sendi tersebut, tetapi dia tidak akan diberi ubat menahan tahap urik asid kerana serangan berikutnya mungkin hanya akan timbul dalam masa beberapa tahun!

Akan tetapi, jika seseorang pesakit mengalami tiga serangan gout dalam masa setahun, ia akan menjadi wajar untuk member pesakit tersebut ubat untuk mengurangkan tahap asid urik dalam darahnya. Ubat yang kini ada adalah jenis allupurinol, atau probenecid.

Dalam mengurangkan tahap urik asid dalam darah, seseorang yang memakan ubat tahan urik asid juga mengurangkan risiko serangan artritis, batu karang dalam buah pinggang, penyakit buah pinggang dan juga melarutkan buntil tophi yang keras.

Ubat yang digunakan untuk menurunkan tahap urik asid dalam darah biasanya tidak dimulakan sehingga keberangan dari serangan akut gout telah reda, kerana ia boleh menambah keterukan serangan tersebut. Jika pesakit sudah memakan ubat tersebut sebelum serangan itu berlaku, ubat itu akan terus dimakan pada masa serangan itu berlaku, tetapi akan ditukar dan dibetulkan setelah serangan itu selesai.

Ubat-ubat mengurangkan tahap urik asid harus diambil dengan peminuman air yang cukup, untuk menolong urik asid tersebut melalui system perkencingan dan untuk mengelakkan pembentukkan batu karang dalam buah pinggang.

Di rumah, pesakit gout yang mengalami serangan akut boleh menolong mengurangkan serangan tersebut dengan berehat dan meninggikan sendi yang terlibat. Bungkusan ais boleh digunakan di atas sendi tersebut untuk mengurangkan rasa sakit dan meredakan keberangan sendi itu. Pesakit juga harus mengelakkan ubat yang mengandungi aspirin, kerana aspirin itu mengurangkan daya penghapusan urik asid di dalam buah pinggang.

Amalkan Cara Hidup Sihat

Amalkan Cara Hidup Sihat

Kunci untuk sihat sepanjang hayat

Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat:Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat:

Makan secara sihat
Tidak merokok
Lakukan aktiviti fizikal
Belajar menangani stress
Faedah cara hidup sihat:

Meningkatkan status kesihatan anda
Mengurangkan risiko anda mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, serangan jantung, strok (angin ahmar) dan tekanan darah tinggi.
Membuat anda kelihatan dan berasa lebih baik
Membolehkan anda memiliki stamina dan keupayaan lebih untuk menikmati kehidupan..
Makan Secara Sihat

Nikmati pelbagai jenis makanan
Makan mengikut waktu yang teratur (Tiga waktu makan utama – sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam)
Pilihlah makanan harian berasaskan Piramid Makanan.
Pilih makanan yang rendah gula, garam dan lemak.
Contoh 1 sajian::

Bijirin, produk bijirin dan ubi
½ cawan nasi (putih atau perang)
½ cawan mihun/mi/pasta/lain-lain jenis mi (direndam)
1½ keeping capati
½ cawan keledek/ubi kayu/keladi
Sayur-sayuran

Buah-buahan

½ cawan sayur hijau tua bersama batangnya (dimasak)
½ cawan sayur buah/berakar (dimasak)
½ biji jambu berukuran sederhana
1 hiris betik/nanas
Susu, dadih dan keju

Ikan, ayam dan daging

1 gelas susu
1 cawan dadih
1 keping keju
1 ketul paha ayam saiz sederhana
1 ketul paha ayam saiz sederhana
2 ketul daging tanpa lemak berukuran kotak mancis
5 sudu besar ikan bilis

Tidak Merokok

Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda, mendapat lebih daripada 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, emfisima, penyakit jantung dan angina ahmar. Merokok boleh menjejaskan hampir semua organ dan tisu di dalam badan. Asap rokok mengandungi 4,000 bahan kimia iaitu 200 beracun dan 63 boleh menyebabkan kanser (karsinogenik). Kekal sihat! Gunakan kaedah yang betul untuk berhenti merokok:

Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
Yakinkan diri
Buat nota peringatan
Katakan pada diri anda ‘Aku bukan perokok’
Tumpukan pada hari ini
Sentiada berfikiran positif
Dapatkan sokongan
Lawan keinginan untuk merokok
Gunakan Terapi Gantian Nikotin (NRT)
Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok:
Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok

Melengahkan-lengah
Minum banyak air
Menarik nafas panjang
Membuat sesuatu
Menjauhkan diri dari tempat orang merokok
Mengunyah sesuatu
Membasuh tangan
Mandi dengan kerap
Melakukan senaman regangan
Memohon doa
Lakukan Aktiviti Fizikal

Aktiviti fizikal merangkumi semua pergerakan badan yang menggunakan tenaga dalam kehidupan seharian seperti bekerja, berekreasi, bersenam dan bersukan. Hidup tidak aktif boleh mengakibatkan kegemukan dan meningkatkan risiko mendapat penyakit seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan sakit sendi.

Lakukan aktiviti fizikal

Lakukan aktiviti fizikal ringan hingga sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari: tempoh aktiviti ini boleh dijumlahkan sepanjang hari (sekurang-kurangnya 10 minit setiap kali)
Pilih aktiviti fizikal yang sesuai dengan anda
Contoh aktiviti fizikal yang boleh dilakukan setiap hari:

AKTIVITI RINGAN
60 minit setiap hari
AKTIVITI SEDERHANA
30 minit setiap hari

Berjalan kaki
Aktiviti regangan
Aktiviti berkebun yang ringan
Berjalan laju
Berbasikal
Berenang
Menari
Lompat tali
Aerobik
Berlari-lari anak
Turun naik tangga
Bersenam untuk kesihatan jantung. Gunaka FITT sebagai panduan.

F
Frequency : (Kekerapan)

3 – 5 kali seminggu

I

Intensity (Effort) : (Kehebatan)

Sehingga anda berpeluh dan dapat menarik nafas panjang dengan selesa.

T

Time : (Masa)

Sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali (tidak termasuk tempoh memanas dan menyejukkan badan.

T

Type : (Jenis)

Aerobik, bersukan Contoh: bola sepak, bola jarring, badminton, lompat tali, berbasikal.

Tangani Stres

Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat stres. Stres dialami oleh semua orang sama ada di rumah, sekolah atau tempat kerja. Stres, apabila keterlaluan, berpanjangan dan anda tidak ada kemampuan daya tindak akan membawa kepada kemarahan.
Apa yang harus dilakukan apabila anda marah:

Menyedari yang anda sedang marah… Katakan: ‘Saya sedang marah!’
Bertenang...kira hingga sepuluh, tarik nafas panjang dan mengucap
Kenal pasti kenapa anda marah
Cuba dengar penjelasan orang lain
Anda perlu beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan
Berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan
Membiasakan diri memaafkan – menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan
Cara mengurangkan kemungkinan untuk marah:

Berfikir secara positif
Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan
Belajar menyukai diri sendiri
Belajar bertenang
Adakan hobi
Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah
Dapatkan tidur yang cukup
Dapatkan teman untuk meluahkan masalah
Bersifat tegas/asertif
Tetapkan matlamat realistik untuk diri anda

Kecergasan dan Anda

Kecergasan dan Anda

Senaman yang Selamat

Kecergasan adalah keadaan yang sihat yang membolehkan individu melakukan aktiviti harian dengan bertenaga, mengambil bahagian dalam kepelbagaian aktiviti fizikal dan mengurangkan risiko masalah kesihatan. Ia mempunyai komponen-komponen berikut:-

Kekuatan - Keupayaan menghadapi tekanan.
Stamina - Kemampuan yang berterusan.
Kemudahlenturan/fleksibiliti - Kemanpuan untuk bergerak dan membengkok dengan lancar.
Koordinasi - Kemampuan untuk mengabungkan pelbagai pergerakan dan keseimbangan.
Untuk memperolehi dan mengekalkan kecergasan, ia memerlukan usaha yang berterusan dengan mengamalkan senaman yang berkala. Senaman dan aktiviti fizikal yang berkala boleh mengatasi masalah hilang upaya, meningkatkan keupayaan fungsi tubuh badan dan memberi keselesaan. Keadaan ini boleh tercapai dengan melakukan frekuensi senaman, intensiti serta tempoh yang mencukupi.

