Monday

Thursday

TERAS AQIDAH DI DALAM ISLAM

PENGERTIAN ISLAM



Islam (B. Arab: الإسلام; al-'islām (bantuan·maklumat); disebut: [ɪs.ˈlaːm]) (aslama = أسلم, yuslimu = يسلم, islaman = اسلاما) merupakan agama Ibrahim yang berasal dengan pengajaran dari Nabi Islam Muhammad s.a.w., seorang tokoh politik dan keagamaan Arab abad ke-7. perkataan Islam bermaksud "penyerahan", atau penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah (B. Arab الله, Allāh).[1] Seorang penganut Islam dikenali sebagai Muslim, bermaksud "seorang yang tunduk [kepada Allah]".[2][3] Terdapat antara 1.3 bilion ke 1.8 bilion Muslim, menjadikan Islam agama kedua terbesar di dunia, selepas Kristian.[4]
Muslim percaya bahawa Allah mewahyukan Al-Qur'an kepada Nabi Muhammad s.a.w., penutup segala Nabi Allah, dan menganggap Al-Qur'an dan Sunnah (sabda dan amalan Nabi Muhammad s.a.w.) sebagai sumber utama Islam.[5] Umat Islam tidak menganggap Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pengasas agama baru, tetapi sebagai pemulih keimanan monoteistik ajaran Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s., dan lain-lain nabi. Tradisi Islam menegaskan bahawa Yahudi dan Kristian memutarbalikkan wahyu yang Allah berikan kepada nabi-nabi ini dengan mengubah teks atau memperkenalkan tafsiran palsu, atau kedua-duanya.[6]
Islam memerintahkan banyak amalan keagamaan. Penganut Islam umumnya dikehendaki memegang Rukun Islam, yang merupakan lima tanggungjawab yang menyatukan Muslim ke dalam sebuah masyarakat.[7] Selain itu, hukum Islam (syariah) telah membangunkan hukum yang menyentuh pada hampir semua aspek kehidupan dan kemasyarakatan. Tradisi ini meliputi segalanya dari hal praktik seperti hukum pemakanan dan perbankan kepada jihad dan zakat.[8]
Hampir kesemua Muslim tergolong kepada salah satu dari dua mazhab terbesar, Sunah (85%) dan Syiah (15%). Perpecahan berlaku pada lewat abad ke-7 berikutan ketidaksetujuan atas kepimpinan politik dan keagamaan masyarakat Islam. Islam adalah agama paling berpengaruh di Afrika dan Timur Tengah, serta di sebahagian besar Asia. Komuniti besar juga ditemui di China, Semenanjung Balkan di Eropah Timur dan Rusia. Terdapat juga sebahagian besar komuniti pendatang Muslim di bahagian lain dunia, seperti Eropah Barat. Sekitar 20% Muslim tinggal di negara-negara Arab,[9] 30% di subbenua India dan 15.6% di Indonesia, negara Muslim terbesar mengikut populasi.[10]
Isi kandungan [sorok]
1 Etimologi dan maksud
2 Rencana keimanan
2.1 Allah
2.2 Al-Qur'an
2.3 Malaikat
2.4 Nabi Muhammad s.a.w.
2.5 Kebangkitan dan pengadilan
2.6 Takdir
3 Tugas dan amalan
3.1 Lima Rukun
3.2 Hukum
3.2.1 Agama dan negeri
3.3 Adab dan pemakanan
3.4 Jihad
4 Sejarah
4.1 Kebangkitan pengkhalifah dan perang saudara Islam (632–650)
4.2 Zaman Keemasan (750–1258)
4.3 Perang Salib, Reconquista dan penjajahan Mongol
4.4 Empayar Turki, Iran dan India (1030–1918)
4.5 Zaman moden (1918–kini)
5 Komuniti
5.1 Demografi
5.2 Masjid
5.3 Kehidupan keluarga
5.4 Kalendar
6 Agama lain
7 Mazhab
7.1 Sunah
7.2 Syi'ah
7.3 Sufisme
7.4 Lain-lain
8 Islam hari ini
9 Lihat juga
10 Nota
11 Rujukan
11.1 Buku dan jurnal
11.1.1 Ensiklopedia
12 Bacaan lanjut
13 Pautan luar

Untuk makna lain, termasuk orang bernama `Islam', lihat Islam (nyahkekaburan).
Sebahagian dari siri berkaitan

Islam
Rukun Iman
Allah · Kitab · Malaikat · Nabi
Hari Akhirat · Qada dan Qadar
Rukun Islam
Syahadah · Solat · Puasa
Zakat · Haji
Kota Suci
Makkah · Madinah
Baitulmuqaddis
Hari Raya
Aidilfitri · Aidiladha
Hukum
Quran · Sunnah · Hadis
Sejarah
Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah · Khilafah
Tokoh Islam
Nabi Muhammad s.a.w
Ahlul Bait · Sahabat Nabi
Mazhab
Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi · Syafie
Maliki · Hanbali
Budaya Dan Masyarakat
Akademik · Haiwan · Seni
Takwim · Kanak-kanak
Demografi · Perayaan
Masjid · Dakwah · Falsafah
Sains · Wanita · Politik
Lihat juga
Kritikan · Islamofobia
Glosari
Portal Islam

TERJEMAHAN AL-QURAN

http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/

SURAH AL-FATIHAH & AL-BAQARAH




Terjemahan rumi Surah Al-Fatihah

[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.



Surah Al-Fatihah (سورة الفاتحة) - Pembukaan - surah yang diturunkan di Makkah dan diturunkan selepas Surah Al-Muddathir. Surah ini mempunyai 7 ayat dan inilah surah pertama yang diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah.
Surah ini dinamakan Al-Fatihah (Pembukaan) kerana ia dijadikan sebagai pembuka dan permulaan Al-Quran.
Surah ini juga dinamakan Ummul Quran (ام القــرآن - Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (ام الكتاب - Ibu Kitab) kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran itu sendiri.
Surah ini turut dinamakan As-Sab'ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat.



SURAH AL-BAQARAH
Surah Al Baqarah (Arab: سورة البقرة‎ ​ "Lembu") Merupakan surah kedua dan terpanjang yang mengandungi 286 ayat. Surah ini turun di Madinah yang sebahagian besar diturunkan pada permulaan tahun Hijrah, kecuali ayat 281 diturunkan di Mina pada Haji wada' (haji Nabi Muhammad s.a.w. yang terakhir). Seluruh ayat dari surat ini merupakan ayat Madaniyyah yang di dalamnya juga mempunyai ayat yang terpanjang (ayat 282). Surat ini dinamai Al Baqarah kerana terdapat kisah di dalamnya yang berkaitan perbalahan kaum Bani Israil dengan Nabi Musa a.s. tentang penyembelihan lembu betina untuk mengetahui siapa yang kemudiannya menjelaskan sifat kaum Yahudi yang keras hatinya. Surah ini juga dinamakan Fusthaatul-Quran (puncak Al Quran) kerana memuatkan beberapa hukum yang tidak disebutkan dalam surah yang lain. Ia juga digelar juga surah alif-laam-miim kerana surah ini dimulai dengan Alif-laam-miim.
[sunting]Isi kandungan

Surah ini banyak mengisahkan hukum-hakam dan syariat seperti perintah mengerjakan solat; menunaikan zakat; hukum puasa; hukum haji dan umrah; hukum qisas; hal-hal yang halal dan yang haram; bernafkah di jalan Allah; hukum arak dan judi; cara menyantuni anak yatim, larangan riba; hutang piutang; nafkah dan yang berhak menerimanya; wasiat kepada dua orang ibu-bapa dan kaum kerabat; hukum sumpah; kewajiban menyampaikan amanat; sihir; hukum merosakkan masjid; hukum meubah kitab-kitab Allah; hukum haidh, 'iddah, thalak, khulu', ilaa' dan hukum susuan; hukum melamar, mahar, larangan mengawini wanita musyrik dan sebaliknya; hukum perang.
Surah ini juga ada menceritakan kisah Nabi Adam a.s., Nabi Musa a.s. dan Nabi Ibrahim a.s. serta larangan akan bulan haram. Perkara utamanya adalah berdakwah kepada kaum musyrik dan Yahudi Madinahserta memberi amaran kepada mereka serta kepada kaum munafik akan ketentuan Allah kepada mereka yang tidak beriman kepada-Nya.
[sunting]Ayat lazim


5 ayat pertama sering dijadikan bacaan malah dijadikan hafalan pelajar sekolah. Ayat ini menceritakan akan sifat orang yang beriman:
Alif, Laam, Miim.
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; [
Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya.
Surah ini juga mengandungi ayat kursi iaitu ayat yang teragung dan sering dihafal oleh masyarakat Muslim. Malah, ayat ini dijadikan bacaan untuk mendapat perlindungan dan keredhaan Allah SW

SEJARAH AYAT KURSI



Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya.

Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka.

Rasullah S.A.W. dengan segera memerintahkan Zaid b. Sabit menulis serta menyebarkannya.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah S.W.T.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah, Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

Untuk amalan kita semua.....
Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah S.A.W. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.", Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.

Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur, perbuatan-perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi, juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a. , Rasullullah S.A.W. bersabda, " SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT....

KEBERKATAN SURAH YASIN







KEBERKATAN SURAH YASIN

RASULULLAH s. a. w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah s. a. w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah s. a. w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s. a. w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

KERBERKATAN YAASIIN (DARI KACAMATA DR FATMA ELZAHRAA)

Untuk Keselamatan Diri Yang, Susah Menjadi Senang

Ø Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri

Ø Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.

Ø Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ø Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ø Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.

Ø Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.

Ø Ayat 29 - Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.

Ø Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allahs.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Ø Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik. Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Muhammad, Kita orang Islam dll.

Ø Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.

Ø Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang -pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ø Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.

Ø Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Ø Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.

Ø Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ø Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.

Ø Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia – Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ø Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ø Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.

Ø Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba

Ø Tiupan ke-dua - Hancur

Ø Tiupan ke-tiga - Semua orang di hidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.

Ø Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.

Ø Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

Ø Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan. Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.

Ø Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: “dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?” (Ayat 78 dan 79) - Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah. Doktor di hospital pun tanya dia utk rawatan patient mrk dan Dr Fatimah berikan ayat ini.

Ø Ayat 79 - Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."

Ø Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut, Baca pada air [100x) Dan berdoa apa sahaja hajat

Wallahualam.

Wednesday

SURAH-SURAH LAZIM

Saturday

10 AMALAN YANG TERBALIK

10 AMALAN YANG TERBALIK

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri aruah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan $20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar $15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Friday

KEMBALI SATU PENYELESAIAN AKHIR

KEMBALI SATU PENYELESAIAN ( AKHIR )

Segala fakta yang tertulis sebelum ini adalah sebagai panduan yang umum. Manakala bagi individu itu sendiri, hendaklah ia bermula dengan aturan amalan di bawah ini. Amalan ini adalah amat berkesan untuk semua peringkat dan darjat manusia. Amalan ini juga adalah sebagai pemangkin untuk patuh dan taat kepada Allah S.W.T. dan Nabi S.A.W.

PERTAMA

Hendaklah melazimkan membaca selawat dan istighfar sehingga berkekalan ke akhir hayat. Pada permulaannya hendaklah membaca sebanyak empat puluh ribu selawat dan istighfar.

Peringatan: Selawat ini juga hendaklah dibaca sekurang-kurangnya 100 kali sehari dan juga sebelum dan sesudah solat serta pada bila-bila waktu jua (sentiasa).

KEDUA

Membaca Ayat Kursi selepas setiap Solat Subuh dan Asar.

Tiap-tiap kali Ayat Kursi selesai dibaca, maka berdoalah seperti berikut: "Ya Allah, ya Tuhanku! Jadikanlah di hadapan hamba-Mu yang hina, daif, jahil lagi banyak dosa ini, kota besi, kota tembaga yang tidak dapat dikhianati oleh iblis, jin, manusia dan binatang."
Doa ini dibaca tiap-tiap kali selesai membaca Ayat Kursi, hendaklah ditukarkan perkataan di hadapan kepada di belakang, di kanan, di kiri, di atas dan di bawah.
Doa yang ketujuh hendaklah dibaca seperti berikut sambil menadah tangan: “Ya Allah, ya Tuhanku! Peliharakanlah setiap sendi-sendi, liang bulu roma hamba-Mu yang hina, daif, jahil lagi banyak dosa ini dari gangguan hawa nafsu dan syaitan semata-mata dengan limpah rahmat-Mu sahaja, ya Allah!"
Selepas selesai membaca doa ini, hendaklah dihembuskan ke tapak tangan kemudian disapu ke seluruh badan kecuali kemaluan dan tapak kaki.
Hendaklah dibaca 7 kali pagi dan petang. InsyaAllah akan terpelihara daripada segala macam pengkhianatan dan perseteruan semata-mata dengan izin Allah S.W.T.
Kemudian teruskan bacaan-bacaan lain.
Kesimpulannya, hendaklah kita kembali kepada Allah dan Nabi s.a.w mengikut hal masing-masing. Jika peniaga, ingatlah Allah sewaktu menguruskan perniagaannya. Jika ia seorang buruh kasar atau penyapu sampah, ia tetap mencintai Allah di dalam kerja mereka. Begitulah seterusnya bagi setiap insan yang mahu kembali kepada Allah.