Senaman Yang Selamat

Garis panduan dibawah ini boleh melindungi anda dari kecederaan akibat daripada senaman dan membolehkan anda bersenam secara menyeronokkan

1. Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan program senaman kecergasan.
2. Mulakan senaman dengan perlahan dan tingkatkan secara beransur-ansur untuk beberapa minggu bila anda semakin lebih cergas.

Mulakan senaman berselang seli 2 - 3 minit, dengan 2 - 3 minit berehat selama 15 minit.
Aktiviti senaman perlu ditambah 2 - 3 minit setiap minggu sehingga mencapai 30minit .
3. Mulakan dengan aktiviti memanaskan badan untuk mengelakkan rasa sakit dan kesakitan selepas senaman.
4. Menyejukkan badan dengan membuat aktiviti ringan seperti berjalan atau melakukan rengangan bagi mengelakkan pening dan sakit.
5. Perlahankan aktiviti anda jika anda mengalami kesukaran bernafas semasa melakukan senaman. ( rujuk Kemampuan Senaman)
6. Berhenti dengan serta merta jika anda mengalami:

Ketidakselesaan
Sakit
Pening
7. Pakaian mestilah bersesuaian, longgar dan selesa serta pakai kasut yang sesuai.
8. Masa yang paling sesuai untuk melakukan senaman:

Setiap pagi (sebelum 9.30 pagi waktu Malaysia )
Petang ( selepas pukul 6 petang )
9. Persekitaran tempat senaman:

Permukaan yang rata.
Suhu dan kelembapan udara terkawal.
Kawasan redup/teduh.
Tempat yang cukup terang.
10. Pastikan anda mengambil minuman yang secukupnya, sebelum, semasa dan selepas senaman untuk menggantikan kehilangan peluh.
11. Amalkan senaman pernafasan diantara senaman.
12. Jika anda pengidap penyakit Diabetes:

Bawa gula-gula/manisan bersama anda. Makan sekiranya anda berasa pening kerana keadaan hipoglasemia (paras glukos rendah).
Pakai kasut yang berlapik dan selesa, bersarung kaki untuk mengelakkan dari kecederaan kaki.
Jangan melakukan senaman semasa lapar atau kenyang.
13. Jika anda mengidap Tekanan Darah Tinggi:

Berhenti bersenam jika pening, sakit dada dan sukar bernafas.
14. Jika anda Gemuk:

Jangan lakukan senaman yang terlalu aggresif dan cuba minimakan pergerakan yang berimpak tinggi bagi mengelakkan kecederaan pada otot-otot
Program Senaman
Pengetahuan lanjut tentang Kecergasan dan Senaman.

Empat komponen kecergasan fizikal:

1. Ketahanan kardiovaskular:

Ini ialah keupayaan berterusan jantung, paru-paru dan saluran darah untuk membawa oksigen ke semua sel dalam badan.
Ia melibatkan senaman atau aktiviti yang meningkatkan kemampuan jantung dan paru-paru. Senaman ini juga melibatkan kumpulan otot-otot besar bahagian kaki, lengan dan bahu.
2. Kecergasan otot melibatkan:

Dimulakan dengan senaman berselang seli 2-3 minit, dengan 2-3 minit berehat selama 15 minit.
Aktiviti senaman perlu ditingkatkan 2-3 minit setiap minggu sehingga mencapai 30 minit.
3. Kemudahlenturan/fleksibiliti - kemampuan sendi-sendi bergerak bebas sepenuhnya tanpa ketidakselesaan.
4. Komposisi badan - Berapa banyak bahagian berat badan anda yang terdiri daripada jisim otot termasuk tulang dan jisim lemak.

Kebaikan Senaman:

Meningkatkan kecergasan fizikal anda.
Merperbaiki keseimbangan, koordinasi dan gaya jalan.
Meningkatkan tenaga untuk melakukan tugasan harian.
Mempertingkatkan kepuasan kendiri dan mengurangkan kerisauan.
Mempercepatkan pemulihan dari penyakit dan tekanan mental.
Mengawal tekanan darah dan menguatkan jantung.
Mempertingkatkan kawalan glukos.
Melambatkan osteoprosis.
Berpeluang bergaul dengan orang ramai.
Program Sesi Senaman

Latihan senaman erobik mengandungi 3 peringkat:
1. Sesi Memanaskan Badan.
2. Sesi Senaman Aerobik.
3. Sesi Menyejukkan Badan.

Kekerapan - 3 hingga 5 kali seminggu.
Intensiti - mengikut kemampuan anda (rujuk Kemampuan Bersenam.)
1. Sesi Memanaskan Badan

Ia membantu otot otot jantung dan sendi-sendi bersedia untuk melakukan aktiviti sebenar.
Ini akan dapat melindungi dari kecederaan.
Ciri-ciri memanaskan badan termasuk :-
a. Jangkamasanya lebih kurang 10 minit.
b. Mulakan dengan senaman ringan seperti berjalan atau berlari anak-anak dan diakhiri dengan regangan.
2. Sesi Senaman Aerobik

Melibatkan senaman bagi kumpulan otot-otot besar contohnya berjalan.
Jangkamasa senaman adalah lebih kurang 10 hingga 30 minit mengikut kemampuan anda.
Kenalpasti tahap kemampuan anda (rujuk Kemampuan Bersenam.)
3.Sesi Menyejukkan Badan

Ianya membantu memulihkan semula otot otot dan mengelakkan ketidakselesaan.
Ciri-ciri sesi menyejukkan badan termasuk:-
a.Jangkamasa lebih kurang 5 hingga 10 minit.
b.Ulang semula sesi memanaskan badan .


Garis Panduan Untuk Memilih Program Latihan Senaman.
Lakukan senaman mengikut keupayaan fizikal anda.
Lakukan secukupnya untuk mendapat manafaat. Selain daripada itu ia hendaklah menyeronokkan.
Jangan lakukan aktiviti di luar kemampuan dan berlebihan.
Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan latihan senaman.Sekiranya anda mengalami masalah kesihatan,sesuaikan senaman dengan tahap aktiviti.
Pelbagaikan pergerakan seberapa yang boleh.
Pergerakan hendaklah lancar dan bertenaga. Elakkan dari pergerakan terlalu kasar dan tersentak.
Jangan berhenti secara tiba tiba semasa melakukan senaman. Kekalkan gerakan secara perlahan sebelum lakukan semula senaman.
Tetapkan jadual harian senaman anda.
Bentuk Program Kecergasan Untuk Orang Yang Sihat

1.Prinsip-prinsip Senaman - Kekerapan,Intensiti, Masa dan Jenis (KIMJ).
2.Prinsip Penggunaan Kalori / Penggunaan Tenaga Semasa Senaman.

1. Prinsip-prinsip Senaman -Kekerapan, Intensiti, Masa dan Jenis (KIMJ).

INTENSITI (%)

UKURAN (Kadar Nadi Maksima)

55

Terlalu Lemah

65

Sederhana

70

Sederhana Kuat

80

Kuat

90

Sangat Kuat

95

Terlalu Kuat

100

Tahap Maksimum





Kecergasan Kardiorespiratori (Aerobik)

Kekerapan:

3 hingga 5 hari seminggu

Intensiti:

60% hingga 80% kadar denyutan nadi maksimum(Sasaran Kadar Denyutan Jantung)
Formula: (220 - umur x 60% hingga 220 - umur x 80%)
Contoh: Seorang yang berusia 30 tahun akan mengira sasaran kadar:

220-30 = 190 x 60% = 114
190 x 80% = 152

Individu ini akan cuba menetapkan kadar nadinya antara 114 hingga 152 denyutan seminit;

Masa:

Lakukan aktiviti memanaskan badan 5 hingga 10 minit,senaman mengikut intensiti yang diperlukan antara 20 hingga 60 minit,aktiviti menyejukan badan antara 5 hingga 10 minit .

Jenis:

Sebarang aktiviti yang anda suka lakukan yang mana ianya berulang-ulang, berterusan, dan menggunakan otot-otot besar (peha,punggung,lengan) seperti:

Berenang

Berjalan

Menunggang basikal

Berlari

Mendayung

Memutar Bahu

Berlari anak

Menari

Memijak (stepping)

Naik-turun tangga

Lompat tali



Progresif:

Setelah badan anda dapat menyesuaikan diri dengan satu tahap senaman anda perlu meningkatkan kadar atau melakukan senaman dalam jangka waktu yang lebih lama bagi mencapai tahap yang lebih baik

Rujukan:American College of Sports Medicine and Center For Disease Control and Prevention

Kemudahlenturan/fleksibiliti
Kekerapan:

Sekurang-kurangnya 3 hari seminggu.