PENIAGA

Kalau seorang peniaga, ia akan sentiasa mengingati Allah S.W.T. di masa perniagaannya. Ia akan mengikut cara Nabi s.a.w di dalam perniagaannya. Dia tidak akan menipu, tidak memakan riba, tidak rasuah dan tidak melakukan segala yang terlarang oleh syarak di dalam perniagaannya.

Dia akan sentiasa menggunakan hartanya kepada yang diharuskan oleh syarak. Dia akan mengeluarkan zakat apabila cukup haul dan nisab. Dia berasa bahawa harta yang dimilikinya adalah hak Allah S.W.T. Ia akan menafkahkan hartanya dijalan Allah S.W.T. ( kebajikan ).

Firman Allah S.W.T. di dalam Al-Quran: "Hendaklah kamu nafkahkan harta kamu di jalan Allah.”

Mereka tidak menggunakan hartanya di jalan yang dimurkai oleh Allah S.W.T. seperti berjudi dan berpoya-poya.

Firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran: "Janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam jurang kebinasaan." (Al-Baqarah A: 195 S:2 J:2 M/S:30)

Mereka (peniaga) juga tidak memerlukan pembaziran. Mereka hanya membeli perkara yang diperlukan sahaja. Allah S.W.T telah menegaskan bahawa pembaziran itu adalah amalan syaitan.

Firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran: "Sesungguhnya pembaziran itu adalah perbuatan syaitan. Adalah syaitan pada sisi Allah S.W.T ialah orang yang kufur." ( Al-Israa A:27 S:17 J:15 M/S:284)

KUFUR ialah orang yang tidak percaya kepada Allah dan Rasulullah s.aw.

Kalau Allah sendiri telah memfirmankan bahawa membazir itu adalah amalan syaitan yang membawa kepada kekufuran, adakah sesiapa lagi yang boleh menafikannya? Sudah tentu tiada siapa yang berani menafikannya melainkan orang yang tidak beriman.

Peniaga yang beriman juga akan menjaga supaya setiap perniagaannya tiada unsur-unsur haram dan syubahat.

Hati-hati mereka sentiasa memuji kebesaran Allah S.W.T, berzikir dan berselawat kepada Nabi s.a.w.

Kalau mereka lalai, nescaya mereka akan beristighfar kepada Allah S.W.T. Apabila keadaan begini terdapat pada mereka, nescaya akan lahirlah pada tingkah laku mereka dengan akhlak Rasulullah s.a.w di dalam perniagaannya. Apabila mereka mendapat keuntungan, mereka tidak sombong. Bila ditimpa kerugian, mereka tidak kufur kepada Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran: "Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak ( pula ) oleh jual beli dan mengingati Allah dan mendirikan solat serta mengeluarkan zakat, mereka takut akan hari bergoncang segala hari dan pemandangan di waktu itu." (An-Nur A:37 S:24 J: 18 M/S:555)

Begitu juga kalau ia seorang penyapu sampah. la sentiasa meneliti setiap pergerakan dan hayunan tangannya yang menyapu dengan kebesaran Allah S.W.T. Hatinya sentiasa berdenyut dengan selawat dan istighfar kepada Allah S.W.T. la sentiasa memandang ke Rahiman Allah S.W.T redha dan tawakkal kepada Allah S.W.T.

Contoh yang ketara seperti Awis Qurny. Beliau adalah seorang penjaga unta-unta di Yaman. Sebelum wafatnya Rasulullah s.a.w, baginda telah menyuruh Sayidina Umar dan Sayidina Ali berjumpa Awis supaya meminta doa keampunan bagi umat Baginda s.a.w.

Beginilah takwa yang ditunjukkan oleh Awis walaupun sebagai gembala unta. Keadaannya yang terkenal di kalangan penduduk langit dan tidak dikenali oleh penduduk di bumi.

Bahkan Sayidina Umar dan Sayidina Ali mengenalinya setelah diberitahu oleh Baginda s.a.w.

Bagi seorang pelajar pula ia akan menggunakan ilmunya sebagai jambatan (wasilah) kepada akhirat (makrifat kepada Allah S.W.T).

Ia tidak menggunakan ilmunya untuk memperendahkan orang lain dan bukan pula untuk berbantah-bantah. Apabila sudah mendapat sesuatu maklumat tentang sunnah Rasul s.a.w, hatinya akan berkobar-kobar mengamalkannya. Pada zahirnya akan wujud akhlak Nabi s.a.w

Selawat dan istighfar menjadi bualan hati dan lidahnya. Masanya untuk mentelaah dianggap zikir kepada Allah S.W.T.

Diriwayatkan di dalam suatu hadis, “Bahawa menuntut ilmu semata-mata kerana Allah S.W.T adalah membawa takut kepada Allah. Berangkat ke mana-mana untuk mencarinya adalah ibadat. Mengingat atau menghafaz akannya adalah tasbih (memuji Allah S.W.T). Berbahas untuk mendapatkan hakikatnya adalah jihad. Membaca (kitab) untuk memperluaskannya adalah sedekah dan menyebarkannya kepada orang-orang yang ahli adalah mendekatkan kepada Allah S.W.T."

Ilmu adalah perbezaan di antara yang halal dan yang haram.

Ilmu adalah tanda jalan ke syurga.

Ilmu adalah penghibur hati ketika berasa gelisah.

Ilmu adalah sahabat di dalam perjalanan.

Ilmu adalah juru bicara ketika bersunyi-sunyian.

Ilmu adalah penolong ketika susah dan senang.

Ilmu adalah senjata ( bagi menentang musuh ).

KEMBALI SATU PENYELESAIAN (6)

KEMBALI MENGIKUT AKHLAK DAN PERIBADI NABI S.A.W.

Firman Allah S.W.T. di dalam Al-Quran: “Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah s.a.w. itu ikutan ( tauladan ) yang baik. Bagi mereka yg sentiasa hendak kembali kepada Allah S.W.T. pada hari akhirat. Dan menyebut nama Allah S.W.T. sebanyak-banyaknya.”

( Al-Ahzab A:21 S:33 J:21 M/S:420 )

Dari ayat di atas, jelas menunjukkan bahawa tiada suatu pun cara kehidupan yang baik, melainkan cara Nabi s.a.w.

Kemudian Allah S.W.T menegaskan, orang-orang yang sen tiasa mencontohi Nabi Muhammad s.a.w adalah orang-orang yang benar-benar ingin bertemu dengan-Nya. Sebaliknya bagi mereka yang mengaku beriman tetapi memusuhi sunah-sunah Nabi s.a.w adalah pendusta agama.

Di akhir ayat ini, Allah S.W.T. menegaskan: “Dan mereka telah menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya.”

Bagi menghasilkan rasa cinta kepada Allah S.W.T dan Rasul s.a.w, kita hendaklah mengingati kebesaran Allah S.W.T dalam setiap masa dan keadaan.

Apabila Allah S.W.T menegaskan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w itu satu contoh tauladan yang baik, maka ternafilah adanya cara ikutan (undang-undang) yang lain daripada Nabi s.a.w seperti cara Yahudi, Nasrani, Majusi, Orentalis, Komunis, Sosialis, Nasionalis, Syaitanisma dan nafsu am'marah bil'suk.

Adakah kita lebih baik daripada Allah S.W.T sehingga berani menukar keterangan Allah S.W.T? Kita hambakah atau tuhankah? Apakah hak Allah dan apa hak hamba? Sekufur-kufur iblis pun ia takut hendak mengaku dirinya tuhan. Tetapi ada manusia masih sanggup mengaku dirinya tuhan (Firaun) dan mengubah ayat Al-Quran (golongan kufur dan munafik).

Sekufur iblis apabila hendak mengajak anak Adam mengikutnya pun terpaksa meminta izin kepada Allah S.W.T. Kenapa kita pula terang-terang hendak mengubah suruhan Allah S.W.T?

Firman Allah di dalam Al-Quran mengenai perbuatan iblis dengan Allah S.W.T: Iblis menjawab: “Demi kekuasaan Engkau, aku ( iblis ) akan menyesatkan mereka ( anak adam ) semuanya kecuali hamba-Mu yg ikhlas.” ( Saad A:82 & 83 S:38 J:23 M/S:457 )

Pada ayat mula-mula tadi, Allah S.W.T. telah menegaskan: “Pada Rasulullah s.a.w itu ikutan yang baik namun kenapa kita masih cinta kepada cara syaitan dan kafir laknatullah."

Kenapa begini? Perkara sebegini berlaku kerana hati manusia itu tidak ada perasaan hendak kembali kepada Allah S.W.T. dan hari akhirat. Keterangan ini adalah lawan daripada ayat: “Mereka yang mengikut Rasulullah s.a.w. adalah mereka yang hendak kembali kepada Allah dan hari kiamat.”

Keingkaran ini adalah kerana hati manusia itu telah menjadi buta di dalam kecelikan. Buta kebenaran syariat, tarikat dan hakikat Nabi s.a.w. Akhirnya terus buta dengan makrifat kepada Allah S.W.T.

Seorang penyair telah berkata: "Kamu berpura-pura menjadi kekasih Allah, pada hal kamu tidak menurut perintah-perintah-Nya. Jikalau kamu kekasih yang benar, kamu tidak akan membantahi kerana seorang kekasih akan menurut suruhan-suruhan kekasihnya."

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Sekelian umat aku akan masuk syurga tetapi bukanlah mereka yang menolak daku."

Para sahabat bertanya: "Siapakah yang menolak?"

Jawab baginda: "Mereka yang mengikut aku akan masuk ke syurga dan mereka yang membantahi aku, mereka menolak daku."

Di dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Tiada seorang pun yang benar-benar akan menjadi orang yang beriman, melainkan ia ikut apa yang aku bawakan iaitu Al-Quran."

Bagaimana kita boleh mengaku menjadi seorang Muslim, jika segala suruhan dan larangan Allah S.W.T dan Rasul-Nya kita ingkari? Marilah kita sama-sama beristighfar, berselawat, berzikir dengan panduan Al-Quran dan Sunah Nabi s.a.w dan awlia'.

Firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran: "Apa yang ditunjukkan oleh Rasul, maka hendaklah kamu mengambilnya. Apa yang ditegahnya, maka hendaklah kamu memberhentikannya." (Al-Hasyhar A:7 S:59 J:28 M/S:546)

Keingkaran ini adalah disebabkan oleh kekufuran kita kepada Allah dan Rasulullah s.a.w. Kehendak Allah S.W.T dan Rasulullah s.a.w diketepikan, sebaliknya kehendak syaitan laknatullah dan hawa nafsu dituruti.

Firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran: “Mereka berkata, hati kami tertutup. Tetapi sebenarnya Allah S.W.T. telah mengutuk ( melaknat ) mereka kerana keingkaran mereka.”

(Al-Baqarah A:88 S:1 J:1 M/S:13)

Firman Allah S.W.T lagi: "Katakanlah wahai Muhammad! Kalau kamu benar-benar cintakan Allah, maka ikutlah Aku. Kemudian Allah S.W.T akan mencintai kamu dan mengampuni dosa-dosa kamu. Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang." (Ali Imran A:31 S:3 J:3 M/S:54)

Ayat ini menegaskan barangsiapa mengikuti Rasulullah s.a.w adalah dekat dengan Allah S.W.T. Barangsiapa tidak mengikuti Rasulullah s.a.w, maka ia akan terjauh dari Rasulullah s.a.w dan tidak mendapat rahmat Allah S.W.T.



MEMERHATI KEJADIAN LANGIT DAN BUMI

Firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran: “Mereka yang mengingati Allah S.W.T. sambil berdiri, duduk dan di dalam keadaan berbaring dan memikirkan kejadian langit dan bumi….” (Ali Imran A: 191 S:3 J:4 M/S:75)

Syeikh Huna telah berkata di dalam syarahan beliau kepada muridnya: “Barangsiapa yang hendak beribadat kepada Allah S.W.T dengan memerlukan tempat yang tertentu, jika tiada tempat maka tiada ia mahu beribadat, maka adalah ia seumpama lembu."

Di dalam ayat di atas, Allah S.W.T mene gaskan bahawa yang beribadat kepada Allah S.W.T adalah setiap masa dan keadaan mengikut hal keadaan pekerjaan masing-masing.

Jika ia seorang peniaga, maka hendaklah ia mengingati Allah pada perniagaannya. Begitu juga jika ia seorang pemimpin, buruh kasar, pelajar atau apa peringkat sekalipun, tetap ia mengingati Allah S.W.T.

Di samping itu, kita juga diperintah supaya memikirkan pada setiap kejadian Allah jadikan. Hasil pemikiran ini akan membuahkan keimanan sepertimana maksud ayat di atas.



MEMUPUK KEMBALI SIFAT KASIH SAYANG DI KALANGAN ADIK BERADIK

Bagi memupuk sifat kasih sayang di kalangan adik-beradik, hendaklah ianya diasuh sejak dari kecil lagi.

Imam Ghazali menegaskan bahawa apabila anak-anak sudah TAMYIZ, hendaklah dijaga adab kesopanan di waktu makan dan bahan yang dimakan. Jangan dibiasakan anak-anak makan bermewah-mewahan. Latihlah anak anak supaya jangan menjadi tamak dengan makanan yang dimilikinya.

Biasakanlah anak-anak supaya makan secara berjemaah bersama ibu bapa dan adik beradik. Hendaklah dipastikan supaya anak-anak tidak mencapai makanan selagi ibu bapa tidak merasainya terlebih dahulu. Jika ibu bapa tiada, maka hendaklah makanan itu diambil oleh orang yang lebih tua daripadanya.,

Semasa makan juga hendaklah dipastikan mereka makan di satu tempat. Jangan dibenarkan anak-anak makan di tempat yang berasingan seperti si kakak makan di hadapan tv, si adik pula makan di dalam bilik atau seumpamanya.

Apabila amalan makan secara berasingan ini telah menjadi tabiat, lambat-laun ia akan membentuk sifat mementingkan diri sendiri. Di samping itu, tabiat yang sedemikian akan melatih anak-anak bersifat tamak, berkelahi sesama sendiri apabila haknya diambil oleh adik-adiknya yang lain. Akhirnya sifat ini yang demikian akan menghilangkan sifat kasih sayang di kalangan adik-beradik serta menghilangkan sifat hormat-menghormati di antara satu sama lain.

Dari titik permulaan inilah akan mengakibatkan sifat permusuhan di antara adik-beradik sehingga dewasa atau mungkin juga sehingga mati.

Di samping itu juga, hendaklah diambil kira dari segi pakaian anak-anak sejak ia dari bayi lagi. Janganlah dibiasakan anak-anak kita memakai pakaian yang mendedahkan aurat. Juga diingatkan supaya anak-anak kita tidak memakai pakaian yang bergambar-gambar atau yang tidak bersesuaian dengan sifat seseorang muslim yang muttakin.

Jika anak-anak sudah dibiasakan dengan pakaian yang bukan menunjukkan sifat seorang muslim yang muttakin, tetapi sebaliknya telah dibiasakan dengan sifat pakaian orang yang keruntuhan moral, nescaya apabila ia dewasa kelak anak-anak tersebut akan berterusan dengan pakaian tersebut.

Kita sedia maklum, kebiasaan anak-anak yang bermoral rendah adalah mereka yang tidak pernah menonjolkan sifat pakaian seorang muslim yang muttakin.

Bagi anak lelaki, pada permulaannya akan mengenakan pakaian berupa seluar besar, kemudian akan menukarkan dengan pakaian yang londeh atau seumpamanya. Akhirnya mereka lebih gemar mengenakan pakaian yang mendedahkan aurat.

Bagi anak perempuan pula, akan memakai pakaian seperti lelaki dengan berseluar ketat, t-shirt pendek serta sempit. Pakaian begini akan menampakkan bentuk tubuh mereka, tanpa rasa malu.

Keadaan mereka yang sebegini rupa akan menyebabkan nafsu lelaki melonjak dan berusaha untuk memilikinya. Hal sebegini akan menjadikan satu punca berlakunya kes-kes rogol dan pencabulan.

Ternyata pakaian kebanyakan anak-anak gadis pada dewasa ini tidak ubah seperti pakaian pelacur.

Lebih dahsyat, akibat pengaruh suasana masyarakat hari ini, remaja terus hanyut dengan berkiblatkan wang dan kemewahan. Apabila remaja tersebut tidak memperolehi wang bagi membeli keperluan, mereka akan mudah terjebak dengan kegiatan hina seperti mencuri, peras ugut dan bagi anak-anak gadis pula, mungkin dengan menjual maruah diri. Beginilah akibat mengabaikan sifat kekeluargaan serta punca makanan dan pakaian.



BERDOA

Berdoa adalah satu amalan yang sangat penting di dalam menyelesaikan masalah. Tetapi ia telah dilupakan oleh kebanyakan orang. Cuba kita renungkan kembali berapa kali kita berdoa kepada Allah S.W.T. bagi menyelesaikan segala hajat dan masalah kita?

Jika kita seorang ibu atau bapa, berapa kalikah kita pernah berdoa bagi keimanan dan keselamatan anak-anak kita?

Begitu juga jika kita sebagai seorang anak, berapa kalikah kita berdoa untuk keimanan dan kesejahteraan ibu bapa serta keluarga kita?

Bagi pendidik, berapa banyakkah ia telah berdoa bagi menyelesaikan masalah disiplin murid-murid mereka?

Golongan pemimpin pula berapa lamakah mereka pernah menyatakan kebodohan mereka terhadap Illahi? Berapa banyakkah mereka mengeluarkan air mata apabila melihat keruntuhan moral anak rakyat mereka sendiri?

Sebaliknya ibu bapa, pendidik, pemimpin atau insan perseorangan hanya menempelak orang di bawah tanggungan mereka. Mereka hanya tahu melafazkan umpat keji, kutukan, seranah dan seumpamanya.

Ingatlah! Perkataan yang kita lafazkan tersebut merupakan doa kita kepada mereka. Apabila orang berkata; "Engkau anak jahat atau engkau anak celaka!" lama-kelamaannya anak itu akan menjadi jahat atau celaka seperti yang dikatakan.

Oleh itu hendaklah kita sentiasa bersangka baik dengan segala makhluk Allah S.W.T. Awasilah bahawa Allah S.W.T menjadikan mereka sedemikian rupa adalah sebagai ujian kepada kita. Jika kita berhadapan dengan anak atau murid yang kurang cerdik, hendaklah kita renung kembali bahawa kita juga berasal dari orang yang tidak berpengetahuan. Ilmu yang ada pada kita adalah semata-mata anugerah dari Allah S.W.T.

Apabila kita berhadapan dengan anak-anak yang nakal, hendaklah kita bersyukur ke hadrat Allah kerana kita masih menjadi orang baik. Berdoalah kepada Allah semoga kita dan mereka juga menjadi baik. Adakah kita mengetahui kemanakah kesudahan hayat kita? Mungkin pada waktu ini kita beriman kepada Allah S.W.T dan Nabi s.a.w tetapi pada akhir hayat kita menjadi kufur dengan Allah S.W.T.

Kesimpulannya, hendaklah kita sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T. supaya kita mendapat keimanan yang jitu. Amalan berdoa ini telah menjadi tradisi Nabi s.a.w kepada umat-umatnya. Begitu juga yang terjadi kepada orang-orang soleh.

Syeikh Darkauwiah telah menyatakan di dalam penulisan beliau seperti berikut: "Janganlah kamu hendak memukul Yahudi, Nasrani atau orang Muslim yang asi tetapi palulah nafsu yang berada di dalam diri kamu sendiri."

Kenyataan ini menyatakan seolah-olah kejahatan dan kesilapan seseorang insan itu juga bermula dari diri kita sendiri. Oleh itu, marilah kita bersama-sama berdoa kepada Allah S.W.T. Janganlah dengan mudahnya kita melafazkan perkataan yang tidak boleh memberi manfaat kepada semua makhluk Allah terutamanya yang bergelar insan (manusia).

KEMBALI SATU PENYELESAIAN (5

MEMILIH SAHABAT BAIK DAN BERIMAN

Sahabat umpama penyuluh yang menerangi kegelapan. Di dalam kitab Hidayatul Salikin Imam Ghazali ada menyatakan: “Hendaklah kita memilih sahabat dengan 5 syarat.”

Orang Yang Berakal
Jika kita berkawan dengan orang kurang berakal ( jahil ) mungkin akan menyebabkan perkelahian. “Seteru yang berakal itu terlebih baik daripada kawan yang tidak berakal.” Seteru akan menegur kita apabila kita melakukan kesalahan. Perkara ini akan membolehkan kita membaiki kesalahan kita. Manakala sahabat yang tidak berakal akan mendiamkan diri walaupun kita melakukan kesalahan.

Baik Peribadi Dan Perangainya ( Akhlaknya )
Jangan bersahabat dengan orang yang jahat perangainya. Begitu

juga orang yang sangat pemarah, derhaka kepada ibu bapa, tidak solat, tidak puasa dan orang yang meringan-ringankan agama.

Orang Yang Soleh
Jangan berkawan dengan orang yang fasik. Fasik ialah orang yang mengekalkan dosa besar dan dosa kecil. Seorang yang takutkan Allah S.W.T. tidak akan mengekalkan dosa besar atau dosa kecil. Sabda Nabi s.a.w: “Jangan engkau bersahabat melainkan dengan orang mukmin dan jangan engkau makan melainkan dengan orang-orang yang bertaqwa.” ( Abu Daud dan At-Tarmizi )

Jangan Bersahabat Dengan Orang Yang Sangat Kasih Pada Dunia
Barangsiapa yang bersahabat dengan orang seperti ini adalah umpama racun yang akan membunuhnya kerana tabiat kawan itu akan menjadi ikutannya. Sabda Nabi s.a.w: “Sangat kasih kepada dunia itu kepada segala kejahatan dan kesihatan.” ( Ibnu Abid-Dunya dan Al-Baihaqi )

Maksud kasih kepada dunia di sini ialah perkara-perkara yang bertentangan dengan suruhan atau larangan Allah S.W.T. dan Nabi s.a.w.

Walaupun ia seorang peniaga, tetapi di dalam perniagaannya itu mengikut suruhan dan meninggalkan larangan Allah dan Rasul-Nya s.a.w serta ia mengingati Allah, dikira agama (ibadatnya). Sebaliknya jika ia beribadat atau beramal tidak mengikut kehendak Allah dan Rasul s.a.w atau ia lalai daripada Allah dan mengingati dunia, ibadat itu dinamakan dunia, walaupun pada asalnya ibadat itu adalah agama. Sabda Nabi s.a.w: “Barangsiapa yang melakukan sesuatu perbuatan ( amalan ) yang bukan daripada perintah kami, maka ia adalah ditolak.”

Orang Yang Benar Perkataannya ( Jujur )
Janganlah suka berkawan dengan orang yang suka berdusta. Orang yang suka berdusta itu tidak dapat dipercayai agama dan dunianya. Demikian akan membawa kepada kebinasaan dunia.

Sabda Nabi s.a.w: “Tiga perkara barangsiapa yang ada salah satu daripadanya, maka ia munafik meskipun ia berpuasa dan solat. Apabila bercerita, ia berbohong, apabila berjanji nescaya ia menyalahi janjinya, apabila diberi amanah, ia khianat.”



Siapakah Sahabat Yang Baik

Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “Siapakah yang menjadi sahabat yang paling baik bagi kami?” Jawab Rasulullah s.a.w: “Seorang yang apabila kamu memandangnya, kamu teringat akan Allah, apabila kamu dengari cakapnya, bertambah pengetahuan kamu tentang Islam, apabila kamu melihat kelakuannya kamu teringat kehidupan akhirat.”



KESIMPULANNYA

Setelah kita mengenal sifat-sifat bagi memilih sahabat janganlah kita terjebak dengan pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

Di dalam sebuah hadis ada diterangkan bahawa 4 perkara yang merosakkan hati manusia:

Bertanding ( berbahas ) dengan orang yang bodoh lagi tolol.

Memperbanyakkan dosa.

Bercampur gaul dengan perempuan yang bukan mahram.

Menggauli orang-orang yang telah mati. Baginda s.a.w ditanya: “Siapakah yang dimaksudkan dengan orang yang telah mati.” Jawab Baginda s.a.w: “Ia adalah seorang hartawan yang hartanya telah menyombongkan dirinya.”

( Rujukan himpunan Kitab Fadilat Zikir m/s: 142 oleh Maulana Zakaria Saharanpur )



BERDAMPING DENGAN ORANG YANG SOLEH DAN ULAMA

Maulana Zakaria r.a. Syakul hadis telah menulis di dalam kitabnya Himpunan Kitab-kitab Fadail: Fadilat Tabligh m/s: 35 seperti berikut.