Intensiti:

Lakukan regangan sehingga mencapai tahap regangan.
(bukan sakit)

Masa:

Lakukan regangan 10 hingga 30 saat ; bertahan selama 10 hingga 30 saat,rehat pada kedudukan asal. Ulangi setiap regangan sebanyak 3 hingga 5 kali.Bernafas secara normal semasa anda melakukan regangan ini.

Jenis:

Statik ( perlahan, lembut, gerakan yang lancar ) dengan penekanan yang lebih kepada otot bahagian belakang, punggung dan peha.

Progresif:

Bila kemudahlenturan/fleksibiliti telah meningkat, anda sepatutnya boleh melakukan tahap regangan yang lebih tanpa mengalami ketidak selesaan.

Rujukan: American College of Sports Medicine and Center for Disease Control And Prevention (ACSM-CDC)



Kekuatan dan Dayatahan Otot

Kekerapan:

2 hingga 3 kali seminggu. Lakukan senaman setiap 48 jam antara satu aktiviti senaman untuk setiap kumpulan otot.

Intensiti:

Untuk Kekuatan( Meningkatkan Saiz Otot )
80% hingga 90% penggunaan kekuatan maksimum untuk setiap kumpulan otot, Lakukan 3 hingga 4 ulangan setiap set Lakukan 1 hingga 2 set untuk setiap kumpulan otot
Meningkatkan Daya Tahan Otot:
50% hingga 60% penggunaan kekuatan maksimum untuk setiap kumpulan otot, Lakukan 8 hingga 12 ulangan setiap set Lakukan 1 hingga 3 set untuk setiap kumpulan otot

Masa:

: Lakukan sesi memanaskan badan selama 5 hingga 10 minit untuk meningkatkan suhu badan bagi melonggarkan otot-otot.2 saat diperlukan untuk mengangkat sambil menghembus nafas dan 2 hingga 4 saat diperlukan untuk relaks sambil menarik nafas
** ** Elakan dari menahan nafas semasa mengangkat berat!! Adalah penting untuk memantapkan ritma pernafasan dengan pergerakan mengangkat berat.

Jenis:

Sebarang aktiviti yang berkaitan dengan ketahanan otot anda, termasuk:

tanpa berat

mesin latihan kekuatan

gelang getah elastik

senaman yang mempergunakan gravity

senaman isometrik

Progresif:

Setelah aktiviti angkat berat menjadi semakin mudah, anda boleh meningkatkan bilangan ulangan dengan berat yang sama ataupun menambahkan berat dengan 3 - 5 paun dengan mengurangkan bilangan ulangan aktiviti.

Rujukan: American College of Sports Medicine and Center for Disease Control and Prevention (ACSM-CDC)
Panduan Untuk Kekal Aktif :

Lakukan regangan beberapa minit sebelum dan selepas tidur.
Berdiri semasa menjawap panggilan talipon.
Lakukan regangan semasa menonton iklan TV.
Berjalanlah untuk menukar rancangan TV sebagai ganti alat kawalan jauh.
Cuba berjalan cepat semasa menanti temujanji harian anda.
Semasa berkebun, gunakan alat-alat yang manual sebagai ganti alat-alat elektrikal.
Letak kereta anda jauh dari destinasi atau turun dari bas di perhentian yang lebih jauh dan nikmatilah keseronokan berjalan kaki.
Gunakan tangga lebih kerap dari pada menggunakan lift.

KOMUNIKASI DENGAN REMAJA

KOMUNIKASI DENGAN REMAJA
Pengenalan
Komunikasi adalah proses menyampaikan mesej yang berlaku di antara dua insan dan boleh berlaku di dalam satu kumpulan. Bila idea atau pandangan berlaku, ia dikongsi bersama dan akan mendapat tindak balas di antara kedua orang tersebut. Ini bermakna seseorang itu berkomunikasi dengan seorang yang lain. Komunikasi secara lisan ("verbal"), meliputi perkongsian idea atau luahan pendapat melalui kata-kata dan komunikasi bukan lisan ("non-verbal") merupakan perkongsian perasaan yang ditunjukkan melalui pergerakan badan. Melalui komunikasi lisan, manusia belajar apa yang anda fikir dan melalui komunikasi bukan lisan ("non-verbal"), mereka belajar tentang perasaan kita. Komunikasi sangat penting dalam kehidupan terutama di alam remaja. Dengan komunikasi, seseorang remaja itu mampu meluahkan perasaannya dengan jelas dan mengelak dirinya disalah anggap.

Komunikasi juga membantu orang lain memahami apa yang anda fikir dan rasa, dalam pelbagai keadaan. Masalah dan perbalahan dapat diatasi melalui komunikasi berkesan. Komunikasi berkesan melibatkan pendengar yang baik di kedua-kedua belah pihak dan jujur dalam perbincangan. Pendengar yang baik akan benar-benar memberi perhatian atau tumpuan kepada apa yang dibicarakan oleh rakan mereka.

Mustahak

Banyak kajian telah menunjukkan berlakunya, perhubungan positif hasil dari komunikasi yang baik di antara ibu bapa dengan remaja. Komunikasi berkesan antara ibu bapa atau orang dewasa dengan remaja akan menghasilkan tahap keyakinan diri yang tinggi, peningkatan pencapaian, lebih afektif dan kesihatan mental yang baik di kalangan remaja. Remaja yang dapat menyesuaikan diri dengan baik, dikaitkan mereka yang telah menerima komunikasi positif dan negatif seimbang daripada ibu bapa mereka. Cara berkomunikasi sesebuah keluarga itu akan menyumbang kepada suasana interaksi harian sesebuah keluarga.

Pengembangan kemahiran

Belajar menggunakan kemahiran mendengar dengan anak remaja anda. Selepas berlatih, perkenalkan idea anda kepada keluarga untuk digunakan dalam komunikasi agar lebih berkesan mengikut beberapa panduan yang diberi. Jadilah pendengar yang baik. Anda pasti dapat melihat bagaimana kemahiran berkomunikasi mampu mengubah keluarga anda.
Tip

Panduan komunikasi berkesan
Berikut adalah beberapa maklumat untuk dijadikan panduan berguna untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi di kalangan ahli keluarga anda. Tunjukkan anda memang berminat semasa berbual

Lihat dan tunjukkan minat yang mendalam
Ingat! Jadikan suasana yang sesuai agar remaja bebas mengeluarkan pendapat
Sentiasa beri tumpuan

Sabar dan luangkan masa untuk berkomunikasi
Jangan mencelah dengan cerita anda yang lain
Remaja ingin rasa dihargai
Berhenti bercakap
Anda tidak mampu mendengar apa yang dibicarakan oleh anak anda sekiranya anda sibuk untuk bercakap.

Pendengar yang aktif

Pendengar yang baik mampu menyimpulkan fakta-fakta untuk pemahaman mereka
Jangan teragak-agak bertanya semasa perbualan tersebut. Dengan banyak bertanya anda akan lebih tertumpu pada perbincangan tersebut
Selain itu, ia akan menggalakkan remaja meneruskan perbincangan dan sekali gus menunjukkan anda adalah pendengar yang setia
Menyesuaikan diri anda dengan emosi mereka, kecuali dalam situasi mengancam

Anda boleh membantu mereka berasa selesa dan diterima jika anda mampu menyesuaikan diri dengan emosi mereka
Itu akan menunjukkan anda seorang yang empati dan mampu memberi ketenteraman
Anda membawa mesej bahawa anda memahami apa yang diluahkan dan mengenal pasti masalah mereka dengan jelas
Tidak terus memberi nasihat kecuali diminta

Dengar apa yang diluahkan dan jangan mencelah atau memberi pandangan
Biarkan remaja meneruskan luahan mereka sehingga selesai
Tugas anda adalah mendengar dan jangan sesekali memberikan hukuman
Jika anda ingin mengkritik dan menasihati, pastikan ianya membina
Jangan menghakis keyakinan mereka kepada anda
Bayangkan diri anda seperti mereka

Ibu bapa seharusnya mempunyai kelebihan memahami perspektif seseorang remaja
Itu akan menunjukkan anda menghormati pandangan mereka walaupun anda tidak bersetuju dengan sesetengahnya
Sabar dan kawal emosi

Kemarahan anda boleh menyebabkan berlakunya salah faham apa yang sebenarnya anak remaja anda ingin luahkan
Anda harus memberi masa untuk bertindak balas dan ini akan membuat anda tenang dan dapat mengekalkan kesabaran
Galakkan anak anda meneruskan perbincangan

Walaupun anda berada dalam keadaan yang agak sensitif dan beremosi, tunjukkan bahawa anda masih berminat dan prihatin dengan topik tersebut
Fikirkan sesuatu yang positif terhadap remaja
Galakkan mereka meneruskan perbualan. Anda boleh berdiam sejenak, tetapi berdiam secara berterusan mungkin akan menyebabkan komunikasi itu tidak menjadi
Gembira

Jadikan perbualan positif dengan menyatakan bahawa anda mahu anak anda menyelesaikan masalah mereka
Jangan memerangkap mereka dengan kesilapan yang lepas
Pandangan positif akan memberikan kesan perbualan itu produktif serta membina
Rujukan
Forgatch, M., & Patterson, G. (1989).Parents and Adolescents Living Together: Part 2: Family Problem Solving. Eugene, Oregon: Castalia Publishing Company.
Noller, P. & Bagi, S. (1985). Parent-adolescent communication. Journal of Adolescence, 8, 125-144.