“Barangsiapa yang mendampingi kekasih-kekasih Allah S.W.T. serta mengikut sunah Rasulullah s.a.w, ia adalah seorang kekasih yang tulin dan pasti ia akan mendapat berkat Allah S.W.T.”

Firman Allah S.W.T. di dalam Al-Quran: “Wahai mereka yang beriman! Takutilah akan Allah dan bersertalah dengan orang-orang yang benar lagi taat.” ( At-Taubat A:119 S:9 J:11 M/S:206 )

Para musafir telah mentafsirkan bahawa orang yang benar lagi taat ialah para sufi ( awlia ). Barangsiapa berdamping dengan mereka ( awlia ) itu serta mendengar khutbah-khutbahnya dia akan mendapat darjat kerohanian yang amat tinggi.

Syeikh Akhbar telah menulis: “Apabila kamu bertemu dengan kekasih-kekasih Allah, layanilah ia baik-baik dan ikutilah ajaran-ajarannya. Rundinglah dengannya mengenai masalah rohani dan agama kamu supaya dapat beliau membimbing kamu ke jalan yang benar serta membawa kamu lebih dekat kepada Allah S.W.T.”

Sabda Nabi s.a.w: Lokman Al-Hakim menyuruh anaknya dengan perkataan ini, “Dampinglah diri dengan orang-orang alim dan dengarlah baik-baik akan perkataan mereka, kerana dengannyalah Allah menghidupkan sanubari yang telah mati sepertimana Allah menghidupkan bumi yang gersang dengan hujan.”



SIAPAKAH ULAMA ATAU ORANG SOLEH

Abu Darha r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Ulama itu pewaris Nabi s.a.w.” ( Hadis diriwayat Tarmizi, Ibnu Majah dan Ibnu Hiban ). Maksudnya: Ulama itu ialah sebagai pemegang amanah nabi-nabi.

Dikehendaki dengan ulama di sini ialah orang yang mempunyai ilmu yang luas seperti lautan tetapi lahir pada perbuatannya, percakapannya dan pemikirannya seperti Nabi s.a.w dan sahabat. Sebaliknya jika ia mempunyai ilmu semata-mata dan lahir pada zahirnya akhlak seperti orang jahil, Nasrani, Yahudi atau Majusi nescaya keluarlah ia daripada maksud hadis di atas.

Di sini hamba yang hina, daif, jahil lagi banyak dosa ini menyeru diri sendiri dan mereka yang bergelar ustaz, ulama atau sebagainya sama-samalah kita mengembalikan semula pada zahir dan batin kita dengan sifat dan akhlak nabi atau awlia Allah. Sama-samalah kita mencari dan berdoa supaya berjumpa dengan guru yang mursyid dan mujaddid.

Kata Imam Ghazali di dalam Kitab Sirus Salikin jilid pertama pada bab menyatakan kelebihan ilmu. Dikehendaki dengan makna ulama ( orang alim ) ialah mereka yang mempunyai ilmu syariat dan beramal dengan Tariqat dan ilmu Hakikat ( orang sufi ).

Firman Allah S.W.T. di dalam Al-Quran: “Sesungguhnya yang takut akan Allah S.W.T. itu ialah di kalangan ulama ( awlia ).” ( Al-Faathir A:28 S:35 J:22 M/S:437 )



SIAPAKAH MUJADDID ATAU MURSYID

Mujaddid di dalam bahasa Arab ialah pembaharuan atau orang yang membuat pembaharuan.

Mujaddid yang dikehendaki di sini ialah seorang pemimpin Islam yang tinggi takwanya. Ia lahir pada awal kurun. Kepimpinannya mampu menghidupkan kembali semangat Islam dan dapat meningkatkan amalan umat Islam.

Sabda Nabi s.a.w: “Sesungguhnya Allah membangkitkan bagi umat Islam seorang mujaddid yang membaharui agama Islam pada setiap awal kurun.” Sedarkah kita bahawa sekarang kita telah berada di awal kurun. Siapakah mujaddid pada kurun yang lepas dan pada kurun ini? Marilah kita sama-sama memohon kepada Allah supaya mendapat bimbingan guru mursyid atau mujaddid.

Persoalannya adakah mereka yang masih kekal puntung-puntung api neraka di mulutnya ( rokok ) masih boleh dipanggil mursyid atau mujaddid? Adakah mereka yang baru hendak digeletek sudah melatah boleh dipanggil mursyid atau mujaddid? Di sini saya datangkan beberapa sifat seorang mujaddid atau mursyid. Semoga kita mendapat manfaat daripadanya.



SIFAT-SIFAT ORANG MUJADDID

Paling alim pada zamannya. Kealimannya bertaraf mujtahid. Beliau alim masalah agama dan hal-hal keduniaan, kerohanian, jiwa ( psikologi ), sahsiah dan sebagainya.

Berani luar biasa. Tidak takut pada ancaman puak kufur dan munafik.

Paling menonjol sifat takwanya. Bukan setakat dirinya sahaja, malahan pada murid-muridnya juga terserlah ketakwaannya.

Sangat zuhud terhadap dunia. Walaupun ia duduk dengan harta, kemewahan atau bercampur dengan ahli-ahli dunia ( orang kaya ) tetapi hatinya tetap dengan Allah dan akhlaknya tetap dengan Rasulullah s.a.w

Lidah dan mata penanya tajam serta berpandangan jauh.

Syarahannya di dengar dan memberi kesan kepada masyarakat.

Membawa hujah yang sukar dikalahkan oleh musuh dan memberi kekuatan kepada kawan.

Allah S.W.T. membantu dengan keramat dan ma’unnah.

Sentiasa berjuang dengan lisan dan tangan. Sentiasa memimpin murid-muridnya dan ramai orang dengan amalan yang membawa hampir kepada Allah S.W.T.

Sebagai obor bagi umat Islam pada zamannya.

Menyedarkan kembali ulamak-ulamak yang sedang lalai terhadap tanggungjawab mereka.

Ditakuti oleh lawan dan dihormati oleh kawan.

Mempunyai pengikut dan orang yang simpati kepadanya.

Kepimpinannya mempunyai kesan kepada jiwa, fikiran dan sikap masyarakat.

Mujaddid itu sendiri adalah wali Allah S.W.T.



CARA-CARA UNTUK BERTEMU MUJADDID

Mencari mujaddid bukan seperti kita mencari ilmu di dalam kitab-kitab. Mencari mujaddid adalah melalui amalan dan penyerahan kepada Allah S.W.T. Hati sentiasa mengingati Allah S.W.T. dan Rasulullah s.a.w. Kita tidak akan berjumpa dengan mujaddid ( mursyid ) hanya dengan keilmuan tanpa penyerahan kepada Allah S.W.T.

Selawat ialah salah satu jalan untuk bertemu dan menjadi murid kepada mursyid dan mujaddid. Kemudian hendaklah melakukan solat hajat. Pada rakaat yang pertama selepas Fatihah, baca Ayatul Kursyi. Pada rakaat kedua selepas Fatihah, baca A’man Rasul.

Selepas salam teruskan berzikir dan berdoa kepada Allah S.W.T. memohon supaya mendapat bimbingan mursyid.

KEMBALI SATU PENYELESAIAN (4)

Kembali Satu Penyelesaian (4)



54. Barangsiapa sentiasa berzikir, ia akan masuk ke dalam syurga tersenyum-senyum.

55. Segala amalan diwajibkan semata-mata kerana zikrullah.

56. Amalan yang paling afdal ialah amalan yang disertakan zikir sebanyak-banyaknya. Puasa yang paling afdal ialah puasa yang disertakan zikir sebanyak-banyaknya. Haji yang paling afdal ialah haji yang disertakan dengan zikir sebanyak-banyaknya. Demikian juga jihad dan amalan yang lain-lain.

57. Zikir ialah pengganti bagi ibadat-ibadat nafilah (ibadat-ibadat sunat). Pada satu ketika, satu golongan orang yang miskin telah datang berjumpa dengan Rasulullah s.a.w merayu hal mereka kepada Rasulullah s.a.w:

“Ya, Rasulullah s.aw! Saudara kami yang berharta-benda telah meningkat darjat yang setinggi-tingginya disebabkan harta kekayaan mereka. Mereka bersembahyang seperti kami bersembahyang, mereka berpuasa seperti kami berpuasa, tetapi kerana harta kekayaan, mereka telah mendahului kami dengan mengerjakan haji, umrah, jihad dan lain-lain."

Sebagai menjawab Rasulullah s.aw bersabda:

"Mahukah kamu sekelian aku ajarkan sesuatu untuk mendahului sesama kamu sehingga tiadalah lagi seorang pun yang lebih afdal daripada kamu kecuali orang yang berbuat seperti yang kamu perbuat?"

Selanjutnya Baginda Rasulullah s.a.w bersabda:

"Bacalah kamu sekelian selepas tiap-tiap sembahyang." (berzikir)

Ini menunjukkan bahawa Baginda Rasulullah s.a.w menganggap zikir ini sebagai pengganti haji, urnrah, jihad dan lain-lain (bagi orang yang tidak berada).

58. Zikir adalah pendorong bagi ibadat-ibadat lain. Dengan berzikir sebanyak-banyaknya, maka ibadat yang lain itu menjadi lebih mudah dan senang malah kelazatan ibadat-ibadat itu pun dirasai benar. Oleh itu, semua ibadat itu dapat dikerjakan tanpa keberatan dan kesukaran apa-apa.

59. Dengan berzikir, semua keberatan akan menjadi ringan. Setiap kesukaran akan menjadi ringan dan semua bala bencana akan lenyap.

60. Lantaran zikirlah, segala rupa ketakutan dan kebimbangan akan terhindar. Zikrullah adalah mempunyai satu kuasa yang khas untuk melahirkan ketenteraman dan akan melenyapkan ketakutan. Ianya mempunyai kesan yang istimewa di mana semakin berzikir sebanyak-banyaknya, semakin itulah akan mencapai ketenteraman dan akan lenyap ketakutan.

61. Zikir adalah melahirkan kekuatan dan tenaga yang terkhas kepada manusia. Dengan kekuatan itu, ia dapat menyelenggarakan urusan-urusan yang agak sukar.

62. Pemberesan urusan-urusan akhirat adalah dahulu-mendahului di antara satu sama lain. Di dalam mendahului antara satu sama lain ini, yang kelihatan di hadapan sekali ialah orang-orang yang berzikir.

Diriwayatkan dari Omar Khadam Gufarah r.a katanya:

"Apabila amal perbuatan manusia diganjari pada hari kiamat maka sebahagian besar dari manusia akan menyesal sambil berkata:

"Alangkah bagusnya jika dahulunya kita memperbanyakkan amalan yang ringan dan mudah sekali iaitu zikir."

Di dalam sebuah hadis ada dilaporkan bahawa Baginda Rasulullah s.a.w telah bersabda:

"Telah mendahului mereka yang mufarrid."

Para sahabat bertanya:

"Siapakah yang mufarrid itu, ya Rasulullah?"

Baginda menjawab: "Mereka yang mengingati Allah sebanyak-banyaknya kerana zikir adalah meringankan bebanan mereka."

63. Allah S.W.T sendiri membenarkan dan memuji orang-orang yang berzikir. Orang-orang yang dibenarkan oleh Allah S.W.T tidaklah akan dibangkitkan bersama-sama orang yang berdusta.

64. Zikir adalah menyebabkan terbinanya rumah di dalam syurga. Apabila seseorang hamba berhenti daripada berzikir maka para malaikat berhenti daripada membina rumah itu. Apabila mereka ditanya, "Mengapakah kamu berhenti membina rumah itu?" Maka mereka menjawab, "Bahawa perbelanjaannya belum tiba lagi."

Di dalam sebuah hadis lagi ada disebutkan barangsiapa yang mengucapkan (berzikir) sebanyak 7 kali, nescaya dibinakan satu menara untuknya di dalam syurga.

65. Zikir adalah perisai atau pendinding bagi Neraka Jahannam. Barangsiapa yang dimasukkan ke dalamnya kerana amal perbuatannya yang tidak baik, maka zikirnya itu menjadi pendinding di antaranya dengan Neraka Jahannam tersebut. Semakin banyak berzikir dibuat maka semakin kuatlah pendinding itu.

66. Para malaikat beristighfar (memohon keampunan) bagi orang yang berzikir.

Diberitakan kepada Amar bin Aas r.a yang beliau meriwayatkan bahawa apabila seseorang hamba mengucapkan (berzikir) maka para malaikat berkata, "Ya, Allah! Ampunilah dia." (Dan termaklum bahawa doa para malaikat itu tidak ditolak malahan terus dikabulkan).