KEYAKINAN DIRI

KEYAKINAN DIRI

Apakah harga diri?
Harga diri adalah aset atau nilai diri yang menggambarkan perwatakan diri.

Mengapa perlu ada harga diri?
Nilai harga diri yang tinggi akan menjadikan anda:

Berkeyakinan
Bermotivasi
Dapat mengatasi masalah dengan baik
Harga diri membolehkan saya membuat pilihan semada menuju ke arah kejayaan atau kegagalan.
Dengan keyakinan diri yang baik saya mampu mencapai kejayaan.

Bagaimana saya dapat menilai harga diri sendiri?
Jika tiada harga diri, saya merasa:

Tidak yakin pada diri sendiri
Menyalahkan diri sendiri semasa mengalami kegagalan
Rasa bersalah
Merasakan diri tidak penting
Takut untuk memberi idea atau pandangan
Menyebabkan ketegangan perasaan
Rasa tidak selamat untuk menghadapi masa akan datang
Saya sentiasa memikirkan seperti:

Akan sentiasa dimarahi oleh ibu bapa
Penampilan diri yang lemah di sekolah
Saya merasakan:
Tidak dipedulikan
Diri dibuli
Diasingkan oleh guru-guru
Apakah kesan jika saya tidak menangani keadaan ini?
Kemungkinan:

Hilang keyakinan pada diri sendiri
Bertindak mengikut hawa nafsu untuk kepentingan diri sendiri
Rasa sedih
Sentiasa mengalah atau merendah diri
Cuba meniru
Merasa diri gagal
Gagal untuk menjadi dewasa
Kemungkinan berakhir dengan bunuh diri
Bagaimana untuk memperbaikinya?
Lakukan yang berikut:

Beri tumpuan pada kehendak dan kemahuan
Fokus dan tumpukan perhatian kepada kejayaan
Bina jati diri
Dapatkan bahan bacaan yang positif atau membina
Fokus kepada kekuatan diri
Pamerkan kehebatan atau keistimewaan diri anda
Elakkan:

Mengkritik diri sendiri
Mudah mengalah atau merendah diri
Meniru orang lain
"Kegagalan itu bererti anda masih belum mencapai kejayaan"

Di manakah boleh saya mendapatkan bantuan?
Anda perlu mendapatkan nasihat dari:

Ibu bapa
Ahli keluarga yang boleh dipercayai
Kaunselor sekolah
Guru-guru agama

Keterampilan Diri

Keterampilan Diri

Apakah maksud keterampilan diri?
Keterampilan diri adalah cara kita melihat diri sendiri. Ini termasuklah:

Kepercayaan
Pemikiran
Perasaan
Ini adalah cara bagaimana kita berhubung dengan diri sendiri dan orang lain.
Komponen keterampilan diri termasuk:

Penampilan secara fizikal
Pandangan anda terhadap diri sendiri dan pandangan orang lain terhadap diri anda
Perasaan harga diri dan keyakinan diri
Mengapa anda perlu mempunyai keterampilan diri yang positif?
Keterampilan diri yang positif membolehkan anda:

Mengenal dan menerima bentuk tubuh anda
Mempunyai harga diri
Berkeyakinan diri
Bagaimana anda tahu jika anda tidak mempunyai keterampilan diri?
Tanpa keterampilan diri yang baik, anda akan menjadi:

Malu pada diri anda sendiri
Lebih bergantung kepada ibu bapa anda
Tidak suka berkawan
Takut untuk menjalinkan hubungan
Suka merendahkan diri anda sendiri
Merosakkan diri sendiri. Contoh: merokok, mengambil ubat dan mengurangkan pengambilan makanan dengan melampau
Apa akan jadi jika anda tidak berbuat apa-apa mengenai perkara ini?
Tidak berbuat apa-apa akan:

Memberi kesan ke atas harga diri dan keyakinan diri
Merosakkan hubungan sosial anda
Menjadikan anda sedih
Menjurus ke arah kegagalan anda sebagai orang dewasa
Bagaimana cara anda ingin mempertingkatkannya?
Lakukan yang berikut:

Buatkan senarai perkara-perkara yang anda suka dan tidak suka berkenaan dengan diri anda
Memperkasakan perkara yang anda lebih suka dan perbaiki perkara yang anda tidak suka
Jadikan anda berfikiran positif
Amalkan cara hidup sihat
Terima kritikan sebagai komen berguna
Di manakah anda perlu mendapat pertolongan?
Anda boleh mendapat nasihat daripada:

Ibu bapa anda
Ahli keluarga yang boleh dipercayai
Guru Kaunselor
Guru Agama

Ketenangan

Ketenangan
Apa itu ketenangan?
Ketenangan adalah suatu keadaan di mana anda merasa selesa, lega dan bebas dari tekanan perasaan.

Apakah petunjuk yang kita rasa tenang?

Degupan jantung pada kadar biasa
Pernafasan mudah dan selesa
Tiada ketegangan otot
Fikiran bebas dari segala kerisauan
Selesa tubuh badan
Apakah kebaikan bila kita rasa tenang?

Mudah berasa gembira
Bebas dari tekanan, runsing dan marah
Dapat tidur dengan nyenyak
Fikiran lebih rasional
Mudah menghadapi sebarang kesukaran
Mudah menyelesaikan sebarang masalah
Apakah bentuk-bentuk ketenangan?

Mengalih perhatian:
Mendengar alunan muzik
Menonton televisyen
Membuat sesuatu yang anda gemari seperti bermain alat muzik, melukis, mengukir dan bersukan
Melakukan aktiviti kerohanian-berzikir
Meluahkan perasaan hati melalui penulisan
Mengambil bahagian di dalam aktiviti yang menyeronokkan:
Relaksasi fizikal
Berurut dan rawatan spa
Yoga
Senaman Tai Chi / Qigong
Pergerakan dan percakapan yang stabil
Teknik-teknik pernafasan
Relaksasi mental:
Bertafakur / meditasi
Bayangkan perkara dan peristiwa yang menyeronokkan fikiran
Tidur secara tetap dan teratur
Ubat-ubatan khusus: Ubat khusus dapat membantu ketenangan
Bincang bersama doktor. Adalah digalakkan supaya anda:
Mencuba kaedah lain untuk relaks
Jangan terlalu bergantung kepada ubat-ubatan.
Cara mudah mendapatkan ketenangan

Kerap bersenam dan riadah
Tentukan kedudukan badan yang selesa agar senang bernafas
Keadaan sekeliling yang segar dan selesa
Amalkan fikiran positif
Contoh-contoh teknik relaksasi?