67. Jika seseorang berzikir di atas gunung atau di tanah datar, maka tempat tersebut akan merasa bangga. Di dalam sebuah hadis ada diberitakan bahawa gunung-gunung bertanya tanyakan di antara satu sama lain bahawa hari ini adakah seseorang yang berzikir itu melalui di atas engkau. Jika diberitahukan, "Ya, ada yang melaluinya maka ia akan berasa gembira lagi bangga."

68. Memperbanyakkan zikir adalah merupakan sijil bagi kelepasan bagi kemunafikan. Allah S.WT telah berfirman:

"Mereka tidak mengingati Allah melainkan sedikit."

(An-Nisa A:142 S:4 J:5 M/S:101)

Ka'ab Akhbar r.a berkata:

"Barangsiapa berzikir sebanyak-banyaknya terpelihara ia daripada kemunafikan."

69. Berbanding dengan amalan-amalan yang baik maka zikir mempunyai satu kelazatan yang tidak didapati pada amalan amalan yang lain. Jika zikir tidak mempunyai satu fadilat pun selain daripada kelazatan tadi maka memadailah dia.

Malik bin Dinar r.a berkata, "Bahawa seseorang tidak akan berasa lazat dari suatu apa pun seperti kelazatan berzikir."

70. Pada wajah orang berzikir itu didapati kegembiraan di dunia ini dan akan kelihatan nur padanya di hari kiamat.

71. Barangsiapa yang mengingati Allah sebanyak-banyaknya di tengah-tengah jalan, di rumah, di dalam safar dan ketika berada di dalam kampung, maka ia akan mempunyai pembela-pembela yang ramai sekali di hari hisab kelak. Di dalam menerangkan keadaan hari kiamat, Allah S.W.T berfirman:

“Pada hari itu (yakni hari kiamat) bumi menceritakan berita-beritanya."

Baginda Rasulullah s.a.w bertanya kepada para sahabat:

"Tahukah kamu berita-berita bumi itu?"

Mereka menjawab:

"Tidak. Kami tidak tahu, ya Rasulullah s.a.w."

Baginda Rasulullah s.a.w bersabda:

"Pekerjaan-pekerjaan yang dibuat oleh lelaki dan wanita (sama ada pekerjaan yang baik ataupun yang buruk) di permukaan bumi ini, maka bumi akan menceritakan bahawa si fulan pernah melakukan sekian perbuatan di sekian tempat di permukaannya pada sekian masa. Oleh itu, orang-orang yang berzikir sebanyak-banyaknya di tempat-tempat yang berlainan maka dia akan mempunyai saksi yang banyak di hari hisab nanti."

72. Selama lidah sibuk dengan berzikir maka selama itulah ia terpelihara daripada perbicaraan yang sia-sia, berdusta, mengumpat dan sebagainya. Kerana lidah itu sememangnya tidak bisa diam, ia akan sibuk berzikir kalau tidak sudah tentu dengan kesia-siaan. Demikian juga halnya hati jika ia tidak sibuk dengan mencintai Khalik, maka sudah tentu ia sibuk dengan mencintai makhluk.

73. Syaitan adalah musuh manusia yang nyata. Ia mencampakkan manusia di dalam kancah kerunsingan dan kegelisahan dengan berbagai cara. Ia juga mengerumuni mereka dari tiap penjuru. Orang yang halnya sedemikian rupa, ia sentiasa berada di tengah-tengah lingkungan para musuh yang mana tiap-tiap seorang daripadanya ingin menimpa ke atasnya penderitaan demi penderitaan.

Tiada cara untuk mematahkan serangan musuh itu melainkan dengan zikrullah. Ada banyak hadis yang mengandungi doa-doa yang mana dengan membacanya sebelum tidur maka terpeliharalah dari musuh-musuh itu selama lamanya.

Kelebihan-kelebihan di atas memadailah mereka yag mendapat taufik untuk mengamalkannya. Bagi mereka yang tiada mendapat taufik, maka beribu-ribu fadilat pun tidak berguna sama sekali.


MENDIRIKAN SOLAT, MEMBACA AL-QURAN DAN HADIS

Abdullah bin Qutr r.a meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w telah bersabda:

“Solatlah yang pertama sekali yang akan disoal pada hari kiamat. Kalau ia didapati memuaskan, maka amalan yang lain pula turut memuaskan. Jika ia tidak memuaskan, maka amalan yang lain juga turut tertolak. " (Hadis Riwayat Tabrani)

Sayidina Umar r.a pernah berkata kepada pegawai pegawainya, "Aku memandang solat satu kewajipan yang paling penting. Seseorang yang memberi penuh perhatian pada solatnya, mungkin juga menjaga amalan-amalan yang lain. Tetapi kalau ia meninggalkan solat dengan mudah ia akan meninggalkan ajaran Islam yang lain."

Keterangan Sayidina Umar r.a tersebut jelas terbukti jika kita lihat pada diri orang yang meninggalkan solat, ia tidak segan silu melakukan kemungkaran dan kemaksiatan.

Bagi diri remaja, mula-mula akan menukar fesyen rambutnya (punk), berseluar londeh atau pendek. Kemudian akan memakai baju yang mempunyai gambar yang kurang sopan. Seterusnya ia tidak segan-silu melakukan percampuran bebas di antara lelaki dan perempuan. Mereka ini juga tidak segan-silu akan mengganggu anak-anak gadis yang lalu-lalang di hadapan mereka. Bagi anak-anak gadis itu, tidak segan-silu akan melambai-lambai atau membuat perangai supaya pihak lelaki tertarik kepada mereka. Mereka ini tidak ubah seperti pelacur yang sedang mencari mangsanya.

Firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran yang bermaksud:

"Sesungguhnya solat itu mencegah fahsya dan mungkar."

(Al-Ankabut A:45 S:29 J:20 M/S:401)

Tetapi kenapa masih ramai di kalangan kita yang bersolat tetapi masih melakukan kemaksiatan?

Perkara ini telah ditegaskan oleh Syeikh kami di dalam syarahan beliau, "Sembahyang kita tidak dapat mencegah kemungkaran kerana hati-hati kita masih lalai mengingati Allah S.W.T.”

Tujuan peribadatan ialah mengingati Allah. Jikalau di dalam pengibadatan kita lalai dengan Allah, bagaimanakah kita boleh mengingati Allah di luar masa beribadat.

Telah berkata oleh Imran bin Husin r.a:

"Ada seorang bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang makna ayat Al-Quran di atas.

Jawab Baginda s.a.w:

"Solat itu bukanlah solat kalau ia tidak mencegah fahsya dan mungkar."

Kalau solat dilakukan dengan tertib dan sempurna, ia akan mencegah daripada kemungkaran. Kalau ia tidak dapat mencegah kesalahan dan kemungkaran, pastilah kita akan melakukan kekurangan di dalam mengerjakan solat."

Ibnu Abbas r.a berkata:

"Solat mempunyai kuasa untuk mencegah kecenderungan melakukan dosa."

Abdul 'Aliah r.a mentafsirkan ayat berikut, "Ada tiga perkara yang wajib di dalam solat iaitu IKHLAS, TAQWA dan MENGINGATI ALLAH. Solat itu bukanlah solat kalau tidak ada ketiga tiga perkara ini. Ikhlas membawa kepada amalan soleh. Taqwa menjauhkan maksiat dan mengingati Allah. Membaca Al-Quran dengan sendirinya menjadi petunjuk kepada jalan kebajikan serta pencegah kemaksiatan."

Ibnu Abbas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w ada bersabda:

"Solat yang tidak mencegah fahsya dan mungkar membawa kita jauh dari Allah."

Ibnu Masud r.a meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

"Solat yang tidak dapat mencegah fahsya dan mungkar bukanlah solat."

Abu Hurairah r.a meriwayatkan ada seorang datang melaporkan kepada Rasulullah s.a.w tentang seorang yang melakukan solat pada sepanjang malam. Selepas itu, ia mencuri sebelum fajar. Sabda Rasulullah s.a.w: "Solatnya tidak lama lagi akan mencegahkannya dari dosa itu."

Hal ini menunjukkan bahawa tabiat melakukan maksiat dapat dihentikan dengan tekun bersolat dan ikhlas. Adalah sukar dan akan memakan masa yang panjang hendak menjauhkan diri dari satu-satu tabiat yang buruk. Adalah lebih cepat bagi meninggalkan tabiat yang buruk itu dengan melakukan solat dengan tertib. Manakala dengan rahmat Allah yang menyusulinya, tabiat buruk akan pastinya terhapus satu persatu.

Solat yang tertib adalah sepertimana solat sahabat Nabi s.a.w. Apabila hendak melakukan solat mereka tidak akan memandang ke sana ke mari atau meratakan pasir-pasir pada tempat sujud semasa bersujud. Mereka juga tidak melakukan perkara yang ganjil-ganjil atau memikirkan sebarang hal keduniaan kerana semata-mata takut kepada Allah S.W.T.

Ada diriwayatkan bahawa kaki Nabi s.a.w bengkak kerana lama berdiri di dalam solat tahajud. Apabila sahabat baginda meminta mengurangkan usaha solatnya kerana baginda telah diberi jaminan keampunan di dalam Surah Fathir.

"Bahawa Allah akan mengampunkan dosa-dosamu (Nabi Muhammad) yang telah lalu dan yang akan datang."

(Al-Fath A:2 S:48 J:26 M/S:51 1)

Baginda menjawab: "Adakah aku patut tidak mahu menjadi seorang hamba Allah yang tidak berterima kasih."

(Rujukan Fadilat Solat - Maulana Zakaria)



PERINGATAN:

Sungguhpun solat kita tidak sedarjat dengan solat orang-orang soleh maka janganlah pula kita meninggalkan ibadat itu. Solat yang kurang sempurna adalah lebih baik daripada tidak bersolat langsung, kerana akibatya ialah siksaan yang paling pedih di akhirat kelak. Marilah kita sama-sama berusaha dan berdoa kepada Allah moga-moga diberi taufik dan hidayah. Sekurang-kurangnya ada satu solat yang sempurna yang dapat kita persembahkan kepada Allah S.W.T.



MEMBACA AL-QURAN

Sabda Nabi s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Abdullah Ibnu Umar r.a:

“Sesungguhnya hati-hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dirosakkan oleh air."

Kemudian seorang sahabat bertanya: “Ya, Rasulullah! Apakah caranya untuk menjadikan hati hati itu bersinar kembali?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Selalulah mengingati maut (mati) dan membaca Al-Quran."

Hadis ini menegaskan bahawa jika kita tidak membaca Al-Quran, nescaya hati-hati kita akan menjadi berkarat (zulumat dosa).

Dosa yang berlebih-lebihan dan kelalaian kita dalam mentaati perintah Allah, menyebabkan hati menjadi keras. Membaca Al-Quran dan mengingati maut adalah salah satu cara untuk menyinarkannya kembali.

Hati ini umpama cermin. Jikalau ianya tidak dibersihkan, ia tidak akan dapat memancarkan kembali pengenalannya kepada Allah. Lebih berkilau dan lebih bersinarnya hati itu adalah lebih baik baginya dalam memancarkan kembali sinar makrifat (mengenal) Allah.

Jika lebih lama kita meninggalkan solat, bergaul bebas, durhaka kepada ibu bapa dan guru, nescaya lebih banyaklah kita dijauhkan daripada mengingati dan mentaati Allah Yang Maha Berkuasa (kita menjadi liar, rosak akhlak).

Selain daripada itu, Rasulullah s.a.w juga menegaskan bahawa jika seseorang itu melakukan satu dosa, satu titik hitam akan terlekat di hatinya. Jikalau ia bertaubat dengan sebenar-benar taubat titik itu akan hilang, tetapi jika ia melakukan lagi dosa, satu titik hitam yang lain akan muncul. Tegasnya jika kita terus menerus melakukan dosa demi dosa, hatinya akan menjadi hitam keseluruhannya. Pada peringkat ini, hati itu akan menjadi amat sukar untuk condong ke arah kebaikan dan sebaliknya berpaling menuju kepada perbuatan-perbuatan maksiat.

Keterangan ini amat jelas, apabila kita perhatikan ada remaja yang bermasalah adalah terdiri daripada mereka yang tidak tahu membaca Al-Quran atau tidak belajar isi kandungan Al-Quran.


bersambung

KEMBALI SATU PENYELESAIAN (3)

KEMBALI SATU PENYELESAIAN (3)



SENTIASA MENGINGATI ALLAH ( berzikir )

Zikir adalah satu amalan yang sangat mustahak untuk mendapat kejernihan hati. Zikir akan membentuk ketenangan kepada jiwa kita. Zikir akan melindungi kita daripada godaan dan gangguan syaitan serta nafsu. Ketenangan dan ketenteraman jiwa boleh dirasai dengan berzikir kepada Allah S.W.T. Ketenangan tidak terdapat dengan melepak, menyanyi atau sebagainya.

Firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran:

"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenteram."

( AR-Rad : A : 28 S : 13 J : 13 M/S : 252 )



PERINGATAN

Bagi menghasilkan ketenangan di dalam berzikir, terlebih dahulu kita mesti memperbanyakkan selawat Nabi s.a.w. Maksud zikir ialah kita sentiasa mengingati kebesaran Allah di dalam setiap kerja kita. Sama ada kita ulama', orang awam ataupun buruh kasar.

Hafiz Ibnu Qaiyim r.a adalah seorang ulama' hadis yang termasyhur. Beliau mengarang sebuah risalah bernama Al-Wabil yang mengandungi berbagai-bagai penjelasan mengenai kelebihan berzikir. Di dalam risalah itu, beliau berkata bahawa zikir mempunyai faedah kira-kira lebih daripada seratus faedah. Tujuh puluh sembilan faedah beliau menukilkan di dalam risalah tersebut. Kami menyalin faedah-faedah itu satu persatunya serba ringkas.

1. Zikir adalah menjauhkan syaitan dan menghancurkan kekuatannya.

2. Zikir adalah menyebabkan Allah S.W.T redha.

3. Zikir adalah menjauhkan dukacita daripada hati manusia.

4. Zikir adalah menggembirakan hati.

5. Zikir adalah menguatkan badan dan menyeronokkan sanubari.

6. Zikir adalah sinaran hati dan muka.

7. Zikir adalah menyebabkan datangnya rezeki dengan mencurah-curah (yakni murah rezeki).

8. Zikir adalah membawa orang yang berzikir itu kepada kehebatan dan kegagahan yakni dengan memandang wajahnya, seseorang itu merasa gentar.

9. Zikir adalah melahirkan cinta sejati terhadap Allah S.W.T kerana cinta itulah merupakan roh Islam, jiwa agama dan sumber kejayaan dan kebahagiaan. Barangsiapa ingin mendapat cinta Ilahi itu, maka hendaklah ia berzikir sebanyak-banyaknya. Sebagaimana mutala'ah dan muzakarah itu merupakan pintu kejayaan ilmu, demikianlah zikrullah itu merupakan pintu cinta Ilahi.

10. Zikir adalah mendatangkan hakikat muraqabah. Muraqabah itu membawa seseorang kepada martabat insan. Dengan adanya martabat insan, maka manusia dapat beribadat kepada Allah dalam keadaan seolah-olah ia melihat-Nya (keadaan seperti inilah merupakan tujuan asasi daripada perjuangan para sufi).

11. Zikir adalah membawa seseorang kepada penyerahan diri dengan sebulat-bulatnya kepada Allah. Dengan ini, lama-kelamaan maka setiap urusan dan dalam setiap keadaan Allah S.W.T menjadi pelindung dan pembantu baginya.

12. Zikir adalah membawa seseorang kepada takarrub (mendekatkan diri) kepada Allah. Jika zikir itu bertambah banyak, maka dengan sendirinya ia bertambah dekat kepada Allah dan sebaliknya jika ia bertambah lalai daripada berzikir maka dengan sendirinya ia bertambah jauh dari Allah S.W.T.

13. Zikir adalah membukakan pintu makrifat kepada Allah S.W.T.

14. Zikir adalah melahirkan di dalam hati seseorang akan keagungan dan kebesaran Allah S.W.T dan melahirkan semangat buat merapatkan diri dengan-Nya.

15. Zikir adalah menyebabkan Allah S.W.T ingat kepada seseorang yang ingat kepada-Nya sepertimana disebutkan di dalam Al-Quran yang bermaksud:

"Kerana itu ingatlah kamu kepada Aku, nescaya Aku ingat pula kepadamu."

(Al-Baqarah : 152)

Dan diterangkan pula di dalam hadis yang bermaksud :

"Barangsiapa mengingati Aku di dalam hatinya, nescaya Aku mengingati

pula di dalam hati-Ku."

16. Zikir adalah menghidupkan hati. Perbandingan zikrullah dengan hati seseorang adalah ibarat ikan dengan air. Ingatlah apakah halnya ikan itu jika ia tidak berada di dalam air?

17. Zikir adalah santapan bagi roh dan hati. Andaikata keduanya tidak dapat menikmati santapannya maka adalah sama seperti badan yang tidak dapat makanannya.

18. Zikir adalah membersihkan hati daripada karatan (kekotoran) sepertimana diterangkan di dalam hadis bahawa tiap-tiap satu mempunyai daki dan kekotoran baginya. Daki dan kekotoran hati ialah keinginan dan kelalaian yang tidak dapat dibersihkan melainkan dengan berzikir.

19. Zikir adalah menghapuskan dosa dan maksiat.

20.Zikir adalah menghapuskan keraguan dari seseorang terhadap Allah S.W.T. Sebenarnya hati orang yang lalai itu diselubungi oleh rasa ragu dan gelisah terhadap Allah. Ianya hanya dapat dihapuskan hanya dengan zikir.

21. Zikir adalah menyebut Allah, orang yang berzikir itu dikelilingi oleh Arsy Ilahi.

22.Barangsiapa ingat kepada Allah dalam kesenangan, Allah ingat pula kepadanya apabila ia di dalam kesusahan.

23.Zikir adalah melepaskan orang yang berzikir itu daripada azab Allah S.W.T.

24.Zikir adalah menyebabkan turunnya sakinah dan para malaikat melingkungi orang-orang yang berzikir itu.

25.Zikir adalah menyebabkan selamatnya lidah seseorang yang berzikir itu daripada mengumpat, mencela, berdusta, maki-hamun dan cakap sia-sia. Telah dibuktikan oleh kenyataan bahawa barangsiapa yang membiasakan lidahnya dengan berzikir, maka terselamat dari sifat keji. Sebaliknya orang yang tidak biasa dengan zikir maka dengan sendirinya ia terlibat dalam keburukan dan sifat-sifat yang keji itu.

26.Zikir akan memasukkan orang yang berzikir itu ke dalam golongan orang yang berbahagia, demikian juga bagi orang yang mendampinginya. Sebaliknya orang-orang yang lalai dan membuat kerja-kerja yang sia-sia adalah tercampak ke dalam kancah kecelakaan. Demikian juga bagi mereka yang menyertainya.

27.Zikir akan memelihara orang yang berzikir dari menyesal pada hari kiamat.

28.Jika orang yang berzikir sambil menangis-nangis dalam keadaan sunyi diri, maka pada hari kiamat ia akan didiamkan di bawah naungan Arasyh Ilahi. Pada hari kiamat di mana manusia akan berteriak dan menjerit-jerit kerana kepanasan hari yang sangat dahsyat itu.

29.Orang yang menyibukkan dirinya dengan berzikir, maka Allah S.W.T mengurniakan kepadanya lebih dari orang yang meminta kepada-Nya. Di dalam hadis Qudsi, Allah S.W.T ada berfirman: "Barangsiapa tertahan oleh zikir-Ku daripada berdoa, nescaya Aku berikan kepadanya lebih daripada yang Aku berikan kepada orang yang berdoa."

30.Zikir merupakan satu ibadat yang ringan dan mudah sekali, namun ia adalah amalan yang lebih afdal dan utama dari semua ibadat kerana menggerakkan lidah itu lebih mudah dari menggerakkan seluruh badan.

31. Zikir merupakan pohon di dalam syurga.

32.Nikmat dan kurniaan yang Allah berikan kepada orang yang berzikir, tidaklah diberikan kerana amalan yang lain. Terdapat hadis yang menerangkan: "Barangsiapa membaca kalimah ini sebanyak 100 kali pada tiap-tiap hari, maka Allah akan memberikan pahala kepadanya yang seimbang memerdekakan 10 orang hamba sahaya dan dicatitkan di dalam buku amalannya 100 kebajikan, dihapuskan daripadanya 100 dosa, dipelihara dari godaan syaitan dan tiada siapa pun yang lebih afdal daripadanya kecuali orang yang amalannya telah melebihi.

33.Seseorang yang berzikir berterusan dengan istiqamah, ia akan terselamat daripada melukakan dirinya yang menyebabkan kecelakaan dunia dan akhirat. Melupakan diri sendiri dan muslihat-muslihatnya bererti melupakan Allah. Barangsiapa melupakan Allah, nescaya akan dicampakkan di dalam kancah kerugian. Allah memperingatkan di dalam Al-Quran:

"Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan kamu seperti orang-orang yang melupakan dirinya sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik."

(Al-Hasyar: A:19 S:59 J:28 M/S:548)

Maksudnya supaya kamu janganlah menjadi orang-orang yang tidak menghiraukan Allah S.W.T, lantas Allah menjadikan mereka tidak menghiraukan diri mereka sendiri yakni akal fikiran mereka dilemahkan sehingga mereka tidak dapat menjalani jalan yang menuju ke arah kejayaan yang hakiki. Apabila manusia melupakan diri sendiri, maka dengan sendirinya ia akan melupakan muslihat-muslihatnya, akhirnya ia menjadi mangsa kebinasaan. Sepertimana seorang petani yang melupakan sawah ladangnya, sudah tentulah sawah ladangnya tidak mendatangkan hasil apa-apa. Akhirnya akan bertukar menjadi belukar.

34.Seseorang akan merasakan keamanan dan ketenangan jiwa tatkala lidahnya basah menyebuti zikir sehingga ia cinta kepada zikir. Sepertimana seseorang yang mencintai air ketika ia mengalami dahaga yang amat sangat atau cinta kepada makanan ketika ia sangat lapar ataupun ia cinta kepada pakaian dan rumah semasa ia berasa sangat sejuk atau sangat panas. Bahkan zikrullah itu lebih mustahak lagi kerana jika segala-galanya itu tidak tersedia, maka tubuh kasar manusia itu sahaja yang akan binasa, sebaliknya jika tiada zikir, roh dan hati juga akan turut binasa.

35.Dengan zikir, manusia akan mencapai kemajuan dan kejayaan dengan secara terus-menerus ketika ia sedang beristirehat ataupun ia sedang sakit, ketika ia sedang sibuk dengan mengecap nikmat hidup ataupun berada di dalam serba kekurangan. Jika hatinya sudah bersinar dengan sinaran zikir, maka dalam setiap keadaan ia akan meningkat ke peringkat yang setinggi-tingginya.

36.Nur zikir sentiasa bersama dengan orang yang berzikir sama ada di dalam dunia ini ataupun di dalam kubur. Firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran:

"Apakah orang yang sudah mati (sudah sesat) kemudian Kami hidupkan ia (menjadi ia agama Islam) dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang. Dengan cahaya itu, dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia (nur itu sentiasa bersama dengannya) serupa dengan orang yang berada di dalam keadaan gelap-gelita yang tidak dapat keluar daripadanya."

(Al-An’am: A:122 S:6 J:7)

Hati orang yang berzikir akan bersinar gilang-gemilang dengan cahaya makrifat. Nur adalah sesuatu yang teragung sekali. Ianya membawa kepada kejayaan yang gilang-gemilang. Lantaran itulah, Nabi Muhammad s.a.w sentiasa menuntut dan memohon dengan berulang-ulang kali dan meminta nur itu bagi setiap anggota tubuhnya sepertimana doa-doa yang didapati di dalam kitab-kitab hadis yang didoakan oleh baginda s.a.w seperti yang berikut di bawah ini:

"Ya Allah! Berikanlah nur kepada dagingku, nur pada tulang-tulangku, nur pada rambutku, nur pada kulitku, nur pada pendengaranku, nur pada penglihatanku, nur dari atasku, nur dari bawahku, nur dari kananku, nur dari kiriku, nur dari mukaku, nur dari belakangku dan jadikanlah nur itu di dalam diriku dan juga besarkanlah nur itu untukku."

Maka menerusi nur itulah, amalan perbuatan seseorang itu akan bercahaya terang benderang sehingga amal perbuatan yang baik dari seseorang itu dibawa ke langit yang didapati daripadanya cahaya seperti cahaya matahari dan nur yang serupa itulah akan kelihatan pada mukanya di hari kiamat nanti.

37.Zikir adalah intisari ilmu tasawuf yang diamalkan oleh setiap ahli tariqat. Jika telah terbuka pintu zikir bagi seseorang, bererti telah terbuka baginya jalan yang menuju ke jalan Allah. Barangsiapa yang telah menuju ke jalan Allah, nescaya ia telah dapat segala-galanya yang dikehendaki kerana tidak berkurangan apa-apa pada khazanah Ilahi.