1. Gambaran yang menggembirakan
Disenaraikan cara-cara yang anda boleh gunakan bagi mendapatkan ketenangan:

Bayangkan tempat yang anda fikirkan selamat, aman damai, dapat berehat dengan tenang, cantik dan suka seperti di pantai, di air terjun, pemandangan di gunung dan apa jua yang difikirkan untuk ketenangan
Bayangkan bunyi air mengalir, deruan ombak atau kicauan burung, bau rumput yang baru dipotong, menikmati pemerhatian di tebing, matahari terbenam, pemandangan di laut dan merasai pasir, daun dan lain-lain
Cantum dan bayangkan perasaan anda melalui senaman pernafasan
2. Ketenangan fizikal
Teknik relaksasi fizikal meliputi:
Teknik pernafasan yang perlahan dan mendalam:

Duduk atau baring dengan selesa dan luruskan pinggang
Tarik nafas panjang, tahan selama 2 saat dan lepaskannya perlahan-lahan
Cuba hembuskan nafas keluar perlahan-lahan berbanding ketika menarik nafas dalam
Ulangi kaedah di atas sehingga anda rasa tenteram
Bila tenang anda tidak perlu menarik nafas panjang tetapi lakukan dengan melepaskan nafas perlahan lahan bagi memastikan ketenangan
Relaksasi Otot. Ketenangan otot digunakan bagi menenangkan badan bila keadaan otot menjadi tegang:

Bila anda bernafas, anda telah menegangkan sebahagian otot-otot yang kejang
Tahankan otot-otot yang menegang selama 3 saat
Lepaskan otot yang kejang dan lepaskan nafas, di waktu yang sama anda akan rasakan kekejangan akan hilang semasa anda melepaskan nafas
Ulangi langkah seperti di atas 2-3 kali sehingga anda rasa lebih tenang
Dengan menegangkan otot anda akan dapati anda boleh merasai ketegangan dan ketenangan lebih dari apa yang diharapkan
Anda akan mendapat tindak balas ketenangan melalui langkah-langkah berikut:

Duduk dengan selesa dan senyap
Tutup mata
Mulakan dengan menenangkan otot-otot kaki dan otot-otot badan
Tumpukan perhatian kepada pernafasan
Tarik nafas panjang dan lepaskan perlan-lahan
Bolehkah ubat membantu kita rasa tenang?
Ya, Boleh. Ubat-ubatan khusus boleh membantu anda merasa tenang.
Walau bagaimanapun kemahiran khusus lebih membantu jika ketiadaan ubat. Dapatkan khidmat nasihat doktor anda.

Di mana anda boleh mendapat bantuan?

Kaunselor
Pakar Psikologi
Pegawai perubatan

Kepintaran dan kesihatan rohani

Kepintaran dan kesihatan rohani

Kepintaran pelbagai, kepintaran emosi dan kepintaran rohani

Kepintaran pelbagai
Kebolehan berfikir secara logik dan rasional tidak menyumbang kepada kepintaran menyeluruh. Howard Gardner telah memperkenalkan konsep kepintaran pelbagai yang merangkumi aspek seperti kepintaran bahasa (contoh: kemahiran menghasilkan puisi); logik dan diterima akal dan matematik (contoh: ahli sains); muzik (contoh: penggubahan lagu); ruang (contoh: pengukir, juruterbang); gerakan (contoh: penari, ahli sukan); antara manusia (contoh: guru, jurujual); sesama manusia (contoh: dalam lingkungan diri sendiri); dan kepintaran alam semula jadi (contoh: pemburu).

Kepintaran emosi
Kepintaran emosi seperti yang ditakrifkan oleh Daniel Goldman membawa maksud kebolehan untuk meletakkan diri di dalam kedudukan orang lain.

Kepintaran rohani
Kepintaran rohani pula bermaksud kepintaran yang menjadikan diri kita lengkap dan sempurna (Donah Zohar).

Kepintaran dan kesihatan kemampuan insan
Kehidupan yang sihat dan berjaya memerlukan pengisian berikut:

Kemampuan intelek
("apa yang saya fikirkan")
Kemampuan emosi
("apa yang saya rasakan")
Kemampuan rohani
("siapa saya? mengapa saya berada di sini")
Pengenalan
Manusia mempunyai rohani. Kita perlu mengetahui siapa diri kita dan mengapa kita dijadikan. Memiliki kerohanian yang sihat membolehkan kita menjalani kehidupan seharian secara memuaskan lagi bermakna. Bagi sesetengah orang kerohanian memberi maksud mempercayai Yang Maha Kuasa dan kehidupan di hari kemudian. Ini memberi kesan kepada kekuatan dalaman, ketenangan, keselesaan dan perasaan kasih sayang. Kesihatan rohani juga mendekatkan seseorang kepada Yang maha Pencipta dan alam semesta. Menurut Al Ghazali fungsi roh antara lain adalah untuk mengenali siapa pencipta, lantas menyayangi dan mendekatkan diri kepadaNya.

Kerohanian dan agama
Kebanyakan orang mendapat kepuasan rohani melalui agama yang dianutinya. Kerohanian dan agama sering dilihat daripada dua aspek yang saling berkait rapat. Agama ditafsirkan sebagai pautan kuat kepada institusi agama manakala kerohanian tidak semestinya bergantung kepada institusi berkenaan.

Kerohanian dan kesihatan rohani
Kepercayaan yang positif serta ketenangan yang diperoleh dari kerohanian banyak menyumbang kepada kesejahteraan jiwa dan pandangan hidup yang positif. Mempercayai dan meyakini tentang kewujudan Yang Maha Kuasa menjadikan seseorang itu sentiasa bersyukur, bertawakal dan redha. Manusia menjadi lebih bersyukur di saat bahagia dan tenang serta rasa ada tempat berdoa di kala mengalami duka nestapa.

Gabungan kukuh antara kesihatan emosi dan rohani menerbitkan kecergasan positif yang bersandarkan kepada nilai-nilai baik seperti kejujuran, bertanggungjawab, berpandangan jauh, boleh bekerjasama, adil dan mengambil berat (Ary Ginanjar Agustian). Namun demikian adalah penting untuk seseorang itu menyedari akan kewujudan perasaan-perasaan yang boleh menyumbang kepada kecelaruan rohani seperti sombong, bermegah-megah, iri hati, syak wasangka, marah, kedekut, gila kuasa, wang dan kemasyhuran.(Al Ghazali).

Langkah mencapai kesihatan rohani yang baik

Fahami kesihatan rohani menerusi
Kefahaman yang betul mengenai kehidupan di dunia ini
Kepercayaan yang jitu mengenai Yang Maha Kuasa, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ibadat sebagai perantaraan hubungan rapat antara manusia dengan penciptaNya.
Bertafakur
Membaca buku-buku agama, berzikir dan berwirid
Menyanyikan lagu-lagu kerohanian
Mendekati diri dengan alam ciptaanNya
Menglibatkan diri dan menghadiri aktiviti kerohanian dan keagamaan
Memahami kehidupan sebagai perjalanan rohani
Memberi makna yang positif terhadap semua aktiviti yang dilakukan.
Jujur serta ikhlas
Menunjukkan perasaan kasih dan sayang
Keluar dari kepompong mementingkan diri sendiri
Mudah bersedekah dan memberi maaf
Bersyukur dan menghargai
Boleh menyumbang tenaga tanpa berkira kepada yang memerlukan
Ada kalanya seseorang itu diuji dengan musibah dan cabaran dalam kehidupan. Kesihatan rohani membuat seseorang menjadi lebih redha dan tawakal.
Kematian
Menerima ketentuan bahawa jasad akan mati tetapi rohani berkekalan.
Memahami kewujudan emosi semasa meratapi kehilangan dan kematian seperti menolak dan menerima hakikat, marah, bernazar, sedih dan murung.
Rujukan

Al Ghazali (ihya Ulumiddin)
Ary Ginanjar Agustian
Daniel Goldman
Howard Gardner
www.esq.com.my
www.learnWell.org

Wednesday

Pantun Jenaka

Pantun Jenaka

Lebuhraya kota bersegi
Tempat temasya dara teruna
Hodohnya ketawa orang tak bergigi
Ibarat kota tiada kubunya

Api terang banyak kelkatu
Masuk ke kamar bersesak-sesak
Alangkah geli rasa hatiku
Melihat nenek bergincu berbedak

Ditiup angin bunga semalu
Kuncup daun bila berlaga
Bercakap Melayu kononnya malu
Belacan setongkol dibedal juga

Orang Rengat menanam betik
Betik disiram air berlinang
Hilang semangat penghulu itik
Melihat ayam lumba berenang

Tanam jerangau di bukit tinggi
Mati dipijak anak badak
Melihat sang bangau sakit gigi
Gelak terbahak penghulu katak

Singapura dilanggar todak
Kapal karam di Tanjung Peringin
Orang tua beristerikan budak
Macam beruk mendapat cermin

Bapa gergasi menebar jala
Pegang tali melintuk-liuk
Masakan pengerusi tak garu kepala
Melihat ahli semua mengantuk

Gemuruh tabuh bukan kepalang
Diasah lembing berkilat-kilat
Gementar tubuh harimau belang
Nampak kambing pandai bersilat