38.Pada hati manusia, ada satu bahagian yang tidak subur melainkan zikrullah. Apabila zikir menguasai hati maka bukan ia menyubur bagi hati itu sahaja bahkan ia menjadi orang yang berzikir itu hidup dengan makmur walaupun ia tiada harta benda. Memuliakannya walaupun tidak berkeluarga dan menjadikannya pengusaha walaupun ia tidak mempunyai kerajaan. Sebaliknya orang yang lalai daripada berzikir pasti dia akan dihinakan walaupun ia mempunyai harta benda, kaum keluarga dan kerajaan yang besar.

39.Zikir adalah menghimpunkan kembali yang telah bercerai dan menceraikan yang telah berhimpun, mendekatkan yang jauh dan menjauhkan yang dekat. Yakni hati manusia yang diselubungi oleh berbagai keraguan, dukacita dan kegelisahan itu semuanya dilenyapkan sama sekali dan dilahirkan ketenteraman dan ketenangan jiwa. Hati dan jiwa manusia yang dikuasai oleh perbuatan yang keji-keji itu dibersihkan. Manusia yang sentiasa digodai dan dikuasai oleh tentera-tentera syaitan itu diceraikan daripadanya. Akhirat yang jauh itu didekatkan dan dunia yang dekat itu dijauhkan dari manusia.

40.Zikir adalah menggerakkan hati manusia daripada tidur dan menyedarkannya daripada lalai. Selagi hati dan jiwa manusia tidak sedar, maka selama itulah ia mengalami kerugian demi kerugian.

41. Zikir adalah merupakan satu pohon yang setiap masa mendatangkan buah makrifat. Menurut istilah ulama’-ulama’ tasawuf, pohon itu mendatangkan buah ahwal dan makamat. Semakin zikir itu diperbanyakkan semakin akar pohon itu kukuh. Semakin akarnya kukuh, semakin itulah pohon itu mengeluarkan buahnya.

42.Zikir adalah mendekatkan hamba kepada Allah. Firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran:

"Sesungguhya Allah S.W.T beserta dengan orang-orang yang bertaqwa (takut)."

Di dalam hadis Qudsi Allah S.W.T berfirman:

"Adalah Aku menyertai hamba-Ku selama ia mengingati Daku."

Di dalam hadis Qudsi yang lain, Allah telah berfirman:

"Orang-orang yang mengingati Aku itu ialah orang Aku. Aku tidak menjauhkan dari rahmat-Ku. Jika mereka bertaubat dari dosa-dosa mereka, maka Aku menjadi kekasih bagi mereka, tetapi sebaliknya jika mereka tidak bertaubat, maka Aku menjadi jururawat bagi mereka. Aku mencampakkan mereka ke dalam kancah penderitaan supaya Aku membersihkan mereka dari dosa-dosa."

Penyertaan Allah S.W.T yang dicapai menerusi zikir itu adalah penyertaan yang tidak ada tolok bandingnya. Hakikat penyertaan itu tidak mungkin dicatit dan tidak mungkin juga dibicarakan. Kelazatannya dengan erti kata yang sebenar boleh dirasai oleh orang yang telah mencapainya.

43.Zikir adalah seimbang dengan memerdekakan hamba, membelanjakan harta dan berjuang di jalan Allah.

44.Zikir adalah sumber syukur. Barangsiapa yang tidak mengingati Allah, ia tidak dapat bersyukur kepada-Nya. Di dalam sebuah hadis menceritakan bahawa Nabi Musa a.s pernah berkata kepada Allah, "Ya, Allah! Engkau telah menganugerahkan kepadaku nikmat-nikmat yang amat banyak, maka tunjukilah aku cara-cara bersyukur supaya aku sentiasa dapat bersyukur kepada-Mu."

Kemudian Allah S.W.T berfirman kepada Nabi Musa, "Sebanyak yang engkau berzikir, sebanyak itulah engkau bersyukur."

Allah berfirman:

"Hendaklah lidahmu sentiasa dibasahi dengan berzikir."

45.Yang mulia di antara orang-orang yang bertaqwa pada sisi Allah ialah yang sentiasa sibuk dengan berzikir kerana natijah taqwa ialah syurga sedangkan natijah zikir ialah penyertaan Allah S.W.T.

46.Pada hati manusia ada semacam kekerasan yang tiada berubah menjadi lembut melainkan dengan berzikir.

47.Zikir adalah rawatan bagi penyakit-penyakit hati.

48.Zikir adalah sumber persahabatan dengan Allah. Lalai adalah sumber permusuhan dengan-Nya.

49.Tiada satu apa pun yang menambahkan nikmat-nikmat Allah dan menyelamatkan daripada azab-Nya lebih daripada zikrullah.

50.Allah S.W.T menurunkan rahmat-Nya kepada orang-orang yang berzikir dan para malaikat berdoa untuk mereka.

51. Barangsiapa yang ingin menikmati syurga sedangkan ia masih berada di dalam dunia ini maka hendaklah ia menyertai majlis-majlis zikir kerana zikir itu adalah umpama taman-taman syurga.

52.Majlis zikir adalah majlis para malaikat.

53.Allah S.W.T membanggakan orang yang berzikir di hadapan para malaikat.

bersambung...

KEMBALI SATU PENYELESAIAN (2)

KEMBALI SATU PENYELESAIAN (2)



PERGAULAN BEBAS

Antara kesan dari bergaul dengan sahabat yang rendah moral, akan menjerumuskan kita ke dalam golongan percampuran bebas lalu akhirnya akan berlaku penzinaan.

Hasil daripada pergaulan bebas ini, kita sering mendengar dan terbaca isu-isu pembuangan anak, pengguguran, perogolan dan pembunuhan.

Allah telah memperingatkan kita supaya tidak melakukan pergaulan bebas di dalam Firman-Nya:

"Dan janganlah kamu mendekati penzinaan, sesungguhnya penzinaan itu adalah satu perbuatan yang keji dan jalan yang rosak."

(Al-Israk A:32 S:17 J:15 M/S:285)



Islam bukan setakat mengharamkan zina, bahkan untuk menghampirinya pun telah dilarang.

Penulisan surat, berkirim-kirim salam atas tujuan memikat, 'berangkat-angkat', menjeling-jeling, melihat gambar, menonton tayangan gambar, berkata-kata dengan perkataan yang lucah, mengganggu anak-anak gadis yang sedang lalu-lalang, keluar bersama kekasih walaupun direstui kedua ibu bapanya, malahan berkhayal dengan fikiran pun tetap dilarang. Hal di atas adalah dinamakan ASBAB untuk menghampiri zina.

Kesimpulannya, Allah menegaskan bahawa tiada suatu pun cara yang mengharuskan melakukan percampuran bebas antara lelaki dengan perempuan.

Perkara yang sangat memalukan, apabila ada segelintir ibu bapa membenarkan anaknya keluar dengan kekasihnya dengan menyatakan: "Engkau boleh membawa anak makcik keluar, asalkan engkau ikhlas. Engkau jagalah anak makcik ini baik-baik. Kalau boleh baliklah awal sedikit, jangan terlalu lewat sangat."

Kalau Allah sendiri telah melarang dari menghampiri zina, kenapa pula dengan mudah membenarkan anak kita keluar dengan kekasihnya?

Mungkin ada segelintir ibu bapa membenarkan anaknya keluar dengan alasan untuk menjaga hati anak, malu pada jiran, mengikut peredaran masa atau berbagai alasan yang lain.

Tidakkah kita terbaca di dalam Al-Quran di mana Allah telah berFirman:

"Itulah batasan larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya (ingkar)."

(Al-Baqarah A:187 S:2 J:2 M/S:29)



TIADA SIKAP TANGGUNGJAWAB DI KALANGAN ADIK-BERADIK

Sikap kasih sayang dan tanggungjawab di kalangan adik-beradik sangatlah penting bagi mewujudkan sebuah keluarga yang harmoni.

Tanpa sikap ini akan memporak-perandakan keluarga di samping menambatkan tekanan dan ketegangan jiwa kerohanian.

Gejala tiada kesefahaman ini jelas dilihat apabila:

1. Tidak menjaga hak atau harta adik-beradik yang lain.

2. Sentiasa mengharapkan sesuatu pekerjaan itu dilakukan oleh adik-beradik yang lain walaupun sekadar untuk membuang sampah.

3. Sentiasa merungut apabila diarahkan untuk melakukannya.

4. Tidak rela barang-barangnya digunakan oleh adik-beradik yang lain.

5. Tiada sikap bertolak ansur apabila berlaku sesuatu kesilapan.

6. Tidak pandai mengagih-agihkan makanan (suka makan bersendirian dan memonopoli sesuatu makanan itu).

7. Tamak.



PENYELESAIAN

Setiap penyakit ada ubatnya.

Setiap yang berlaku pasti ada penyebabnya.

Setiap permulaan pasti ada penyudahnya.

Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.

Selepas kita mengetahui antara punca-punca yang menyebabkan berlakunya masalah tersebut, marilah kita sama-sama mencari jalan untuk menyelesaikannya.

Antara faktor-faktor yang akan diutarakan nanti, bukanlah hanya golongan yang digelar bohsia, bohjan atau mat lepak sahaja tetapi merangkumi orang yang menggelarkan dirinya muslim (termasuk kerajaan, masyarakat, ibu bapa dan diri kita sendiri).

Faktor-faktor penyelesaian ini diambil berdasarkan pengalaman dan pemerhatian pada orang-orang soleh yang masih berpegangan dengan amalan Nabi s.a.w dan amalan orang-orang SUFI.

Bagi mereka yang ingin kembali ke pangkal jalan atau ingin menghampiri diri mencari keredhaan Allah S.W.T dinasihatkan supaya mengamalkan apa yang disarankan mengikut aturan dan turutannya. Janganlah hanya mengikut hawa nafsu semata-mata, walaupun amalan itu berupa kebajikan sekalipun.



MENUNTUT ILMU YANG MEMBAWA KEIMANAN

Kita hendaklah menuntut ilmu yang membawa diri hampir kpd Allah. Ilmu yang membawa kita kepada sifat kehambaan dan keyakinan kepada Allah. Sabda Nabi s.a.w:

"Barangsiapa yang menghendaki dunia, maka hendaklah berilmu. Barangsiapa yang berkehendak kepada akhirat, hendaklah ia berilmu. Barangsiapa yang berkehendak kepada dunia dan akhirat, maka hendaklah ia berilmu. Barangsiapa yang berkehendak kasih kepada Allah, maka hendaklah ia bertawakkal kepada Allah."

Hadis ini menegaskan supaya apabila kita hendakkan sesuatu itu, mestilah mempunyai ilmu. Setiap ilmu itu mestilah hasil penyerahan kepada Allah (keimanan kepada Allah).

Meskipun kita belajar ilmu akademik seperti biologi, fizik, kimia, geografi, matematik atau apa bidang sekalipun, tetaplah kita memastikan ia akan membawa jiwa kita menjadi hamba yang beriman. Allahlah yang telah mengajar dan menganugerahkan kepada hamba-Nya segala pengetahuan yang ada di muka bumi ini. Meskipun sesuatu teori yang dicetuskan oleh pakar-pakar daripada kalangan kafir namun ilmu itu tetap kepunyaan Allah.

Cuba kita singkap kembali sejarah keilmuan di kalangan ulama'-ulama' Islam di zaman dahulu, umpamanya Ibnu Sina. Beliau seorang pakar di bidang sains dan perubatan. Di dalam masa yang sama, beliau adalah seorang yang alim tentang selok-belok agama. Begitu juga seperti Ibnu Radi, Ibnu Khaldun, Al-Jabbar dan sebagainya. Oleh itu, janganlah kita anggap ilmu keimanan hanya berada di dalam ilmu pelajaran, bahkan ia juga berada di dalam segenap bidang ilmu sama ada sains, sastera, geografi, matematik dan sebagainya.

Buktinya kita lihat bagaimana Allah telah menerangkan di dalam Al-Quran bahawa Allahlah yang telah mengajar Nabi Adam a.s dengan segala ilmu yang belum diketahui oleh malaikat.

Firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran:

"Allah mengajarkan kepada Adam sekelian nama-nama benda kemudian dibawa benda-benda itu kepada malaikat lalu Allah berFirman: Khabarkan kepada Aku nama benda ini, jika kamu yang benar."

(A:31)

Jawab malaikat: "Maha Suci Engkau, tidak adalah pengetahuan kami melainkan apa yang Engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana."

(A:32)

Allah berFirman: "Hai Adam! Khabarkanlah kepada malaikat nama benda itu." Tatkala Adam menerangkan nama benda-benda itu, Allah berFirman: "Bukankah Aku sudah khabarkan kepada kamu, bahawa Aku mengetahui yang ghaib di langit dan di bumi serta Aku mengetahui apa yang kamu zahirkan dan apa yang kamu sembunyikan."