Buah salak di rumah Tok Imam
Sirih sekapur pergi menjala
Anjing menyalak harimau demam
Kucing di dapur pening kepala

Anak cina menggali cacing
Mari diisi dalam tempurung
Penjual sendiri tak kenal dacing
Alamat dagangan habis diborong

Biduk buluh bermuat tulang
Anak Siam pulang berbaris
Duduk mengeluh panglima helang
Melihat ayam bercengkang keris

Buah jering dari Jawa
Naik sigai ke atas atap
Ikan kering lagi ketawa
Dengar tupai baca kitab

Pohon manggis di tepi rawa
Tempat datuk tidur beradu
Sedang menangis nenek tertawa
Melihat datuk bermain gundu

Ceduk air di dalam perigi
Timbanya bertangkaikan suasa
Jikalau kucing tak bergigi
Alamat tikus berjoget berdansa

Anak dara Datuk Tinggi
Buat gulai ikan tilan
Datuk tua tak ada gigi
Bila makan kunyah telan
Berderak-derak sangkutan dacing
Bagaikan putus diimpit lumpang
Bergerak-gerak kumis kucing
Melihat tikus bawa senapang

Pokok pinang patanya condong
Dipukul ribut berhari-hari
Kucing berenang tikus berdayung
Ikan di laut berdiam diri

Tanam pinang di atas kubur
Tanam bayam jauh ke tepi
Walaupun musang sedang tidur
Mengira ayam di dalam mimpi

Anak bakau di rumpun salak
Patah taruknya ditimpa genta
Riuh kerbau tergelak-gelak
Melihat beruk berkaca mata

Orang menganyam sambil duduk
Kalau sudah bawa ke balai
Melihat ayam memakai tanduk
Datang musang meminta damai

Hilir lorong mudik lorong
Bertongkat batang temberau
Bukan saya berkata bohong
Katak memikul paha kerbau

Di kedai Yahya berjual surat
Di kedai kami berjual sisir
Sang buaya melompat ke darat
Melihat kambing terjun ke air

Jikalau lengang dalam negeri
Marilah kita pergi ke kota
Hairan tercengang kucing berdiri
Melihat tikus naik kereta

Senangis letak di timbangan
Pemulut kumbang pagi-pagi
Menangis katak di kubangan
Melihat belut terbang tinggi

Anak Hindu beli petola
Beli pangkur dua-dua
Mendengar kucing berbiola
Duduk termenung tikus tua

Punggur berdaun di atas kota
Jarak sejengkal dua jari
Musang rabun, helang pun buta
Baru ayam suka hati

Ketika perang dinegeri Jerman
Ramai askarnya mati mengamuk
Rangup gunung dikunyah kuman
Lautan kering dihirup nyamuk

Jual betik dengan kandil
Kandil buatan orang Inggeris
Melihat buaya menyandang bedil
Lembu dan kerbau tegak berbaris

Jemur bijan dengan kulitnya
Jemur di atas pohon lembayung
Hari hujan sangat lebatnya
Lamun Si Pandir mengepit payung

Elok rupa pohon belimbing
Tumbuh dekat limau lungga
Elok berbini orang sumbing
Walau marah ketawa juga

Rumah besar berdinding tidak
Beratapkan daun palas
Badan besar beristeri tidak
Itu tandanya orang pemalas

Adik nama Comat
Suka beri salam
Budak ketawa kuat
Suka kecing malam

Dari Ambun hendak ke Perak
Singgah di Jeram Mengkuang
Si Awang Kenit mencuri kerak
Hidung berbelang terpalit arang

Biduk lalu kiambang bertaut
Nakhoda Kasap duduk termenung
Gila latah ikan di laut
Melihat umpan di kaki gunung

Pakai seluar labuh ke bawah
Ikut permatang jalan melenggang
Nampak zahir memang mewah
Tapi hutang keliling pinggang

Orang Sibu menunggang kuda
Kuda ditunggang patah pinggang
Masih mahu mengaku muda
Padahal cucu keliling pinggang

Tahankan jerat gunakan tali
Pacak kuat biar melekap
Kalau bini suka membeli
Hutang berbaris suami ke lokap

Tuan puteri memasang panjut
Dayang tolong menghalau lalat
Kucing tidur bangkit terkejut
Melihat tikus pandai bersilat

Pantun Azah Aziz

Kalau tuan pergi ke bendang,
Jangan petik buah rembia,
Tuan umpama bulan mengambang,
Cahaya meliput serata dunia.

Burung merpati kepak bersilang,
Turun ke bendang makan pagi,
Simpan di peti takutkan hilang,
Baik disimpan di dalam hati.

Kalau ya selasih dandi,
Cendawan tumbuh di atas pintu,
Kalau ya kasihkan kami,
Guntingkan kami sehelai baju.

Melepuh kakiku terkena tunggul,
Tunggul besar di tengah padang,
Gelusuh hatiku melihat sanggul,
Sanggul besar berbunga goyang.

~ Azah Aziz

Buku karya Azah Aziz, Rupa dan Gaya Busana Melayu kini sudah pun terdapat di pasaran dengan harga RM180, berkulit tebal rona merah dan bersepuh keemasan di bahagian tepi setiap helai buku.

Pantun Berkait

Pantun Berkait
Pantun Berkait 1

Kalau tuan pergi ke Tanjung
Kirim saya sehelai baju
Kalau tuan menjadi burung
Saya menjadi ranting kayu

Kalau tuan pergi ke Tanjung
Belikan saya pisau lipat
Kalau tuan menjadi burung
Saya menjadi benang pengikat

Kalau tuan pergi ke laut
Pesan saya ketam jantan
Kalau tuan menjadi pulut
Saya menjadi kepala santan

Kalau tuan pergi ke laut
Carilah saya ketam betina
Kalau tuan menjadi rambut
Saya menjadi bunga cina

Kalau tuan pergi ke laut
Carilah saya ketam bertelur
Kalau tuan menjadi rambut
Saya menjadi bunga melur

Kalau tuan pergi ke Kelang
Saya hantar sampai ke Linggi
Kalau tuan menjadi helang
Saya menjadi kayu tinggi

Kalau tuan pergi ke Langat
Saya mMenanti di batu sembilan
Kalau tuan menjadi mayat
Saya menjadi air sembilan

Kalau tuan mencari buah
Saya pun mencari pandan
Kalau tuan menjadi nyawa
Saya pun menjadi badan

Pantun Berkait 2

Anak ayam turun sepuluh
Mati seekor tinggal sembilan
Bangun pagi sembahyang Subuh
Minta doa pada Tuhan

Anak ayam turun sembilan
Mati seekor tinggal lapan
Minta doa kepada Tuhan
Moga-moga Allah makbulkan

Anak ayam turun lapan
Mati seekor tinggal tujuh
Moga-moga Allah makbulkan
Dapat nanti seorang jodoh

Anak ayam turun tujuh
Mati seekor tinggal enam
Dapat nanti seorang jodoh
Sebagaimana yang kamu idamkan

Anak ayam turun enam
Mati seekor tinggal lima
Sebagaimana yang kamu idamkan
Elok muafakat hidup bersama

( Anak Ayam Turun Sepuluh)

Pantun Berkait 3

Angin Barat bertiup nyaman
Burung gagak terbang ke rimba
Tanamkan kudrat pada keazaman
Bulan tidak jatuh ke riba
Bunga melur cempaka biru
Bunga rampai di dalam puana
Tujuh malam semalam rindu
Belum sampai padamu tuan

Bunga rampai di dalam puan
Ruku-ruku dari Peringgit
Belum sampai padamu tuan
Rindu saya bukan sedikit

Ruku-ruku dari Peringgit
Teras jati bertalam-talam
Rindu saya bukan sedikit
Nyaris mati semalam-malam

Teras jati bertalam-talam
Kapal berlabuh di lautan sisi
Nyaris mati semalam-malam
Bantal dipeluk saya tangisi

Kapal berlabuh di lautan sisi
Patah puteri naga-naganya
Bantal dipeluk saya tangisi
Hendak mati rasa-rasanya

Patah puteri naga-naganya
Sentakkan layar ke Inderagiri
Hendak mati rasa-rasanya
Air ditelan serasa duri

Sentakkan layar ke Inderagiri
Ikan todak dalam perahu
Air ditelan serasa duri
Tidur tak hendak makan tak mahu

(Air Diminum Serasa Duri)

Pantun Berkait 4

Orang berpadi di tanah liat
Di Mekah banyak buah pedada
Mayat tiada dapat dilihat
Seperti merekah rasanya dada

Di Mekah banyak buah pedada
Bunga tanjung di atas rakit
Seperti merekah rasanya dada
Terkenangkan untung dan nasib

Bunga tanjung di atas bukit
Serabi di muka pintu
Terkenangkan untung dengan nasib
Maka sampai sehingga situ

Serabi di muka pintu
Pergi ke parit hendak merayau
Maka sampai sehingga situ
Ratu Amas berbalik ke Riau

Pergi ke Parit hendak merayau
Situlah banyak ubi kemili
Ratu Amas berbalik ke Riau
Duduk mendiam-diamkan diri

(Raja Ali Haji)

Pantun Berkait 5

Pokok beringin, di tepi huma
Pucuk melampai menghala ke belukar
Hati ingin melihat bunga
Bunga dilengkung ular yang besar

Pucuk melampai menghala ke belukar
Mati dililit ribu-ribu
Bunga dilengkung ular yang besar
Carilah akal dengannya tipu

Mati dililit ribu-ribu
Laksamana tukang tutuhnya
Carilah akal dengannya tipu
Bagaimana akan membunuhnya?