(Al-Baqarah A:31-33 S:2 J:1 M/S:6)

Ayat di atas, Allah S.W.T telah menegaskan bahawa Dia berkuasa menjadikan sesuatu dan Allahlah yang telah mengajar kita barang yang nyata dan barang yang belum nyata (yang belum ditemui oleh manusia).

Kalau hendak diibaratkan segala ilmu yang dimiliki oleh manusia dengan apa yang dimiliki oleh Allah, tidak ubah seperti setitik air tengah-tengah lautan. (Ilmu Allah Maha Luas, ilmu manusia amat terbatas).

Rugilah bagi mereka yang berilmu atau yang bergelar ulama', ustaz, doktor, pensyarah tetapi tiada pada dirinya perasaan kasih rindu kepada Allah. Lahir pada zahirnya sifat musuh Allah (sifat-sifat yang cela lagi keji). Sebaliknya jika seseorang yang mempunyai pelajaran keduniaan tetapi di dalam masa pembelajarannya, ia dapat menembusi perasaan kasih kepada Allah adalah mereka itu berjaya di sisi Allah S.W.T. Mereka sentiasa memerhati dan menganggap setiap ilmu yang diperolehi adalah kurniaan Allah. Lebih jauh mereka membuat kajian, kian jelas lagi ia dengan kebesaran Allah. Mereka inilah yang lebih terdedah dengan dalil Kekuasaan dan Kehalusan Allah S.W.T mencipta makhluk-Nya.

Bagi menghasilkan ilmu yang dapat membuat penyerahan kepada Allah S.W.T (keyakinan dan keimanan) hendaklah kita sentiasa berdamping dengan orang-orang soleh dan guru yang mursyid. Mereka (mursyid dan orang soleh tersebut) yang akan membimbing dan memimpin kita ke jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T.



MEMPERBANYAKKAN SELAWAT KEPADA NABI S.A.W

Selawat mempunyai kelebihan untuk mengatasi keserabutan dan permasalahan yang kita hadapi. Syaitan akan memasuki tubuh badan kita melalui pengaliran darah. Oleh itu, hendaklah kita membersihkan darah dengan memperbanyakkan membaca selawat kepada Nabi s.a.w.

Sebahagian ulama' menyatakan di dalam syarahan mereka: "Di dalam badan setiap manusia terdapat lima belas ribu titik darah. Setiap seratus selawat hanya dapat membersihkan setitik darah. Jika kita hendak membersihkan darah (jiwa) hendaklah berselawat sebanyak 1.5 juta selawat."

Janganlah kita memandang kepada jumlah 1.5 juta tersebut, tetapi hendaklah kita memandang rahmat Allah S.W.T bagi mencapai kecintaan dan kasih kepada-Nya. Sekiranya ingin berlatih membentuk jiwa yang kasih kepada Allah dan Nabi s.a.w, hendaklah bermula dengan berselawat sebanyak 40 ribu selawat. Berselawatlah sehingga digelar 'jutawan selawat'. Selawat adalah pemangkin utama di dalam menghampiri jiwa kepada Allah dan Nabi s.a.w. Hasil dari selawat ini juga akan mengikis sifat-sifat dan akhlak-akhlak yang tidak baik seperti lepak, bohjan, bohsia dan sebagainya.

Persoalan yang mungkin timbul ialah kenapa perlunya kita berselawat? Sesungguhnya selawat adalah perintah Allah S.W.T. Ulama'-ulama' sufi menyatakan bahawa perintah di dalam Al-Quran yang menyeru supaya kita berselawat adalah perintah yang wajib (bagi mereka yang ingin membentuk diri dan jiwanya beriman dengan Allah dan Rasulullah s.a.w).

Firman Allah di dalam Al-Quran:

"Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat kepada Nabi s.a.w. Wahai orang-orang yang beriman! Berselawatlah kepada Nabi s.a.w dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya."

(Al-Ahzab A:56 S:33 J:22 M/S:426)

Di dalam ayat ini, Allah S.W.T telah mengkhitobkan bahawa jika orang yang benar-benar beriman dengan Allah dan Rasul-Nya, hendaklah ia berselawat kepada Nabi s.a.w dengan Firman-Nya:

"Wahai mereka yang beriman! Hendaklah kamu berselawat kepada Nabi s.a.w."

Dari makna zahir ayat ini, Allah menyatakan bahawa orang yang beriman ialah orang yang berselawat kepada Nabi s.a.w. Bermakna jika seseorang itu tidak berselawat kepada Nabi s.a.w, belumlah lagi ia benar-benar beriman kepada Allah dan Nabi s.a.w. Hendaklah setiap individu berselawat di dalam setiap keadaan, walaupun ia seorang pelaku maksiat. Apa yang pernah saya perhatikan, apabila seorang penzina telah bertemu dengan seorang yang soleh, maka ia akan ajarkan supaya membanyakkan membaca selawat. Begitu juga pada seorang pembunuh dan penipu, mereka juga disarankan memperbanyakkan membaca selawat. Lama-kelamaan dengan berkat membaca selawat, mereka telah meninggalkan kemaksiatan mereka dan menjadi orang baik. Oleh itu, kita hendaklah membaca selawat di dalam setiap keadaan dan ketika. Sama ada kita berjalan, berdiri, duduk, menaiki kenderaan, tidur atau sebagainya.

Marilah kita sama-sama memperbanyakkan membaca selawat kepada Nabi s.a.w. Berselawatlah semata-mata mencari dan mematuhi perintah Allah seperti mana ayat tersebut di atas. Janganlah berselawat selain dari tujuan tersebut seperti ingin mencari kekayaan, kemegahan dan yang seumpamanya.



KETERANGAN:

Kita pun sedia maklum bahawa syarat atau rukun syahadah ialah mengucapkan dengan lidah, kemudian ditasdikkan di dalam hati dan diamalkan dengan perbuatan (amalan harian mestilah mengikut syariat dan sunnah Nabi s.a.w)

Dalam pengertian tersebut, syarat untuk menjadi kekasih kepada seseorang, hendaklah ia melafazkan nama kekasihnya terlebih dahulu. Selepas itu, barulah timbul perasaan kasih sayang kepadanya. Apabila telah timbul perasaan kasih sayang, barulah kita akan patuh segala permintaannya tanpa perasaan malas dan jemu.

Nabi kita Muhammad s.a.w ialah kekasih Allah S.W.T. Kita tidak akan dapat kasih kepada Allah S.W.T melainkan selepas kita kasih kepada kekasih Allah S.W.T iaitu Nabi s.a.w. Semasa Nabi Adam a.s diturunkan ke bumi ini dari syurga kerana kesalahannya memakan buah khuldi, baginda menangis di dalam keadaan bersujud kerana bertaubat selama empat puluh tahun tanpa mengangkat kepala. Nabi s.a.w menyatakan bahawa jika tangisan anak cucu Nabi Adam dikumpulkan, nescaya masih belum boleh lagi menandingi tangisan Nabi Adam a.s ini.

Selepas empat puluh tahun, barulah Nabi Adam a.s mengangkat kepalanya mendongak ke langit seraya berkata:

"Ya Allah! Ampunkanlah dosa daku ini dengan berkat syafaat Muhammad s.a.w."

Kemudian Allah S.W.T bertanya kepada Nabi Adam a.s: "Wahai Adam! Siapakah Muhammad yang engkau memohon keampunan dengan syafaat?"

Lalu Nabi Adam a.s menjawab: "Semasa daku di dalam syurga, daku telah mendongakkan kepala ke arah Araysh. Di sana daku telah melihat pada tulisan (Muhammad). Aku telah yakin bahawa tiada siapa pun lebih tinggi daripadanya di sisi-Mu yang Engkau letakkan namanya dengan nama-Mu."

Lantas Allah S.W.T mewahyukan kepada Nabi Adam a.s: "Wahai Adam! Sesungguhnya ia adalah nabi akhir zaman dari keturunanmu. Sekiranya ia tiada, sudah pasti Aku tidak akan menjadikan kamu."

Sekiranya Nabi Adam a.s sebagai seorang nabi lagi rasul, meminta keampunan dosanya dengan berkat Nabi s.a.w, maka sayugianyalah kita yang jahil, hina lagi banyak dosa ini memperbanyakkan membaca selawat kepada Nabi s.a.w. Jika di zaman Nabi s.a.w, sahabat-sahabat yang mempunyai akhlak yang ganas dan hodoh telah bertukar menjadi baik lagi cemerlang. Contohnya seperti Sayidina Umar r.a sebelum menganut agama Islam, beliau telah menanam anak perempuannya hidup-hidup. Ada sebahagian sahabat pula yang meminum arak di dalam tengkorak manusia, berzina, berjudi dan berbagai lagi kejahatan. Tetapi apabila mereka telah menganuti agama Islam, mereka telah menjadi insan yang cemerlang. Sahabat-sahabat Nabi s.a.w telah menjadi cemerlang kerana mereka sentiasa berdamping dengan Nabi s.a.w. Mereka sentiasa melihat akhlak dan keperibadian Nabi s.a.w sendiri. Bagaimana pula dengan keadaan kita pada zaman sekarang? Kita telah ditinggalkan oleh Nabi s.a.w semenjak 1400 tahun yang lampau. Siapakah yang akan membimbing dan mendidik kita?

Oleh itu, bagi mengembalikan semula zaman keagungan Islam, terutama di awal kurun ini, hendaklah kita memperbanyakkan membaca selawat kepada Nabi s.a.w sehingga Allah dan Nabi s.a.w meredhai kita. Insya-Allah.

· Selawat adalah jalan yang paling hampir menuju kepada Allah.

· Selawat penenang fikiran dan jiwa.

· Selawat pengikis dosa.

· Selawat menyelesaikan 1001 macam permasalahan.

· Selawat mententeramkan jiwa.

· Selawat membentuk peribadi muslim.

Hendaklah kita berselawat semata-mata kerana Allah. Jangan sesekali berselawat kerana untuk memurahkan rezeki, menjadi bomoh dan sebagainya.



BERTAUBAT DAN BERISTIGHFAR KEPADA ALLAH

Langkah yang kedua selepas kita berselawat bagi membentuk peribadi muslim yang sejati ialah menyatakan kebodohan kita kepada Allah S.W.T (menyatakan sifat kehambaan terhadap Allah) dengan bertaubat selepas melakukan kesalahan, dosa kecil ataupun dosa besar.

Taubat ialah menyatakan sifat kebodohan dan kesalahan kita kepada Allah sehingga timbul perasaan takut dan rindu kepada Allah sama ada dengan ucapan atau perbuatan.

Taubat tidak semestinya dengan mengucapkan "astaghfirullah" semata-mata. Tetapi sebaliknya jika kita mengucapkan: "Ya Allah! Hamba ini lemah, jahil lagi banyak dosa, maafkanlah hamba," lalu timbul perasaan takut kepada Allah, maka ini juga dinamakan taubat.

Apabila telah melakukan sebarang dosa walaupun sebesar zarah sekalipun, hendaklah kita bertaubat kepada Allah. Janganlah kita bertangguh untuk bertaubat. Hendaklah kita merasakan bahawa dosa yang sebesar zarah itu seumpamanya sebuah gunung yang akan menghempap (menimpa) kepala kita. Jangan sesekali beranggapan dosa itu seperti seekor lalat yang mudah untuk menghalaunya.

Bertaubat bukan sekadar apabila telah melakukan sebarang dosa dan kesalahan, tetapi kita juga hendaklah bertaubat apabila telah mendapat rezeki atau nikmat. Sebaliknya apabila kita mendapat musibah atau azab, hendaklah kita bersyukur kepada Allah. Ini menunjukkan bahawa Allah sayang kepada kita. Bala itu adalah peringatan Allah kepada kita di atas kesalahan dan dosa yang telah kita lakukan semasa kita sedar ataupun tidak sedar.

Kita perlu bertaubat apabila mendapat nikmat kerana kita tidak tahu samada nikmat itu berbentuk rahmat ataupun bala daripada Allah S.W.T. Jika ia berbentuk rahmat, itu adalah anugerah daripada Allah. Sebaliknya jika ia berbentuk bala, maka ia adalah bala kemurkaan daripada Allah ke atas kita.

Begitu juga kita mendapat ilmu, hendaklah bertaubat kepada Allah kerana kita masih belum mengetahui adakah segala ilmu itu mengikut kehendak Allah dan Nabi s.a.w atau kehendak hawa nafsu kita.

Di bawah ini saya menyatakan lafaz-lafaz taubat yang perlu kita ucapkan:

"Aku memohon keampunan Allah, Tuhan sekelian umat manusia. Aku memohon keampunan Allah dari segala kesalahan-kesalahan manusia."