Laksamana tukang tutuhnya
Sandar-menyandar di batang pinang
Bagaimana akan membunuhnya?
Tembak dengan peluru bertunang

Sandar-menyandar di batang pinang
Timpa menimpa di batang padi
Tembak dengan peluru bertunang
Kena tak kena, ularpun mati

Timpa-menimpa di batang padi
Padi dibawa dari balok
Kena tak kena, ularpun mati
Bunga pun dapat kita nan jolok

Padi dibawa dari balok
Tiba di kuala pecah perahunya
Bungapun dapat kita nan jolok
Sampai di kepala pecah baunya

Tiba di kuala pecah perahunya
Jurumudi menyorong sampan
Sampai di kepala pecah baunya
Tujuh hari saya tak makan

( Bunga Dililit Ular Besar)

Pantun Berkait 6

Candek-candek pisang di Jambi
Menjulai saja yang belum
Bertanah sudahlah kami
Menggulai saja yang belum

Menjulai pisang di Jambi
Berseludung saja yang belum
Menggulai sudahlah kami
Bertanak saja yang belum

Berseludung pisang di Jambi
Bersikat saja yang belum
Bertanak sudahlah kami
Berhidang saja yang belum

Bersikat pisang di Jambi
Mengkal saja yang belum
Berhidang sudahlah kami
Bersantap saja yang belum

(Hikayat Anggun Che Tunggal)

Pantun Berkait 7

Tanam pinang rapat-rapat
Biar senang puyuh berlari
Kalau kupinang, pinang tak dapat
Kupujuk-pujuk, ku bawa lari

Biar senang puyuh berlari
Pinang ditanam rapat-rapat
Mengapa mesti dibawa lari
Bukankan baik mengikut adat?

Pinang ditanam rapat-rapat
Agar dapat puyuh berlari
Kalau sanggup melanggar adat
Tak usah kahwin hingga ke mati

Agar puyuh dapat berlari
Makan pinang ditanam rapat
Adat melayu jangan cemari
Kalau berusaha pastikan dapat

Maka pinang ditanam rapat
Puyuh kini berlari-lari
Samalah kita menjunjung adat
Tunggak budaya semai dihati

Pantun Berkait 8

Buah Ara, batang dibantun
Mari dibantun dengan parang
Hai saudara dengarlah pantun
Pantun tidak mengata orang

Mari dibantun dengan parang
Berangan besar di dalam padi
Pantun tidak mengata orang
Janganlah syak di dalam hati

Berangan besar dalam padi
Rumpun buluh dibuat pagar
Jangan syak di dalam hati
Maklum pantun saya baru belajar

Rumpun buluh dibuat pagar
Cempedak dikerat-kerati
Maklumlah pantun saya belajar
Saya budak belum mengerti

Cempedak dikerat-kerati
Batang perepat saya robohkan
Saya budak belum mengerti
Sebarang dapat saya pantunkan

(Pantun Tidak Mengata Orang)

Pantun Berkait 9

Pergi kehulu menjala ikan
Belayar sampan ke Tanjung Jati
Masa lalu jangan ditangiskan
Masa depan jangan ditakuti

Belayar sampan ke Tanjung Jati
Cuaca redup di tepi muara
Masa depan jangan ditakuti
Bahtera hidup kemudinya usaha

Cuaca redup di tepi muara
Angin Barat bertiup nyaman
Bahtera hidup kemudinya usaha
Tanamkan kudrat pada keazaman
Pantun Berkait 10

Redup ini amatlah nikmat
Berkat rimbunnya si pokok jati
Hidup ini amatlah singkat
Sekali hidup biarlah bererti

Berkat rimbunnya si pokok jati
Tempat burung selalu bertemu
Sekali hidup biarlah bererti
Isikan akal dengan ilmu

Tempat burung selalu bertemu
Menghabiskan masa siangnya
Isikan akal dengan ilmu
Ilmu itu tiada habisnya

Menghabiskan masa siangnya
Sebelum bermalam di dalam hutan
Ilmu itu tiada habisnya
Ibarat saujana air lautan

Sebelum bermalam di dalam hutan
Diam berjejeran di atas ranting
Ibarat saujana air lautan
Ditimba, manakan kering

Pantun Berkait 11

Ditenun kain dengan kapas
Bermacam-macam warna ragi
Perahu lilin layar kertas
Berani kulanggar lautan api

Cik Daud berketam padi
Sambil petik bunga pudak
Tuan pergi ke laut api
Biar hangus kuturut juga

Kedondong batang sumpitan
Batang padi saya lurutkan
Tujuh gunung sembilan lautan
Kalau tak mati saya turutkan

Pantun Seloka

Pantun Seloka
Huruf A, B, dan C
Jambu atas batu
Kenapa tidak kasi
Sombong macam hantu

Undang-undang papan
Surat dalam buluh
Tunang ada lapan
Gundik tujuh puluh

Jalan-jalan sepanjang jalan
Singgah-menyinggah di pagar orang
Pura-pura mencari ayam
Ekor mata di anak orang

Orang perempuan hendak bersegak
Lalu diasah kulit awak
Jerawat penuh muka berkerak
Lihat cantik dilumur bedak

Gigi bertatah dengan gewang
Kelip kilau nampak berjahang
Rumah buruk lantai jarang
Kalau terperlus malu kat orang

Asah gigi delima merkah
Kilat cahaya bagai ditatah
Kepala dogol kena belah
Kain direndak kenapa tak basah?

Terketak bagai udang ditangguk
Terlompat-lompat tertepuk-tepuk
Tiada sedar kaki cabuk
Dihurung bebari habis merobok

Cantik manis putih kuning
Bagai tanduk bersending gading
Salah pandang akal dirunding
Perangai pula laksana anjing

Tergesa-gesa balik ke kampung
Pelanduk seekor tidak terkepung
Encik bukan kera dan lontong
Ranting yang buruk hendak bergantung

Ada seekor burung belatuk
Cari makan di kayu buruk
Tuan umpama ayam pungguk
Segan mencakar rajin mematuk

Pantun Hari Raya

Pantun Hari Raya
Buah pauh di tengah bendang
Jadi dagangan di tengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita

Masak udang dan gulai ketam
Pembasuh mulut kuih keria
Berbunyi mercun berdentum-dentam
Riang gembira di Hari Raya

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami meyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban

Disisir diandam dengan cekap
Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut Hari Raya

Adik tersayang segak bergaya
Mengait kuih di atas para
Suasana riang di Hari Raya
Bermaaf-maafan riang gembira

Sumber: Selekta

Pantun Teka-Teki

Pantun Teka-Teki
Kalau Tuan pergi ke kedai
Belikan saya buah keranji
Kalau tuan bijak pandai
Apa binatang keris di kaki?

Ada sebiji roda pedati
Bentuknya bulat daripada besi
Bila bermain diikat sekuat hati
Dilempar hidup dipegang mati?

Buah budi bedara mengkal
Masak sebiji di tepi pantai
Hilang budi bicara akal
Buah apa tidak bertangkai?

Burung nuri burung dara
Terbang ke sisi taman kayangan
Cubalah teka wahai saudara
Semakin diisi makin ringan?

Bunga orkid indah warnanya
Penyeri taman dan juga hutan
Ramai orang datang bertanya
Bintang apa hidup di lautan?

Pak Pung Pak Mustafa
Encik Dollah dirumahnya
Ada tepung ada kelapa
Gula Melaka jadi intinya

Kelip-kelip kusangka api
Kalau api mana asapnya?
Hilang ghaib disangkakan mati
Kalau mati mana kuburnya?

Budak-budak bermain batu
Batu dikira satu persatu
Badannya lurus bermata satu
Ekornya tajam apakah itu?

Jika tuan membeli tikar
Tikar anyaman dari mengkuang
Kalau Tuan bijak pintar
Ular apa membelit pinggang?

Masak tumis sambal petai
Makan kenyang sambil sendawa
Anda menziarah sahabat handai
Buah apakah yang akan dibawa?

Pokoknya bulat dan juga rendang
Masam dan hijau ketika muda
Buahnya berbentuk seperti bintang
Sudah masak, kuninglah ia

Belayar perahu dari Bentan
Menyusur tepi Selat Melaka
Lebar kepala dari badan
Apakah ikan cubalah teka?

Mak Minah menanak minyak
Kemenyan dibakar dengan setanggi
Dua peha beranak banyak
Untuk mendaki tempat yang tinggi?

Orang bekerja diberikan upah
Hidangan disaji dalam talam
Gajah putih ditengah rumah
Layar terkembang di waktu malam?

Gigi berduri tatah bersigai
Pembelah kayu ia berguna
Jika tuan orang yang pandai
Benda apakah makannya dua cara?

Jika ke kedai pergi berbelanja
Belikan saya sudu dan senduk
Jika pandai katakan ia
Semakin berisi semakin menunduk?

Kalau tuan pakai lencana
Pakailah songkok di atas kepala
Kalau Tuan bijak laksana
Binatang apakah tiada kepala?

Pisau lipat dimainnya kera
Tangannya luka lalu terjun
Makan kuat tidak terkira
Kenyangnya tidak tahi bertimbun?

Minah ketawa terjerit-jerit
Melihat koyak pada seluar
Orang putih duduk sederet
Pagar didalam tebing diluar?

Tuan puteri belajar menari
Tari diajar oleh Pak Harun
Kalau Tuan bijak bestari
Apa yang naik tak pernah turun?


Senarai Jawapan

Jawapan 1 : Ayam
Jawapan 2: Gasing
Jawapan 3: Buah Melaka
Jawapan 4 : Belon
Jawapan 5 : Tapak Sulaiman
Jawapan 6 : Buah Melaka
Jawapan 7 : Kilat
Jawapan 8: Jarum
Jawapan 9: Tali Pinggang
Jawapan 10: Buah Tangan
Jawapan 11: Belimbing
Jawapan 12: Ikan Pari
Jawapan 13: Tangga
Jawapan 14; Kelambu
Jawapan 15: Gergaji
Jawapan 16: Padi
Jawapan 17: Ketam
Jawapan 18: Api
Jawapan 19: Gigi
Jawapan 20: Umur

Pantun Budi

Pantun Budi
Dari Daik pulang ke Daik
Sehari-hari berkebun pisang
Budi baik dibalas baik
Dalam hati dikenang orang

Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi tuan saya tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati

Tenang-tenang air laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi baik rasa nak junjung

Kapal belayar dari Arakan
Ambil gaji jadi jemudi
Mati ikan kerana umpan
Mati saya kerana budi

Banyak ubi perkara ubi
Ubi keledek ditanam orang
Banyak budi perkara budi
Budi baik dikenang orang

Lipat kain lipat baju
Lipat kertas dalam puan
Dari air menjadi batu
Sedikit tak lupa budi tuan

Jentayu burung jentayu
Hinggap di balik pokok mayang
Bunga kembang akan layu
Budi baik bilakan hilang

Jika belayar ke tanah Aceh
Singgah dulu di kota Deli
Jika hendak orang mengasih
Hendaklah baik bicara budi

Bunga melati bunga di darat
Bunga seroja di tepi kali
Hina besi kerana karat
Hina manusia tidak berbudi

Dewa sakti melayang ke Daik
Hendak mencari Dewa Jaruga
Kalau ada budi yang baik
Sampai ke mati orang tak lupa

Baik-baik bertanam padi
Jangan sampai dimakan rusa
Baik-baik termakan budi
Jangan sampai badan binasa

Tingkap papan kayu bersegi
Sampan sakat di Pulau Angsa
Indah tampan kerana budi
Tinggi darjat kerana bahasa

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik di kenang juga

Pergi ke sawah menanam padi
Singgah disungai menangkap ikan
Hidup hendaklah bersendikan budi
Sifat sombong jangan amalkan

Apa guna berkain batik
Kalau tidak dengan sucinya?
Apa guna beristeri cantik
Kalau tidak dengan budinya

Bunga melati bunga di darat
Bunga seroja di tepi kali
Hina besi kerana karat
Hina manusia tidak berbudi

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibayar mati

Anak merak Kampung Cina
Singgah berhenti kepala titi
Emas perak kebesaran dunia
Budi bahasa tak dapat dicari

Anak angsa mati lemas
Mati lemas di air masin
Hilang bahasa kerana emas
Hilang budi kerana miskin

Yang kurik tu kundi
Yang merah saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa

Limau manis dimakan manis
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Manis sekali hati budinya

Cuaca gelap semakin redup
Masakan boleh kembali terang
Budi bahasa amalan hidup
Barulah kekal dihormati orang

Tuan Puteri membeli ginseng
Singgah di pasar mencari kari
Jangan ikut budaya samseng
Kelak menyesal di kemudian hari...

Pantun Anak Dagang Di Perantauan

Pantun Anak Dagang Di Perantauan

Permatang rimba bersuluh terang,
Ranting bersilang taut pegaga,
Dagang hamba jauh di seberang,
Membanting tulang buat keluarga.

Ke Kuala Sedili mencari kerang
Kerang di bawa di dalam perahu
Sungguh jauh di rantau orang
Menangis di hati siapa yang tahu

Masam manis buah kuini
Jangan pula makan melampau
Walau berkurun aku disini
Tapi masih dipandang perantau

Air diangkut di dalam timba,
Menyiram bunga tanam merata;
Usah diikut rasanya hiba,
Rindu tak terubat dek airmata.

Bayang redup si pohon kelapa
Tempat berteduh si anak rusa
Dagang tidak membawa apa
Mengapa pergi menanggung dosa

Naik sampan nak ke seberang
Pergi bersama dengan di dara
Hamba dagang di negeri orang
Jauh dari sanak saudara

Puas saya menanam ubi
Nenas juga ditanam orang
Puas sudah kutanam budi
Emas juga dipandang orang

Lebat pinang di pinggir Kampung
Masak setangkai letak di peti
Sedih hati mengenang untung
Jauh merantau mencari rezeki

Anak puyuh patah lah kaki
Memagut selasih dipinggir kali
Susah payah dagang mencari rezeki
Rahmat kasih Allah luas sekali

Girangnya hati sang teruna
Bertemu dara di hujung bendang
Apalah ada pada hamba
Rupa tiada harta pun kurang

Burung ketitir membuat sarang
Sarang dibuat dirumah tamu
Hamba ini seorang pedagang
Dagang untuk mencari ilmu

Baik-baik meniti bendang
Tanah yang lecak licin sekali
Rupa tiada harta pun kurang
Hanya ilmu penyuluh diri

Burung terbang diatas perigi
Sampan kolek penuh kelapa
Mencari ilmu di tempat tinggi
Namun asal ku tidak ku lupa

Buah delima tingalnya satu
Tempat bersarang semut dan kerengga
Sunguhpun jauh beribu batu
Namun yang tercinta dikenang juga

Daun gelenggang pengubat santau
Pohonnya condong tumbuh berjejeran
Anak dagang asing di rantau
Jangan lupakan desa kelahiran.

Silau persada berjejal bintang,
Indah purnama di Kuala Rusa,
Kalau tiada aral melintang,
Pulanglah jua hamba ke desa.

Source: melayu.com

Tuesday

Analisis Bulan Lahir

Analisis Bulan Lahir Anda


Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi.

MAC

* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan.

APRIL

* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu.

MEI

* Keras hati & degil.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros.

JUN

* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS

* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan.

SEPTEMBER

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik.

OKTOBER

* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat.

NOVEMBER

* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat
tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk di rumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.

DISEMBER

* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik.